“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”(13:11)
BERSAMA MENANGANI PERMASALAHAN UMMAH
22-24 OKTOBER 2010
AUDITORIUM MASJID PUTRA PUTRAJAYA
ANJURAN
PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN
INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (HALUAN)
KERJASAMA
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
PENGENALAN
Konvesyen merupakan wadah yang penting bagi meningkatkan ilmu, pengalaman melalui perbincangan secara ilmiah dan berstruktur. Ia juga amat bermanfaat kerana menjadi jambatan hubungan antara NGO dengan pihak luar yang mana dapat bersama-sama memberi pandangan dan pendapat demi kebaikan masyarakat seluruhnya. Konvensyen juga merupakan wadah yang terbaik untuk memberi peluang kepada ahli panel, NGO dan orang ramai mengemukakan idea-idea baru serta pendapat yang bernas kearah mengukuhkan organisasi seperi HALUAN. Antara lain konvensyen ini juga akan dijadikan medan pertemuan dengan tokoh-tokoh dalam Negara mahupun luar Negara yang aktif dalam memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat peringkat nasional mahupun antarabangsa.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan suasana interaksi antara NGO dan masyarakat.
2. Meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan dengan pembangunan ummah.
3. Mengenalpasti peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat terhadap isi-isu semasa ummah.
PESERTA SEMINAR
Peserta seminar ini terbuka kepada ahli-ahli HALUAN, wakil-wakil NGO dan kakitangan kerajaan serta orang ramai seramai 250 orang.
TEMA
Bersama menangani permasalahan ummah
TARIKH
Konvensyen ini akan diadakan pada 22-24 Oktober 2010
BIDANG-BIDANG
Ekonomi, Pendidikan, Sosial, Dakwah, Isu-isu Semasa Tempatan dan Antarabangsa
TEMPAT
Auditorium Masjid Putra, Putrajaya
TENTATIF KONVENSYEN
JUMAAT (22 OKTOBER 2010)
8:00 am – 9.00 am : Pendaftaran
9:00 am – 9:30 am : Perasmian
9:30 am – 10:45 am : Keynote Speaker I : Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (“Agenda Ummah dalam Pembangunan Negara”)
10:45 am – 11:00 am : Minum pagi
11.00 am – 12:15 pm : Key Note Speaker II : Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman (“Pembangunan Ekonomi & Sosial: antara Realiti dan Cabaran”)
12:30 pm – 2:00 pm : Makan tengah hari
2:45 pm – 4:45 pm : Keynote Speaker III : Dr. Kamal Herbawi : “Pembangunan Tamaddun Ummah: Contribution of Islam to Modern Civilization”
4:45 pm – 5:00 pm : Kudapan
SABTU (23 OKTOBER 2010)
9:00 am – 10:30 am : Keynote Speaker IV : Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim : “Pembangunan Keusahawanan Ummah”
10:30 am – 11:00 am : Minum pagi
11.00 am – 12:30 pm : Keynote Speaker V : Datuk Nik Mustapha B. Hj. Nik Hassan : ”Ummah melalui Pengurusan Ekonomi Strategik”
12:30 pm – 2:30 pm : Makan tengah hari
2:30 pm – 4:00 pm : Keynote Speaker VI : Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba : “Islam dan Pendidikan”
4.00 pm – 4.30 pm : Kudapan
AHAD (24 OKTOBER 2010)
9.00 am – 10:30 am : Keynote Speaker VII : ”Pendidikan, Dakwah dan Pembangunan Sosial”
10:30 am – 11:00 am : Minum pagi
11:00 am – 12:30 pm : Forum NGO: “Peranan NGO dalam Pembangunan Ummah”
Wakil Teras: Cikgu Azmi Abdul Hamid
Wakil WADAH: Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Wakil IKRAM: Prof.Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Wakil Haluan: Dr. Azizan Ahmad
12.30 pm – 1.00pm : Majlis Penutup
1.00 pm – 1.30 pm : Makan tengah hari
Kepada yang berminat, bolehla isi borang ini dan hantarkan ke alamat tertera : Konvensyen