Friday, April 30, 2010
Malam Menerobos Tembok Kematian 1
Monday, April 26, 2010
Makan malam kumpul dana untuk penduduk Gaza
KUALA TERENGGANU 25 April - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) cawangan Terengganu akan menganjurkan Majlis Makan Amal Talian Hayat Gaza Palestin di Primula Beach Hotel di sini pada 30 April ini.Yang Dipertuanya, Ishak Yusof berkata, program yang dianjurkan melalui Biro Haluan Palestin itu pertama kali dianjurkan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.Katanya, dana yang diperolehi akan disalurkan melalui Haluan Palestin Malaysia yang akan menyertai Konvoi Kemanusiaan Haluan Palestin anjuran Yayasan Hak Asasi Kemanusiaan, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH Turki).
Menurut beliau, konvoi bantuan kemanusiaan IHH Turki akan menggunakan 20 buah kapal yang turut disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa termasuk dari Malaysia. ''Majlis makan malam juga diharapkan dapat menyedar serta mendidik masyarakat akan kepentingan memperjuangkan hak-hak asasi manusia di samping menyampaikan informasi berhubung situasi terkini di Palestin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut Ishak berkata, sempena majlis makan malam itu, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Shoutul Furqan-Malaysia dan persembahan multimedia isu Palestin.Katanya, pihaknya berharap dapat mengumpul sebanyak RM30,000 pada majlis makan malam itu.Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi penganjur majlis makan malam itu mempelawa syarikat korporat, NGO dan individu untuk bersama-sama membantu menjayakan majlis tersebut dengan membeli meja sambil menderma.
Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat melalui talian 016-9803001 atau 09-6880888 serta 019-9510101.
Perhimpunan Perdana Solat Hajat Palestine
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm
Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan
Tetamu Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
Kutipan dana akan turut diadakan
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium
Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami
Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
http://www.lifeline 4gaza.org
603 7846 4146
info@lifeline4gaza. org
* kepada semua kawan-kawan terutamanya yang dah hbs exam pada
tarikh ini 8hb mei,mari kita meramaikan perhimpunan perdana Palestin.
sambutlah seruan merombos tembok kematian...source from kak Aishah Rashid
FYI:My tokki admitted again..maybe refer to HUSM Kubang Kerian...Hajat doa semua..
Ummu Muhammad akan hadir pada 27hb ni di KTD...tidak sabar untuk mengetahui kata-kata isteri syuhada Palestine..
Saturday, April 24, 2010
Hovering Around
My tokki got stroke..thats why he admitted. Later my mother-side family discharged him...Kami bawa berubat alternatif..homeopathy salah satunya la kot...Harap semuanya pulih seperti sediakala..Tokki asyik memanggil 'kakngah' instead of my younger sister yang urut dia...Agaknya,rindu cucu la tu..he..
During volcanic ash crisis, semua penerbangan di tangguhkan..Dalam paper pun cakap kerugian because of that gunung berapi meletup (glasier) menyebabkan kerugian itu tersangat banyak...more than peristiwa 11 September akibat serangan terrorists...Then, dapat tahu ummu Muhammad tak boleh datang sebab that penangguhan penerbangan( detail tak pasti)..Apapun that is Act of God, bumi marah kat semua orang tu yang meletup..heh..
Exam masih berbaki beberapa paper core, yang tersangat lah susah (subject Company and Banking Law)..Alhamdulillah, paper2 sebelum ini walau susah juga, tapi Allah banyak tolong...Then, during exam, one of my nay friends calling me to get some information about suing people in Criminal cases..i just give her some advise (boleh pakai ke belum grad lagi ni)...setakat bagi advise kat firm mana she should jumpa lawyer2 bagus sekitar KT, advise sikit kes tu usually kena bagitau apa, susah juga ya nak cari lawyer yang betul2 skill sebab dia nak sue orang yang ada kena mengena dengan EXCO..ada la kesan praktikal sebelum ini...bukan main confident bagi advise sedangkan esok ada paper...telinga dah panas, mujur handphone tak meletup, seronok bercakap time tu...huhu..
Tuesday, April 20, 2010
Gazze
Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Kepungan
Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.
Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam. Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.
Misi
Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.
Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.
Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh. Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.
Apa peranan kita?
1. Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.
2. Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.
Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, atau terus ke akaun bank Lifeline 4 Gaza:
Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5-644-902-085- 28
Bank : Maybank Berhad
Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
Wednesday, April 14, 2010
Eid Millad!
wajah seorang tokki ketika menziarahi my nay sakit tahun lps..sekarang terbalik, tokki pula di GH...
FYI: Tokki setiap hari semakin lemah...maafkan segala kesilapan tokki pada kita...moga amalan tokki di terima Allah.syafakallah..hajat doa dari anda..doakan tokki kesayangan kami..mood exam, sukar untuk menziarahi tokki...
Tuesday, April 13, 2010
Sekitar Peristiwa Around bulan March dan awal this Month
Di mana ya Hilal mendapat idea-idea menerbitkan buku..rasanya buku Hilal banyak sangat dah dipublishkan...sampai saya sendiri tak terkejar nak mengikuti segala buku-buku Hilal...Momentum yang cukup kuat menerobos dunia penulisan tanah air..Buku motivasi selepas Langit Ilahi juga sudah berada dipasaran..
Razana Iman, junior di MATRI yang baru sahaja lepas dari recover selepas accident di Perlis...Saya doakan Ana cepat sembuh-sori grab dari fb Widad tanpa minta permission..Rupanya lama tak dengar cerita Razana kerana dia terlantar di hospital..Berkat doa semua, Razana makin pulih..
Ini pula Pemuda berjiwa kental, masih ingat entri saya sebelum ini tentang junior di MATRI, Suhaib yang kehilangan sebelah matanya selepas kemalangan (mata kiri sudah tidak berfungsi)..dalam blognya dia menyatakan sepanjang kemalangan, berada di hospital sedikit pun tidak merasa sakit kesan dari kemalangan malah Suhaib saya kira cukup tabah dan pergantungannya pada Allah amat2 kuat..tidak menyalahkan takdir malah lebih bersemangat dari biasa..-maaf grab dari fb anas abd ghani
Ini pula, rasanya semua kenal yea, Omar Aiman (yang pernah belajar di Sudan, juga merupakan abang kepada Khalida Osman) juga dikenali sebagai Putera Perabot..2h7b March, Abang Omar di satukan dengan Kak Asmah (pernah mengajar SRIQ dan housemate ketika saya praktikal tahun 2005 di BBG)..Kak Asmah, sampai hati na tak habaq pun sapa dia bakal zauj..Tapi tak pa, kami ada informer import dari Taman Desa Putra..hehe..dia dah habaq lama dah..Maaf tak dapat pi, malam 26hb ada Annual Dinner (tak elok kalau pi tinggal camtu bila dah jadi organiser,nnt apa pula orang ckp, nama Islam juga yang buruk-betul ke tidak ni,merapu la pula)Malam tu konsert Gaza pun tak pi..Takpa, kami cuma nak ucapkan semoga selepas mendirikan Baitul Muslim, DnT masih berjalan seperti biasa malah lebih hebat dari sebelum ini, jangan tinggalkan DnT"
Monday, April 12, 2010
2 day before a big day
Probate juga tetiba sahaja, Sir Bel hantar di E-Kelip, assignment no.2..kena submit before 17 April, 10.05 pm..Banyaknya dugaan..tapi tak sama dan jauh beza dengan mereka yang sebaya dengan kita yang berada di wilayah dan negara bergolak seperti Palestine, Pattani, Chehnya, Kahsmir etc..mereka berjuang secara real...mengalas di bahu senapang..paling kurang batu2 sebagai sumber pertahanan diri dari musuh...bagi kita yang berada (masih berada) dalam situasi yang aman, final atau pertarungan kita hanya dengan mata pena..mereka dengan mata pedang atau ledakan peluru...Sungguh jika saya berada di tempat mereka belum tentu kuat sebegitu..Bak kata ustaz Jamnul Azhar, bila di sini boleh kita bercakap isu Palestine..namun bila sampai disana, dengar aja bunyi peluru yang merupakan resam kehidupan harian masyarakat Gaza, kita jadi panik..takut terkena peluru sesat, jalan pun tunduk..takut..
semoga semua mendapat najah...
Sunday, April 11, 2010
Artikel yang di'hijab' sementara waktu..
LONDON: Pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Noor Zaitun Yahaya adalah antara wakil Institute for Transport Studies (ITS) Universiti Leeds, di sini menerima pingat Hadiah Ulang Tahun Queen untuk Pengajian Tinggi 2009 (Queen’s Prize) daripada Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, semalam.Noor Zaitun, 44, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) di ITS Universiti Leeds turut menerima sijil untuk kumpulan penyelidikannya dan universiti itu bagi kajian mereka mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar.Anak kelahiran Perak ini adalah antara 10 wakil Universiti Leeds, termasuk Pengarah ITS, Prof Mark Wardman dipilih untuk menerima dan membawa pulang anugerah yang julung-julung kali diterima universiti itu.
Berikutan kejayaan itu, ITS dibenarkan menggunakan logo Queen’s Prize itu selama empat tahun. Anugerah yang diberi setiap dua tahun ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang universiti dan kolej di United Kingdom untuk kehidupan intelektual, ekonomi, kebudayaan dan sosial.Noor Zaitun adalah antara 40 pelajar PhD di institut berkenaan. ITS Universiti Leeds adalah pusat kajian pengangkutan terbesar di Eropah dan menjadi pusat rujukan global. Bercakap kepada Berita Minggu selepas upacara penyampaian anugerah selama satu setengah jam itu, Noor Zaitun berkata, Ratu Elizabeth berminat mengenai Malaysia dan bertanyakan mengenai bidang penyelidikannya.
“Saya menerangkan kepada baginda bahawa penyelidikan saya ialah mengenai pengangkutan dan pencemaran udara. Suami baginda, Duke of Edinburough dan puteri mereka, Princess Anne, juga berminat mengetahui mengenai Malaysia dan sistem pendidikannya.“Saya memberitahu betapa bangganya saya dapat mewakili Malaysia dan sebagai tetamu pada upacara berkenaan,” kata Noor Zaitun.
Noor Zaitun yang berbaju kurung sutera merah ternyata menarik perhatian ramai ketika upacara itu berlangsung. Turut meraikan saat bersejarah itu ialah suaminya, Haji Fakharuldin Ishak, 45; dan keenam-enam anak mereka, Nur Izzah, 18; Zatul Iffah, 16; Abdullah Azam, 14; Muhammad Al Fateh, 12; Nur Qistina, 10; dan Abbas Azizi, 8.Noor Zaitun dijangka menamatkan pengajiannya dalam tempoh satu setengah tahun lagi. Sebagai pelajar cemerlang sepanjang pengajiannya, Noor Zaitun mendapat tajaan Bank Dunia untuk pengajian Ijazah Sarjana Mudanya (MA) yang juga membolehkannya datang ke London pada 1990 untuk meneruskan pengajiannya.
Sumber : Bharian.com.my
Zatul Iffah, dulunye bersekolah di Sekolah Rendah Ibn Qayyim, tempat saya pernah menjadi guru ganti selepas praktikal di Biro Bantuan Guaman (BBG) empat tahun lepas..Selepas ibunya berangkat ke London membawa keluarga bersama, mereka (adik saya dan Zulfa masih berhubung menerusi Email dan surat (selalunya dihantar dr rumah Zulfa) ke Leeds, UK)...Jazakillah buat nay yang menjumpai artikel yang saya cari dah lama, tapi Allah izin jumpa jugak..Sedap nama semua adik beradik Zatul ni...semua ada Abdullah Azzam, Muhammad Al-Fateh, Abbas Azizi..InsyaAllah, esok paper BML (Bhs Melayu Undang2)...
Friday, April 9, 2010
Kerahkan segala kekuatan
Kehidupan sebegini di Palestine, apa perasaan anda? seluruh badan kita berdarah, masih mahu membisu sehingga makin kritikal atau mencari ubat (menyalurkan bantuan)??
Turki dan Israel menandatangani perjanjian diplomatik mengenai perairan..Jadi peluang untuk ke sana tanpa gangguan dari Israel agak besar..kita cuma merancang..namun dalam masa yang sama kita juga harus berwaspada kerana muslihat licik Jews ini amatlah dahsyat..mereka sudah merancang awal untuk menghalang segala bentuk bantuan ke Gaza...
Jadi, bagi membantu sukarelawan kita ke sana, marilah kita sama-sama membantu dari segi kutipan dana untuk membeli kapal ke sana..kita perlukan banyak kapal sebagai persediaan menghadapi segala bentuk masalah sepanjang berada di perairan sebelum tiba di Gaza..Ingat, bagi sesiapa yang membaca entri ini, anda bertanggungjawab terhadap saudara seaqidah kita di Palestine..bagi non-Muslim, anda juga bertanggungjawab atas dasar kemanusiaan (human right had been abused for so many years)..Lekas, kerahkan segala kekuatan kita untuk mengutip seberapa banyak dana dan di salurkan untuk Palestine..
Ingat, di bumi Syam, terdapat lebih daripada 10,000 nabi dan rasul yang di makamkan di sana, bumi Syam terdiri daripada 5 buah negara iaitu Syria, Jordan, Utara Iraq, Lubnan dan Palestine..di Palestine sahaja kita ada Masjidil Aqsa...Apa perasaan anda apabila kiblat pertama kita di injak-injak, apa perasaan anda apabila rumah Allah di perlakukan sesuka hati...Dalam doa anda, adakah di sebutkan doa melindungi seluruh umat Islam seluruh dunia yang berjuang demi Islam??..ada mendoakan Palestine, saudara seaqidah kita???..
Cuba lihat di sekeliling anda, terlalu banyak ramalan..sejak dahulu Kristian dan Yahudi telah menerbitkan pelbagai filem, cerita berkisar tentang ending of this world...tentang jugdment day..keluar pula movie 2012..Namun, yang paling saya terkesan sejak beberapa bulan sebelum ini, terlalu banyak berlaku gempa bumi..dan terbaru di Indonesia, jiran kita..Bumi seolah-olah marah kepada seluruh manusia...Bumi memuntahkan kemarahan dengan menelan mereka menerusi gempa bumi..ini baru bercakap tentang gempa..tidak termasuk taufan, banjir, kemarau berpanjangan...Hidup ini hanyalah pinjaman dari Allah..Nikmat udara pinjaman dari Allah..Ayuh, kerahkan keringat anda demi meninggikan Deen Allah..Ayuh sama2 selamatkan Palestine...
FYI: This Monday will be my first final paper(during my study week)...4 May 2010 will be my last paper...Kepada all my friends around the world, may Allah bless you...bak kata one of my friends from Pakistan (she always said "Allah Al-Hafiz" when our conversation ends)..Allah Al-Hafiz to everybody...Doakan..
Sunday, April 4, 2010
Death Wall:Largest Prison in the World!!!-Part 2
Muslim itu ibarat satu anggota badan, jika sakit satu anggota badan maka yang lain turut merasainya...Namun,apa yang berlaku pada hari ini jauh panggang dari api...Ummat Islam berdarah, luka parah, namun di mana ummat-ummat Islam lain????Palestine luka parah, sedang kritikal, namun mana dia yang mengaku mencintai saudara seIslam datang membantu...Negara kejiranan Muslim hanya melihat sahaja kezaliman yang berlaku...Hosni Mubarak membiarkan apa yang berlaku, tanpa pernah terdetik di hatinya, mereka juga saudaraku...Jika tidak tentulah tiada rusuhan dan pertempuran di El-Arish ketika bantuan kemanusiaan Viva Palestina 3 baru-baru ini...Sayang, hatinya keras seperti batu, malah lebih keras dari itu...
Kalau kita sakit gigi, mulut terus menyuarakan kesakitan yang amat sangat, tangan terus mencari ubat untuk kesakitan gigi- inilah dia ibarat ukhuwwah saudara seIslam, mereka akan merasai segala penderitaan saudaranya yang lain..MasyaAllah...Kalau kaki sakit, automatik tangan akan melurut pada kaki dan urut, mulut tidak habis-habis mengeluarkan perkataan sakit, sehingga badan dengan automatiknya berehat tanpa membuat apa2 kerja..sebabnya sedang SAKIT...tapi dalam konteks Palestine..ianya berlainan sama sekali...
Tersentuh hati saya bila terkenangkan Viva Palestina 3...Mereka benar-benar berjiwa kental...Sewaktu rusuhan mereka sedang mengepung akhowat2 yang sedang membaca Quran, sampai berdarah terkena batu...bukan batu kecil yang main batu seremban itu, bahkan batunya dikatakan paling kecil sebesar buku rujukan pelajar Medik, bayangkanlah...Hati mereka diselaputi kegelapan...Mereka lah polis-polis Mesir yang diberi arahan menghalang Konvoi Kemanusiaan itu...
Sejarah tanah haram Israel, mereka yang berada di Israel dalam rangka penubuhan negara haram itu dikatakan bangsa Israel tulen..pada awal 1920-an, kerajaan Perancis dan British menawarkan Israel Uganda dan Bolivia, namun mereka tetap dengan pendirian mahu terus berada di Palestine..Kerajaan2 lain sememangnya mahu mengusir mereka kerana perangai dan sikap yang terlalu jahat..tidak pernah berbuat baik kepada orang lain..dan sering membuat kerosakan di muka bumi..
Saturday, April 3, 2010
Death Wall:Largest Prison in the World!!!
Masih ingat entri-entri sebelum ini, mengenai Konsert Lifeline For Gaza yang berlangsung di Masjid Jalan Duta pada 26 hb March yang lalu...Bagi yang dapat mengikuti Konsert berkenaan, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua walau tidak se'complete' mana...kerana saya merasa bertanggungjawab dihadapan Allah berdasarkan hadith "sampaikan lah ilmu walaupun satu ayat"
Kenapa blog ini terlalu banyak mempromosikan Palestine? tentu ramai tertanya-tanya... Pertama, Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam dan juga dalam peristiwa Israk Mikraj juga, Rasulullah telah di naikkan ke petala langit dan ketika itu bersolat di Masjidil Aqsa..ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah memuliakan Masjidil Aqsa di Palestine...Hadith juga ada menyatakan antara tempat yang sunat di ziarahi termasuklah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa dan barang siapa bersolat di dalamnya mendapat pahala berlipat kali ganda daripada Allah...MasyaAllah...
Sepintas mengenai Konsert ini, ia bertujuan mengutip dana sebanyak 10 juta untuk dihantar terus kepada IHH, badan yang bertanggungjawab menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza yang berpusat di Turki...Jika anda berpeluang melihat video konvoi Viva Palestina baru2 ini, pasti merasa tersentuh, melihat semangat juang yang ada dalam setiap jiwa yang dipilih Allah mengikuti misi kali ini...Wajah mereka wajah pejuang...semangat mereka tidak luntur dek dugaan...Mereka terdiri dari Muslim dan juga Non-Muslim dari seantero dunia..Misi mereka adalah satu :menerobos tembok kematian dengan membawa bantuan...Itu yang kita mampu setakat ini...
Seorang pakcik memberitahu kisah Nabi Ibrahim (ingat lagi ketika di MATRI juga saya sering mendengarnya)...Ketika Nabi Ibrahim dibakar dengan api yang besar..Ada burung yang terbang mengambil air untuk dijirus ke atas nyalaan api yang marak membakar...Lalu ditanya oleh malaikat (saya kurang pasti betul atau tak) kalau salah tolong perbetulkan...Malaikat bertanya "kenapa bersusah payah memadamkan api sedangkan air dalam paruhnya sedikit pun tidak menjejaskan api yang marak membakar..Lalu dijawab oleh burung tadi "Aku takut apabila ditanya oleh Allah, apa usaha ku untuk menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim, aku tidak berbuat apa2, lagipula Allah tidak melihat kepada natijah samada api tersebut padam mahupun tidak, namun apa yang Allah lihat dan tengok adalah samaada kita berusaha atau tidak untuk menolong nabiNya mengikut kemampuan kita, ini (membawa air walau sedikit) kemampuan aku ketika itu...aku buat yang terdaya olehku sahaja"...Maknanya, jika burung itu pun merasa takut akan di tanya Allah apa yang kita lakukan untuk menyelamatkan DeenNya, apatah lagi kita yang sebenarnya mempunyai pelbagai khudrat untuk membantu Palestine...Ingatlah, Allah akan tanya apa sumbangan kita pada Palestine,pada umat Islam yang dihina, diseksa oleh Yahudi...Nauzubillah...
Thursday, April 1, 2010
April Fool: Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol
Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.
Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”
Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.
Sumber: http://www.eramuslim.com