Umi rasa terpanggil ingin berbicara dalam blog anakanda tersayang Allahyarham Muhammad `Ammar bin Zulkifli ini dengan rasa ragu-ragu dan was-was untuk menceroboh blog ini kerana kemampuan menulis umi ini tidak sama dengan kebolehan anakanda tersayang.
Umi rasa mahu berbicara dalam blog ini kerana ingin berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Allah izin umi telah ditarik nikmat tidur yang dirasai selama ini maka cemburu rasanya pada semua orang sekeliling yang nyenyak tidur dibuai mimpi.
Tidak mengapa umi dan pakcik serta keluarga redha dengan pemergian ini kerana kami yakin terhadap firman Allah SWT bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat Tuhannya, dan meraka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Baqarah: 156 – 157)
Firman Allah SWT bermaksud:
“Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
(At-Taghabun:11)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasullulah saw bersabda: "Allah Taala berfirman:
"Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil - mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapat syurga."
(Riwayat Bukhari)
Ya, Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengkabulkan doanya, inilah sumber kekuatan kami sekeluarga.
Kekuatan umi datang setelah ketibaan jenazah anakanda, umi tidak rasa untuk menanggis teresak-esak cuma-cuma kadang-kadang tertitis mutiara-mutiara jernih diatas pipi tapi umi mampu bercakap walaupun penantian cukup lama iaitu selama 3 hari menunggu barulah kunjung tiba dan jenazah anakanda tersayang yang singgah hanya sebentar sahaja dirumah iaitu tidak lebih dari 1 jam. Umi yakin ini kurniaan Allah kerana doa dan sokongan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, sahabat-sahabat Arwah dari jauh dan dekat yang telepon dan sms. Cerita lanjut bolehlah lihat di sini.
Pengalaman ini telah menjadi sumber kekuatan kepada adik-beradiknya supaya lebih peka, menjaga ukhuwah antara keluarga, rasa tanggungjawab untuk meneruskan dan melalui proses tarbiyah seperti yang abang mereka lalui dan mereka yakin beliau merupakan tokoh kelurga serta menjadi qudwah kepada kami semua. Pesanan-pesanan beliau kepada adik-adiknya telah menjadi sumber aspirasi dalam menjalani hidup ini seperti berikut:
· Dengar cakap abah dan umi.
· Baca quran selalu.
· Baca mathurat.
· Solat dhuha.
· Belajar rajin-rajin
· Berdoa
· Untuk adik perempuan: jaga aurat dengan terbaik.
Walaupun sudah 5 hari pemergiannya rumah umi sekeluarga masih dikunjungi oleh jiran tetangga, kaum keluarga dan sahabat handai dan rasa ukhuwah yang terjaling dengan berlakunya peristiwa ini.
Dengan izin Allah jenazah anakanda tersayang sampai diiringi oleh seorang bonda angkatnya iaitu Ustazah Fatahyah, beliau merupakan pensyarah INTEC , UiTM Shah Alam yang juga mentor arwah. Umi kenal ustazah ini hanya namanya sebelum ini kerana satu sms yang diterima 3 tahun lepas sebelum anakanda bertolak ke Mesir yang mana arwah telah menunjukan kepada umi isi kandungan sms yang dihantar oleh ustazah. Umi mengingatkan kembali kepada ustazah tentang sms itu maka beliau berhajat supaya kandungan sms ini dimuatkan dalam blog ini yang berbunyi lebih kurang seperti berikut;
“ Sejuk perut ibu dan ayah Ammar kerana melahirkan anak yang soleh”.
Ustazah dan umi telah pergi ke masjid dan Allah izin hanya dapat berada diluar dan melihat dari jauh lalu mendapati ramai sungguh jemaah yang hadir. Solat subuh hari itu diimani oleh Ustaz Ammar Rosidi yang memang dikenali bacaan qurannya amat sayu dan menyentuh hati jemaah apabila mendengarnya.
Selepas habis doa solat jenazah kami terus ke kawasan perkuburan dan ramai sungguh kaum keluarga , sahabat handai, ibu-ibu, kakak-kakak dan guru-guru MATRI dari jauh dan dekat hadir semasa pengkebumian. Tazkirah ringkas juga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rahim.
Alhamdullilah dengan rasa bersyukur kepada Allah taala kerana memberi ketabahan kepada umi untuk menghadapinya semua ini walau pun sebenarnya dalam hati kecil ini rasa kehilangan dan amat rindu kepadanya yang teramat sangat kerana tiada lagi sms daripada Ammar berada dalam peti masuk telepon umi.
“Ya Allah perkuatkan hati ini dalam menghadapi hari-hari mendatang dan tinggkatkan iman kami sekeluarga agar dapat mendidik adik-beradiknya agar dapat menjadi anak soleh sepertinya”.
“Ya Allah bagiMu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari kiamat itu benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad saw adalah benar.
Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertawakal (berserah) dan ketempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui mengenai diriku, Dikaulah yang terdahulu dan yang kemudian, tiada tuhan melainkan Engkau dan tidak daya dan kekuatan melainkan daripadaMu ya Allah.
Ameen
Bolehlah layari ke blog ini tentang kisah beliau semasa kecil - mizjana.blogspot.com/
Friday, June 19, 2009
Saturday, June 13, 2009
Dr Fathi Yakan meninggal dunia
IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.
Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan group-group usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.
Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.
Innalillah....baru rasanya melihat gambar Dr Fathi Yakan di Syria beberapa tahun yang lalu...Message dari makcik Noraini mengkhabarkan berita itu diterima sebentar tadi....Beliau meninggalkan isteri yang juga pengasas Universiti Jinan di Lubnan.....Sungguh kita umat Islam kehilangan seorang tokoh ulama' yang benar2 berjihad demi Islam....
Saya sebenarnya baru sahaja pulang dari menghantar adik ke SMAKL...kebetulan, bila balik singgah sekejap rumah Miqdad dan Ziyad, kawan abang yang belajar sekali...mak beria benar nak berhenti, jadi sembang2 sekejap then lepas itu mak Miqdad ajak kami jumpa isteri Ayah Chik yang kebetulan di tepi pantai (pantai memang dekat belakang rumah aja)...jadi sempatlah kami bersalaman dengan isteri Ayah Chik...katanya Ayah Chik tak ada, pergi United Kingdom, penuhi invitation di sana...Ye la, saya kebetulan teringin juga jumpa Ayah Chik, nak tanya isu hangat sekarang pasal 'kerajaan perpaduan' yang di war2kan setiap kali berita utama di TV...sebelum balik ayah Miqdad bagi sotong dan ikan, katanya tak tahu nak bagi apa dah....Syukur lah, murah rezeki petang2 macam ni...
Friday, June 12, 2009
Ammar mengadap Ilahi kelmarin
Monday, June 8, 2009
praktikal di Amisah & Co
Amisah & Co terletak dekat dengan Optometris Sanadi, salah satu kedai cermin mata tersohor di Terengganu....Saya belajar mengenai tarekah iaitu pembahagian harta sekiranya seseorang meninggal dunia...
Saya cuba membuat taksiran secara online, memasukkan carian rasmi tanah...semuanya berkaitan dengan tanah....dulu saya pernah belajar Land Law...bukan dulu tapi sem depan la...memang susah nak faham..tapi bila praktis...owh , begini rupanya...
Puan Amisah a.k.a kak long amat baik...husbandnya, engineer tetapi berhenti kerja semata2 untuk focus kepada firm Amisah & Co...anak kak long tiga, semuanya hero2...umur 5, 3 dan 1 tahun....

Saturday, June 6, 2009
my mum 2 days in ward
my mum admit to ward due to hypontency....or low hb....selalunya di kalangan mereka yang mengandung...alhamdulillah sudah discharge...masuk khamis malam dan discharge tengahari jatuh pada ahad (cuti keputeraan)...terima kasih atas concern sahabat2 saya...tak lupa pada message2 yang berkantung2 dalam inbox..bertanyakan kesihatan mak saya...sampai ada yang tak terbalas sms....maaf banyak2....semoga Allah balas segala kebaikan anda...Disini sedikit perkongsian info..darah rendah...blog ini akhirnya menjadi rojak juga...mula2 isu law, pastu medical pula...tak pe kan...
Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
* usia
* aktiviti seharian
* perasaan
* ubatan
* pendarahan
* infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
* stroke
* penyakit jantung
* penyakit pada mata
* pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
* cepat lelah
* pening kepala ketika posisi badan berubah
* sukar untuk berkonsentrasi
* mata berkunang-kunang
* mual
* kulit berasa dingin, pucat dan lembap
* pernafasan cepat dan pendek
* defresi
* cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
* Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
* Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
* masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
* Keadaan otot yang lemah.

Wednesday, June 3, 2009
my mum admit to hospital SNZ
that was a nightmare to me..i was shocked a while because that day mum suppose to fetch me back home...i already had an attachment for one month and it very hard to me because due that time, i never back home and stay at rental house...
my mum close to me and other siblings...and it very tough time when my mum got sick...my mum rarely got sick...that make me more nervous....when we arrived at emergency department at the foyer of HSNZ, there are a lot of people waiting for treatment including my mum...
when nurse call her name...she quickly go to room No.2...waiting a few hours, my mum finally exit the emergency room in her wheelchair pushing by one lady, that is nurse actually and she accompanied my mum to 8 level of HSNZ...
that day was my last attachment day.So, i asked permission from Registrar of Session and Majistret Court, Puan Hajjah Rosila Haji Nik, gladly, she willingly gives permission without any hesitation...
at night, there should be only one relatives to stay and take care of patient, and i myself volunteers to stay...at that night, it was a nightmare because at that level, there are too many patient in and out...
i love my mum more than i love myself...even, there is another person like her, still cannot replace her...she always in my heart forever and i want her love me as i love her....

Tuesday, June 2, 2009
stadium runtuh,ranap,roboh
Stadium yang dibangga2 kan, menjadi tempat bersejarah apabila SUKMA dijayakan,tidak semena2,tidak sampai setahun, sudah roboh, ranap...semuanya gara2 kecuaian kontraktor...perkara berlanjutan selepas JAYA supermaket juga runtuh sehingga nmengorbankan 7 nyawa yang tidak berdosa.
Ramai bercakap2 di pejabat menyatakan stadium yang di bina tiada CF, sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui....tetapi yang pasti, ia sesuatu yang cukup memalukan kerana sebelum ini bukan main banyak perihal stadium di war-war kan, mengenai rumput pertama di malaysia yang di tanam menggunakan rumput berteknology tinggi dan sebagainya...
Berita diketahui agak awal, sekitar pukul 10lebih pagi dan kami berkejar2 masuk lif untuk ke tingkat 8, katanya boleh view dari library kompleks mahkamah...memang pun, dari jauh memang sudah nampak bumbung rompong jadinya...
Petannya, saya dan 2 yang lain berkereta untuk melihat lebih dekat lokasi stadium...betapa ramainya yang berpusu2 ke sana...siap ambil gambar..saya juga tak ketinggalan....tetapi apa yang menyedihkan terlalu ramai juga kontraktor yang datang semata2 mahu mengambil temder membaik pulih stadium....cari makan pun biarlah munasaah sikit...

Monday, June 1, 2009
Islam yang indah
Sesungguhnya sahabat2 Islam itu amat indah....Keindahan Islam diserikan lagi dengan meletakkan yang haq pada tempatnya...Namun, bagi mereka yang kurang penghayatan terhadap Islam, mereka ada kalanya lupa bahawa mereka di jadikan Allah sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini...
Semasa berpraktikal, saya juga melalui hari2 berdepan dengan mereka yang bermacam2 ragam...ada yang menyenangkan kerja kita dengan mengajar apa yang patut, ada juga yang menyuruh buat semua kerjanya, ada yang menerima baik kita dan ajar apa2 saja tanpa kita minta....kesimpulannya manusia dicipta Allah dengan pelbagai ragam....begitulah manusia yang sentiasa lemah dan memerlukan pertolongan dari Allah...
Ada yang merasakan diri hebat bila berjawatan tinggi, ada yang tidak pernah tegur pun cleaner2 di pejabat,ada yang mengumpat2 di belakang...semuanya berpunca dari apa sebenarnya??...pada pandangan saya yang lemah ini, saya boleh katakan mereka sebenarnya ada masalah hati yang serius dan perlu kepada rawatan....
kenapa saya katakan begitu kerana, semuanya berpunca dari hati, hati ibarat raja kepada anggota yang lain ataupun rakyat...jika baik raja itu maka rakyat juga akan mengikut dan menurutinya...Entri kali ini sememangnya berkisar tentang penyakit hati...penyakit turun temurun sejak zaman nabi Adam, bermula dengan penyakit dengki mendengki antara Qabil dan Habil, Nabi Yusuf dan adik beradiknya yang lai dan sebagainya....
Saya pernah berjumpa seorang yang agak tinggi pangkatnya di kompleks....saya bertanya kan soalan yang sememangnya saya tidak tahu,tapi di balas dengan kata ynag cukup sinis, yang pada logik akalnya ramai tidak boleh terima....saya terkilan....sebabnya dia memandang kami cukup kecil di matanya...sewaktu hendak keluar dari biliknya, dia langsung tak tengok malah mengadap komputer disebelah kiri dan tak menjawap pun salam kami..hati mana tidak terguris ya...
kepada mereka diluar sana...jika anda berada diatas jangan lah rasa gah kerana Allah lebih hebat dan berkuasa dari anda...jawatan anda sekarang bukanlah mutlak buat anda tapi hanyalah sekadar pinjaman....Allah tetap boleh menariknya bila2 masa sahaja....wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)