Wednesday, March 31, 2010

Myammar dilanda gempa bumi kuat

DHAKA 31 Mac - Satu gempa kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richter menggegar Myanmar pada pukul 10.24 malam ini (12.54 malam ini waktu Malaysia), namun ia dijangka tidak membawa tsunami.

Monday, March 29, 2010

Its time to prepare ourself..

Dalam kehidupan seharian, tipulah jika segalanya indah..tiada hari dalam setahun yang panas memanjang, pasti di selangi dengan hujan..jika di oversea, musim winter pasti akan menyusul...begitulah juga kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan dugaan...Ia datang datang pelbagai bentuk...Ada kalanya dengan ujian seorang sahabat baik, ada juga dengan adik-beradik, ada juga dari segi kewangan etc..namun, yang paling penting, persediaan dalam menempuh ujian ini perlu diperkemaskan...jangan selepas lipat sejadah, kita putus ikatan dengan Allah...kerana hanya Allahlah yang dapat membantu kita...

Percaya atau tidak serangan terhadap seorang yang berada dalam perjalanan menjadi mukmin sejati berbeza dengan orang biasa..Allah uji 'kuat' sikit tanda kasihNya pada kita..Allah mahu kita bermanja-manja denganNya, lantaran itu ujian yang diberikan lebih berat, supaya kita sentiasa mendampingiNya...

Sunday, March 28, 2010

Konsert Lifeline vs Annual Dinner 2010

Allah izin sewaktu berlangsungnya Konsert Lifelife for Gaza:Break The Siege 26hb tak dapat saya sertai...Hajat untuk bersama-sama sahabat2 yang lain bagi menyemarakkan semangat mengumpul dana untuk Gaza di Masjid Jalan Duta tidak kesampaian..Puncanya malam yang sama, saya dan classmate menjadi organiser untuk Annual Law Dinner 2010 di Hotel Primula, Pantai Batu Buruk bagi meraikan semester akhir Diploma dan Ijazah yang bakal menamatkan pengajian masing-masing. Annual Dinner, sepertimana tahun-tahun sebelum ini, diadakan juga untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat anugerah cemerlang dalam akademik, kokurikulum serta penyampaian hadiah bagi mentor popular , pensyarah dan staff popular...

Kali kedua Konsert Shoutul Harokah, islamik band dari Indonesia turut diadakan di Kelantan...Lantaran sibuk dek kerja-kerja yang menimbun, hajat untuk ke sana juga tidak kesampaian...Apapun, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...

Saturday, March 27, 2010

Keredhaan Allah itu penting

Yup, begitulah yang selalu saya kena ingatkan pada diri sendiri..Cakap memang senang, nak pujuk diri sendiri satu hal yang susah juga...pujuk hati, lagi sukar sebenarnya...This coming week, ada Annual Law Dinner,maka bertambah-tambah ujian buat diri ini...Temanya Arabian Night..Dah ramai yang keluar shopping beli pakaian bersesuaian dengan tema...

Saya pernah mendengar rancangan Al-Kuliyyah mengenai tajuk 'berhias'...Lupa dah nama ustaznya tapi dalam program minggu itu mereka invite Wardina, one of the panel la...Apa yang saya terkesan, ustaz itu menyatakan "Adalah kita sanggup mengadaikan segalanya hanya kerana menjadi Raja Sehari" dengan make-up tebalnya supaya kelihatan cantik...pakai pakaian yang tidak mengikut syara' semata-mata untuk dilihat cantik pada hari berkenaan..Sebelum ini kita jaga,tapi dalam satu hari semuanya musnah...

Bila difikir-fikirkan balik mengenai kata-kata ustaz..terdetik di hati saya, betul apa yang ustaz cakap..adakah saya mahu ber'tabarruj' semata-mata untuk satu malam Annual Dinner..Saya berperang dalam hati..hati mana yang tidak mahu cantik, dipuji pada malam penuh warna-warni itu..Namun, paling penting, saya tidak akan gadaikan prinsip syara' yang Islam gariskan semata-mata mahu kelihatan menarik di hadapan orang lain even saya sendiri tahu saya juga manusia lemah...sangat-sangat lemah...Nasihati lah saya duhai sahabat yang sering titipkan di bibir dia sahabat...namun, tidak berani menasihati sahabatnya lantaran takut sahabatnya terasa hati...Buangkan perasaan itu...Tegurlah saya...tegurlah~

Friday, March 26, 2010

My lil Sister on her latest trip..

Lama tidak berblog tidak bermakna tiada komitmen di hati saya..cuma cerita adik yang akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama rombongan sekolahnya...Seronok menyakat dia yang akan pergi rombongan..Ye la, sejak dari accident lima tahun lepas,agak payah untuk my parents nak bagi kebenaran melainkan accompanied by any kakak2nya..

Tapi, itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus memujuk my nay...Alhamdulillah, sebelum ke KL, dia juga pergi program Pewaris 5 di Bukit Ayer, Perlis..Semangat dia memang kuat..even kami yang sering risaukan dia..cuma dah siap2 bagi tau..tidur dalam bas tu elok2..jangan terhantuk mana2..kalau kena berlari atau buat lasak-lasak, minta excuse...selalunya dia go on je..lepas tu baru cakap...bukan main risau kami kat dia..dia buat besa-besa ja..

It almost 5 years after the incident that happened on her own birthday...At that time, dia pun tak sempat lagi nak tengok hadiah from us..Allah izin, sebulan di hospital and the rest recover at home..Syukur lepas habis fasa2 ubat-ubatan homeopathy (my nay always put priority on homeopathy )...dia semakin ok...lebih daripada jangkaan Dr.Ibrahim...

Wednesday, March 24, 2010

The Ultimate Al-Qur’an Learning Experience

Inovasi Syaamil Al-Qur’an
Untuk Kemudahan Anda Belajar
Memahami Keagungan Al-Qur’an

Saatnya Anda Dapatkan Pertama dan Terlengkap
Al-Qur’an yang Anda Hajatkan!!



. Al Qur’an Terjemah Per Kata

Syaamil Al-Qur’an Terjemah Per Kata adalah Al-Qur’an terjemah kata per kata yang menampilkan arti setiap kata dalam Al-Qur’an (dalam bahasa Indonesia) yang diletakkan tepat di bawah kata-kata tersebut. Syaamil Al-Qur’an Terjemah Per Kata berfungsi sebagai Al-Qur’an tarbiyyah, mengenalkan Anda terhadap bahasa Al-Qur’an, membimbing Anda untuk belajar Bahasa Al-Qur’an dan memudahkan Anda dalam menguasai bahasa Al-Qur’an.

Kelebihan yang akan Anda dapatkan adalah Anda akan cepat mengerti/faham terhadap arti-arti ayat demi ayat yang sedang dibaca walaupun Anda tidak membaca terjemahnya secara langsung, atau bahkan Anda hanya mendengarkan saja. Hal ini disebabkan di dalam Al-Qur’an terdapat banyak kata yang diulang-ulang. Lebih dari itu, Al-Qur’an Per Kata sudah dilengkapi pewarnaan tajwid, yang tentunya akan sangat membantu Anda selain pemahaman terhadap kata per kata, juga pemahaman ilmu tajwid melalui warna-warna tajwid yang sederhana.


2. Terjemah Departemen Agama

Versi terbaru terjemah Al-Qur’an resmi Departemen Agama RI sebagai rujukan utama penerjemahan Al-Qur’an. Terjemahan ini ditashih secara cermat dan teliti oleh Tim Lajnah Pentashih Mushaf Al-Qur’an yang dikeluarkan tahun 2004. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi Anda untuk menangkap makna dari setiap ayat yang Anda baca.

3. Tajwid Sistem Quantum Reading Qur’an

Metode pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syaamil Al-Qur’an merupakan metode yang praktis dan sistematis. Hal ini disebabkan karena:

  1. Menggunakan khat Rasm Utsmani, yang relatif bagus dan rapi yang sudah disesuaikan menurut standar Departemen Agama RI.
  2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan empat warna pokok, yaitu warna biru, merah, hijau, dan hitam.
  3. Masing-masing warna tersebut memiliki fungsi yang berbeda yang membantu Anda dalam melantunkan ayat-ayat Al-Qur’an secara tartil.
  4. Dengan kesederhanaan warna yang relatif sedikit tersebut, memudahkan dalam aplikasi baca sesuai dengan ilmu tajwid.
  5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinip-prinsip Quantum Learning.
  6. Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman. Tujuannya untuk mempermudah Anda melihat kembali aturan tajwid Quantum Reading Qur’an, sehingga Anda dapat membaca Al-Qur’an secara tartil sesuai contoh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam
  7. Tafsir Al-Muyassar diterbitkan oleh Rabithah Alam Islami, dengan karakteristik sebagai-berikut:

1. Asbabunnuzul

Penyusunan Asbabunnuzul dalam setiap lembar Mushaf Utsmani ini mencakup hal-hal berikut:

2. Doa-Doa Dalam Al Qur’an

Al-Qur’an adalah kalam Allah sebagai pedoman bagi manusia. Di dalamnya mengandung doa-doa yang diajarkan langsung oleh Allah untuk kita. The Miracle menandainya sehingga Anda mudah mengamalkan doa-doa tersebut dalam satu box khusus dilengkapi dengan judul doa, isi doa dan terjemahannya.

3. Mukjizat Al Qur’an

Bukti-bukti kemukjizatan Al-Qur’an yang dijelaskan secara sederhana sebagai kemudahan bagi Anda untuk memahami keagungan Al-Qur’an. Berisi penjelasan khusus mengenai ayat-ayat, ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan ilmu pengetahuan yang didasari ayat-ayat Al-Qur’an.

4. Indeks Al Qur’an Alfabetik

Indeks Al-Qur’an (Terjemah Al-Qur’an) ini disusun berdasarkan berikut:

5. Atlas Al Qur’an

Atlas kumpulan tempat-tempat bersejarah yang disebutkan dalam Al-Qur’an sebagai kemudahan bagi Anda memperoleh gambaran besar mengenai kebenaran Al-Qur’an. Dijelaskan dengan perbandingan nama-nama daerah tersebut sekarang dan di masa lampau.

6. Kisah Para Nabi Dalam Al Qur’an

Kisah-kisah penuh hikmah dalam Al-Qur’an dijelaskan secara sederhana untuk kemudahan Anda. Dimulai dari perjalanan Nabi Adam Alaihi Salam sampai dengan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang berdampingan dengan atlas perjalanan mereka.

7. Dzikir Al Ma’surat

Al-Ma’surat merupakan kumpulan wirid yang terdiri dari ayat-ayat pilihan dan lafal-lafal dari hadist Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam yang biasa beliau amalkan dalam wiridnya.
Tuntunan doa dan dzikir yang baik tentulah seperti yang dicontohkan beliau, karena itu dzikir-dzikir dalam Al-Ma’surat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap muslim.
Anda akan memperoleh manfaat dari aktifitas dzikir dan doa Al-Ma’surat ini diantaranya bahwa dengan berdzikir kita akan selalu ingat dan berkomunikasi dengan Allah serta senantiasa merasakan keberadaan-Nya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah: “karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.” (QS Al-Baqarah:152).

8. Intisari Ayat

Intisari Ayat berisi penekanan penting dari tiap halaman yang Anda baca. Hal ini akan memberikan kemudahan bagi Anda untuk secara cepat memperoleh gambaran mengenai halaman yang sedang Anda baca.

15. Links To Related Articles

Petunjuk-petunjuk untuk mempelajari lebih dalam tema pembahasan pada halaman yang sedang Anda baca sebagai kemudahan untuk Anda memahami lebih dalam. Berisi kitab-kitab rujukan, halaman terkait, serta alamat internet yang dapat Anda gunakan untuk memperoleh penjelasan lebih komprehensif.

Harga Promosi Rm 190.00

Tuesday, March 23, 2010

Buku-Buku Pilihan di Pesta Buku PWTC


Sinergi by Hilal..Antara karya student Jordan ini termasuklah VT, Terasing, Langit Ilahi, Remaja Muslim etc


Cinta Sufi by RAM..Antara karya beliau trilogi Tombirou, trilogi Bagaikan Puteri, 9 Nyawa, A.D.A.M etc


Murabbi Cinta by Ust.Hasrizal..Antara karya beliau termasuklah Aku Terima Nikahnya.


Versus by Hlovate (bila nak kenalkan diri ye)Antara buku Hlovate termasuklah Tunas, Aa+Bb, 5 tahun 5 bulan etc


Denyut Kasih Medik by Dr Farhan Hadi a.k.a suami penulis novel islamik Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri, Syabab Musafir Kasih :Fatimah Syarha Nordin

Sunday, March 21, 2010

Perubahan!!! KONSERT LIFELINE 4 GAZA


PERUBAHAN TERKINI !! Konsert di ubah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA | Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur. Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!


KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI
LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC 2010

TARIKH:
26 Mac 2010


LOKASI:
DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm

SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulh arokah.com
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline 4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim. org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemala ysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook .com/pages/ Viva-Palestina- Malaysia/ 193531139517
Persatuan Aqsa Syarif & Gabungan NGO-NGO di Malaysia


TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat

JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Pandan Indah
Hudzaifah | 019 987 4594

Negeri Sembilan
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984


SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk
Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti


Sebarkan kepada rakan-rakan.
Semua dijemput hadir!



#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan


Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
About Us

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:

* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)


http://www.lifeline 4gaza.org/
http://www.bernama. com/bernama/ v5/newsindex. php?id=476370
http://www.ihh. org.tr/13572/ en/
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249

Wednesday, March 17, 2010

KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege



Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its all lies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.


TARIKH:
26 Mac 2010

LOKASI:
Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor

MASA:
8.00mlm hingga 11.00mlm

SPECIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulh arokah.com/
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00

#VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas. Lelaki & Perempuan diasingkan.

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my/
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my/index. php
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my/
MAWADDAH http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com/
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"

lifeline4gazahs@ gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Monday, March 15, 2010

Berita Mengejutkan

Semalam, saya mendapat tahu berita kemalangan di Perlis melalui adik yang berada di sana..Saya sertakan perincian di sini dan hajat doa semua..

Saturday, March 13, 2010

Techno-Daie luar biasa


melihat Islam menguasai dunia

Ya, di segenap tempat rata-rata mulut sudah banyak berbicara mengenai Techno-Daie aka Penyebar risalah para anbiya' melalui medium serba canggih seperti media-massa, internet dan sebagainya..Mereka menggunakan semaksimum mungkin kemudahan technology yang ada demi pembentukkan generasi yang cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya..demi pembentukkan akhlaq yang mulia sebagaimana tugas Rasulullah sendiri "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq manusia"...

Tidak mustahil, penggunaan ICT atau technology ini akan lebih meluas pada masa akan datang kerana kajian menunjukkan kebanyakkan masyarakat pada hari ini lebih teruja kepada laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster etc..Namun, paling penting sekali adalah niat ketika melayari internet itu seharusnya benar-benar untuk mengajak manusia dari kegelapan kepada nur Islam..Itu pokok utama yang perlu ada dalam setiap diri Techno-Daie..Laman sosial merupakan platform yang paling berpengaruh bagi menarik masyarakat supaya lebih memahami Islam kerana masyarakat pada masa kini lebih terkesan dengan laman sebegitu...

Laman sosial sebenarnya boleh digunakan dengan penuh berkesan jika kita tahu bagaimana cara untuk menggunakannya secara betul menurut kacamata syara'...Jika dilihat di luar negara misalnya, penjenayah menggunakan laman sosial seperti FB dan Twitter sebagai medium untuk melakukan jenayah terancang..Tentu ramai pernah terbaca keratan-keratan akhbar tentang pembunuhan, buli, rogol dan penculikan melalui laman sosial ini...Persoalannya, kenapa ianya berlaku?..Imbas kembali menerusi FB misalnya, kebanyakkan pelayar FB terang-terang mendedahkan maklumat mengenai dirinya menerusi FB, bukan!..Mereka, tanpa rasa ragu-ragu mencatatkan sesuatu di 'Wall' samada kesunyian tinggal sorang di rumah, pergi ke kedai, rasa boring dan sebagainya...Tanpa kita sedar, catatan kita itu boleh di baca oleh semua orang (selalunya kita tak set ianya private) dan apabila ianya berlarutan, penjenayah sudah tahu rutin harian mereka, maka senang untuk melakukan jenayah kerana mangsa sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada jenayah itu sendiri...

Itu hanya contoh penjenayah menggunakan laman sosial sebagai medium jenayah terancang..Kalau dilihat Cyber Security Malaysia turut menyatakan kebimbangan sebegini..Cyber Law atau Undang-undang Siber lah biasanya digunakan untuk mengenal pasti bukti untuk menuduh pelaku jenayah siber..Ianya pada masa kini semakin menular ke Malaysia dan tidak mustahil jika kita tidak mengambil tindakan awal, perkara yang lebih dahsyat dan sadis akan berlaku..Berbalik kepada Techno-Daie, sekiranya penjenayah boleh menggunakan dunia siber, dunia tanpa sempadan ini untuk melancarkan serangan dan merancang jenayah, kita seharusnya bekerja lebih kuat dengan menggunakan laman ini sebagai platform yang meluas untuk menyebarkan kefahaman Islam...Sifat diri pemuda-pemudi adalah ingin tahu yang tinggi..Ia merupakan bonus untuk kita mengajak mereka memahami Islam dan menghayati cara hidup Islam, memberi pendedahan bahawa Islam itu indah dan ianya berbeza dengan ideologi dan fahaman selain dari Islam...

Islam itu indah, cuma mereka yang bergelar Muslim, namun jauh praktisnya dari Islam menyebabkan Islam mendapat tempiasnya..Bak kata pepatah, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga"...Kita mahukan Islam mewarnai hidup kita, barulah bermakna kehidupan di atas muka bumi Allah ini..Wallahua'lam...

Friday, March 12, 2010

Jalan Panjang Tiada Short-Cut


Tiada jalan pintas bertemu Allah

Alangkah peliknya manusia..Ada segelintir mereka hanya mahukan short-cut, jalan pintas untuk mencapai sesuatu..Tetapi tidak mengetahui impak dari jalan pintas yang dipilih itu..Tiada istilah jalan pintas untuk mendapat sesuatu yang bernilai manfaatnya..Ini kerana jalan yang panjang itu lebih terjamin keasliannya malah lebih kuat keberkesanannya..Seperti kita merentas desa, treknya begitu jauh, bukan..Bagi mereka yang tidak mampu kerana trek yang panjang, mereka berputus asa di tengah jalan, ada yang berhenti singgah minum air di warung-warung tepi jalan, ada yang berehat di bawah pokok, ada yang sudah berhenti tidak mahu teruskan perjalanan..inilah suasana atau ragam yang biasanya berlaku dalam konteks kehidupan seharian..kebanyakkan kita lebih gemarkan keselesaan, kesenangan, sukar untuk menerima kesukaran dan kesusahan. Sedangkan kalau kita lihat contoh Rasulullah dalam berdakwah kepada masyarakat, baginda melalui pelbagai mehnah tribulasi dalam pelbagai bentuk, namun, baginda masih meneruskan kerja yang mulia itu sehingga dipanggil pulang oleh Allah..

Sedih bila mengenangkan kita yang sentiasa menyatakan kecintaan pada Rasulullah di bibir, namun secara praktisnya kita ternyata masih jauh dari mengikuti atau mempraktikkan akhlaq Rasulullah dalam kehidupan.. "Jalan ini jalan panjang" sebagaimana diungkapkan dalam lirik nasyid di Indonesia (saya ubah sikit)..Jalan yang kita lalui juga tidak lari dari jalan para sahabat yang penuh dengan ujian dan cabaran..penuh onak dan duri kerna jalan ini bukan dihamparkan 'red karpet' untuk menyambut kita bahkan onak dan duri itulah sebenarnya ujian Allah untuk menguji tahap keimanan kepada Allah..Adakah kita layak masuk syurga Allah sebelum di uji?..Tepuk dada tanyalah iman..

Ada juga di antara kita yang tiada matlamat apabila berada di jalan ini..Hanya menjadi pengikut yang tidak tahu hujung pangkalnya..Mereka berada bersama hanya kerana mahu berteriak kepada dunia 'aku salah seorang yang mengikutinya'..Maaf kalau saya katakan..betulkan niat kamu jika mahu terus mendapat hidayah Allah..Jangan berada dalam lingkungan ini jika hanya mahu menunjuk-nunjuk seolah-olah berada dalam kelompok itu, dia sudah sempurna berbanding orang lain..Ada sesetengah duduk dalam kelompok itu atas dasar kawannya juga begitu..Pemikiran sebegini adalah salah sama sekali...Betulkan niat kamu, jangan kerana hanya mahukan nama tercacat dalam kelompok itu, diberi pangkat dan sebagainya...Tiada istilah pertandingan dalam merebut jawatan yang belum tentu lagi kamu layak memegangnya..Peliknya manusia..Mereka tidak sabar dalam sesuatu perkara, terlalu banyak bertanya perkara-perkara yang sama berulang kali sedangkan sudah tahu jawapannya..Ingat, innamal a'malu binniyat...Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niat...Rendahkanlah hatimu dan paling penting sabar, sabar dan sabar lah di atas jalan ini...

Natijah itu sebetulnya bukan tugas kita untuk memikirkannya...Sebagai Techno-Daie,kita hanya perlu berusaha semaksimum mungkin dalam mencapai sesuatu..Namun, segalanya adalah kuasa mutlak Allah untuk memberikan hidayah Nya...Yang penting kita mesti berusaha...kerana itulah yang akan dikira oleh Allah kelak...Salam Mahabbah dan jangan lupa muhasabah diri (especially diri ini)...

Thursday, March 11, 2010

Sheikh Al-Azhar meninggal dunia

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan."Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Monday, March 8, 2010

Hari-hari dalam hidupku..


grab from Google

Bermula pagi tadi, kelas Public International Law (PIL) , Miss Maheran bersemangat bagi lecture dengan round seluruh Legal Clinic..Tajuk hari ini ialah State Territory..Selalunya kami akan bawa bersama buku Abdul Ghafur..buku teks untuk students yang amik PIL kat mana-mana Universiti..Selalunya Miss takkan bagi notes nya pada kami...Kami selalu google aja untuk cari powerpoint Abdul Ghafur..Ternyata ianya lebih senang..

Selepas usai makan pagi merangkap makan tengahari di Kafe Halimah, kami teruskan ke kelas Miss Ahlam, tajuknya Debt Finance and Director..Alhamdulillah, hari ni agak boleh concentrate, maybe sudah tiada beban fikirkan Jessup..Kebetulan kelas juga habis awal dari biasa..Sempatlah khailullah sekejap sebelum solat zohor..

Petangnya, kelas Law of Banking oleh Miss Kamaliah..Hanya presentation sahaja petang itu...Mengenai relationship between banker and customer and traveller's cheque..Lepas tu kami ke kelas Law of Insurance a.k.a Takaful oleh Sir Naziree Md Yusof...Alhamdulillah, Sir bagi list nama untuk present esok, kebetulan kami yang kena present..Deficit and surplus: legal analysis and islamic perspective...Lepas tu, kami ada kelas Law of Probate dengan Sir Belteshazzar, mengenai testacy and intestacy dan juga personal representatives..panjang umur,jumpa esok,sayonara~

Red Alert:ANKARA,Turki.. 8 Mac - Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh akibat gempa bumi yang berlaku di kawasan perkampungan pedalaman di timur Turki awal hari ini."Jumlah kematian mencapai 51 orang," kata seorang pegawai dari bahagian krisis pejabat gabenor wilayah Elazig kepada AFP menerusi telefon.Mangsa-mangsa yang terkorban ialah di beberapa kampung yang berada berhampiran pusat gempa dekat bandar Karakocan.Kira-kira 100 orang mengalami kecederaaan, menurut agensi keadaan kecemasan di Ankara.Gempa bumi dengan kekuatan 6 pada skala Richter berlaku pukul 4.32 pagi waktu tempatan (10.32 pagi waktu Malaysia) kira-kira lima kilometer dari permukaan bumi. - AFP

TAIPEI 8 Mac - Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.1 pada skala Richter berlaku di Taiwan hari ini, kata biro pusat kaji cuaca, tetapi tiada laporan kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.Gempa itu berlaku pukul 5.26 petang kira-kira 16 km di tenggara bandar Chiayi dengan berpusat 14 km di bawah tanah. - AFP

"Dunia semakin tua, moga semakin tertingkat amalan kita"

Sunday, March 7, 2010

Ceritera dari Oldfolks 2


keindahan alam ciptaan Allah

Berbalik kepada berlibur, Allah izin, sebelum ini memang dah lama beria-ria nak jadi agent for tabloid I Luv Islam..Alhamdulillah, tak disangka-sangka, tika berada di UKM, Nabihah message tanya nak jadi tak..Ibarat disorong bantal, saya iyakan sahaja..Balik dari UKM, Nabihah dah tinggalkan stok untuk saya jualkan I Luv Islam, sambutan memang menggalakkan, satu malam sudah habis terjual...

Tetapi, hati saya rawan bila membaca I Luv Islam (mungkin saya je yang sering begitu)...kerana saya lebih suka konsep asal seperti dalam laman sesawangnya, namun apabila ia menjadi tabloid rasa ada sedikit yang kurang...anda bacalah sendiri..

Balik tempoh hari, saya juga ambil peluang menonton Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, tertarik pada seorang peserta dari Australia yang agak fasih bertutur Melayu, namun 'format' pidatonya lari terus..Malam itu malam pertama pidato, pemenangnya bagi kategori antarabangsa, tempat pertama: China, Kedua: Russia dan Ketiga: German (kadang tu tergelak sebab orang German, susah nak sebut huruf 'r')..

Kali ini juga, banyaknya ceritera yang saya tahu, misalnya seorang rakan rapat nay (nampaknya dah terikut Dahlia panggil ibunya) mempunyai masalah apabila suaminya mahu membuka 'cawangan'..Suaminya yang kerja di kapal, persisiran minyak Petronas, Paka itu menyatakan hasrat untuk menolong janda berumur 30-an itu..Sedih juga mengenangkan rakan rapat nay itu seorang mualaf (alangkah sedihnya kan bila masuk Islam, berkahwin, mempunyai anak dan cucu baru berusia setahun, keluarga nya yang masih berpegang pada agama cina turut membuangnya) jadi mana lagi tempat mengadu melainkan pada suami..Saya kagum dengan rakan rapat nay itu, dia sentiasa positif, menyalahkan dirinya punca suaminya bertindak begitu, bercakap baik-baik dengan 'bakal madunya'..Dia perempuan terpelajar, kisah suaminya juga dia tahu melalui Facebook, blog2 dan sebagainya..Doa saya, moga suaminya tetap setia (benar berpoligami itu sunnah dalam Islam) namun, dalam kondisinya yang berusia 50-an dan bekerja di Kapal (dalam sebulan kadang-kadang hanya seminggu di rumah dek kerja) mana mungkin dia dapat membahagikan masa seminggu itu antara isteri pertama dan kedua..(itu cuma fikiran saya aja)..

Nota Kaki: Hari ini tiga assignment perlu dihantar..Moga Allah permudahkan..

Saturday, March 6, 2010

Ceritera dari Oldfolks


keindahan yang hanya sementara..akhirat yang kekal abadi..

Tempat berlibur kali ini, bukan dimana-mana tempat peranginan utama negara..tapi berlibur kali ini saya kembali ke teratak kasih "ayahanda dan bonda"..Ibarat macam sayalah satu-satunya anak mereka, pulang berlibur kali ini lebih bermakna..Masa tidak perlu berbagi dengan adik-beradik yang lain..Semuanya mereka tumpukan pada saya, begitu juga sebaliknya..

Pulang berlibur kali ini mendekatkan hubungan antara dua keluarga..Asalnya, saya menolong dua orang tua (sepasang suami isteri) pulang kerumah cucunya, yang baru melahirkan anak kira-kira dua minggu lalu...Handsetnya 'kong', kehabisan bateri, jadi handphone merah putih saya jadi galang gantinya untuk menelefon cucunya..Bermula dari situ, saya bawa mereka ke bas, dan memandangkan mereka agak sukar berkomunikasi dengan cucu mereka, saya temani mereka sehingga sampai ke perhentian (macam cerita tujuh perhentian pula)..Kebetulan, mereka mengajak pulang sekali dengan menantu cucunya (tak sangka lelaki muda yang baru bergelar bapa itu rupa-rupanya dua pupu saya)..Kecilnya dunia ini..

Bila berlibur di rumah, memang benar-benar cuti2 Malaysia..Saya lebih suka habiskan buku Jemari Seni Panggil Aku Dahlia (walau assignment berbaki tiga untuk dihantar Ahad ini)..Ceritanya boleh dipuji, saya bagi two tumbs (ceritanya banyak menekankan percintaan kepada Allah melebihi segalanya)..Buah tangan garapan Noor Suraya tidak mengecewakan, bahkan saya sendiri terbawa-bawa watak Putri Dahlia Megat Qais itu, penangan seorang Dahlia yang digarap Noor Suraya ibarat semuanya 'real' di mata saya..Dahlia hanya menerima Wadi Hannan, sekiranya pemuda itu menjadi seorang pemuda yang soleh, bukan kerana Dahlia tetapi perubahan itu kerana mencintai Allah melebihi segalanya..

Agak unik kerana penceritaannya banyak berkisar tentang teh..Ya, selepas membaca cerita Dahlia, saya turut menyukai teh..Sedangkan sebelum ini, teh hanya pilihan kedua atau ketiga, saya gemar memilih horlick atau milo aja..Kehidupan seorang Dahlia yang tabah bila nay (panggilan Dahlia pada ibunya, seorang mualaf dari Filipina) meninggal akibat diracun, namun disalah anggap nay membunuh diri....menjaga ayahnya Megat Qais Megat Noah yang kena strok dan menyukarkannya bergerak (sehingga menggunakan wheelchair)..Syarikat Teh Timor, perniagaan keluarga terpaksa ditutup akibat banyak berhutang sehingga ia dibeli oleh Wadi Hannan,akhirnya Wadi menawarkan ladang pusaka itu sebagai mahar perkahwinan..Syarat yang diberi Dahlia, Wadi perlu berusaha menjadi seorang yang soleh, yang dapat membimbingnya..kerana bagi Dahlia biar lah pemuda itu berharta, ada paras rupa, keturunan yang baik ,namun, bila agama tiada dalam kehidupannya..dia tetap akan menolak lamaran itu kerana Allah lebih dekat dihatinya...Wadi mengambil masa sebelas tahun demi mencari 'spirit yang hilang' dan mendekatkan diri pada Ilahi, sehinggalah ketika bertemu kembali, masing-masing sudah bersedia..Akhirnya pada usia 35 tahun mereka berkahwin..Begitulah indahnya, meletakkan Allah matlamat utama,pasti tidak mengecewakan...

Saya sebenarnya lebih tertarik dengan Dahlia, lulusan pelajar dari Canberra, Australia yang tahu serba serbi mengenai arkeologi (tak mustahil kerana itu bidang pengajiannya)..telah membawa jauh saya ke Lenggong, Perak..Tempat pertemuan rangka manusia yang dipercayai lebih lama wujud berbanding rangka yang dijumpai di Eropah..Suasana sejuk mendamaikan kehidupan Dahlia di rumah agam tiga tingkat, di Cameron Highlands juga benar-benar menambat hati ini..SubhanaAllah, indahnya alam ciptaan Allah..

Thursday, March 4, 2010

Cuti-cuti Malaysia



Kesempatan yang ada bila dah cuti, of course pergi berlibur secara tarbawy..hehe..

Wednesday, March 3, 2010

Pesta Buku 24 Feb-2 Mac 2010


pic from Wardah

Sejak seminggu sebelum Pesta Buku di Terengganu Trade Centre (TTC) bermula, message2 dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menerusi sms sudah banyak memenuhi kantung inbox saya..mengenai Dr.Fazley Yaakob, Dr Sheikh Muszaphar dan ramai lagi yang akan datang memeriahkan lagi pesta buku kali ini..PPAT juga invite menerusi Facebook supaya ahli-ahli PPAT berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang pesta buku di TTC...Saya juga tak terkecuali peminat buku-buku keluaran Karangkraf, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni dan banyak lagi..Terdetik di hati if ada buku 9 nyawa garapan Ramlee Awang Murshid, pasti akan beli..Lama juga saya survey sekitar area KT dan Gong Badak, juga tak jumpa..Bila pergi Pustaka Mukmin di Jalan Masjid India, juga tak jumpa..pelik juga..

Semalam, hari last pesta buku, lagipula sebelum ni dah ke UKM, tak sempat nak singgah kejap kat pesta buku...saya dan tiga rakan rapat terus ke TTC selepas usai solat Zohor..Ramai juga murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah menengah...oleh kerana hari last, sudah ada beberapa booth bersiap-siap untuk pulang selepas lebih seminggu bermusafir di pantai timur..

Sempat juga meninjau buku-buku baru di Telaga Biru..saya teringin untuk beli buku baru hasil garapan zauj kak.Syarha..ada kaitan dengan dunia medik..namun, hampa sebab kebanyakkan buku yang dibawa adalah limited...Sempat juga saya survey-survey buku Hilal..VT, Terasing, Langit Ilahi dan Remaja Mulia..Nampak sambutan semakin menggalakkan dan sesekali saya turut mempromosikan buku-buku hasil ilham anak muda kelahiran Johor itu kepada rakan2 yang ikut serta ke TTC..

Nota Kaki: Selamat bercuti buat semua kawan-kawan Jessupian, esok adalah hari Pertabalan Sultan Terengganu..So, kami cuti..Buat mereka yang masih belum hilang letih dari bertarung hari tu, dengan lambakan assignment..Semoga Allah membantu anda supaya recover dengan lebih cepat..Ameen~

Tuesday, March 2, 2010

Genap Setahun

Assalamualaikum, buat semua penjejak blog ini..lama juga saya ber'hibernate'..kesibukan memanjang tentunya sukar untuk concentrate 100% pada blog ini..sampai satu masa rasa nak cancel account sahaja..itulah baru setahun sudah rasa give-up..belum pun kena badai ombak etc..Entri kali ini, genap setahun saya berblogging..cuma entri of course belum capai 365 entri lagi..i'm not consistent sangat2..

Paling penting, Philip C.Jessup Competition for National Round baru melabuhkan tirainya.Actually, saya dan teammate baru sahaja usai bertarung di UKM..This year, UKM yang jadi organiser..Quite surprise than previous year, the court room kita guna di Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK), mostly kelas biasa. Sama dengan tahun sudah, lapan universiti masuk competition..Surprisely, our memorial (yang saya kata sampai nak termuntah baca berkali-kali and kena cukup beberapa ribu words sebelum hantar) be in 4th place..We beat UKM, USIM, UUM, MMU..Alhamdulillah..

Pertamanya, kami berangkat ke UKM pada Khamis malam jumaat 25 hb..menaiki bas merah universiti..Allah izin sebelum perjalanan lagi, seorang mooter dalam team kami mengalami lelah (asthma) yang agak teruk dan kelihatan seolah-olah nak muntah..So, kami decide nak bawa dia pergi nap (sedut)..Keluar kat depan, semua klinik dah tutup..itulah kelemahan berada di sini, mostly susah nak dapatkan klinik 24 hours..Last-last decide nak bawa ke GH..untuk sedut...Bas berhenti di tepi (tak boleh masuk dalam)...so, ada juga yang lead untuk ke emergency room..Sampai aja, alhamdulillah, Allah permudahkan, assistant kat situ suruh masuk terus, because very emergency..susah juga nak kalau pengsan dan buat CPR..

Lama juga di dalam bilik doctor untuk sedut, perasaan kami semasa menunggu di luar bilik doc, dengan sesaknya emergency room..tiba-tiba petugas-petugas hospital menolak keranda, lalu depan kami, depan saya sendiri..tak tahu nak gambarkan perasaan ketika itu..Betapa kematian itu adalah pasti..MasyaAllah...

Usai sedut, kami teruskan perjalanan, kira-kira pukul satu lebih bertolak ke Bangi..Sampai paginya kami solat di Plaza tol berdekatan UKM, dan check in seperti biasa si Kolej Pendeta Za'ba..nnt saya akan detailkan lagi..penat..

Monday, March 1, 2010

Jessup Moot + Reunion

Boleh pula bila adanya Jessup, saya pasti akan ambil kesempatan berjumpa Sh.Suhailey, Nawal, Aisyah Humaira, Mahfuzah Hanisah, Nurul Naimi, Atikah Manaf..Macam reunion pula..Sempat pula pergi tolong Suhailey angkat barang-barang dia baru pindah masuk hostel..Siap pergi hantar kat flatet tepi hutan..Seram juga..Actually, thanks Suhailey bawa gi jalan-jalan kat Warta (sebab nak beli mineral water je)..Thanks juga tunjukkan arah kat pakcik driver, camna nak masuk kat bangunan Canselori tanpa melalui lorong merah-merah tu..Jumpa jua Anis and Umar Al-Fateh yang supercute..Very nice looking baby..very calm..Terserempak dengan Atikah Manaf dan ibunya, my junior kat area SOGO..then, makan -makan dan sembang-sembang dengan Aisyah dan Nawal..Best sangat ni..banyak benda nak cerita, bila jumpa..Mulut penuh makanan pun sembang masih lagi laju..hehe..