Friday, January 29, 2010

2 jalan

insyaAllah saya akan 'out station' selama beberapa hari..

Thursday, January 28, 2010

Who is Hanna?


This is Hanna

The best oralist

Hanna Azkiya was born in Jakarta, 1986; Education: Universitas Indonesia, Faculty of Law, S.H., 2008; Hanna participated in the 2005 International Maritime Law Arbitration Moot Competition in Sydney, Australia where she was named the Best Speaker in the Finals, and the 2006 and 2007 Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition in Washington D.C., USA, where she was named Best Oralist in 2007; Hanna had previously interned at Rajah & Tann LLP, Singapore in 2006 and has worked with the United Nations Development Programme and the World Bank Youth Group in Jakarta. Practice areas: Arbitration, Corporate Law, Civil and Commercial Litigation. Languages: Indonesian, English. source from here

Mengenai Hanna, actually team kami (mooter2) pernah membuat lawatan ke Universitas Indonesia tahun lepas. Pengalaman bertemu dengan Hanna dimanfaatkan sepenuhnya oleh mooter2 untuk berentap dalam Moots Competition National Round end of this February. Semoga semuanya okay. InsyaAllah.

Nota: Isu hangat kalimah Allah terus mencetuskan pelbagai reaksi membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh dan sekarang menular kepada masjid..Semalam, kepala babi hutan ditemui di beberapa buah masjid (ada mengatakan 4 buah masjid), lebih lanjut di sini dan sini.

Wednesday, January 27, 2010

Tegur secara berhikmah

Semalam, classmate saya tengah bermain badminton di Gym universiti ditegur oleh seorang staff dengan teguran yang agak kasar...Kawan-kawan yang lain, turut berada di situ juga mengiyakan kekasaran staff berkenaan. Puncanya, classmate saya main badminton dengan memakai sandal atau selipar biasa..Staff berkenaan marah agaknya kerana dia tidak memakai kasut..Namun, tegurannya yang tidak berhikmah dan melulu-lulu itu berbekas di hati semua yang mendengarnya..

Bagi saya kalau perbuatan itu salah ia tetap salah, kalau benar, benarlah ia..Namun, cara menegur kesalahan seseorang telah di ajar oleh Rasulullah...Teguran mestilah secara berhikmah...Berhikmah yang bagaimana? Berhikmah ini adalah melalui teguran yang bukannya di khalayak ramai atau umum yang boleh menjatuhkan air muka serta harga diri seseorang itu. Perkataan yang digunakan tentunya tidak terlalu kasar. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang dalam teguran kita kerana teguran sebenar adalah bertujuan untuk memberi peringatan, bahasa yang sesuai haruslah di gunakan dan kita juga hendaklah melihat siapa yang akan ditegur oleh kita..Sekiranya budak kecil, cara teguran berbeza, begitu juga jika mahu menegur anak-anak remaja. Skill teguran perlu dipelajari. Ia bukan sahaja dapat dipelajari secara formal melalui kelas kaunseling dan sebagainya, tetapi yang paling effision 70% skill cara teguran yang betul hanya dapat dipelajari melalui pengalaman hidup atau experience seseorang.

Sebagai contoh,selama kita hidup bersama kawan-kawan, adik beradik kita. Sepatutnya kita sudah hadam bagaimana cara yang effective untuk menegur mereka kerana kita sudah tahu apa yang dia suka dan apa yang dia benci. Namun, dalam konteks teguran umum, yang melibatkan party2 yang tiada connection di antara mereka, lidah kita haruslah bercakap biar berlapik!..Sekali mulut berkata-kata ia ibarat pedang yang tajam menghunus. Tidak boleh patah balik. Macam kirim sms, kalau sudah di send, no more turn back!..kalau surat, boleh lagi nak kejar posmen, tapi situasi sekarang sudah berubah..Kata-kata yang menghiris perasaan, walaupun sudah dimaafkan, namun tetap berbekas di hati..moga Allah beri kekuatan pada kita dalam meniti kehidupan sehari-harian.. Wallahua'lam...Salam Sayang buat semua..

Tuesday, January 26, 2010

test and hot news!!


inilah dia wajah tabloid i luv islam edisi 2010

5 sekawan ~co-founder of i luv islam

Hajat di hati sememangnya nak sangat-sangat edisi i luv Islam versi bercetak. Bagi saya versi bercetak senang untuk di buat rujukan dan di buat koleksi berbanding dalam laman sesawang. Letih mata bila tengok lap top berulang-ulang kali. MasyaAllah, saya cukup teruja dengan semangat dan yang paling penting idea kreatif 5 sahabat ini dalam merealisasikan laman sesawang yang mencapai rating hit sepanjang masa. Laman sesawang i luv Islam adalah laman islamic yang santai tetapi penuh dengan pengisian jiwa. Syabas buat mereka. Semoga Allah merahmati segala usaha mereka. InsyaAllah..

Nota : hari ni test islamic law of insurance

Monday, January 25, 2010

Penggunaan Bahasa Melayu Di Mahkamah: Status Terkini

Alhamdulillah, hari ini jam 11.00 pagi diadakan sesi Syarahan Akademik bersama Professor Adjung FUHA yang juga bekas Federal Court judge, Tan Sri Dato' Bentara Istana Nik Hashim Bin Nik Ab.Rahman di Dewan Al-Muktafi Billah Shah( (DABS)..Saya teringat mengenai pangkat darjah2 kehormat ni sampai kadang-kadang keliru samada Tan Sri, Datuk, Dato' etc..Macam kat Oversea, guna Duke, Grand Duke, Prince, Duchess, Honourable, Earl etc..susahnya nak ingat pangkat2 ni..

Memang menarik speech yang diberikan oleh Tan Sri, beliau menyentuh Seksyen 8 Akta 32 yang berkuatkuasa mulai 1 September 1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang terpakai dalam segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah dengan syarat bahawa Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan sebahagiannya dalam Bahasa Melayu dan sebahagiannya dalam Bahasa Inggeris.

Kata beliau, penggunaan Bahasa Melayu dalam mahkamah tidak boleh diambil ringan kerana ia patut dipatuhi dengan ketatnya. Kes pertama yang menekankan kepentingan bahasa Melayu adalah kes yang diputuskan oleh beliau sendiri pada tahun 1998 dalam kes Zainun bte Hj Dahan v Rakyat Merchant Bankers Bhd & Satu lagi [1998] 1 MLJ 532 di muka 535-536: "Pemfailan 'notice of motion' ini dalam bahasa Inggeris bukan sahaja menyalahi A92 k 1 KMT malah ia juga melanggar s.8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967". Didalam kes ini, pemfailan dibuat dalam bahasa Inggeris dan ianya ditolak oleh Tan Sri atas alasan bercanggah dengan Akta Bahasa, namun apabila ianya di appeal, decision Tan Sri diketepikan kerana faktor mengutamakan interest of justice.

Namun, kes Zainun masih lagi di rujuk sehingga sekarang termasuklah dalam kes kontroversi di antara Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Tun Dr Mahathir bin Mohamad: Rayuan Sivil No: W-02-609-2007: Mahkamah Rayuan: 2 November 2009: " The supremacy of Bahasa Malaysia or the Malay Language in our courts cannot be denied. Pursuant to Article 152 of the Federal Constitution read together with section 8 of the National Language Acts 1963/1967 [Act32] as well as section 3 of the Interpretation Act, all proceeding other than the giving evidence by a witness in the Federal Court, Court of Appeal, the High Court or any subordinate court shall be in the National Language. And according to Article 152 (1) of the Federal Constitution, the National Language shall be the Malay Language."..Perlu juga dijelaskan disini , keadaan di Sabah dan Sarawak berbeza kerana pemakaian Akta Parlimen belum dipanjangkan lagi pemakaiannya di Sabah dan Sarawak. Kerana itu juga prosiding disana dijalankan dalan bahasa Inggeris.

Antara kes2 lain yang turut menekankan penggunaan bahasa Melayu adalah dalam kes Jude Philomen Benny v Majlis Peguam Malaysia, Attorney General v Geoffrey Robertson dan Cherie Boothe QC v Attorney General Malaysia & Ors. Cherie actually isteri kepada Tony Blair. Petangynya kami ada sesi yang sama cuma topicnya "Art of Advocacy from judge's perspective".


Ini berita gempa di Sarawak:KUALA LUMPUR 25 Jan. – Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi tadi.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26km dari Batu Niah, 90km barat daya Miri dan 99km di timur laut Bintulu.Menurut kenyataan itu lagi, sebelum ini, gegaran lemah berskala 3.3 Richter pernah berlaku di kawasan itu pada 12.13 tengah hari 23 Disember tahun lalu. - Bernama

Friday, January 22, 2010

Kafarah dosa

PORT-AU-PRINCE 21 Jan. – Satu gegaran susulan kuat menggegar bandar Haiti semalam, yang telah terjejas akibat gempa bumi sebelum ini, mengakibatkan beribu-ribu mangsa gempa bumi yang masih trauma bertempiaran lari ke jalan-jalan raya dalam keadaan takut.

Dalam pada itu, walaupun selepas lapan hari bencana tersebut berlaku, masih ada mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan yang disifatkan sebagai satu keajaiban.

Di tengah-tengah kubur besar, khemah yang menempatkan klinik sementara dan mangsa yang kian terdesak menanti bantuan, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi, beberapa kanak-kanak dan mangsa-mangsa lain daripada bawah runtuhan di negara Caribbean itu.

Beribu-ribu tentera Amerika Syarikat (AS) turut ditempatkan ketika negara-negara lain berjanji untuk menghantar lebih ramai tentera bagi membantu pengagihan bantuan, menyediakan rawatan perubatan dan menjamin situasi selamat di jalan-jalan bagi mangsa yang terjejas untuk terus hidup.

Gegaran susulan terbesar menggegar waktu subuh semalam, lapan hari selepas ibu negara Haiti dikejutkan dengan satu gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter, mengorbankan sekurang-kurangnya 75,000 nyawa dan mengakibatkan sejuta yang lain hilang tempat tinggal.

“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’ kata Eleude Joseph, seorang ibu dua anak kepada AFP di sebuah kem kotor yang menempatkan 6,000 mangsa di Place Saint-Pierre.

Tiada laporan sesiapa terbunuh atau tercedera oleh gegaran susulan 6.1 pada skala Richter itu, namun beberapa bangunan yang rosak dilapor runtuh, termasuk satu-satunya dinding gereja utama di Haiti.

Walaupun digegarkan dengan ancaman terbaru, pasukan penyelamat berhempas pulas meneruskan operasi mencari dan penat lelah mereka akhirnya berbalas dengan penemuan mangsa yang masih terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 23 hari, kanak-kanak lelaki berumur lima tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, usaha mencari mungkin akan dihentikan apabila operasi bantuan besar-besaran dimulakan bagi membantu beribu-ribu mangsa yang terselamat yang berdepan masalah kekurangan air di khemah-khemah sementara, di mana penyakit cirit-birit sudah merebak.

Bantuan antarabangsa juga kini ditumpukan kepada usaha membina semula negara tersebut, dengan persidangan penderma utama dijangka diadakan Isnin depan di Montreal. – AFP

Nota Kaki:Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan untuk menulis entri hari ini..Sejak semalam, badan sedikit kurang selesa. Sakit itu kafarah dosa-dosa kecil...kepada anda diluar sana jangan lupa menjaga kesihatan..bila tidak sihat akan merencatkan kerja2 D& T..Wallahua'lam

Thursday, January 21, 2010

Banjir di Gaza

January 19, 2010

Israel bertindak membuka pintu pagar banjir (floodgate) di salah satu empangan di bahagian timur Gaza, menyebabkan banjir melanda kawasan perumahan rakyat Palestin.

Pihak berkuasa Israel membuka pintu di empangan yang dipanggil “Lembah Gaza” tanpa memberi sebarang amaran awal, mahupun sebarang koordinasi dengan pihak bertanggungjawab di Gaza, menurut laporan Press TV lewat Isnin semalam.

Dilaporkan hujan lebat telah turun di daerah berkenaan sejak 24 jam sebelumnya. Empangan tersebut tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang terlalu banyak, dan Israel bertindak membuka pintu empangan tanpa memberi sebarang amaran.

Kedudukan Gaza di kawasan rendah dan mencerun ke arah Laut Mediteranean menyebabkan air membanjiri dua buah kampung, Johr al-Deek di sebelah tenggara dan Nusirat di sebelah timur. Ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tragedi ini. Di kampung Nusirat juga terletaknya kem pelarian Al-Nusirat.

Menurut laporan Press TV lagi, ramai penduduk dilaporkan terperangkap di dalam rumah dan juga di atas bumbung, manakala ramai yang lain lagi dilaporkan hilang. Pasukan penyelamat menggunakan bot-bot kecil untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. Di beberapa kawasan, air banjir mencecah ketinggian sehingga 5 meter.

Jurucakap kerajaan Palestin di Gaza, Sami Abu Zuhri, mendakwa Israel sengaja membuka pintu empangan tersebut, menyebabkan banjir tersebut berlaku. Ini merupakan satu lagi jenayah secara terangan Israel ke atas rakyat Gaza dan harta mereka, dalam usaha Zionis untuk terus menyiksa rakyat Gaza yang sekian lama ditindas dan dipisahkan dari dunia luar.

Tindakan Israel ini semakin menyukarkan kehidupan penduduk Gaza, terutama mereka yang masih lagi terpaksa tinggal di dalam khemah akibat kemusnahan tempat tinggal yang dihancurkan tentera Israel sepanjang serangan “Operation Cast Lead” lebih setahun lalu.

Dalam serangan tersebut, 1400 orang terkorban secara lansung, kebanyakannya wanita dan anak-kanak. Lebih 10,000 buah rumah musnah atau rosak teruk, menyebabkan sekurang-kurangnya 5,000 keluarga terpaksa berteduh di dalam khemah. [mn/Press TV]

Semalam,HAMAS menegaskan bahawa tindakan dilakukan regim Zionis yang membuka empangan yang menghalang air hujan tanpa sebarang amaran terhadap kawasan kediaman di Lembah Gaza adalah satu jenayah yang sengaja dilakukan bertujuan mendatangkan kerugian terhadap penduduk Gaza dan harta benda mereka, terutamanya apabila tindakan ini berlaku selepas beberapa tahun pihak Zionis menghalang air tersebut daripada dialirkan.

Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS dalam satu kenyataan pada petang Isnin (18/1) kepada Pusat Media Palestin mempertanggungjawabkan pihak regim Zionis terhadap jenayah tersebut.

Abu Zuhri juga menuntut agar pihak antarabangsa dan agensi bantuan tampil menghulurkan bantuan segera kepada penduduk yang terjejas teruk yang mengalami kerosakan rumah kediaman dan harta benda mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/


Wednesday, January 20, 2010

Susulan Isu Hangat Kalimah Allah


Kalimah Allah di Gereja1-by kekoh

Kalimah Allah di Gereja2-by kekoh

Sekadar pandangan sahaja: secara general, bagi saya penggunaan kalimah Allah oleh penganut2 agama lain adalah dibolehkan kerana pada zaman Rasulullah sendiri pun, Rasulullah menggunakan kalimah Allah dalam surat menyurat kepada pemimpin2 kuffar ketika itu..dan mereka juga reply surat merujuk kepada penggunaan kalimah berkenaan..tambahan pula, Allah itu bersifat universal, boleh digunakan oleh sesiapa sahaja..kerana Allah, Illah atau Rabb seluruh umat manusia..

Namun, dalam konteks tanah Malaya hari ini, banyak perkara sudah berubah, situasi hari ini menuntut kita berhati2 dalam setiap gerak kerja..isu kalimah Allah tentunya satu isu yang tidak boleh dipandang enteng sama sekali..Maaf kalau saya katakan masyarakat pada hari ini kebanyakkanya tidak memahami konteks sebenar kalimah Allah...Sebab itu, saya sendiri merasa takut kalau2 pengunaan kalimah berkenaan oleh non-muslims akan menyebabkan kekeliruan di kalangan mereka..Kekeliruan berkenaan akan menyebabkan mereka menyamakan Allah dan Jesus misalnya..Ini tidak boleh dibiarkan berlaku..Dengan penghayatan agama yang masih perlu kepada penambah baikan dikalangan masyarakat kita, sememangnya kecenderungan untuk berlaku kekeliruan itu amatlah besar..ditambah pula dengan konsep kesatuan dan kesamaan dalam masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, tidak mustahil kecelaruan serta kekeliruan akan menyebabkan mereka mudah goyah dalam pendirian dan prinsip ketuhanan..disini saya cuba sertakan senarai nama tuhan yang digunakan di Vatican City, kubu kuat Kristian di Rome..kalimah Allah clearly tidak digunakan..

Berikut adalah 16 nama Tuhan yang diluluskan oleh Gereja di Rome:

1) El Shaddai (Lord God Almighty)
2)El Elyon (The Most High God)
3)Adonai (Lord, Master)
4)Yahweh (Lord, Jehovah)
5)Jehovah Nissi (The Lord My Banner)
6)Jehovah-Raah (The Lord My Shepherd)
7)Jehovah Rapha (The Lord That Heals)
8)Jehovah Shammah (The Lord Is There)
9)Jehovah Tsidkenu (The Lord Our Righteousness)
10)Jehovah Mekoddishkem (The Lord Who Sanctifies You)
11)El Olam (The Everlasting God)
12)Elohim (God)
13)Qanna (Jealous)
14)Jehovah Jireh (The Lord Will Provide)
15)Jehovah Shalom (The Lord Is Peace)
16)Jehovah Sabaoth (The Lord of Hosts)

Wallahua'lam...p/s:Semalam gempa bumi berukuran 5.8 skala richter berlaku di kepulauan Cayman juga di lautan Carribean..manakala berita terkini IM menyeru seluruh umat Islam memboikot barangan Israel..

Tuesday, January 19, 2010

Gerhana Matahari

Perasan mahupun tidak, gerhana matahari melanda tanah Malaya berulang kali sepanjang tempoh terdekat ini...Apa petandanya hanya Allah yang tahu..jika dilihat di negara jiran kita, Indonesia..mereka turut mengalami perkara yang sama seperti kita..Gerhana Matahari mencetus fenomena alam yang semakin mendapat perhatian umum..Sekiranya anda berada di beberapa tempat yang mempunyai balai cerap, possibility untuk melihat gerhana lebih dekat menerusi teropong amatlah besar..Menerusi teleskop dan teropong, kita dapat menghayati kekuasaan Allah yang amat hebat..

Sebab munculnya gerhana Matahari jika posisi Bulan berada tepat di antara Bumi dan Matahari, efeknya menutupi sebagaian hingga sepenuhnya cahaya Matahari yang menuju ke Bumi, walaupun ukuran Bulan relatif kecil jika dibanding Bumi dan Matahari, namun bayangan yang dihasilkan Bulan amatlah besar sehingga mampu menutupi seluruhnya (atau sebagian) cahaya Matahari, sehingga walaupun pada siang hari langit terasa gelap seperti malam hari.

Di Indonesia, gerhana berlaku sekitar 26 Januari 2009,23 Julai 2009 dan terbaru pada 15 Januari 2010 baru2 ini..begitu juga yang berlaku di tanah Malaya...Adakah ia bermaksud matahari sudah bergerak keluar dari paksi galaksinya..Wallahua'lam

Monday, January 18, 2010

Masa2 Kecemasan

Kita selalu diingatkan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya lima perkara...salah satunya mengenai masa...selalu aja kita tahu, tanggungjawab itu lebih banyak berbanding masa yang ada..tetapi sejauh mana praktiknya dalam kehidupan kita...tidak mahu menunding jari kepada orang lain, saya juga mengalami keadaan yang sama..tahu banyak, sepatutnya amal lagi bertambah dan istiqamah..namun, sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari dari kelemahan, saya juga tidak terlepas dari masalah pengurusan masa yang efficient..susahnya nak dapatkan "lapan hari dalam seminggu"...maksudnya, kita menggunakan masa semaksima mungkin dalam tujuh hari yang Allah berikan seolah2 kita mempunyai lapan hari dalam seminggu...Allah berikan tujuh hari yang sama kepada setiap hambanya..tidak terkurang ataupun terlebih..namun,sesiapa yang benar2 menghargai masanya, maka dia dapat arrange masanya dengan betul dan hasilnya, setiap hari tidak akan disia-siakan begitu sahaja...itulah dia orang yang benar2 menggunakan masa lapangnya dengan sebaik-baik pengisian..subhanaAllah..

Malam ini kelas Probate berjalan seperti biasa..Malam ni juga di Dewan AMBS diadakan konsert Amal Tour De Tahfiz..antara yang datang membuat persembahan nasyid, Nazrey Johari (Raihan), In-team ada juga rasanya dan banyak lagi..hari ini, adalah hari yang benar2 full..test2 akan bermula 26hb ni selepas "Syarahan Akademik: Penggunaan Bahasa Melayu di Mahkamah" yang bakal dihadiri semua wakil2 peguam seluruh negeri Terengganu, Bar Council Terengganu...InsyaAllah Syarahan Akademik akan disampaikan oleh Professor Adjung (Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa aka FUHA) Dato' Seri Bentara Nik Hashim Nik Abdul Rahman (rasanya lepas ni kena tengok balik, kot tersilap nama)..1hb February, presentation case review dah start, 8hb pula test Public International Law, 10hb test Banking Law dan sebelum pulang bercuti, kena present ala-ala mahkamah dalam Moots Court..

Saturday, January 16, 2010

Nasihat??

Deen itu adalah nasihat.tentu ramai yang pernah mendengar hadith mengenainya..Sepertimana yang dikatakan oleh MCS "kita sebagai manusia yang serba kekurangan serta lemah perlu kepada nasihat tidak kiralah di kalangan rakan sekuliah, roommate, housemate, guru2, lecturer2, pemimpin dll"...Ini adalah kerana nasihat itu juga merupakan sebahagian daripada iman...Maka melakukannya dikira ibadah kepada Allah...memberi nasihat pada orang lain terutama mereka yang memerlukan dan meminta nasihat lalu kita berikan nasihat kepadanya adalah amat besar pahalanya..Ini adalah kerana dia telah pun bersedia menerima nasihat atau dalam kata lain dia telah menyerahkan dirinya untuk diproses dan ditarbiyyah secara tidak langsung)...

Saling nasihat-menasihati merupakan fardu kifayah ke atas setiap individu bergelar muslim..Maka sekiranya tiada seorang pun di kalangan kita yang mengambil tanggungjawab nasihat-menasihati ini, berdosa lah semua yang memandang enteng nasihat-menasihati ini..Nasihat boleh di bahagikan kepada beberapa jenis dan saya akan menyentuh sedikit sahaja...Pertama, nasihat kepada Allah...tentu ramai yang tertanya-tanya..mengapa perlu menasihati Allah sedangkan Allah Maha Berkuasa dan tidak perlu nasihat...Sebenarnya, nasihat kepada Allah ini adalah nasihat dalam rangka kita beriman kepada Allah, mentaati perintahnya serta menjauhi larangannya..Kita mencintai dan membenci kerana Allah..Ia bermaksud kita memerangi sesiapa yang mengingkari perintah Allah begitu juga sebaliknya...Yang kedua adalah nasihat kepada Rasul...kita mematuhi perintah Rasul dan membenci apa yang dilarang..Sebagai contoh, Kaab bin Malik yang dipulau selama 40 hari oleh seluruh sahabat2 ketika itu akibat Kaab tidak menyertai peperangan Tabuk..Sahabat2 ketika itu berbuat demikian kerana Rasulullah sendiri memulaukan Kaab atas perbuatannya...Namun, ini bukan bermakna Kaab seorang yang buruk perangai dan akhlaq nya kerana Kaab sendiri merupakan sahabat yang banyak berjasa kepada kegemilangan Islam itu sendiri pada zaman Rasulullah..Ini hanya sekadar punishment atau hukuman kerana Kaab tidak menyertai peperangan sahaja..
nnt akan disambung...ada hal..

Nota Kaki: CONFIRM, our beloved UDMZ admitted in HUKM..
Laporan Dr Zamrin , jam 4:15pm)UDMZ nampak letih hari ni. Gout sebelah kaki kiri beransur pulih. Keadaan buah pinggang tidak banyak berubah dari semalam. Hemoglobin(darah merah) rendah, 6.8 berbanding 8.5 semalam walaupun dah diberi 1 beg darah semalam. Demam tiada.Dah buat CT-scan bahagian perut untuk mengesan punca darah rendah tetapi negatif.UDMZ masih ditempatkan di wad jagaan rapi.Sama-sama kita doakan kesihatan murabbi yang kita sayangi.~hari ini juga ziarah tokki...semoga tokki cepat2 recover dan kesihatan sama macam dulu2..setakat hari ni tokki berselera makan~

Friday, January 15, 2010

SRIQ

Hari ini hari perletakan batu asas untuk mendirikan sekolah Sek Ren Ibn Qayyim aka SRIQ di Kampung Laut...Semoga segalanya berjalan lancar..hari ini juga diadakan forum Maal Hijrah kat SMAKL...

Thursday, January 14, 2010

Gempa kuat dalam tempoh 200 tahun

Gempa bumi di Haiti pada 12hb lalu merupakan yang terkuat dalam tempoh 200 tahun...Republik Haiti yang berdekatan Lautan Carribean dilanda gempa berkekuatan 7.0 skala richter...Gempa yang kuat mengakibatkan sampai hari ini masih belum diketahui berapa ribu rakyat Haiti yang terperangkap di bawah runtuhan...Istana Haiti yang kukuh juga mengalami kerosakan yang amat teruk....

UDMZ admitted to HUKM...Penyakit buah pinggang bertambah serius dan berada dibawah jagaan pakar nephrology (buah pinggang) dan urology (saluran kencing)...Keadaan keseluruhan setakat ini masih stabil..-pukul 3 lebih tadi, sedang berjalan ke Fakulti, akhi khabir telefon..cakap pasal pergi Gaza..saya tanyakan pasal slot Palestin, kebetulan Bro Azman pun di situ, dia kata tak boleh join..pasal UDMZ masuk hospital, akhi khabir kata dia dapat info bukan UDMZ tapi ust Darus.Wallahua'lam...nampaknya duduk di Damascus lagi tahu berita dari duduk kat Tanah Malaya sendiri...

Wednesday, January 13, 2010

AkhlaQ yang terpuji

Dalam buku Dr.Salman bin Fadh Al-Audah: "Beginilah Seharusnya Akhlak Seorang Da'i", Dr Salman memperincikan setiap akhlaq yang perlu ada dalam diri seorang daie iaitu pembawa risalah para nabi dan rasul..sebab itulah dikatakan setiap kita adalah daie...apabila dilaungkan kata2 "Nahnu Duat Qobla Kullu Syai'in" sebenarnya ia membawa pengertian yang cukup mendalam..ia bermaksud "kita adalah daie sebelum sesuatu yang lain"...sebagai contoh kita bergelar pelajar, kita bukan sahaja ada tanggungjawab mempelajari ilmu tetapi dalam masa yang sama kita turut mengajak orang2 lain di luar sana bersama2 mengenal Islam,memahami Islam sebagaimana kefahaman kita..."Islah napsaka wad'u roiruka"..kamu islah (perbaiki) diri kamu dan dalam masa yang sama mengajak dan memperbaiki yang lain..Tanggungjawab sebagai daie amatlah berat...kerana ianya berat maka kerja2 mengajak masyarakat dalam bergabung dalam suasana biah solehah aka persekitaran yang soleh memerlukan kekuatan secara kolektif atau kebersamaan..Ini bermakna kita tidak bekerja berseorangan dalam mengajak masyarakat di sekeliling kita, tidak kisahlah samada dalam konteks student, sedang bekerja atau sebaliknya...

Dalam buku itu juga ditekankan betapa hebatnya impak akhlaq seorang daie kerana mereka lah yang sering menjadi bahan rujukan, sentiasa diperhatikan oleh masyarakat...Bagaimana mungkin kita dapat membentuk masyarakat sekiranya kita juga lebih kurang mereka malah ada kalanya lebih rendah akhlaqnya berbanding yang lain...Akhlaq yang mulia adalah akhlaq yang disukai oleh Rasulullah..."Sesungguhnya Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia"...Cubalah kita singkap sejarah di zaman Rasulullah.sahabat2 Rasulullah juga dikenali sebagai generasi Al-Quran yang bergerak...maksudnya setiap gerak-geri mereka, tindak-tanduk dan sebagainya berteraskan Al-Quran sehinggalah jika melihat mereka, segalanya sebagaimana termaktub dalam Al-Quran..Ahklaq yang terpuji ini juga merupakan salah satu sifat yang MESTI ada dalam setiap diri seorang amilin..mereka2 yang bekerja di atas Jalan D & T..

Nota Kaki:Alhamdulillah, memorial siap dihantar...26,27,28 hb February (if not mistaken), Competition will be held at UKM..Can't wait to meet Suhailey~my best pal since in MATRI..Beberapa minggu yang lepas, 'aQilah menelefon saya walau jarak kami dipisahkan Laut China Selatan..'aQilah sekarang sedang menunaikan tanggungjawabnya sebagai guru lepasan UPSI posting di Miri,Sarawak..tiap kali berjumpa, pasti ramah mulutnya mengajak saya ke Miri..pergi kenal tempat Sarawakian..dia juga sering bercerita mengenai sekolah baru yang dah pun dia start mengajar 1hb lalu..Alhamdulillah, 'aQilah tidak lah di posting ke pedalaman2 sekitar Sarawak...dia turut memberitahu sudah beli buku Dan Brown (mungkin kerana di incude oleh saya)

Ingat lagi sepanjang perjalanan ke Bangi sebulan yang lalu, kami berempat berkereta, Hanisah yang drive...Kebetulan pula jalan time tu jammed area Kemaman-Kuantan..dah lama tak berjumpa, kami memang tak tidur langsung malah rancak berbual sambil sesekali Sah mencelah perbualan kami...Sepanjang perjalanan kami bercakap pelbagai isu, salah satunya terselit Dan Brown..Bukan apa, kekaguman saya pada Brown yang boleh buat research pasal agama Kristian dan Opus Dei..Hebatnya Allah mengurniakan pemikiran yang hebat terhadap beliau...Kesemua data dikatakan accurate (sejauh mana accuracy nya saya tak pasti)...berbalik kepada perbualan telefon, kami sama2 mendoakan..'aQilah dapat laksanakan tugasnya sebagai murobbi dengan penuh berhemah, saya pula dapat menyiapkan Memorial sehingga selesai..Satu hari, pasti saya akan ke Miri juga,InsyaAllah...

Tuesday, January 12, 2010

Umpama Buih

Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya "Assalamualaikum Selamat Datang Kebahagiaan" menyebutkan beberapa perkara..
Rasulullah memberitahukan kepada kita bahawa di akhir zaman, umat Islam ibarat buih yang ada di lautan..Ia nampak banyak dalam kuantiti namun sedikit dalam keberkahan.Jumlah mereka ramai namun sedikit yang bermanfaat.
Kenapa kita katakan sedemikian adalah kerana segala kekuatan yang ada pada diri umat Islam seolah-olah hilang..Kita ibarat buih yang mengikut ombak2 pantai..Apabila ombak memukul pantai, buih turut sama mengikut..bila ombak kembali ke laut, buih juga sama2 tenggelam dalam lautan..begitulah ibaratnya keadaan umat Islam sekarang..tidak ubah seperti buih di lautan..Kita mempunyai Liga Arab namun hanya sekadar kosmetik sahaja, tidak ubah seperti boneka yang di gunakan orang menjadi bahan ketawa..mengikut segala gerak geri orang yang mengawalnya...mengikut segala perintah kuasa yang lebih besar..tanpa mengira impaknya kepada keseluruhan umat Islam..tunggulah Azab Allah..sekiranya seluruh umat Islam bersatu, sekurang-kurangnya kita dapat menggerunkan musuh sekaligus berjaya bersatu tanpa mengalami tekanan melampau dari kuasa2 besar dari sudut ekonomi dll..

Namun, situasi zaman sekarang melahirkan generasi hipokrit yang semakin menular dalam diri pimpinan negara2 Islam dibawah pengaruh Yahudi dan Kristian..mereka mendominasi dan melakukan apa sahaja sekiranya negara2 Islam tidak tunduk kepada kata2 mereka dari pelbagai sudut..ini tentunya menyukarkan negara2 Islam kelas ketiga,negara2 Islam yang sedang membangun dll..Sikap selfish sesetengah pimpinan negara2 Islam juga contribute sama dalam isu penindasan umat Islam..Dubai yang terkenal kaya dengan minyak serta mampu membina Burj al-Dubai yang juga hotel bertaraf 7 bintang sememangnya melambangkan kekayaan umat Islam. Kalau diikutkan kita tidak perlu bergantung kepada mana2 donation atau fund lain untuk membantu saudara seaqidah kita di Palestin, Afghanistan, Chehnya, Kashmir dll...Kita turut mempunyai Brunei, kerajaan Islam yang kaya, begitu juga Jordan..Namun, kekuatan itu hilang kerana kita tidak bersatu, menjaga hati kuasa2 besar supaya ekonomi semakin teguh, tiada serangan ketenteraan..Cuba bayangkan selama mana mereka akan mengotakan janji melindungi segala pelaburan kita, keselamatan kita..Letakkan segala pergantungan kepada Allah, kerana Allah lah pemberi kekuatan ekonomi, politik dan sebagainya..Jika Allah nak tarik segalanya, pasti ianya akan berlaku..Kasih sayang Allah amat hebat, Allah masih memberi peluang untuk kita kembali kepada Nya..berfikir tentang kekuasaanNya..

Nota Kaki: Hari ini dateline untuk submit memorial to international level,USA and local level,UKM..organiser of this coming competition is UKM..last year, UM is the organiser of this Phillip C.Jessup Competition..Can't wait to see IIUM organise this competition for the next coming years..Jazakillah buat k.Shah-Shah Alam yang sentiasa up to date segala info and forwarded it to me..Afwan, memang hajat sangat nak dengar slot Palestin dengan Bro Azman..tapi kat Pantai Timur, Ahad,17hb tak cuti..
ALERT ISSUE: Isu Kalimah Allah still hot issue around last week until now..

Monday, January 11, 2010

Mission Accomplished!!!


updates: Kesemua relawan selamat pulang..Bro Azman still in Damascus..My bro called 9 Jan night, they arrived at Homs, Damascus around midnight...They departed from Egypt via flight straight away to Damascus..Our blessing to all of them..

Sunday, January 10, 2010

Bila Allah menguji hambaNya

SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.

Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam."Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan," luah Siti Mariam Ismail, 19, orang pertama menemui empat mayat ahli keluarganya itu sekembalinya dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurut Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun, pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah."Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya."Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah," katanya yang masih trauma dan murung akibat kejadian itu.

Kasih ibu

Bagi Zaharah Atan, 59, peristiwa itu adalah tragedi paling besar dalam hidupnya. Beliau yang kematian suami, ibu, bapa serta anak perempuan turut diuji apabila suspek utama, Rashidi juga merupakan anaknya."Semasa kejadian, saya keluar bekerja di kilang ayam tidak jauh dari sini. Lebih kurang pukul 4.50 petang, ada jiran datang ke kilang dan menjemput saya pulang."Bila saya tanya kenapa, dia kata sabarlah. Bila sampai di rumah, saya nampak orang ramai dan kereta polis."Saya ingat ada pokok tumbang menghempap rumah. Disebabkan saya tak dibenarkan masuk ke rumah, saya duduklah di kebun getah," cerita beliau.

Apabila Mariam datang, Zaharah bertanya kenapa tetapi Mariam hanya menggelengkan kepala. Mariam pula menjawab 'ada' bila ditanya di mana kakaknya, Siti Khadijah.Zaharah bertanya lagi, balik sekolah tadi naik apa? Mariam hanya kata jalan kaki dan tidak tahu kenapa bapanya tidak datang menjemput seperti biasa."Saya mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku. Setengah jam selepas itu, baru saya dapat tahu, suami, anak, ibu dan bapanya mati dibunuh," beritahu Zaharah kepada Jurnal Metro.Pada awalnya, Zaharah tidak percaya apabila Rashidi dikaitkan sebagai suspek utama sementelah dia disifatkan sebagai anak yang baik."Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah.

Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum.Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.LOKASI pembunuhan empat mangsa di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan Selasa lalu."Kalau diikutkan perangai Rashidi yang saya kenal, dia bukan panas baran orangnya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mendorong dia buat begitu."Begitupun, saya reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau ditakdirkan anak saya itu bersalah dan dihukum gantung, saya terima."Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak."Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia," tuturnya yang sempat mencium pipi Rashidi semasa anaknya itu dibawa ke lokasi pembunuhan.Menyelusuri misteri di sebalik kejadian ini, belum ada petunjuk kukuh yang dapat merungkainya.Ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, sakit jiwa dan tidak kurang yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.Apa pun, kejadian yang menimpa keluarga Zaharah bukan kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang pertama dilaporkan di negara ini.-source jurnal Kosmo(pembunuh kian kejam)...

Sedikit perkongsian,daripada buku Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni.."Assalamualaikum Selamat Datang Kebahagiaan"..ingin disentuh topik kecil yang sebenarnya agak besar impaknya kepada kita..Tajuknya "Salam Sejahtera Di Atas Kesabaran Anda"..Ini adalah ucapan tahniah daripada Allah kepada orang-orang yang bersabar dan melaksanakan pekerjaan mereka dengan penuh kesabaran, juga kepada mereka yang menjauhi kemaksiatan dan menerima takdir buruk dengan sabar.

Kita memerlukan bekalan ini kerana ia adalah bekalan yang paling berharga. Bersabarlah supaya anda menjadi orang yang berjiwa besar ketika orang-orang lain tidak menyukai anda, menjatuhkan harga diri anda.Bersabarlah sehingga anda mendapat medal pujian yang abadi dari RabbNya..Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari masalah tidak kira masalah dengan rakan sekuliah, sekerja, roommate, housemate,maid,ibubapa, guru, lecturer dan sebagainya..Namun, Allah menggariskan beberapa peraturan agar kita dapat mengawal emosi kita daripada menjadi makin tidak menentu..Allah Maha Hebat yang menciptakan kita, tahu segala kekurangan kita..Kepada Nya lah kita mesti berdoa agar diri kita diberi kekuatan..

Nota Kaki:Dalam membuat memorial, tidak dinafikan berlaku percanggahan pendapat, mungkin kerana semuanya tension mengadap compromis, dah beratus2 kali baca sampai nak termuntah..sampai tahu ayat dalam setiap perenggan lagi..Namun, apa yang penting sekali, kita mestilah sentiasa memujuk hati kita agar sentiasa bersikap optimis..tidak di control oleh emosi yang keterlaluan..Alhamdulillah,Memorial sudah mencecah 8 ribu patah perkataan..akan di submit 12 hb ni..ini baru bahagian Appellant..

Saturday, January 9, 2010

Viva Palestina

Assalamualaikum, sedikit brief mengenai kemunculan Viva Palestina..mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Viva Palestina?..adakah ia konvoi kereta Viva seperti yang ada di Malaysia atau sebaliknya..Viva Palestina yang bermaksud "long live palestine" dalam bahasa Spanish-Portugese dan Italy merupakan British based registered charity yang bermula pada awal Januari 2009 oleh Ahli Parlimen Britain George Galloway sebagai respon terhadap konflik 2008-2009 Israel Gaza (masih ingat ketika itu Pilihan Raya Israel diadakan dan mereka menggunakan fosforus putih keatas rakyat Palestin) dengan perancangan untuk memberi bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza aka Gaza Strip..

Konvoi Viva Palestina bermula sejak 14 Februari tahun yang sama..disusuli pada 20 Februari, 9 March, July sehinggalah kepada kemuncaknya pada 6 Disember baru2 ini. Menariknya antara aktivist yang pernah mengikuti konvoi termasuklah Yvonne Ridley, wartawan yang pernah menjadi tahanan sehinggalah beliau convert to Islam after released.Konvoi kali ini berlepas dari London dan melalui France, Belgium, Luxembourg, Germany, Austria, Italy, Greece, Turkey, Syria, Jordan dan Egypt entering Gaza via Rafah on 27 December, the one-year anniversary of the 2008–2009 Israel–Gaza conflict. Pada 5hb Januari, berlakunya pertumpahan darah akibat kemungkiran Mesir membenarkan kemasukkan konvoi Viva..sehinggalah protest dilakukan dengan penuh istiqamah dan mengharapkan pertolongan Allah..protest yang dilakukan dengan penuh tekad itu akhirnya berjaya apabila pada 7hb Januari, mereka dibenarkan masuk namun dengan certain limitation...hanya mereka2 tertentu dibenarkan masuk ke Gaza bagi memberi bantuan ubat-ubatan, pakaian musim sejuk, keperluan makanan dan minuman etc..

Nota Kaki: Presentation memorial masih berjalan seperti biasa petang ini..

Friday, January 8, 2010

Alhamdulillah! Bantuan akhirnya berjaya dibawa masuk ke Gaza

January 7, 2010

Sorakan beserta airmata kegembiraan! Alhamdulillah, rombongan membawa bantuan ke Gaza akhirnya berjaya melepasi pintu masuk Rafah. Ribuan rakyat Gaza yang dikepung sejak Jun 2007 lalu keluar ke jalanan menyambut ketibaan bantuan dengan mengibar bendera dan memberi hadiah jambangan bunga.

Kerajaan Mesir akhirnya membenarkan bantuan dibawa masuk setelah berlaku pertempuran antara relawan dan pasukan polis Mesir, di mana 55 orang relawan dan sebilangan anggota polis tercedera. Kira-kira 60 orang relawan juga telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

HALUAN Palestin turut berjaya membawa barangan bantuan berupa selimut untuk musim sejuk dan makanan yang telah dihantar dari Kuala Lumpur sejak pertengahan Disember lalu. Barangan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil sumbangan masyarakat dan pertubuhan prihatin Malaysia, termasuk Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI.) Sebahagian lain lagi dihantar ke kem-kem pelarian Palestin di Syria.

Bagi rombongan Viva Palestina pula, perjalanan mereka sejauh ribuan batu selama sebulan, melalui 10 buah negara… merupakan satu usaha yang amat berharga apabila melihat bantuan yang mereka bawa akhirnya sampai ke bumi Gaza. “Kami begitu terharu melihat mereka keluar menyambut kami! Rombongan Viva Palestina adalah suatu yang simbolik. Ia membuktikan kepada rakyat Gaza betapa kami dari Barat prihatin terhadap mereka,” kata pemimpin rombongan Viva Palestina, Kevin Ovenden.

Bagaimanapun, 59 buah kenderaan tidak dibenarkan masuk. Menurut George Galloway yang menyertai rombongan tersebut, kenderaan tersebut beserta barangannya diarahkan supaya diserah kepada pihak Israel untuk disampaikan ke Gaza — suatu perkara yang mustahil. Justeru para relawan bertindak memunggah sebahagian barangan ke kenderaan lain untuk dibawa masuk ke Gaza. Sebahagian lain akan dibawa ke kem-kem Pelarian Palestin di Lubnan dan Syria. Antara bantuan yang disalurkan termasuklah makanan, peralatan sekolah dan ambulan yang lengkap dengan kemudahan perubatan dan juga pergigian.

HALUAN Palestin mengajak masyarakat agar terus memperjuangkan kebebasan bumi Palestin – yang merupakan bumi wakaf bagi setiap orang Islam, dan menolak usaha pengganas Zionis Israel dan sekutunya daripada terus memperkosa hak kemanusiaan rakyat Palestin. Antara perkara yang mendesak adalah berusaha menghalang Kerajaan Mesir daripada meneruskan perancangan mereka membina tembok besi di sempadan Gaza. Tembok tersebut bakal menutup satu-satunya jalan ke dunia luar bagi rakyat Gaza, kerana Pintu Rafah sentiasa ditutup oleh pihak berkuasa Mesir.-source haluan palestin.

Galloway:Mesir Khianati Kami...

Ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan 3, George Galloway menegaskan bahawa konvoinya yang menempuh perjalanan selama 31 hari disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Gaza “…kerana melihat kami sanggup mengorbankan darah semata-mata kerana mereka.”

Dalam rancangan ‘Tanpa Sempadan’ yang disiarkan oleh saluran TV kabel al-Jazeerah pada petang Rabu (6/1/2010), beliau hairan dengan tindakan yang diambil pihak Mesir sehingga menyebabkan beberapa anggota konvoinya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana ada di antara mereka mengalami patah tulang dan cedera parah. Mereka mengalaminya hanya kerana matlamat mereka untuk menghantar ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Gaza yang terkepung.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Nota Kaki: Alhamdulillah, abang masih call seperti biasa..tapi kali ni dia kata suka tinggal di Gaza..rasa tak nak balik..


Thursday, January 7, 2010

Palestin


“Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.” – Khalil Ismail al-Haya ketika mengunjungi Malaysia pada tahun 1998"from haluan palestin

Wednesday, January 6, 2010

status right now

1.tokki semakin sembuh...
2.saya masih dengan memorial
3.situasi akhi khabir masih in 'grey area'- around 9.20 a.m i received forwarded message from Mazlina (i didnt know who she is) to my mum saying that "aslmkm,mohon doa buat akhi Azman & shbt2 (one of them my brother). Alive in Jazeera mrk dikepong polis dan tentera Mesir, Mga tiada pertempuran". jazakillah buat sahabat2 yang menghantar sms sampai no space di inbox saya..sudah tak dapat duduk diam ketika kuliah..bunyi 'beep' berulang kali..sesekali ada yang menelefon..konsentrasi sudah tidak wujud...saya bimbang..ibubapa apatah lagi...mudah-mudahan semua sahabat2 yang pergi pulang dengan selamat..
4.achik sudah memanaskan badan ke PLKJ..dan sesekali menelefon saya bertanya khabar abang..
5.adik akan ke SMAKL sabtu ini, sempat lagi buat kek ari ni..well learning..juga risaukan abang..
6.My mum and dad continue daily routine like always since sorang demi sorang dah tak de kat rumah..mereka lagi risaukan abang dan sahabat2 yang lain..

berita dari Haluan palestin..

Rombongan bantuan ke Gaza berhadapan dengan lebih 2000 polis rusuhan Mesir di Al Arish

January 6, 2010

Mesir terus berkeras dan tidak membenarkan rombongan Viva Palestina daripada membawa masuk bantuan ke Gaza! Keadaan di pelabuhan Mediterranean Al Arish dilaporkan kritikal, di mana lebih 2000 polis rusuhan dikerahkan menghalang jalan masuk ke Pelabuhan tersebut. Walaupun sudah ada yang ditangkap dan tercedera, relawan Viva Palestina tetap berjuang mempertahankan kenderaan bersama-sama barangan bantuan dan ambulan yang akan dibawa masuk membantu rakyat Gaza yang dikurung dari dunia luar sejak tiga setengah tahun lalu.

Rombongan Viva Palestina yang berlepas dari United Kingdom 5hb Disember baru lalu disertai 450 orang relawan menaiki 220 buah trak dan ambulan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia. Selepas terkandas selama 5 hari di Aqaba, Jordan akhir Disember lepas dalam usaha mereka memasuki Gaza melaui pintu Rafah, mereka terpaksa menukar laluan untuk cuba memasuki Gaza melalui pelabuhan Al Arish. Walaupun semua urusan dokumentasi dan syarat-syarat lain dipenuhi, Mesir tetap tidak membenarkan mereka melepasi sempadan. Untuk ke Al Arish, mereka terpaksa berpatah balik ke Syria dan melalui terusan Suez, satu perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam.

Setiba di Al Arish, mereka dihalang dari memasuki pelabuhan dan berhadapan dengan polis rusuhan dan meriam air pemedih mata. “Tidak kira apa halangan yang akan kami hadapi. Sebaik sampai di Al Arish, kami diserang dengan batu, baton, kayu, dan mereka mencuri barangan yang kami bawa. Kami telah melalui perjalanan yang sangat sukar, tetapi kami tidak sekali-kali akan berhenti, kami akan terus bergerak. Kami akan terus bergerak, InsyaAllah,” kata seorang relawan, Munir Ahmad. Pimpinan rombongan Viva Palestina, termasuk ahli Parlimen British George Galloway, meneruskan usaha diplomasi dan berunding dengan pihak berkuasa Mesir.

Relawan HALUAN turut berada di Al Arish bagi menguruskan penghantaran barangan bantuan kepada rakyat Gaza, antaranya pakaian musim sejuk yang telah disumbangkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI.)

HALUAN Palestin menyeru semua masyarakat yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza untuk membantu bagi menjayakan misi membawa masuk bantuan ke Gaza ini. Bagi umat Islam, panjatkan doa kepada Allah Yang Maha Kaya supaya usaha ini permudahkan dan mereka semua dilindungi dari kejahatan Zionis Israel dan sekutu-sekutunya.


Nota Kaki: Alhamdulillah, tadi lepas Maghrib, my mum send a message..my bro called tadi..katanya dia,shbt2 lain, Bro Azman selamat...Syukur Alhamdulillah...lebih lanjut tentang konvoi kemanusiaan Gaza boleh google Viva Palestina dan Al-Jazeera..

Tuesday, January 5, 2010

Hosni Mubarak needs a lesson

UN representative, Richard Falk menyelar Mesir di atas pembinaan tembok besi di sepanjang sempadannya dengan semenanjung Gaza.Dalam satu ucapan untuk Radio PBB rabu lalu, Falk menyatakan perasaan marah terhadap berita itu kerana ia menunjukkan wujudnya pakatan kerajaan Mesir dan Amerika dalam pembinaan tembok itu bagi menutup terowong-terowong yang digunakan bagi penyeludupan makanan dan bahan-bahan lain untuk penduduk Gaza.

Jurucakap tersebut menyatakan terowong-terowong itu menunjukkan jumlah kesengsaraan di Gaza berpunca dari kepungan tiga tahun, yang tidak pernah terjadi dalam sejarah moden sejak berakhirnya Perang Dunia ke 2..-source palestinkini..

Semester ini saya mengambil subject Public International Law dengan Miss Maheran..Kami pernah menayakan persoalan2 berkisar Palestin, Iraq, Afghanistan...Miss menyatakan United Nation ak.a UN atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu aka PBB mempunyai kuasa VETO..kuasa ini pula diberikan kepada lima permanent membernya..Antaranya United States, United Kingdom, China, Russia dan France..Sekiranya negara2 lain bersetuju untuk mengenakan tindakan ke atas Israel misalnya, namun dibantah oleh kuasa VETO terbabit, there is no enforcement...itulah antara weakness yang ada dalam International Law...semuanya memerlukan consent atau kebenaran dari pihak yang berkuasa...Apatah lagi kuasa VETO terletak pada negara yang bencikan Islam.

Kenapa United States mesti membela Israel? begitu juga dengan negara2 yang lain..mereka amat2 menjaga kepentingan Israel...Salah satu jawapannya adalah, negara2 berkenaan terikat dengan kepentingan ekonomi mereka dengan Israel..Jika dilihat kembali, kebanyakkan mereka2 yang bergelar jutawan sehinggalah disenaraikan dalam majalah FORBES, most of them adanya Jewish roots..maksudnya, kebanyakkan mereka berdarah Yahudi..Tengok sahajalah Rupert Murdoch, he is the most powerful man behind the broadcasting company around the world.He is media mogul...Dialah yang mendominasi BBC..Kini isterinya diberi kuasa mendominasi broadcasting sekitar Asia kerana isterinya berasal dari China, if i not mistaken..semua broadcasting news di control oleh mereka...Jika dilihat kebanyakkan mereka yang memegang tampuk negara di US juga kebanyakkannya berdarah Yahudi...

Terbaru, President of Egypt, Hosni Mubarak membuat keputusan mengejut dengan bertindak menghalang konvoi Viva Palestin..Hosni juga dilihat membina tembok bagi menghalang rakyat Palestin melalui terowong bawah tanah bagi mendapatkan barang-barang keperluan..Tindakan Hosni yang keterlaluan itu sememangnya kejam dan tidak berperikemanusiaan..Bayangkan Muslim yang bertindak membunuh saudaranya dengan cara halus...Hosni dilihat bersetongkol dengan Israel demi kepentingan sendiri...


Monday, January 4, 2010

takziah

Tidak terlewat untuk saya masukkan entri takziah buat hakim Augustine Paul yang meninggal pada 2 Jan 2010...Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah..namun sesetengah mengatakan penyakit kronik..

Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.Augustine mendapati Anwar bersalah pada 14 April 1999 selepas satu perbicaraan yang kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya.

Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini.

Sejurus selepas itu, Augustine dinaikkan pangkat - pertama sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1998, hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 dan akhirnya hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.Augustine juga turut menulis beberapa buku - Cautioned Statements (1990), Impeachment Proceedings (1990), Trial within a Trial (1994) dan Evidence-Practice and Procedure (1994).

Buku Evidence-Practice and Procedure kini menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.Actually, bukunya memang banyak membantu sewaktu saya mengambil subjek berkenaan.Orang kenamaan, pengamal undang-undang, ahli politik dan juga menteri-menteri, adalah antara hadirin yang memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Seri S Augustine Paul. Suasana hiba dan pilu menyelubungi perkarangan kediaman hakim Mahkamah Persekutuan di Bangsar, dari mana keranda yang membawa mendiang dibawa ke gereja Parish of St Peter di Jalan Changkat Riong sebelum dikebumikan pada 3 Jan 2010,semalam..

Sunday, January 3, 2010

Life must go on

Seperti biasa kuliah Probate pagi ni dengan Mr Belteshazzar bin Abdul Rashid..My lecturer from Mindanao, Phillipines..sedikit berita tentang filem Gaza 2009 dan juga pengharaman pembinaan tembok oleh kerajaan Mesir pro Israel...Semoga Allah memberi pertolongan pada seluruh saudara kita di Palestin...Filem berjudul “Gaza 2009″ diumumkan sebagai pemenang pada Festival Filem Antarabangsa Kairo (Mahrajan al-Qahirah as-Sinima’i ad-Duwali/Cairo International Filem Festival) 2009 yang dilangsungkan pada minggu terakhir bulan November yang lalu.

Filem produksi Syirkah Filasthin li al-Intaj al-I’lami (PMP), Gaza, memperoleh kejayaan setelah menyisihkan 400 filem Arab lainnya yang turut serta dalam festival tersebut.

“Gaza 2009″ merupakan filem yang sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. Kisahnya benar-benar mampu menitiskan air mata dan menggugah emosi siapapun yang menontonnya. Betapa tidak, filem tersebut menceritakan tentang potret kehidupan warga Palestin yang menyayat hati di bawah pendudukan Israel, khususnya di wilayah Jalur Gaza yang mengalami sekatan selama beberapa tahun terakhir.

Di tengah keadaan yang serba melemahkan itu, terpottehlah kisah cinta seorang pemuda-Muslim dari Gaza dengan seorang gadis-Yahudi dari Nazaret, Israel. Pemuda Gaza itu bekerja di Nazaret, dan di kota kelahiran Isa al-Masih, lalu keduanya berkenalan dan saling memadu kasih. Keduanya pun lantas berumahtangga, setelah si gadis memeluk Islam dan ikut suaminya ke Gaza yang serba kekurangan.

Tentu saja, seribu masalah perbezaan dua identiti menjuntai dan menghiasi liku-liku kehidupan mereka pasca pernikahan, dan setelah mempunyai cahaya mata seramai enam anak. Sebahagian dari anak-anak mereka mampu bercakap dalam bahasa Ibrani, belajar Talmud dan Taurat di Israel.

Sutradara filem, Musthafa an-Nabih, berwarganegara Palestin, menyatakan jika kisah filem “Gaza 2009″ sendiri diilhami dari kisah benar. Dikatakannya, permasalahan dan konflik mulai muncul dalam kehidupan dua sejoli itu setelah lapan tahun usia perkahwinan mereka.

Permasalahan tersebut bermula dari keadaan kehidupan di Gaza yang serba sulit pasca sekatan Israel. Boleh dibayangkan, pasca sekatan itu, Gaza benar-benar seperti wilayah purba: tidak ada bekalan air bersih, bahan bakar, sumber makanan terhad, ubat-ubatan kehabisan, dan tiada sumber elektrik. Dapat dibayangkan betapa mengerikannya kehidupan di sana. Sang isteri rupanya merasa tidak memiliki motivasi hidup di tengah-tengan keadaan kehidupan yang benar-benar sengsara seperti itu.

Lalu si isteri memutuskan untuk kembali ke Nazaret, kampung halaman asalnya. Dia pun tenggelam dalam kehidupan kesenangan bersama tiga orang anaknya, sementara tiga anak lagi tinggal bersama ayah mereka di Gaza. Dua dari tiga anak mereka yang tinggal bersama ayahnya adalah kembar-bongsu yang baru berusia 27 hari, salah seorangnya pula cacat.

Di Nazaret, si isteri dan ketiga anak yang dibawanya, yang paling besar bernama Yasmin (9 tahun), menjadi salah salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut, telah kembali memeluk agama Yahudi, bersama kesemua anaknya.

Penderitaan sang suami tidak hanya berhenti sampai di sana saja. Unit Perisikan Israel telah memaksanya untuk meninggalkan semua anaknya, untuk dibawa kembali ke wilayah negeri itu dan menjadi warga negara Israel. Puncaknya, di hari terakhir penyerbuan Israel ke Gaza di awal tahun lalu, lelaki itu pun mati direjam peluru dan roket pesawat Israel.

An-Nabih, sutradara filem tersebut, bercerita bahawa pasca berakhirnya agresif Israel ke atas Gaza di awal tahun yang lalu, pihaknya segera mengunjungi wilayah tersebut, untuk membuat filem dokumentari. Ketika itu, secara tidak sengaja beliau mendengar kisah Yasmin dan keluarga Gaza-Palestin dan Nazaret-Israel ini.

Seniman kenamaan Palestin itu juga menyatakan antara mesej utama dari filem garapannya adalah nilai-nilai kemanusiaan. “Di filem itu, kami ingin mengetengahhkan kisah kemanusiaan, yang sangat nyata, dan sangat memukul. Betapa sebuah keluarga yang mulanya harmonis menjadi hancur dan menjadi terbelah,” terang an-Nabih.

Sebelumnya, filem “Gaza 2009″ juga menjadi pemenang kategori filem dokumentari pada Festival Filem Arab yang diadakan di Tunisia sebelum ini.

Untuk maklumat lebih jauh tentang filem Gaza 2009, dapat diakses di situs produser filem tersebut, yaitu www.pmptv.tv (ags)

ini pula fatwa pengharaman tembok oleh ulama' tersohor yang sempat hidup di zaman Abu A'la Al Maududi..Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi.Ketua Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, telah mengeluarkan fatwa bahawa pembangunan tembok besi yang sedang dilakukan oleh kerajaan Mesir di persempadanan Mesir-Gaza adalah haram berdasarkan syari’ah.

Al Qaradhawi menegaskan dalam kenyataannya yang disampaikan kepada sejumlah media informasi pada hari Isnin (28/12) yang lalu, bahawa pembangunan tembok besi itu adalah perbuatan yang diharamkan menurut syari’ah (agama), kerana ianya bertujuan menghalangi rakyat Gaza dari mendapatkan bahan keperluan asasi bagi menruskan kehidupan mereka, seterusnya menjadi penyambung kepada sekatan yang telah dikenakan ke atas mereka Situasi ini akan semakin membuatkan warga Gaza semakin kelaparan, terhina dan tertindas; yang mana semua hal tersebut dilakukan demi memenuhi dan mempersetujui permintaan Israel. av/ral.

Nota Kaki: Disebalik kegembiraan kebanyakkan umat Islam menyambut tahun baru, jangan dilupakan saudara seaqidah kita di Palestin dan mana2 tempat di seluruh dunia yang sedang berjuang demi menegakkan Deen Allah..jangan fikir ia hanya masalah mereka sahaja bahkan isu Palestin terutamanya merupakan masalah seluruh umat Islam untuk mempertahankan kiblat pertama umat Islam ..Bumi Syam adalah bumi anbiya'...

Very shocked news around 1.01 pm tadi...my lovely tokki got an accident and was admitted in hospital right now...boleh my adik send to me message like benda main2 "Berita hangat!!! tokki kemalangan ade kt wad 2EF.adk nak wak kek kekgi.bye.he...he..."...rasanya ia bukanlah perkara main2 tapi biasalah tak matured lagi si kecik tu...bila saya call my mum, dengar suaranya sedikit bergetar, terus saya minta mum passing hp kat adk...saja tnya pasal kek dia...boleh pula dia cakap kuat...then suruh dia cakap kat tmpat lain, dlm bilik..adik cakap tulang rusuk tokki patah and kepala berdarah banyak..tak tahu situasi sebenar..my dad ada keje ari ni so, esok pagi baru balik tengok tokki...lagipula achik naik bas esok ke KTD untuk prog PLKJ..


Saturday, January 2, 2010

isu semasa

Bekas Menteri PeneranganTan Sri Mohamed Rahmat meninggal ketika tidur..

SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.

"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.

Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja.

"Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.

Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.

Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.

Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.

Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.

Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu

Friday, January 1, 2010

2010


ini baru sambutan National Day di China tahun 2009..siap ukur sama atau tak

sampai kasut terkoyak

hujan tidak mematahkan semangat

berdarah hidung satu kebiasaan

mesti kena tegap dan tak boleh tunduk kepala

binatang ade kat muka pun tak boleh tepis..peluh macam air

tegapkan badan anda

kepala separa hitam putih


peluh boleh perah

peluh..gelinya..

Ini baru sekitar sambutan ND tahun lepas, 2009...bagaimana sambutan tahun baru 2010tidak dapat dipastikan...-source from kekoh..Namun, bermulanya tahun baru hari ini perasaan rasa berkecamuk..tidak dapat dipastika samada ianya baik atau petanda tidak baik...very shocked news is Church can use the word Allah..this is the keratan akhbar..

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.

jadi apa pandangan anda?