Kepetahan dan kelantangan bersuara Prof. Tariq Ramadan menyebabkan beliau menerima banyak kritikan serta tekanan dari pihak-pihak tertentu terutamanya US dan sekutu-sekutunya..Selain beliau, adik-beradiknya yang lain turut mendokong perjuangan yang sama seperti Hani Ramadan yang juga merupakan intelektual terkenal di Swiss ketika ini..Beliau turut disenaraikan antara 100 tokoh intelektual kontemporari abad ini pada 2008 klik here..Temui beliau di ISTAC pada 12 Julai ini secara percuma...Jom pakat pergi ramai-ramai..
Wednesday, June 30, 2010
Upcoming Event: 12 July 2010
Kepetahan dan kelantangan bersuara Prof. Tariq Ramadan menyebabkan beliau menerima banyak kritikan serta tekanan dari pihak-pihak tertentu terutamanya US dan sekutu-sekutunya..Selain beliau, adik-beradiknya yang lain turut mendokong perjuangan yang sama seperti Hani Ramadan yang juga merupakan intelektual terkenal di Swiss ketika ini..Beliau turut disenaraikan antara 100 tokoh intelektual kontemporari abad ini pada 2008 klik here..Temui beliau di ISTAC pada 12 Julai ini secara percuma...Jom pakat pergi ramai-ramai..
Monday, June 28, 2010
Uwais Al-Qarni:Namanya agung dibibir penduduk langit
Sama sahaja dengan apa yang dikatakan Ustaz, berbahagialah sekiranya kita mencintai ibubapa terutamanya memberi ketaatan kepada ibu melebihi segalanya selagi tidak bertentangan dengan syara'...Cerita mengenai Uwais Al-Qarni sangat-sangat hebat dan membuatkan saya tersentuh semenjak di MATRI lagi..Setiap para nabi dan Rasul mempunyai teman di syurga kelak, dan tahukah anda siapakah teman Rasulullah di syurga yang kekal abadi?..Tentulah dia Uwais Al-Qarni..mari kita singkap bagaimana pemuda yang tidak dikenali di kalangan penduduk bumi namun namanya terkenal di kalangan penduduk-penduduk langit...MasyaAllah..
Tahukah anda bagaimana Uwais menjadi begitu terkenal dan namanya sering disebut di bibir penduduk langit?Uwais Al-Qarni, seorang pemuda miskin yang tidak dikenali dikalangan orang kebanyakkan ketika itu dan pemuda ini hidup di zaman Rasulullah namun tidak pernah bertemu baginda. Walaubagaimanapun,mengikut sesetengah pendapat mengatakan Uwais juga tergolong sebagai sahabat Rasulullah walaupun tidak pernah bersua..ini kerana Uwais sangat2 berhajat menemui Rasulullah, namun ketaatan menjaga ibunya yang sudah uzur menyebabkan Uwais terpaksa memendamkan hasrat di hati..
Sehinggalah selepas berkali-kali meminta izin, akhirnya ibunya membenarkan Uwais menemui Rasulullah, tetapi dengan syarat membawa bersama ibunya..Uwais lantas bersama ibunya menunggang unta untuk menemui Rasulullah dengan jarak perjalanan 400 lebih km...Namun, ketika baru meneruskan perjalanan, ibunya jatuh sakit yang kuar menyebabkan tidak berdaya menunggang unta..lantas, tahukah anda, Uwais sendiri mengendong ibunya dalam perjalanan ditengah-tengah padang pasir...Bayangkan lah menggendong dalam perjalanan yang amat jauh...baru sepertiga perjalanan, ibunya meninggal dunia dan dikuburkan di tempat itu..
Uwais dalam kesedihan meneruskan perjalanan menemui Rasulullah.Setibanya di sana, Uwais bertanyakan seseorang di manakah rumah Rasulullah..Uwais sangat-sangat berhajat menemui Rasulullah..Lantas terus menangis orang itu sehingga tidak dapat berkata-kata...Ditanya Uwais pada seorang yang lain, menangis pula orang yang lain itu..Sehinggalah datangnya Saidina Umar dan Saidina Ali dan menyatakan Rasulullah baru sahaja wafat dan bertanya siapakah namanya..Uwais memberitahu namanya Uwais Al-Qarni...Mendengar sahaja nama Uwais Al-Qarni, terus Saidina Umar dan Saidina Ali berkata, "Ya Uwais, doakanlah aku"...Uwais terkejut apabila disuruh begitu...
Rupa-rupanya, Rasulullah pernah memberitahu sahabat-sahabat bahwa, baginda akan mempunyai teman di syurga..Dan sahabat-sahabat semuanya berharap merekalah yang akan menjadi teman Rasulullah...Namun, dijawab Rasulullah, temannya itu lelaki yang sebegini dan sebegini, namanya Uwais Al-Qarni..tidak terkenal di kalangan manusia, malah sangat miskin orangnya, namun namanya harum di kalangan penduduk langit dan terkenal di sana...Itulah dia Uwais Al-Qarni...Doanya terus sampai pada RabbNya..sebab itulah Rasulullah memberitahu apabila berjumpa Uwais, mintalah Uwais mendoakan kamu...Subhanallah..
Apa Rahsia Uwais Al-Qarni sehingga martabatnya begitu tinggi di sisi Allah? Uwais ternyata seorang anak yang taat, menjaga ibunya sehingga ibunya meninggal dunia...Hidup di zaman Rasulullah tetapi tidak sempat menemui baginda kerana ketaatan kepada ibunya...Menurut Ustaz Badli Shah, dalam kitab Tanzilul Qhofilin karangan Abu Laith Al-Samarkhandi..Untuk merebut title anak soleh, adaa beberapa perkara yang perlu kita perhalusi...
Antaranya apabila ibu mahu makan kita terus memenuhi hajatnya, ketika ibu meminta khidmat kita, contohnya tolong membasuh baju, terus dilunasi hajatnya, semuanya on the spot..tiada bertangguh...itu hanya sebahagian...Sesungguhnya habit saya, suka sangat dengar tanpa tulis or rakam...jadi banyak dah lupa... benarlah "Pena itu ibarat tali yang mengikat tulisan seperti tali yang mengikat kambing dari terus hilang"...kerana otak yang tajam sahaja tidak mampu mengikat ingatan dengan begitu ampuh..
Friday, June 25, 2010
Israel throw a lavish party aft killing 9 martyrs in Mavi Marmara
Elton John and gay husband David Furnish
About 50,000 fans attended the concert. It was his third career appearance in Israel.John's appearance comes on the heels of cancellations by well-known artists such as British rocker Elvis Costello, Carlos Santana and Gil Scott-Heron, reportedly after pressure by pro- Palestinian groups.
Following the May 31 interception by Israel of a Gaza-bound flotilla that left 9 passengers martyrs, other artists cancelled including The Pixies, Klaxons, Gorillaz, and, this week, Dvendra Barnhart."I have always believed that music inhabits a world set apart from politics, religious differences or prejudice of any kind," John said on his website, defending his decision to appear in Israel. via jta.org
Thursday, June 24, 2010
Apakah yang lebih penting dari memuliakan ibubapa??
Menjaga hati kedua ibubapa kita menurut perkara yang diredhai Allah amatlah penting, ada satu kisah, seorang anak lelaki baru pulang dari kerja di Jengka,Pahang singgah hanya beberapa minit di rumah ibubapanya di Paka lantas meneruskan perjalanan ke Ajil, semata-mata mahu menemui isteri tercinta di rumah mentua (sedangkan dia sudah lama tidak pulang ke rumah semenjak berkahwin) emaknya sempat menegah supaya mandi, makan dan berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan menemui isteri kerana melihat dia keletihan sepanjang perjalanan jauh dari Pahang, tetapi tidak dipedulikan si anak tadi..Si ibu terkilan, cukup-cukup terkilan...anaknya melebihkan isteri dari ibunya sendiri..ini bukan kali pertama..hati ibu terguris namun ibu mana yang tidak sayangkan anak...kesedihan itu berlalu begitu sahaja..
Ya, kalau ibubapa terkilan dengan kita,terasa hati dengan kita..alangkah sedihnya, hidup ini seolah-olah tidak bermakna, hilang seri dan ceria...Keberkatan hidup yang dicari semakin menghilang..Tetapi persoalannya bagaimana mahu merebut hati ibubapa kita??..Sekadar menjadi anak yang pandai dalam pelajaran?atau mempunyai pekerjaan yang hebat?memberi kemewahan kepada mereka?adakah semua itu cukup untuk merangkul title anak 'soleh dan solehah'?..TIDAK...belum cukup sahabat-sahabatku..
Title anak soleh,solehah sahaja ada tingkatan-tingkatan tersendiri..sebagaimana syurga dan neraka juga dijadikan ada tingkatan atau level masing-masing...sahabat-sahabatku, untuk merebut title anak soleh,solehah ini nampak macam senang, tetapi hakikatnya susah dan payah dari segi praktis..kalau tidak masakan buku-buku berjilid-jilid di kedai, tebal-tebal semuanya hanya membincangkan title 'anak soleh', forum-forum perbincangan mengenai anak soleh diadakan, bahkan dalam setahun berkali-kali..
Jasa dan pengorbanan ibubapa tidak ternilai terhadap anak-anaknya..saya masih ingat, saya pernah membaca buku, di dalamnya ada menceritakan kisah pada zaman dulu (tak pasti samada zmn nabi/sahabat) ada seorang lelaki yang menjaga ibu dan mengendong ibunya ditengah padang pasir serta membawa ibunya mengelilingi Kaabah ditengah terik mentari berkali-kali..Namun,perbuatannya masih belum dapat membalas jasa dan pengorbanan ibunya selama ini..Subhanallah..Jika dibandingkan dengan kita, masih jauh..Jika meninggikan suara pada ibu sudah dikira menderhakai ibu, cubalah kita melihat diri kita, adakah kita bercakap elok-elok apabila ibubapa menegur kesalahan kita..Cubalah bayangkan andai mereka tiada, tentu kita rindu suara-suara mereka,kan..even ketika mereka marah kita..
Dah lama saya simpan keratan SinarHarian Ahad 30 Mei 2010, page N23..Slot global "Andai Dapat Ku Undur Masa.." Tiada seperti kesilapan menaip di komputer yang boleh di ubah dengan menekan undo, masa yang berlalu tidak dapat di ulang semula, seorang eksekutif bank menyatakan "Saya tak sempat nak tatap wajah ayah saat-saat akhir hayatnya sebab terlalu sibuk bersama rakan di universiti dulu dan jarang pulang ke kampung. Kalaulah saya boleh kembali ke waktu itu, saya tak sepatutnya mendahulukan kawan lebih dari keluarga. Saya akan selalu pulang ke kampung dan meluangkan banyak masa bersama keluarga terutama ibu dan bapa sewaktu mereka masih ada"..
Sayu bila fikir balik, sebab itu saya akan cuba untuk balik rumah if adik-adik tak balik bila weekends..Bila dengar mereka telefon, tahulah mereka sebenarnya rindu kat anak-anak..Sekejap balik pun berbaloi, sekadar mengembirakan hati mereka..Kesempatan yang ada bila belajar dekat, perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebelum mempunyai komitmen di masa akan datang..Apa yang penting keredhaan Allah dan barakah bertemu ibubapa..Jadi bila kawan-kawan anggap saya suka balik rumah(actually i'm not homesick,ya)..maaf, saya juga mahu bersama kawan-kawan tapi ibubapa lebih penting..darah mereka laju meluncur dalam diri saya, mana mungkin saya putuskan this BOND bcuz hanya untuk kawan-kawan..harap kalian memahami..
Monday, June 21, 2010
Al-Fatihah buat Sir Yahya Ismail
Sedikit perkongsian oleh Hilal Asyraf ketika pernah bersama Sir yang diambil dari webnya LangitIlahi
Sunday, June 20, 2010
Selamat Hari Bapa
Along his wicked journey, Gru recruits three little orphaned girls - Margo, Edith and Agnes - who wind up changing the course of his life. Sure, there's some 'despicable' things that Gru has done and is planning to do. But it turns out he's just a big 'ole softy!
This movie will entertain all members of your family, while pulling on your heartstrings. The message of the film is positive, amidst Gru's evil plans. Good wins out over evil, with a strong does of humor and non-stop entertainment. Fun for the whole family!
p/s:this is African version just for my dad..kngah sayang ayah..
Masih ada yang kritikal rentetan LL4G
Lima orang sukarelawan yang cerdera parah akibat serangan brutal tentera komando Zionis Israel ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara pada 31hb May lalu masih dirawat di sebuah hospital di Ankara, Turki. Salah seorang dari mereka masih dalam keadaan sangat kritikal dan tidak sedarkan diri.
Demikian menurut kenyataan Ketua Pasukan Medik kapal Mavi Marmara, Dr. Mevlit Yurtseven, yang telah dikeluarkan oleh Sahabat Al-Aqsha, sebuah NGO di Indonesia yang turut menghantar sukarelawan menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu. Menurut Dr Mevlit, sukarelawan yang masih tidak sedarkan diri itu mengalamai kecederaan parah di bahagian otak akibat tembakan di kepala. Manakala empat orang lagi mengalami kecederaan di kepala, dada dan juga perut.
Dalam serangan tentera komando ke atas sukarelawan-sukarelawan yang tidak bersenjata di atas kapal Mavi Marmara itu, sekurang-kurangnya 50 orang tercedera. 7 orang daripada mereka berbangsa Arab manakala 2 lagi daripada Indonesia. Manakala masih ramai lagi dilaporkan masih hilang dan tidak pulang ke tanahair masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Arief Rachman, iaitu sukarelawan MER-C yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara, telah menyerahkan laporan perubatan ke atas Surya Fachrizal kepada Dr Mevlit. Surya, seorang petugas media yang cedera parah setelah ditembak di bahagian dadanya kini masih terlantar di sebuah hospital di Amman, Jordan. Sejurus selepas kejadian, beliau telah dibawa ke Hospital Universiti Rambam di Haifa, Israel.
Manakala seorang lagi sukarelawan Indonesia yang tercedera, Okvianto Emil Baharudin, telah selamat menjalankan pembedahan lanjut di sebuah hospital di Indonesia bagi membuang sejumlah 12 serpihan peluru dari dalam lengannya. Beliau ditembak oleh komando Israel ketika mengambil gambar peristiwa serangan tersebut.
Berita Baik: Lifeline For Gaza 2
Pesanan ringkas daripada Noorazman Mohd Samsuddin, Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikeluarkan pada 17 Jun baru-baru ini..
“Kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu Palestin, konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza akan belayar dalam masa terdekat (dalam bulan Julai). Kutipan dana akan diteruskan dan sumbangan kewangan amat-amat diperlukan. Permohonan untuk menyertai konvoi kali ini akan dibuka kepada semua yang berminat dan saringan dan pemilihan akan dilakukan untuk memilih mereka yang layak.”
Saturday, June 19, 2010
School Holiday
Tadi baru sahaja usai menghantar Achik naik bas ke Kota Bharu..Banyak tugasan menanti selepas dua minggu bergelar staff..Selepas selesai, kami kemudian menghantar Adik ke SMAKL untuk meneruskan perjuangan mata pena. Cuma tinggal setahun lagi sebelum Adik menempuh alam menara gading..
Wednesday, June 16, 2010
KAHFI 2010
Masih basah di ingatan ini, kami yang agak senior sebagai Urusetia dalam merancakkan lagi program julung kali diadakan di Pantai Timur juga pembuka KAHFI di seluruh Malaysia..Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk kami bersama-sama merencanakan program ini lebih awal berbanding ianya turut diadakan di Utara, Selatan dan Wilayah Tengah..Pengerak tenaga-tenaga muda adik-adik sebagai 'pemain' utama dalam merancakkan dan mengisi slot-slot selama kami berkampung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir baru-baru ini menunjukkan peningkatan dan pembaharuan yang agak ketara. Ya, idea anak-anak muda tentunya lebih segar untuk digunakan sepanjang program berlangsung di samping syuyukh daripada pimpinan yang lebih tua dan berpengalaman..
Sepanjang program berlangsung juga, saya dan sahabat-sahabat lain diberi 'mandat penuh' untuk menggunakan dapur bagi menyediakan makanan dan minuman sepanjang program. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..Apapun, significantnya program kali ini secara tidak langsung saya dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih rapat..Benarlah, alangkah indahnya hidup di kelilingi oleh sahabat2 yang sentiasa hati dan jiwa mereka dekat dengan Allah. Suasana biah solehah yang jarang-jarang kita rasai dalam era globalisasi hari ini. Hati kita makin dekat dan erat. Benarlah sentuhan hati itu apabila kita mengenal saudara kita dan kita menyayanginya lebih daripada diri kita sendiri..Suasana makan dalam dulang aka talam turut mengimbau nostalgia lama semasa di MATRI..
SMS dan Chatting misalnya juga satu medium untuk mengeratkan perhubungan,namun bagi pendapat saya sentuhan hati yang paling hebat adalah secara traditional atau secara manual..kita perlu sentiasa bertemu, berkirim surat. SMS tidak mampu mengungkap perkataan2 yang panjang, chatting juga begitu..semua itu memang menjurus juga ke arah pengeratan ukhuwwah, namun, secara personal saya lebih sukakan cara yang dulu, ziarah-menziarahi misalnya, satu medium ampuh untuk mengeratkan ukhuwwah..paling terkesan, saya lebih merasai hubungan ukhuwwah fillah dengan makcik Faezah, makcik Ramlah, makcik Mazlah, mkcik Ma dll di AMBS..Bila bertemu, pasti hati dan perasaan saya sangat2 menyayangi mereka..Boleh dibuat ibu, teman untuk perkongsian dll..Mereka juga sahabat baik ibubapa saya..
Catatan dari seorang relawan Mavi Marmara….
Setelah 2 hari menanti dilaut akhirnya pd jam 6 petang waktu Turki kapal Mavi Marmara bergerak ke arah Gaza, lebih kurang 400 batu lagi. Mavi Marmara adalah sebuah kapal yang digambarkan sebagai ‘the
Tingkat bawah menempatkan relawan wanita dan bahagian injin serta klinik. Tingkat/dek 2 dibahagian tengah adalah ‘announcement centre’, membahagikan 2 ruang besar dihadapan dan dibelakang. Di ruang hadapan menempatkan relawan dari Turki dan di ruang belakang menempatkan relawan dari negeri lain. Kami relawan dari Malaysia dan Indonesia bertempat diruang belakang berdekatan dengan beranda kapal yang mengadap ke laut.
Kami berjumlah 10 orang bersama-sama dengan 2 orang press dari Astro Awani. Relawan Malaysia diketuai oleh Norazman Samsuddin, Nizam Awang, Dr Syed Halim,Dr Mohd Arba’ai dan Ust Al-Hami dari NGO Haluan, Dr Selamat Aliman dari PACE, Ust Hasanudin dari Aqsa As-Syarif, Tn Hj Jamuliddin Alias dari Yayasan Amal, Halim Redzuan dari Muslim Care dan 2 orang wartawan astro awani iaitu Aswad dan Shamsul. Disini kami bersama-sama dengan relawan dari Mesir (Ahli Parlimen Mesir) ,Algeria dan lain-lain.
altTingkat/dek 3 diruang depan selepas tangga adalah ruang untuk press room dan disebelah belakangnya adalah ruang untuk solat berjemaah(Ini adalah ruangan terbuka yang mengahadap kelaut). Dibahagian belakang tingkat 4 adalah tempat untuk shooting dan press dijalankan untuk menghebahkan setiap detik perjalanan keseluruh dunia. Tingkat atas adalah satu ruangan terbuka yang merupakan tempat larangan melainkan mereka yang telah diberi kebenaran . Di bahagian depan tingkat lima ini adalah bilik pemanduan.
Pada hari itu catuan makanan telah bermula iaitu tiada makan tengahari hanya makan malam dan sarapan pagi.Ini kerana kami merasakan mungkin akan berada di perairan antarabangsa selama sebulan jika Israel berdegil dengan menahan kami di perairan antara bangsa. Begitu juga para relawan tidak dibenarkan untuk mandi manda sama sekali.
Tepat jam 8 .20malam azan dikumandangkan oleh relawan dari Syria sungguh sayu sekali. Kami bersolat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah. Imam membaca surah yg agak panjang dengan suara yang mendayu-dayu. Semasa imam membaca qunut nazilah kedengaran ramai yang mengalirkan air mata,teresak- esak mengharapkan pertolongan Allah. Aku merasakan betapa kerdilnya diriku dibandingkan dengan Allah SWT. Begitu juga kerdilnya diriku berbanding samudera lautan yang tak kelihatan tepinya, dengan langit yang tidak kelihatan batasannya. Airmataku mengalir merasakan penuh kerendahan kehadrat Allah swt. Dalam hatiku berdoa untuk kejayaan Mavi Marmara ke Gaza. Aku juga menuluskan hatiku sekiranya esok hari akhir hidupku, moga-moga Allah menerima syahadahku dan membersihkan niatku. Masih terngiang-ngiang ingatan dan pesanan dari Ustaz Abdullah Thaidi dan saudara Solehuddin kepadaku sebelum kami berlepas di KLIA beberapa minggu yang lepas.
Solat subuh berjamaah pada jam 4.30pagi. Punyalah lama imam membaca surah dan qunut nazilah. Seisau lepas solat, kedengaran bunyi bising dari rakan-rakan sukarelawan dan bunyi letupan kuat. Saya terus bergegas mengambil posisi. Rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia mengambil posisi disebelah kiri dek paras 3, bersiap sedia dengan hos pili bomba dan apa saja yang dapat diambil samada botol minuman atau batang kayu penyapu dan beberapa rod besi. Bahagian atas kapal upper deck dikawal oleh relawan dari Turki seramai lebih kurang100 orang. Mereka berkawal melindungi kapten kapal dari ditawan oleh para lanun Israel. Dikanan kapal juga dikawal oleh para relawan dari negara lain. Begitu juga berpuluh relawan mengawal dibahagian hujung belakang kapal yang mengadap ke laut.
Tanpa amaran lanun Israel terus menyerang dengan 3 bot laju dikiri dan 3 bot laju di kanan Dan 2 di belakang , mereka cuba menawan kapal. Letupan kuat berlaku dikiri kanan, belakang dan atas. Mereka menggunakan bom asap, bom cahaya dan bom bunyi. Para sukarelawan menggunakan berbagai cara untuk menghalang kapal ditawan lanun Israel ini. Pancutan air dari pili bomba, botol kayu dan besi digunakan untuk mempertahankan Mavi Marmara. Pada masa itu saya berada di belakang kapal dek tingkat 3 di ruang solat, melihat Ahli Paelimen saudara Jamal membaling botol kepada lanun Israel yang cuba memanjat tebing tepi kapal. Mereka ketakutan dan menjauhkan bot dari kapal. Saya juga lihat cahaya laser berligar-ligar di badan Dr Selamat dan Ust Hassanuddin. Rupanya itu cahaya dari senapang Israel.