Wednesday, September 22, 2010

Konsert Maher Zain

Sedih,tidak berpeluang untuk attend konsert Maher Zain this Oct..

FYI: Several statement released by HALUAN about UDMZ click here and HALUANSISWA click here

Tuesday, September 21, 2010

4S


hasil tangan pakar pelukis jalanan Kurt Wenner

Pernah dengar tentang 4S?..Song, Screen,Sport,Stim..the last one I’m not so sure la..Sejak sekolah menengah lagi pernah saya dengar mengenai serangan pemikiran atau Ghuzwatul Fikr..Dari dahulu sehingga sekarang kita di serang samada luar mahupun dalam oleh musuh2 Islam selagi kita tidak berpihak kepada mereka..

Ianya bukan berlaku secara kebetulan, malah didalangi mastermind dan planning mereka cukup rapi, malah lebih rapi dari cerita Fugitive:Plan B.

  • Song: Bila kita bercerita mengenai song, of course ia bukan calang2 lagu, tapi lagu yang membawa kepada mesej2 di mana ianya di selitkan unsur2 tidak senonoh malah ada yang menyelitkan ideology dalam lagu..Antara yang cukup ketara lagu fenomena dunia hari ini by Lady Gaga..Lagu Alejandro misalnya menyampaikan mesej Illuminati even ada yang deny perkara ini..

    Klip video nya juga cukup menghairahkan serta boleh menaikkan syahwat kaum Adam mahupun Hawa..Jika dahulu, Madonna seringkali di lihat menyelitkan ideology agama Kaballahnya menerusi Light of Ray dan sebagainya..Kaballah agama yang cenderung kepada warna putih dan menganggap ianya member light dan energy kepada pengikutnya..

    Barbara Walters yang juga host terkenal turut mengikuti jejak langkah Madonna..Lagu Rihanna, Xtina juga salah satu lagu yang sering memomokkan imej seksi serta pelakuan cenderung kepada aksi2 berahi..Jelas, serangan pemikiran supaya kita menjauhi tuhan banyak diselitkan sebenarnya tanpa kita sedari..

  • Screen: Bila bercakap tentang screen,kebanyakkan movie, drama yang di tayangkan oleh musuh2 Islam menpunyai agenda tersendiri..Jangan tidak tahu, filem Fitna misalnya memberikan imej tidak elok kepada Islam..Filem yang di lakonkan oleh Leonardo Dicaprio dalam Tell A Lies juga menjurus kepada salah tafsiran mereka terhadap Islam..Selain itu serangan pemikiran juga ketara apabila majority kita sememangnya mempunyai TV di rumah..

    Melalui media massa arus perdana mahupun internet kita akan mendapat liputan segala macam saluran seluruh dunia..Cuma bergantung kepada kita untuk memilih yang baik untuk diri.. Bayangkan lah, kita mengatakan kita tidak menyembah berhala, mahupun tokong..Namun setiap kali di screen di tayangkan temple, tokong dan berhala..bukankah secara tidak langsung atau impliedly kita seolah2 membawa masuk berhala dalam rumah kita sendiri menerusi TV atau computer, laptop..

    Melalui screen media massa, pelbagai ideology bisa di salurkan tidak kira dari segi fesyennya yang lebih mengagungkan the late Alexander Mcqueen misalnya..mengagungkan Roberto Cavalli yang terkenal dengan animal print trademark, begitu juga Marc Jacobs, Stella McCartney, dan Agnes Deyn..Bukan menidakkan berfesyen, saya juga suka fesyen tapi jika rekaannya mestilah tidak mendedahkan aurat, tidak jarang, tidak sendat, warna tidak mengikut kulit badan..boleh aja pakai..

    Jika mereka berbuat begitu tiada masalah..Begitu juga dengan movie dan drama yang menghalalkan bersekedudukan, perkataan one-night stand dan scene kissing menjadi perkara biasa..Unsur2 itu secara indirectly masuk ke dalam rumah kita dan menjajah pemikiran kita agar mengagungkan tamadun Barat dan lama kelamaan kita rasa biasa dengan perkara2 sedemikian, akhirnya nilaian kita menurut nilaian kacamata musuh2 Islam..

    Sebelum ini saya pernah post entry, pelakon2 Barat mostly mempunyai roots Jewish..dan most of them very active in giving donation to the Jews foundation..Secara informalnya kita rupa2nya menolong mereka melawan saudara seIslam kita di Palestin..

    Cuba bayangkan ,Rupert Murdoch merupakan pemilik rangkaian terbesar (mogul) broadcasting di dunia juga berdarah Jewish dan pada masa yang sama mendelegatekan power to Wendi Deng (his wife to handle Asian globe), berusia 79 tahun , beliau turut membeli leading American newspaper The Wall Street Journal..

  • Sport: Menerusi sports, saya ambil contoh paling mudah..umpamanya World Cup..kerana satu bola sahaja mereka berjaya mengumpulkan rakyat di dunia ini untuk berkumpul dalam satu stadium..Wah, hebatnya..Ada di kalangan mereka yang fanatic bola, rela mengumpul wang supaya dapat attend World Cup di negara yang akan menjadi tuan rumah..World Cup 2010 di Afrika misalnya berjaya mengumpulkan peminat2 bolasepak sedunia berkumpul di sana sepanjang perlawanan berlangsung..

    Namun,impaknya adalah percampuran antara laki2 dan perempuan cukup ketara, mereka berpesta bagai nak rak dan mengambil minuman memabukkan bagi merai kemenangan..Di mana2 tempat, mana2 sukan, at the end bila the winner dah dapat piala, terus buka Champagne kan..itu perkara biasa buat mereka..

    Melalui sport juga, pakaian biasanya bagi laki2 melebihi paras lutut, it means that, dah terdedah aurat serta urat..bukankah itu yang patut kita risaukan..Bukan kata tidak boleh bersukan, tapi jika kena caranya tiada masalah..pakai tight misalnya supaya menutup lutut ..

  • Stim: Menjurus kepada drug..pil-pil khayal dan banyak lagi yang di buat..Keseronokan hanya sementara sahaja, lepas itu akan rasa lagi worst..

Saya bukanlah Julian Assange, the brave man behind WikiLeaks. Jika WikiLeaks main port di German siap dilengkapi makmal underground yang kalis Nuclear (takut2 diserang disebabkan membuat pendedahan bertalu2 mengenai kebenaran di sebalik negara2 kuasa besar dunia), Assange juga bijak kerana memilih German as a main-base..kerana di German, undang2nya agak flexible dan sukar untuk mengambil tindakan terhadap non-profit organization..Tapi segala2nya adalah perkongsian supaya kita lebih peka dan bukannya pekak..jangan tutup telinga dan ignore macam tu sahaja..

Monday, September 20, 2010

Fiat



Fiat? kereta Fiat ke..no,no,no...entry kali ini sebenarnya lebih menjurus kepada Fiat Money aka FM..saya kira mostly students yang ambil banking and finance paling arif tentang term FM ini..asalnya duit yang kita gunakan sekarang tidak mempunyai nilai sedikit pun..Ia hanyalah kertas biasa sahaja, namun di beri nilai oleh Government pada hari ini (sila rujuk duit anda, ianya ada terpatri perkataan diperlakukan dengan nilai)..

kita juga boleh katakan ianya di 'force' kan untuk bernilai..misalnya seperti kupon, asalnya kupon hanyalah kertas biasa sahaja namun, apabila kita menukarkan kupon dengan duit RM10.00, secara automaticnya kupon tadi diberikan nilai sama dengan jumlah duit RM10.00 dan diperlakukan untuk membeli makanan atau minuman etc (biasanya kupon di sekolah)

Dunia hari ini, money is everything. money is the king..kalau dulu mungkin agak terkawal lagi even teruk namun sekarang no money means nothing..kejamnya dunia yang bersifat sementara ini kan..kerana apa dunia ini makin hari makin dictator, jawapannya ada pada manusia..Allah sudah pun menjelaskan dalam firmannya bahawa, dunia ini hancur di sebabkan tangan-tangan manusia..manusia lah yang merosakkannya..

Cuba kita lihat dunia pada hari ini, kerana duit, manusia sanggup bermusuhan, sanggup membunuh, malah sanggup berpaling dari agama..kerana tiada duit, statistik menunjukkan betapa ramainya masyarakat hidup dalam keadaan tiada keberkatan..Menjual sambil menipu, peniaga menipu timbangan, menjual makanan basi di pasar malam, menyorok barang2 keperluan kerana mahukan keuntungan kerana duit kurang..

Ada juga yang mencuri kabel elektrik, motor kerana mahu kan duit membeli rokok misalnya, memberi anak isteri keperluan kerana tiada pekerjaan, kalau ada pun pekerjaan tadi tidak seberapa gajinya..ramai kan yang sebegitu..impaknya, kehidupan tidak berkat, malahan duit hasil kerja-kerja tadi menyebabkan hati makin kelam, hidup tidak ceria malah paling menyedihkan, doa kepada Allah tidak diterima kerana memakan harta yang tidak elok..masyaAllah..Namun, adakah kita tahu bahawa semua ini tidak akan terjadi sekiranya punca atau akar umbi penyebabnya di cantas dari awal..

Buka mata anda 360 darjah. Saya cuba melihat pada sisi berlainan, personally bagi saya sekiranya tidak berlaku oppression terhadap masyarakat misalnya dengan kenaikan harga hampir 99.99% barangan, peralatan dan sebagainya, paling tidak pun ada alternatif lain di salurkan kepada masyarakat, jika ini terjadi kita masih boleh membendung masyarakat dari hidup jauh dari redha Allah kepada mereka yang mendapat keberkatan dariNya..

Semuanya memerlukan cooperation bersama sebagaimana sistem Takaful iaitu saling membantu sesama yang lain..Saya kira, jika ini berlaku, masyarakat juga harmoni dan sistem jual beli juga bukan hanya untuk meraih keuntungan semata-mata bahkan secara tidak langsung ianya membantu mereka yang berada dalam kesusahan.Tidak ada sikap suka berkira..malah secara lump-sum ianya mengurangkan malah menjadikan indeks kesalahan jenayah menjadi sifar..semua berada dalam keberkatan..

Sungguh, duit bukanlah segala-galanya, namun untuk meraih yang lain amat2 memerlukan duit..Untuk meraih ilmu, perlu duit untuk ke sekolah.Ada di kalangan mereka yang sacrifice everything semata-mata menghantar anak ke sekolah.Supaya anak mendapat ilmu dan akhirnya membantu keluarga..Selalunya masyarakat cina.

Ada juga yang menghantar anak untuk mendapat tarbiyyah di sekolah, lantas tidak buta ilmu ukhrawi, supaya seimbang dunia akhirat..rela mengikat perut untuk makan dan minum..bukan sorang dua malah ada yang menghantar 3,4 bahkan semua anak2 ke sekolah untuk mendapat tarbiyyah dari murobbi2 yang ikhlas memberikan ilmu..

Ada juga anak2 yang masuk universiti, memberi duit loan kepada ibubapa kerana ibubapa masih menanggung adik2 yang lain..sedangkan pendapatan keluarga tidak mencukupi..duit mengalir macam air..ada juga anak2 yang makan,minum dan membeli kelengkapan seadanya kerana pada masa yang sama teringat ibubapanya makan apa di rumah sedangkan duit hanya sedikit tinggal untuk bayar bil telefon, elektrik, air setiap hujung bulan..

Kadang dua bulan baru bayar..ini realiti..ada juga ketika raya sudah mahu menjelang esoknya, malam itu baru mencari pakaian untuk adik2,ibubapa dan diri sendiri, dia menggunakan duit loan untuk membeli pakaian baru, agar orang lain tidak mengata bukan2 kepada ibubapanya..itu sekadar satu dua realiti..

Namun, apa yang penting dan lebih berharga dari duit yang bersifat sementara adalah ilmu..dengan adanya ilmu, even duit tidak mencukupi, mereka tidak cepat melatah apatah lagi menyalahkan Allah..Ada yang di uji dengan wang ringgit..

Jika tidak wang ringgit, ada pula diuji dengan anak2 bermasalah..memeningkan ibubapa, sehingga memberi stress dalaman, seterusnya menyebabkan ibubapa kemurungan serta hilang perasaan sabar..semua itu ujian..ujian sebelum akhirnya kita di masukkan ke dalam Jannah Allah sekiranya kita bertahan dan terus bertahan..

Ingat, nikmat hidup, bernafas, di lahirkan sebagai Muslim lebih hebat lagi nikmat itu berbanding dugaan dan ujian yang kita hadapi..Anda, saya, kita tidak berseorangan sebenarnya..banyakkan berdoa (ada step2 tertentu doa mustajab), mathurat jangan tinggal (itu untuk kekuatan kita kerana As-Syahid HABanna sudah pun memilih doa2 yang muktabar), nak hebat lagi, bangunlah malam..

Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan hamba2Nya..Percayalah, namun ia bukanlah dapat terus, ada sesetengah Allah lambatkan untuk menunaikan doa hambaNya..paling penting kena redha, bukan setakat sabar sahaja..

Sunday, September 19, 2010

=

Ustaz Dahlan telah tiada...



Oleh : Nawal Abd Kadir


Bismillahirrahmanirrahim...


terasa ingin berkongsi rentetan kisah yang terjadi hari ini. Kisah sedih yang mengundang air mata di setiap wajah yang melihat keadaan Ustaz, juga pada raut mereka yang menatap wajah suci ustaz yang telah pergi menyahut seruan Ilahi..tiada dapat ditahan sebak itu, tiada dapat disekat air mata itu... Begitulah impak pemergian seorang GURU juga MUROBBI kepada semua anak-anak muridnya, semua pengikut dan setiap insan yang mengenalinya...


Ustaz ini ialah al-Fadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain.





Beliau ibarat seorang bapa kepada semua.


Beliau adalah Mudir pelajar-pelajar MATRI.


Beliau adalah Ustaz yang tidak jemu mencurahkan Ilmu.


Beliau adalah seorang da'ie yang tiada penat menyebarkan dakwah dan tarbiyyah.


Ustaz Dahlan adalah segalanya bagi kita semua yang mengasihiNya kerana Allah swt.



Hari ini, hari Sabtu : 18 September 2010, jam 9.55am Ustaz Dahlan telah pergi meninggalkan kita semua. Cuba saya kongsikan rentetan peristiwa pagi tadi...



" Lebih kurang jam 5.00 am terdengar bunyi kereta,pintu pagar dan motosikal...tidurku sedari malam tadi kurang nyenyak, asyik terjaga dan berubah tempat. Justeru mendengar bunyi-bunyian di luar mengundang tanya dalam benakku. Namun, tidak pula aku keluar daripada bilik. Jam 5.30am, aku terdengar bunyi motor pulak..ingat abah ke masjid.. Tiba-tiba terdengar suara Ummi memanggilku dari luar bilik..aku menerpa keluar..


Kata Ummi " Ustaz Dahlan nazak...". Jantungku tersentak. Ya Allah...



" Abah p tengok ustaz ka?" Aku menyoal tapi tiada jawapan.


Cerita Ummi begini; Setelah menerima berita Ustaz Dahlan sedang nazak, Abah bergegas menuju ke Wad CCU di HTTF..namun abah mendapati tiada sesiapa di situ, rupanya ustaz sudah dipindahkan ke Wad First Class. Abah pulang ke rumah dan bertanya Ummi. Mu'az pula keluar dengan Nabil pergi menziarahi Ustaz pada jam 5.30 am. Kemudian, abah pergi menziarahi Ustaz bersama dengan Ummi jam 6am lebih..


Aku tinggal bersama adik-adik. Setelah Ummi pulang aku bersiap untuk pergi menziarahi Ustaz, namun tiada peneman. Lalu aku menunggu Abah untuk pulang kerana ingin menggunakan motosikal. Dalam pada itu aku menghantar sms kepada Yusra dan Ana Razak. Mana tahu aku boleh menumpang mereka untuk menziarahi ustaz. Namun, Yusra baru sahaja kembali daripada hospital manakala Ana tidak membalas sms ku.. Aku duduk menunggu sambil menyediakan sarapan pagi. Dalam hati berdoa agar aku sempat menziarahi ustaz..aku turut berdoa agar Ustaz boleh bertahan untuk beberapa hari kerana Matri akan dibuka semula selepas cuti pada hari Ahad ini. Justeru ramai pelajar Matri yg berhajat untuk menziarahi ustaz...Terus kuberdoa..


Hatiku sudah tidak sedap. Berdebar-debar. Aku melihat jam..ketika itu 9.35am..Abah masih tidak pulang..sementara menunggu aku membuka labtopku dan melihat status di fb..Hilal menyatakan kondisi ustaz..dalam pada itu ummi memberitahu Ustaz akan dibawa pulang ke rumah. Cepatnya nak bawa ust balik. Desisku sendiri.


" Ummi, ustaz tak dak harapan dah ka?" soalku pada Ummi.


Ummi mengiakan kataku. Hati rasa bagai digerit-gerit. Hajat nak keluar menziarahi ustaz terbantut pula kerana ustaz sudah dipindahkan ke rumah. Lalu aku mengajak Ummi menemaniku ke rumah Ustaz. Aku bersetuju untuk memandu kereta. Sementara Ummi bersiap, aku kembali ke labtopku.. aku menulis di status hilal tentang kepulangan ustaz ke rumahnya di Mata Ayer..


Ketika itu jam 9.50am... Aku berkira-kira untuk menulis di ruang fb ku untuk meminta sahabat-sahabat mendoakan Ustaz...tiba-tiba terdengar suara Ummi sebak..


" Nawal..!! Nawal..!! Ustaz tak dak dah...".

Aku terdiam. Terpaku depan labtopku. Jantungku berdegup pantas. Hatiku sakit tetapi tiada air mata yang mengalir. Terasa sedikit terkilan tidak dapat menziarahi dan menatap wajah ustaz tatkala nyawa masih dikandung jasadnya yang kurus... Aku pantas menghantar sms kepada sahabat-sahabatku yang dekat dan yang jauh terutamanya...mereka-mereka yg sempat terlintas di fikiranku..


Aku bergegas bersiap. Ummi menelefon Mak Cik Masturah. Mak Cik Mas baru tiba daripada Sg.Petani. Aku keluar bersama Ummi dan menjemput Mak Cik Mas di rumahnya. Setelah itu kami menjemput Mak Cik Na. Kami berempat bergerak menuju Mata Ayer. Dalam perjalanan yang sunyi itu sesekali terdengar suara mereka bertiga menyatakan rasa sedih dan terkejut kerana masing-masing meletakkan dalam hati secebis harapan agar ustaz sedar dan dapat bersama keluarga serta isteri. Namun, tentu perancangan dan penyusunan Allah lebih baik.


Kami tiba di rumah Ustaz lebih kurang jam 10.30am. Keadaan di rumah itu senyap sahaja. Kelihatan para sahabat duduk di luar rumah dan sahibah berada di dalam rumah. Ketika itu kelihatan sahabat dan sahibah daripada Perlis dan negeri-negeri utara yang ada di situ. Kami bersalam-salam dengan mereka dan tentunya dengan Aunty Nali. Setelah duduk seketika dan sahabat2 keluar daripada bilik Ustaz, antara yang sempat ku lihat ialah Ust.Hadi,Ust.Omar, Ust.Zainuddin,Cg.Nordin dsb. Kemudian, kami masuk ke bilik ustaz.


Subhanallah... tiada kata dapat diungkapkan melainkan air mata yang mengalir. Sedih melihat ustaz yang kurus begitu. Sudah lama aku tidak menatap wajah ustaz. Paling akhir aku melihat ustaz adalah ketika Hari Kece di Matri pada bulan lima. Kemudian, kelihatan Abg Zaini membawa 3 anak daranya melihat ustaz. Mereka bergilir mencium dahi ustaz dan kemudian masing-masing menangis. Mereka memeluk Abg Zaini dan esakan mereka semakin kuat. Aku bertambah menangis melihat mereka yang kehilangan 'tok bah' kesayangan mereka. Kemudian mereka bergerak memeluk Aunty Nali yang berada di sebelah kanan katil Ustaz.



Sungguh. Sesiapa sahaja yang melihat wajah ustaz kala itu pasti akan menangis. Ustaz sangat kurus dan cengkung. Aku meredhakan pemergian ustaz yang dikasihi.. Allah telah merehatkan ustaz dalam kerehatan yang panjang setelah ustaz berjuang sepenuh hati dan jiwanya sepanjang kehidupanya di atas muka bumi Allah ini.


Seusai keluar daripada bilik ustaz, kami pun beransur pulang. Kami pulang ke rumah dan memasak nasi untuk ahli keluarga ustaz. Kemudian, aku bersama Yusra membawa nasi putih ke rumah ustaz pada jam 12.30pm. Lauk pula dibeli oleh Cikgu Nordin. Kak Ayan memintaku menghantar nasi itu ke rumah tok / rumah Pak Usu.


( Pak Usu sekeluarga tiada di rumah kerana mereka berada di Kelantan. Orang terdekat dengan Ustaz tiada di sisi saat pemergianya.Ini juga penyusunan Allah.).


Kemudian, aku menemani Yusra,Amni dan Nuha ke bilik ustaz sekali lagi. Yusra juga menitiskan air matanya saat melihat wajah ustaz... Kelihatan Afdholul Rahman dan seorang sahabat membaca ayat suci al-Quran di sisi ustaz.. Sekejap sahaja disitu dan kami beransur ke rumah Tok.( ibu kepada Ummi Halimaton ).


Kami keluar mengikut pintu belakang rumah ustaz. Aku terpandang stor arwah Ummi Halimaton. Tergambar di fikiranku susuk tubuh Ummi di situ mencari barang-barang. Aku berasa sangat sebak dan menangis. Aku sangat rindukan Ummi Halimaton. Kini, ustaz pula menyusul pemergian isteri tercinta. Tahun lepas 14 Mei 2009, pemergian Ummi telah menyentap tangkai jantungku. Kesedihan menyelubungi semua yang mengasihinya. Kini, kisah berulang lagi apabila ustaz Dahlan pula pergi menghadap Ilahi...


Kami berempat duduk di rumah tok dan membaca surah Yaasin bagi mengisi ruang masa yang ada. Sir Abduh ada menghantar sms supaya tidak berbual kosong dan mengisi masa dengan berzikir, membaca al-Quran ataupun diam sahaja. Kemudian, para sahabat menunaikan solah zuhur di Rumah Pak usu/Tok itu. dan kira-kira jam 2.30pm kami pulang ke rumah.


Jam 4pm. Aku, Ummi, Muaz,Nuha dan Yaasir bergerak ke Matri untuk solah Asar dan solah jenazah. Jalan untuk masuk ke Matri sesak. Tempat parking juga penuh. Kami meletakkan kereta di dewan makan dan berjalan menuju musolla. Ketika kami sampai jenazah sudah sampai dan dibawa ke atas musollah. Begitu ramai sahabat dan sahibah yang dapat kulihat namun tidak semua dapat kusapa. Ramai anak-anak murid ustaz berada di bumi Matri daripada batch pertama sehingga lah batch sekarang...subhanallah...


Selesai solah jenazah, aku gegas turun ke bawah untuk melihat jenazah di bawa ke van jenazah. Kemudian, kami berempat berserta MakCik Sarah (pakcik Nasa,Jalan Kebun) menaiki kereta ke tanah perkuburan Kg.Tunjong.. Sebenarnya solah jenazah turut dilakukan di rumah Ustaz sepertimana Ummi Halimaton dulu sebelum dibawa ke Matri.


Sewaktu Ummi Halimaton dahulu, tazkirah di kubur diberikan oleh Ust.Omar, namun tazkirah setelah pengkebumian Ustaz Dahlan diberikan oleh Abu Ammar. Tazkirah diberi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Sungguh sayu suasana ketika itu. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ramainya orang membanjiri kawasan perkuburan. Kulihat air mata kak Amani, dan sahibah-sahibah lain mengalir saat tazkirah disampaikan. Aku kesana kemari melayan kerenah Abdullah Yaasir yang mula merengek.


Dalam pada itu, sempat juga aku menziarahi pusara Ummi Halimaton yang sangat kukasihi. Ramai juga yang ikut menziarahi pusara Ummi kesayangan ramai itu. Setelah selesai tazkirah, masing-masing bersalaman dan beransur pulang. Sempat ku dengar cerita Kak Amani yang berkisah dengan sahibah saat abahnya dijemput Allah. Menurut Kak Amani, Ustaz melepas dua kali nafas secara perlahan sahaja. Ketika itu, di sisi Ustaz ada Ust.Hadi,sahabat-sahabat dan anak-anak Ustaz. Tiada yang terkilan,kata Kak Amani. Alhamdulillah.


Kak Amani juga menyebut bahawa selepas jenazah Ustaz dimandikan dan dikucup oleh ahli keluarga dan cucu-cucu, anak murid ustaz turut diberi peluang untuk mengucup dahi ustaz. Ramai yang berkesempatan berbuat demikian dan semuanya menangis. " Masing-masing menangis macam abah mereka sendiri yang tiada" begitulah kata Kak Amani yang bercerita dalam sebak. Sungguh tabah anak perempuan tunggal Ust.Dahlan dan Ummi Halimaton itu..Keadaan Aunty Nali juga sungguh tabah dan kuat. Aunty sempat berbakti kepada Ustaz dengan menjaganya sepenuh jiwa dan raga. Itu dapat kulihat dari raut wajah bersih Aunty Nali yang kukasihi...


Begitulah serba sedikit kisah hari ini. Kisah aku menghadapi pemergian seorang Murabbi Hakiki.


Kata Ummiku..Allah mengambil Ustaz sedikit demi sedikit daripada kita supaya kita tidak terkejut. Ya lah, ustaz sudah koma hampir 44 hari semenjak 8/8/10 lagi.. Semakin lama kita mendapat berita tentang prestasi kesihatan Ustaz, walaupun jauh di sudut hati kita berat nak melepaskan ustaz, namun sedikit sebanyak hati sudah bersedia untuk menerima keadaan yang tidak dijangkakan...Ya. Janji Allah itu benar. Mati itu pasti. Bersediakah kita yang masih hidup ini?


Dalam kisahku ini dapatlah digambarkan betapa sedih dan pilunya semua apabila mendengar berita tentang Ustaz. Dari jauh bergegas bertolak datang ke Perlis tanpa mengira penat dan lelah. Ustaz Dahlan abah kita semua yang sangat sabar,tegas,menunjukkan qudwah hasanah,dan dirinya disimbahi hikmah dan akhlak yang menyentuh hati. Tidak hairanlah mengapa kita sangat kasih kepadanya dan sangat tersentuh dengan pemergianya. Dapat juga kita lihat ukhuwwah islamiyyah yang terjalin antara sahabat sahibah seluruh Malaysia,juga pelajar Matri, juga anak-anak murid Ustaz Dahlan.


Moga keutuhan jalinan hati ini sentiasa terikat atas keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt walaupun setelah pemergian Ustaz Dahlan. Mari sama-sama kita buktikan kecintaan kita kepada Ustaz Dahlan keranaNYa dengan berkerja keras di atas medan dakwah dan tarbiyyah demi memastikan kelangsungan tarbiyyah imaniyyah ini sampai ke dalam hati masyarakat kita.



Aku memohon maaf andai ada salah dan silap dalam setiap kata saatku berkisah ini. Moga Allah redha kita semua."

p/s:saya kira segala catatan nawal,sahabat saya ketika di MATRI dapat memperincikan apa yang berlaku sekitar 18 Sept 2010..nawal, sahabat saya yang rapat dengan ummi, ustaz dahlan..jadi tidak hairanlah jika nawal begitu merasai pemergian ustaz dan ummi serta beberapa lagi murobbi di kg.Tunjung..Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk saya turut bersama2 mereka sepanjang 5 tahun berkelana di MATRI dan ianya tidak stop setakat itu kerana saya turut berulang alik ke MATRI sehingga kini jika ada urusan tertentu.. Sehingga kini, saya bersyukur kerana ibubapa menghantar saya ke sebuah sekolah TERBAIK in the World (bak kata sir Abdoh)..

Meminjam kata2 ust.muzakkir dlm fbnya:

"Dulu, orang pertikai tindakanya membina sekolah ditengah hutan getah, kini
siapa sahaja yang berada di Perlis dan sekitarnya akan mengetahui
betapa luas dan banyaknya perumahan yang berada disekeliling
MATRI. Dulu, orang berbicara tentang surau yang terlalu besar , kini MATRI sedang mengalami masalah sempitnya surau.Dulu, pelajarny...a boleh dikira dengan jari, kini muridnya berada diseluruh Malaysia! (UDMZ)"

tribute-cinta untukmu-no lirick-.wmv

kenangan tarbiyyah - matri

Sekitar Pengebumian Pt 3


pusara udmz




k.amani (anak kedua dan satu2nya perempuan tunggal dalam keluarga)





semua sources adalah dari fb muhammad nazim uzir

Sekitar Pengebumian Pt 2


kelibat bro azman turut kelihatan


ali karimi (anak last udmz)


sir abdoh



ust akram (anak udmz)




semua sources adalah dari fb muhammad nazim uzir

Sekitar Pengebumian Pt 1


solat jenazah di musolla MATRI









memberi penghormatan terakhir



semua sources adalah daripada fb muhammad nazim uzir

Saturday, September 18, 2010

UDMZ kembali ke rahmatullah...

Innalillahi wainna ilaihirojiun..sebagaimana quote message dari wall fb Abu 'Aish AliDahlan abah dah balik bertemu Allah-7hours ago dan abah akan dikebumikan selepas solat asar- 5hours ago..

Friday, September 17, 2010

Sahabat

Alhamdulillah kemeriahan Syawal masih terasa. Pada post kali ini saya ingin menekankan betapa perlunya seorang insan dengan orang disekelilingnya. Dengan kata lain betapa perlunya seseorang insan dengan sahabat disekelilingnya. Perlu ditekankan disini, perlunya kita kepada sahabat bukan kawan ya, tetapi sahabat. Jika bercakap tentang kawan, kita boleh mendapatkan ramai kawan dalam tempoh masa yang amat singkat. Sebagai contoh, kawan satu kelas, rakan sekerja, rakan sepermainan, dan rakan secourse. Tetapi jika anda mencari sahabat, amat sukar untuk ditemui, dan apabila anda telah bertemu dengannya. Sangat-sangat-sangat beruntunglah anda hidup didunia. Terasa manis bersamanya, itulah dia kemanisan ukuhuwwah.

Bagi saya, seorang sahabat terdiri daripada sekelompok manusia apabila kita bersamanya, merasai ketenangan dan kelazatan berukhuwwah hanya kerana Allah, dengan kata lain tiada kepentingan lain. Apabila kita bersamanya juga, kita dapat merasakan satu kekuatan yang dapat memelihara iman kita, seperti sahabat Rasullah yang merasa kuat (bermaksud kuat hubungan dengan Allah) apabila berdamping dengan rasulullah. Apabila melihat seorang sahabat, akan mengingatkan kita kepada Allah tuhan sekelian alam. Malah mereka (sahabat) ini amat peka terhadap kita dalam segenap sudut (termasuk tahap iman kita) dan mereka (sahabat) akan terguris hatinya apabila mendapat tahu yang kita melanggar larangan Allah dan tidak mengerjakan suruhannya. hati sahabat amat sensitif apabila mendapat tahu ada diantara kenalannya yang dahulunya bersama-sama dengannya mengejar redha Allah dan berusaha sedaya upaya menjadikan islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap (way of life) kecundang dek kerana hasutan syaitan dan persekitaran jahiliyyah pada hari ini yang menyembelih iman kita. Gurauan sahabat bukan kerana ingin memalukan atau mengenakan kita, tetapi hanya untuk mewujudkan kemesraan diantara kita hanya kerana Allah, oh alangakah indahnya! Sahabat adalah mereka yang sedaya upaya meletakkan syara’ dihadapan dalam apa jua keadaan dan mengimpikan suatu hari nanti dunia ini dibawah payungan islam dan berusaha kearah itu. Apabila kita susah atau berada didalam kesempitan, sahabat orang yang pertama menghulurkan bantuan tanpa perlu dipinta. Mereka juga tidak lokek untuk menawarkan pertolongan hanya untuk mencari redha Allah.

Manakala seorang kawan hanyalah teman dikala kita senang dan akan meninggalkan kita apabila kita berada dalam keadaan susah. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Walauapun ada yang berkata kawannya baik dan beakhlaq serta tidak membuat perkara keji diatas. Perlu diketahui disini, bagi saya baik serta berkhlaq menurut kaca mata masyarakat belum cukup untuk menjadikan seseorang itu menggapai redha Allah. Bagi saya, mereka yang berakhlaq dengan akhlaq islam itu yang paling utama. Iaitu dengan sedaya upaya mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi larangnnya. Apabila kita bersamanya, tidak mengingatkan kita kepada sang pencipta malah hati kita cenderung untuk melakukan dosa dek kerana iman telah tewas dengan nafsu. Mereka (kawan) tidak peka dengan keadaan iman kita, malah membiarkan kita larut dan terus hanyut dibawa oleh arus jahiliyyah yang amat deras pada hari ini. Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah dikurniakan sahabat (bukan kawan tapi sahabat) disekeliling saya(lebih dari seorang). Anda bagaimana? Jika belum berjumpa dengannya maka carilah, sungguh anda akan bahagia hidup di dunia. Jika anda pernah terjumpa dengannya (sahabat) suatu ketika dahulu tetapi sekarang tidak lagi, carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang amat sangat. Sugguh! Dia (sahabat) sedang menunggu kehadiran anda. Jika anda telah berjumpa dengannya dan sedang mendampinginya ( keep close), maka anda amat beruntung kerana bukan senang untuk berjumpa dengannya (sahabat).

source from deenworker
perkongsian yang sangat bermakna..
this morning breakfast spaghetti, lunch kat kenduri, dinner spaghetti, kek and pizza..adik2 esok dah balik asrama, ke Kelate, so buat special raikan diorang...simple aje bila buat if tengok resepi kat tenet..sangat2 membantu..

Thursday, September 16, 2010

Off

Today, kami berlima off to Kijal..meeting my mum aunt and her sister...Can't wait to go there..This morning, we just breakfast leftover semalam (sambal yang tinggal sikit dengan telur yang banyak lebih dari kenduri and sunquick pagi2..hehe)..my mum and ayah makan leftover kuah laksa, nasi, horlicks..

Wednesday, September 15, 2010

Renungan bersama


sekadar hiasan

Berikut adalah petikan dari ulama-ulama muktabar untuk diambil oleh mereka yang bergelar ibu dan bapa supaya tidak membebankan dalam urusan perkahwinan anak-anak kita. Ini juga merupakan bahan tarbiyah tambahan dalam mengendalikan urusan perkahwinan tersebut.

Petikan pertama :

Sheikh Yusuf Qardawi (Halal dan Haram Dalam Islam)

“Seorang ayah tidak boleh memperlambatkan perkahwinan anak gadisnya kalau ternyata telah dipinang oleh lelaki yang sekufu, beragama dan berbudi.

i)Sabda Rasulullah saw : Ada tiga perkara yang tidak boleh dilambatkan, iaitu 1) solat apabila waktunya telah tiba, 2) jenazah apabila sudah datang 3) seorang perempuan apabila sudah didapati (jodohnya) yang cocok (sekufu). (HR Imam Tarmizi)

ii)Sabda Rasulullah saw: Kalau datang kepadamu orang yang kamu telah setujui agamanya dan budi pekertinya, maka kahwinkan anakmu dengan dia, kerana kalau tidak kamu laksanakan, maka dia (anakmu) itu akan menjadi fitnah dipermukaan bumi ini dan kerusakkan yang sangat besar. (HR Iman Tarmizi)

iii)Sabda Rasulullah saw : Hai para pemuda! Barangsiapa diantara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah, kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. (HR Bukhari).

Setiap muslim tidak boleh menghalang-halangi dirinya supaya tidak kahwin kerana khuatir tidak mendapat rezeki dan menanggung yang berat terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha dan bekerja serta mencari anugerah Allah SWT yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang sudah kahwin itu demi menjaga kehormatan dirinya. “

Petikan kedua :

Abdullah Nasih Ulwan (Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam Bab 2)

“ Mengapa Allah SWT mensyariatkan perkahwinan ?

1) Memelihara keturunan : surah an Nahl : 72

" Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka Mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?"

2) Menyelamat masyarakat daripada segala penyakit dan bencana

Sabda Rasulullah saw : Tiada bahaya dan tiada membahayakan (Riwayat Imam Malik dan Ibnu Majah)

3) Ketenteraman jiwa dan rohani : surah Ar Rum : 21

"dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

4) Menghasilkan zuriat Islam yang soleh. Sabda Rasululllah saw : Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan, dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu terhadap semua umat di hari kiamat (Riwayat Abdul Razak dan Al Baihaqi)

Wahai saudaraku para pendidik! Ketika si anak itu memahami semua hakikat-hakikat yang tersebut mengenai perkahwinan, niscaya dia akan cenderung kepadanya, dan akan berusaha sekadar yang termampu untuk merealisasi semua cita-cita itu.

Saya hendak membisikkan sesuatu nasihat ke telinga anda, wahai anda pendidik : iaitu jika anda seorang berpunya (harta) dan ada kelebihan dari segi kewangan, maka hendaklah anda ikut serta dalam membayar bersama perkahwinan anak anda. Bantulah agar dia segera dapat melangsungkan perkahwinan supaya anda dapat menyelamatkan nya dari gangguan nalurinya serta angan-angan seks yang akan mengacau akal fikirannya. Semua ini akan membantutkan cita-citanya serta mengendalakan pelajarannya. Hal seumpama ini tidak mudah diatasi kecuali asam garam perkahwinan itu tidak terlalu diberatkan manakala perbelanjaan yang dikeluarkan itu tidak terlalu tinggi. Apabila anda mencuaikan hal ini atau tidak memperdulikannya, kemungkinan sekali anakmu itu akan tertarik ke dalam jurang merbahaya yang membawa kepada akibat yang terlalu buruk.

Kerapkali kita lihat ada ayah-ayah yang kaya raya, punya harta kekayaan yang banyak, tetapi mereka lokek untuk menghulurkan bantuan material supaya anaknya segera berkahwin. Mereka berhujjah bahawa anaknya kini sudah sampai usia baligh, yang sudah sepatutnya dia menanggung dirinya sendiri. Segala nafkah dan bantuan kepada anak itu sudah tidak perlu lagi. Sayang sekali, jika mereka mengetahui, bahawa bantuan yang mereka berikan itu sama seperti rakit yang boleh menyelamatkan si anak dari tenggelam di dalam kekacauan pemikiran, keruntuhan akhlak dan gangguan jiwa, niscaya mereka tidak akan lokek lagi untuk memberikan segala rupa bantuan yang diperlukan untuk memudahkan baginya perkahwinan itu.

Kalau begitu, wajarlah si ayah yang berpunya (harta) itu membuka kedua belah tangannya membelanjakan harta itu dengan membantu apa-apa yang perlu kepada orang-orang yang didalam tanggungjawabnya. Hendaklah dia berusaha sedaya upaya dalam hal atau sebab-sebab untuk memudahkan perkahwinan anaknya.

Sabda Rasulullah saw: Satu dinar yang anda nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang anda nafkahkan untuk memerdekakan hamba sahaya, satu dinar lagi yang anda sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi anda membelanjakan kepada keluarga mu : yang paling tinggi sekali pahalanya ialah apa yang anda belanjakan kepada keluargamu.

Dan Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang yang membuat amal yang baik.”

source via email..


from mr.google

actually, this morning, saya siapkan assingment extradition..sempatla google sikit bahan..then, petang kawan2 sekolah rendah adik datang beraya, just angkat kek coklat dalam peti ais yang buat petang semalam (menyempat lagi lepas tolong2 rumah jiran kahwin .then, lepas dah siap2 kemas all stuffs kat rumah jiran, balik buat kek coklat kukus yang simple..adik2 teringin nak makan)..jam 6 petang tadi pulak, saya just buat sambal pedas bersama telur lebih lepas kenduri for our dinner (me and 2 adik)..my mum and ayah just makan laksa and nasi lauk lain because kami punye dinner very2 spicy...adik siap minum ais malam2 sebab pedas sangat..hehe..

Ini pula gambar UDMZ yang latest di grab from ust.muzakkir fb..i wish speedy recovery for ustaz condition and discharge as soon as possible..



Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Kapal "Gaza" bersedia untuk bantuan kemanusiaan Pakistan

Rabu, 01/09/2010 – Kapal “Gaza” sedang bersiap sedia untuk berlayar membawa misi bantuan kemanusiaan yang baru, kali ini ke Pakistan, yang teruk dilanda bajir kilat. Kapal ini adalah salah satu dari anak kapal armada “Freedom Flotilla” yang telah diserang tanpa hak oleh pasukan tentera Zionis bulan Mei lalu.

Dipetik daripada “Al-Jazeera Net”, Pengerusi Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan, Bulent Yildirim, menegaskan bahawa armada ini akan tetap meneruskan misi bantuan kemanusiaannya, “meskipun maih terluka akibat serangan “Israel” ke atasnya di perairan antarabangsa semasa armada ini dalam perjalanannya membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan yang yang menghadapi krisis dan peperangan yang lalu”.

Jelas Yildirim lagi, kapal akan bertolak dari Pelabuhan Iskenderun, Turki, sambil membawa bahan bantuan untuk rakyat Pakistan. Pakistan sedang menghadapi krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarahnya apabila dilanda banjir yang memusnahkan lebih satu perlima dari negara ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

p/s: President IHH, Bulent merupakan salah seorang aktivis yang termasuk dalam list senarai 'untuk dibunuh' ketika konvoi Flotilla Freedom Gaza yang meragut 9 nyawa (mostly from Turkey and syahid)..Namun, Allah menyelamatkan nyawa beliau..Akibatnya sesetengah aktivitis yang mempunyai rupa seakan-akan Bulent di tembak tanpa perikemanusiaan oleh Komando Israel...

Mossad bunuh pemimpin Al-Qassam dengan cara keji..

Rabu, 01/09/2010 – Dengan cara yang hampir serupa dengan pembunuhan Al-Mabhuh, Mossad membunuh salah seorang pemimpin Al-Qassam di Gaza, dua hari yang lalu.Hasil pemeriksaan terhadap jasad pemimpin Al-Qassam yang meninggal di Gaza, Jum’at (27/8), Sami Annan (39 tahun), pihak keluarga merasa hairan dengan keadaan tubuh Annan. Sebelumnya mereka mengira Annan terbunuh dengan senjata biasa. Namun ternyata dibadannya terdapat beberapa tanda penyeksaan. Di tangan kirinya terdapat tanda suntikan racun manakala di bawah perutnya terdapat bekas rencatan elektrik.

Wartawan Quds Press dalam laporannya menyebutkan, pihak keluarga menolak kehadiran para pengunjung sebelum jelas siapa yang bertanggungjawab atas kematian saudaranya. Perlu dijelaskan, bahawa Sami Annan meninggal secara tidak wajar. Disuntik dengan racun yang tidak ada di Gaza serta direncat dengan aliran elektrik bervoltan tinggi. Mereka menuding pihak perisikan Zionis berada disebalik jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Tidak ada yang pihak berkepentingan dengan matinya para mujahid kecuali perisikan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Imbas kembali

Sudah lama nak upload, kerana banyak sangat perkara nak dibuat, ingat-ingat lupa..then, hari ni bila sort out semua documents, pictures dalam my laptop..akhirnya baru ingat nak upload..Semuanya bermula pada 8/8/2010-Ustaz merangkap mudir saya married again with Aunty Naly (saya kenal since di matri, teringat cucu aunty Naly berusia 3/4 tahun speaking English very well)..then, the next day, Ustaz dimasukkan ke hospital..Speaking of Ustaz, melalui fb kak Amani, the condition more better from day to day..may in this barakah and holy month, Allah will give him more strenghten..





UDMZ dan zaujah,Auntie Naly

Ustaz ketika di CCU

Empat keluarga anak-anak UDMZ berbuka di hospital

FYI: all the photos here, i got this stuff from Razana Iman and Ali Karimi fb..credit to: both of them..