Tuesday, August 31, 2010
Kristal
Sampai di rumah Fifah, kelihatan kelibat orang 'lama', Nik, Wani dan Kak Za (warden SMAKL merangkap guru etc)mereka ni boleh jadi ape sahaja..multitasking girls..Tak lama lepas tu kelibat Umaina dan Nasibah turut sama-sama dalam group kecil kami (bila bertemu mesti banyak aja benda-benda nak bercerita, macam2 info dapat even perkara tu dah lama berlaku) hehe.. Sungguh terasa ikatan keserasian antara kami..Umaina siap ajak buat biskut raya kat rumah Mak Long hari Isnin ni tapi saya lebih selesa balik rumah sbb this fasting month, belum sempat berbuka di rumah..
Selepas berbuka dengan kurma dan air sunquick, kami solah Maghrib dulu, then baru makan makanan berat..Then, kami decide nak solah terawih di Masjid Kristal, teruja dengan iklan Imam dari Mesir di samping nak cari kelainan..Dengan tiga kereta kami bergegas ke sana sebab dah lambat time tu, 8.30 mlm baru gerak..Sampai aje, jemaah dah siap solah Isyak, cuma Imam Masjid Kristal bagi sedikit peringatan dan solah sunat, jadi sempat kami solah Isyak sementara mereka menanti untuk solah terawih..
Bacaan Imam Mesir boleh katakan satu atau satu setengah muka al-Quran..Ada kalanya bila sampai di sesetengah ayat, suara Imam seolah-olah sedang menangis..MasyaAllah, bila kita faham maksud ayat Quran, lagi rasa bila baca kan..Suaranya agak tersekat-sekat..Usai solat, sempat lagi bergambar kenang-kenangan sambil menjamu moreh yang disediakan bersama bakal pelajar Jordan, Afifah..
Actually, Afifah will fly to Jordan this upcoming Raya..Raya ke-5 if 'm not mistaken..Cuma yang sedihnya, maybe Fifah naik terus di KLIA, if naik kat sini, sempatla jumpa last day..Tapi, my parents dah cakap sebelum ni nak beraya rumah Fifah hari raya ke-3/4 then attend kenduri Aisyah sekali..
Saya masih ingat sebelum ni saya selalu cakap kat Fifah "K.sue sentiasa doakan Fifah dapat sambung belajar kat Jordan"..Tapi bila Fifah dah nak fly, perasaan tu rasa lain..Rasa dah hilang sorang sahabat untuk di usik-usik, berkongsi cerita, kenangan pergi program sekali..Ya, banyak benda sangat dalam kotak fikiran..Tapi itulah namanya jihad menimba ilmu...Jordan tempat bukan calang-calang, ia bumi berakah..Makcik Lina juga sudah fly mengerjakan umrah semalam dan akan beraya di Makkah..Sungguh indah perasaan di Tanah Suci Makkah..
Monday, August 30, 2010
Kenyataan Media: Konvoi Pelayaran Besar-besaran Dirancang November 2010
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Gabungan badan NGO di bawah Talian Hayat untuk Gaza (LL4G) mengumumkan rancangan melancarkan kempen pelayaran kemanusiaan ke Gaza yang dijangkakan pada bulan November tahun ini dengan cita-cita yang berkobar-kobar bagi menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.
Pelancaran konvoi pelayaran Gaza ini dilancarkan bersempena dengan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia yang bebas dan hidup aman dan damai berbanding dengan rakyat Palestin yang hidup terpenjara di bawah cengkaman zionis Israel sejak sekian lama. Kesan daripada penglibatan rakyat Malaysia semasa konvoi flotilla lalu yang digerakkan oleh badan NGO Malaysia, ianya telah menarik minat para relawan dari negara kita dan juga negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Kemboja dan Vietnam untuk turut serta dalam konvoi pelayaran kali ini.
Konvoi kedua pelayaran Gaza kali ini akan melibatkan pelbagai badan NGO antarabangsa yang mensasarkan lebih 200 kapal yang akan belayar bersama-sama menghantar bantuan dan seterusnya menamatkan embargo ekonomi ke atas Palestin.
Di negara kita, gabungan NGO LL4G sekarang ini telahpun bertambah menjadi 16 anggota. Setiap badan NGO yang bernaung di bawah LL4G masing-masing di seluruh negara mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai aktiviti dan kempen seperti golf amal, majlis makan malam, mini maraton, ceramah-ceramah, pameran dan kempen kutipan melalui SMS.
Sasaran kutipan dana pada kempen kali ini ialah RM7 juta bagi meneruskan usaha membantu rakyat Palestin yang telah dijajah.
Kutipan yang ada ini akan digunakan untuk pembelian kapal kargo yang akan diubahsuai bagi membawa penumpang, bahan perubatan, barangan pendidikan, barangan keperluan asas penduduk, barangan binaan perlaksanaan mini projek seperti telaga air dan bilik bedah di hospital bagi membangun semula Palestin.
Gabungan badan NGO LL4G amat mengalu-alukan sebarang usaha yang berkaitan sokongan terhadap isu Palestin ingin mengajak lebih ramai lagi orang ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengira agama, bangsa untuk menyatakan `tidak’ kepada kekejaman Israel ke atas Gaza dan rakyat Palestin.
Kesan peristiwa berdarah dari konvoi `Mengakhiri sekatan Gaza-LL4G’ pada akhir Mei, 2010 di atas Marvi Marvara, telah memberi kesedaran baru kepada seluruh masyarakat dunia termasuklah juga di Negara kita. Seramai 12 orang relawan Malaysia yang berada di atas kapal Marvi Marmara lalu tanpa jemu-jemu turun padang memberikan penerangan dan ceramah mengenai kezaliman dan kejahatan askar Zionis Israel di seluruh negara. Justeru itu, gabungan LL4G ingin menegaskan agar segala kejahatan dan jenayah zionis Israel ini perlu didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan antarabangsa.
Gabungan badan NGO LL4G juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status, agama dan latarbelakang menyokong usaha yang suci murni ini. Isu ini bukanlah isu orang Arab atau isu umat Islam. Perkara ini boleh berlaku di mana-mana negara. Isu sebenarnya ialah untuk menyatakan ketegasan kita untuk tidak mengiktiraf perhambaaan, aparted dan perlanunan oleh zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan di Palestin. Kita tidak boleh berdiam diri dengan tindakan kejam ini. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu menyuarakan kezaliman dan kekejaman yang dirasai oleh penduduk Palestin sejak enam dekad lalu.
Antara 16 badan NGO utama yang terlibat dengan gabungan projek Lifeline4 Gaza kali ini ialah:
1. HALUAN Malaysia
2. Haluan Palestin
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
6. Muslim Care Malaysia
7. ABIM
8. Viva Palestina Malaysia
9. Aqsa Syarif Sdn. Bhd.
10. JIM
11. PACE
12. Barakah, gabungan NGO Islam Pahang
13. FORUM, gabungan NGO Islam Pulau Pinang
14. CAKNA Palestin
15. AMAN Malaysia
16. Aman Palestin Berhad
Sumbangan
Kami amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi konvoi kemanusiaan Gaza kedua melalui akaun utama di bawah:
Nama Akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
No. Akaun : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Kami juga mengalu-alukan sumbangan korporat dan zakat di mana sumbangan dapat dimasukkan ke dalam akaun yang tertera di atas.
Saturday, August 28, 2010
Sehari selepas Nuzul Quran
Ramadhan~!!
Bila tibanya bulan ramadhan maka semua berpendapat kita akan berpuasa sahaja. Kerana ada yang menganggap bahawa bulan ramadhan hanya sekadar bulan untuk berpuasa.Jadi, saya ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama melihat akan satu kata-kata iaitu "puasa tapi tidak puasa ".Adakah kita berpuasa pada hari ini kerana ingin merasai nikmat berhari raya, atau kita melalui ramadhan pada hari ini adalah sebagai medan (wasilah) untuk kita menjadi hamba Allah yang rabbani.??
Apakah yang dimaksudkan dengan "puasa tapi tidak puasa". saya pernah berbual dengan ustaz saya, ketika itu kami dalam perjalanan ke penang, sepanjang perjalanan kami berbual. Tiba-tiba saya tersentak dengan satu kata-kata yang telah beliau keluarkan." masyarakat hari ini ramai puasa tapi tak puasa..~!!" lalu saya bertanya, " apa maksud ustaz ramai yang puasa tapi tidak puasa,..~!??.
Lalu beliau menjawab, " jika kita lihat ramai yang puasa, menahan lapar dan dahaga, tapi tak ramai 'puasa'kan diri dari melakukan maksiat kepada Allah. Sebagai contoh, kita berpuasa tapi kita masih mendedahkan aurat, mengeluarkan kata-kata yang tak elok, melihat perkara-perkara yang tidak elok dan banyak lagi."
Saya terfikir seketika, memang benar. Majoriti daripada kita hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga. Peribadi kita sebenarnya melambangkan apa yang tersemat didalam hati kita. Jika 'dalaman' kita baik, InsyaAllah peribadi kita menzahirkan apa yang tersemat di 'dalaman' kita. Sabda Rasulullah :
" Iman itu bukanlah satu angan-angan, tapi Iman itu adalah apa yang tersemat didalam hati dan dibuktikan dengan amalan " (Aukama qola Rasulullah)
Marilah kita menjadikan ramadhan pada kali ini sebagai wasilah (medan) untuk melatih diri kita agar kita dapat meminimakan maksiat kepada Allah sekaligus cuba meraih TAQWA yang telah dijanjikan. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan 'puasa tapi tidak puasa'. " kita berpuasa tapi kita masih mendedahkan aurat, mengeluarkan kata-kata yang tak elok, melihat perkara-perkara yang tidak elok dan banyak lagi." source via email..
Iftar kecil tapi luar biasa
Ini kali kedua iftar diadakan untuk meraikan adik-adik..Penyusunan Allah benar-benar menyedarkan saya betapa kalau kita plan macamana pun tapi bila Allah tak izin, tak kan menjadi juga..Alhamdulillah, semalam semuanya sangat baik..Mereka pun nampak agak happy..Kami makan ikan 'bharat' bakar, cukup untuk enam orang..
Walaupun iftar kecil sahaja, tapi pertemuan kali ni atas dasar ukhuwwah fillah..saya amat menyenangi adik-adik junior kerana mereka masih 'stay' dengan penampilan muslimah mereka even kuliah mereka bercampur indian dan chinese..mereka masih mempertahankan pemakaian muslimah ketika meeting untuk memakai suit dijalankan..bukan saya membantah pemakaian suit tetapi semangat yang ditunjukkan mereka agar baju tradisi iaitu batik hitam putih dikekalkan..suit boleh dikenakan namun biarlah menepati syariat Islam..namun, dalam konteks remaja sekarang, saya takut kalau-kalau mereka tidak dapat control diri mereka dengan fesyen-fesyen yang ada sekarang...Jika mereka boleh memberi jaminan akan menepati segala larangan dan perintah Allah dalam bab berpakaian, tentu saya tidak akan membantah..
FYI:Tahun ini kali terakhir berbuka bersama mereka..
Tuesday, August 24, 2010
Settle and upcoming test again
Minggu depan, one day before Merdeka Day, we will sit once again for another test..Criminal Procedure..So, need to struggle from beginning as macam biasa bulan puasa ni kena tukar plan study, kena banyak pujuk diri sendiri supaya study, kena banyak tackle mata dengan notes yang bercolour-colour (baru attractive), kena tukar position tempat study, kejap kat meja bawah and meja study atas..a lot of work just to make study for test is a MUST for someone yang cepat beralih tumpuan..
P/S: Today dah 14 days kita berpuasa..Then, bila nak masuk pertengahan bulan Ramadhan ni rasa cepat sangat masa berlalu kan..Pagi tadi paling banyak lauk bersahur, Allah bagi rezeki lebih..i already uploaded somethin in my tumblr (just make it as my container when the disk space in external and laptop already reached it limits) and it work very well..
Monday, August 23, 2010
UDMZ mudir merangkap murobbiku
Ketika saya sedang menyemak gambar-gambar yang terdapat di dalam file document laptop saya, saya terlihat satu folder gambar yang sudah lama tidak terusik. Saya klik untuk membukannya, dan terdapat file yang dilabelkan dengan “UDMZ”.
Baru saya teringat, ini gambar mudir saya semasa di MATRI.Seingat saya, gambar ini diberikan oleh anak Ustaz sendiri iaitu Abang Akram kepada saya beberapa tahun yang lepas. Lalu saya buka dan lihat. Saya kongsikan dengan anda semua. Mengenali lebih mendalam secara ringkas, Al-Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain.
Semasa tingkatan 2 dulu, (tahun 1999) Ustaz pernah menceritakan kisah perjalanan beliau menuntut ilmu dalam bahasa Arab. Walaupun faham sedikit sahaja, dan saya minta seorang senior tolong terjemahkan, saya dapati kisah Ustaz penuh dengan kesabaran, ketabahan dan semangat juang yang tinggi dalam perjuangan untuk mendapat ilmu. Terpegun saya.
Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz sendiri. Beliau mempunyai wawasan yang besar dan bercita-cita tinggi dalam semangatnya menubuhkan MATRI. Selalu Ustaz menyebut : “ Hajat Ustaz, agar para pelajar MATRI suatu masa nanti menjadi pekerja dan pendokong Islam yang iltizam dan istiqamah.InsyaAllah”
Mengunci Minda
Hari ini sudah perlu mengunci minda...hanya perlu fokus pada test esok..hope my mind will function well and my handwriting esok boleh di baca lecturer(selalunya jawap soalan law, we need to put every single word..need memorising all the cases, their names, brief fact, principle and held)...luckily, most of our lecturer meeting..ini sebab update blog dalam Law Lab...ok, need to go now and memorising all cases and section especially Court of Judicature Act, Subordinate Court Act, Limitation Act..
Inzar 2 Minit: Perlu diingatkan perkara paling penting adalah niat kerna Allah dalam melakukan setiap urusan..jangan biarkan dunia menguasai diri kita walaupun seketika...Bukan dunia mengengam kita tetapi kita mengengam dunia...Menegakkan Islam pada akhir zaman seolah -olah mengengam bara api..biarpun sakit, luka, tercalar serta panas...namun ingatlah untuk memasuki syurga Allah, perlu dibayar maharnya dan mahar itulah segala kekangan -kekangan, mehnah-mehnah yang ada kerana jalan ini (DnT) jalan panjang, no short-cut serta tidak dihampari permaidani merah...Tapi di sebalik semua itulah adanya kemanisan...Sebagaiman Syed Qutb mengatakan di awal mukaddimah Tafsir Fi zilalil Quran, "aku sudah merasai nikmat ihsan Allah terhadapku"...
ketika di dalam penjara, As-Syahid berjaya mentafsir al-Quran sehingga diguna pakai sehingga kini..Pentafsiran itu dilakukan ketika mendapat tekanan kuat daripada rejim-rejim Jamal Abdul Nasser yang kejam..kerana itulah lahirnya "dibawah lembayung Al-Quran"(kalau tak faham, just ask me)..i'm in hurry so just put it in brief and terabur2..Tafsiran yang dibuat ketika jiwa benar-benar merasai kewujudan, keEsaan Allah, seluruh jiwa dan raga di serahkan bulat-bulat pada Allah menjadikan tafsir Fi Zilalil Quran bukan tafsir sembarangan..bila membacanya, pasti menitiskan air mata..kehalusan tafsiran itu sungguh hebat..hebat dari dunia dan segala isinya...tiada yang dapat menandinginya...Jumaat ini hari Nuzul Quran, MasyaAllah..
Sunday, August 22, 2010
I'm on it..
Ketika my bro buat umrah sekitar tahun 2008 pada bulan Ramadhan, dia solah terawih or tahajjud with Sheikh Shuraim as Imam there..he just calling me instance to ensure i heard Shuraim voice as Imam...What a lucky day..teruja sangat..suaranya cukup mendayu-dayu menghayati setiap bait-bait ayat al-Quran..Benar membaca,melihat dan mendengar bacaan Quran sangat menenangkan jiwa..
Saturday, August 21, 2010
Tanganku kebas sebelum ini
Now, i'm trying to be on the right track again...Since we already passed 10 days of fasting...rasa sedih juga apabila rahmat meninggalkan kita...Sekarang sudah masuk pertengahan...maghfirah atau keampunan daripada Allah..This semester, i thought from beginning its so hard to survive until last semester next year..be a student is so hard even i'm not involve in any commitment yet..so many obligation as a student, anak, adik, kakak, sahabat especially sebagai hamba Allah...Bagaimana mahu merebut cinta Allah ?
Perkara paling menakutkan saya sebagai hamba Allah adalah saya sering merasa takut sekiranya study sampai lewat malam, saya takut kalau-kalau terlepas solah Subuh..benar, saya rela tidur awal even kerja masih menimbun...bagi saya solah Subuh is the most vital thing in my life..bukan mengatakan solah maghrib, isyak, asar, zuhur tidak penting, semuanya penting tapi solah Subuh lah biasanya ramai susah nak bangun..Even bangun, solah ala kadar sebab mengantuk kan..It was a nightmare if saya terkejut lewat...rasa bersalah pada Allah..Takutnya perasaan itu..hidup macam tiada seri..benar ni..
Alhamdulillah, Allah memberi nikmat cukup besar sepanjang Ramadhan kali ini...Saya berkesempatan ke masjid, boleh katakan dalam seminggu 1 atau 2 kali sahaja solah di Apartment..Allah bagi kekuatan berbanding sebelum ini, saya lebih banyak solah di musolla...Namun, kali ini berlainan, saya mahukan 'syuur' Ramadhan itu mekar setiap hari..Bila ramai jemaah di masjid dan imam berlainan, rasa berlainan, sungguh indah bacaan Quran di alunkan..
Dalam 365 hari setahun, hanya 30 hari Allah menghantar tetamu Agungnya pada kita kan...Itulah dia Ramadhan...hanya 30 hari Allah melarang itu ini...bukan kerana Allah tidak sayang pada kita, namun Ramadhan ini bulan ujian, bulan training, bulan berada dalam madrasah Ramadhan..Allah mahu memberikan banyak pahala pada kita..Ibadah yang di lakukan pada bulan barakah ini berlipat kali ganda ganjaran pahalanya..MasyaAllah..30 hari sahaja Allah ambil semata-mata mahu menjadikan kita "ahli TaQwa"..sekiranya kita berjaya mendapat title ahli taQwa, sudah cukup untuk kita mengharungi 11 bulan yang mendatang...Sudah cukup antibiotik itu untuk melawan segala mehnah dan ujian...Namun ramai mana yang mendapat title Ahli TaQwa? ramai hanya mendapat title ahli Ramadhan, usai Ramadhan semuanya hilang..Nauzubillah..
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan penuh keberkatan
Apabila memasuki sahaja bulan Ramadhan, kebanyakkan orang-orang soleh memfokuskan segalanya kepada Ramadhan..mereka memperbanyakkan bacaan Quran, beribadah serta beriktiqaf di masjid lebih-lebih lagi apabila sampai sepuluh Ramadhan terakhir maka makin bersungguh-sungguhlah mereka..Sampai pernah dikatakan salah seorang imam terkenal pada zaman kegemilangan Islam, mengurangkan masa bertemu dan mengajar kitab sepanjang Ramadhan untuk memberi laluan buatnya memberi tumpuan menghadapi bulan penuh barakah ini..Subhanallah...
Bulan Ramadhan kali ini bukannya disebabkan ianya jatuh pada bulan september, namun kerana ianya adalah bulan penuh keberkatan...Dimana didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...dinamakan Lailatul Qadar...Pada bulan Ramadhan juga terjadinya peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Islam..Turunya mukjizat agung Nabi Muhammad jua pada bulan ini...Quran yang dibaca oleh kita sehingga hari ini itulah turun kepada nabi pada bulan Ramadhan melalui perantaraan Jibril...Namun, sejauh manakah kita mengambil al-Quran sebagai pegangan hidup?..Tepuk dada tanyalah iman...
Monday, August 2, 2010
I Love My Mother
There is an entry on 27 July 2010 about my mom..but unfortunately, i couldn't post it due to certain reason..Actually,my mom plays an important role to me until now in order to face this harsh world. On 27 July ,it is my lovely mom birthday..the night before 27 July is Nisfu Syaaban...may Allah give His bless to my only mum in this world..At that night, i actually attend one big event organised by UMT MPP..It just called as "Ceramah Gaza" by Pakcik Jamil Muda..I knew him as my father's friend and his wife also my mom's friend.So, because that night i'm rushing to go there, i just called my mom and wished her "happy birthday" and hope her body still healthy until i got married, has a lot of children..so they even can play with my mom (their grandma)haha..i'm dreaming too much at that time i also asked mom, her age..whether it means something to her..she replied to me that, its nothing..it just a number and it never decrease but always increase year by year..don't feel bad about that..just face your life as yourself and obey Allah..it is more than enough..benar-benar jatuh pada hari yang baikkan..
If the internet connection goes well, i will upload my mum photo..the latest one..
Kebesaran Allah:Saintis temui sungai di dasar Laut Hitam
Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbar Sunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah.Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. -
Sunday, August 1, 2010
Imam Muda Asyraf
WALAUPUN Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, sudah dinobatkan sebagai juara sulung Imam Muda, hakikatnya seorang lagi finalis, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, juga sudah menjuarai hati khalayak.Malah, buat penonton, keberanian kesemua 10 peserta program terbitan Astro Oasis itu telah mencapai matlamat dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka.Mereka umpama pengembala seperti yang disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim: "Pemimpin adalah pengembala. Dia akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya."
Gaya dan jiwa yang mereka bawakan telah meresap jauh ke dalam pemikiran penonton setia Imam Muda yang berakhir Jumaat lalu.Banyak pengalaman yang mereka peroleh sepanjang tiga bulan menyertai program tersebut. Tidak menunjukkan kelibat imam yang hanya berkopiah dan berjubah, imam muda zaman moden ini muncul dengan gaya yang tidak klise.
Asyraf dan Hizbur mahu menawarkan bakti dan bakat bergelar imam sekali gus mengingatkan kembali nama Rasulullah s.a.w. di hati manusia yang mudah terleka.Bagi mereka, Nabi junjungan itu perlu terus mekar di hati umat Islam. Itu ganjaran yang lebih bermakna buat mereka selain ditawarkan status juara sulung Imam Muda serta mendapat sebuah kereta dan biasiswa melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah.Impak yang diterima umum juga bukan sedikit. Ibu-ibu di rumah yang dahulunya meminati program realiti hiburan sudah beralih arah dan mula berfikir tentang kriteria menantu pilihan.
Imam Muda adalah satu tanda aras yang jika boleh dicapai, mampu menyejukkan perut ibu yang mengandung. Mujurlah Asyraf mahupun Hiz sudah bergelar suami orang.Namun, perwatakan mereka telah menjadi contoh budi pekerti dan iman seorang lelaki.Lebih daripada itu, pengaruh program serta perjalanan imam muda ini juga telah memikat hati masyarakat antarabangsa.Sebuah laman blog di Indonesia mempersoalkan bilakah agaknya stesen televisyen di negara itu mampu mengilhamkam program berunsur Islam seperti Imam Muda.
Media Jerman dan Switzerland turut memberikan laporan secara meluas di negara bukan Islam itu.Bagi mereka, pada saat kebanyakan negara Barat dilambakkan dengan program realiti mencari bintang hiburan, Malaysia pula memilih untuk menonjolkan kredibiliti seorang imam.
Akhbar harian Jerman yang diterbitkan di Berlin, Taggespiegel menegaskan bahawa semua peserta yang mengambil bahagian pasti akan dikagumi oleh peminat remaja dan bakal ibu mentua.Malah, program ini turut diuar-uarkan melalui media seperti Reuters, AP, AFP, Wall Street Journal, The Daily Telegraph, New Straits Times Singapura, Der Spigel (majalah Jerman) dan Daily Tribune.
|
|
Program ini juga dapat disaksikan penonton di Tokyo, Jepun, seluruh Eropah, Amerika Syarikat, Taiwan dan India.Seperti kata Asyraf Isnin lalu: "Saya melihat kedudukan sekarang adalah jalan terbaik untuk saya sampaikan sesuatu kepada masyarakat kelak."Sambung Hizbur: "Gambaran awal saya tentang program ini adalah ia platform terbaik buat saya mencapai misi menjadi imam.
"Kalau tidak di masjid besar, jadi imam surau pun jadilah. Pengalaman dan ilmu yang saya kutip di sini lebih daripada imaginasi saya. Ia cukup besar dan luas."Saya bersyukur kerana mampu bertahan untuk terus mencari ilmu daripada semua yang terlibat dalam program ini."Sekadar peringatan buat peminat Imam Muda, renungilah maksud surah An-Nahr, ayat 125: "Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik."
p/s: Asyraf actually my super senior in MATRI..