Saturday, February 19, 2011
National Client Consultation Competition 2011
Petang, agak lewat saya bergegas ke Blok E untuk solat asar...Takut juga leka sangat bergambar dan bersembang dengan wakil-wakil Universiti lain sampai masa solat Asar terlajak..Sempat ambil murtabak dan roti jala tapi tinggalkan sebab priority solat..Tak kisah la kan..Dah tak ada rezeki..Perut dah masuk angin, sakit bukan main sebab tak sempat Lunch (sempat makan mi pagi tadi je-tu pun amount sikit),rasanya kawan-kawan yang lain pun mesti ada juga yang tak sempat makan sebab dah sibuk sangat, so bila dah hantar USIM ke penginapan, terus berhenti makan kat Ebby...Memang ralit makan, then azan Maghrib menyusul..
Balik and transfer anime anak Forth Hokage, Namikaze Minato, then update blog..a reminder for me about our Final Year Project...Paling best berjumpa kawan baik Naimi kat USIM, Nora, Nana and the geng..Best, macam dah lama kenal kami bersembang...Cuma tak sempat nak bawa diorang pergi jalan-jalan...Dah petang...Esok pun agaknya penat tu masih tak hilang kot..Alhamdulillah, sir kata maybe takde class esok sebab kami penat dan sir pun baru balik dari India...
Apepun for FINAL round, kami invite Dato' Yazid Mustafa selaku High Court Judge of KT, Dato' Wan Mutalib Embong, senior lawyer as well as politician and En. Amiruddin Abu Bakar, President Terengganu State Bar..Selaku tuan rumah this year, sebolehnya kami mahukan yang terbaik buat semua peserta, judges dan coaches..Juara for this competition jatuh kepada UUM dan second place jatuh pada UM...Quite impressive...
Note: On other side, this week tak dapat balik...Adik2 semua balik..Didi balik sebab minggu lepas pegi KL for PEWARIS...Achik pun balik sebab dia minta cuti start dari Maulidur Rasul....Owh, sedih sungguh ni...ZZzz..
Wednesday, February 16, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Tiga
Bagaimana mengenal kawan atau sahabat anda?.Bagaimana untuk mengenal seseorang? Adakah cukup sekadar berjumpa sekali sudah tahu segalanya? Adakah sekali berjumpa dan bersembang sudah boleh judge dia seperti apa?
Untuk mengetahui seseorang bukan hanya sehari sebenarnya..Saya pernah mendengar seorang Ustaz tv9 menyatakan untuk kenal seseorang ada tiga caranya..Pertama, kita mestilah bermusafir dengannya, Kedua, kita bermalam dengannya dan Ketiga kita berjiran dengannya..
Jika dalam ketiga-tiga keadaan itu baik, maka dia tentunya seorang yang baik..Jika sebaliknya, ada beberapa perkara perlu diperbaiki..Pertama, dalam mengenal seseorang kawan itu, jika kita bermusafir dengannya, kita tentunya akan tahu segala macam perkara berkaitan kawan itu…Dalam keadaan kita dengannya, kita akan dapat lihat sejauhmana reaksi dia apabila bermusafir atau travel bersama…Mengharungi segala kesusahan bersama…dan menyelesaikan permasalahan dengan cara yang bijak..Cool sahaja, no marah-marah, memberontak, pentingkan diri etc..
Kedua, bermalam dengannya, pernah tidur satu bantal misalnya dengan kawan kita, berkongsi cerita dengannya, ia tidak lain merapatkan hubungan sesame mereka..Perangai sebenar selalunya akan diketahui apabila sudah bermalam dengannya..Selalunya ia merupakan jarak yang sudah tidak ada apa-apa secret dengan kawan kita..
Ketiga, berjiran dengannya..Sekiranya berjiran, kita akan tahu sejauh mana caringnya dia dengan kita sekiranya kita jatuh sakit, ada dia melawat kita atau sebaliknya..Sejauhmana dia menutup keaiban kita semasa bersembang dengan jiran-jiran yang lain..Begitu juga jika ketiadaan kita, dia tentunya akan memastikan keadaan rumah kita selamat dan menjaga segala harta benda kita…Itulah kawan namanya..
Notes: Actually,kekadang apa yang saya tulis ada pada mana-mana entri dalam blog ada terkena pada saya...Sampai satu tahap saya refuse untuk menulis..Namun, itu bukan lah penyelesaian yang tepat..Ada hikmah disebaliknya, kadang diuji dengan permasalahan yang dilontarkan..macam-macam..Tapi itulah masam manis kehidupan..Tidak boleh escape malah kena hadapinya dengan jiwa dan pemikiran yang matang...All the best for all of you!
Buat K.Shah di Sarawak, thanks a lot sudi singgah...I really miss you, dah jauh kita ye..Dulu masa kat KL dan Klate tak pula sue nak ziarah..Dah jauh baru terasa..hehe..Chayok akak..jadilah murobbi yang mampu merubah anak didik ke arah yang lebih baik...Moga Allah sentiasa memberkati akak..
Mesir sudah bertukar kepimpinan dan Mubarak hidup dalam buangan..Now, Palestine also react the same and same goes to Algeria and Yaman...This revolution will continue until the best candidate stand up and the unqualified leader step down from his throne..
Saturday, February 12, 2011
Recap Forum 10.2.2011
Nikah Khitbah @ suspended- marriage contract juga di kenali sebagai nikah gantung atau dengan bahasa manisnya nikah di alam kampus sememangnya menjadi isu yang cukup hangat dan biasanya banyak diperkatakan dan diperbincangkan di kalangan ahli akademik.Malah ia merupakan salah satu cara untuk melunaskan syahwat mengikut landasan yang sepatutnya..
Selalunya ia menjadi option atau pilihan mereka-mereka yang “bercinta ana-enti”…untuk menghalalkan segala macam restriction atau dengan bahasa mudahnya tak kan lah nak buat maksiat kerana ia perkara tegahan dari Allah..jadi lebih baik kahwin…Ia tentunya berlainan dengan mereka-mereka yang tidak meletakkan ketakutan pada Neraka Allah dengan senangnya menjual harga diri melakukan perkara kemaksiatan..
Ustaz Badlishah menyatakan manusia adalah makhluk seksual kerana ia sememangnya fitrah manusia yang tidak boleh dipisahkan..Perkahwinan juga untuk mereka yang merasakan tidak dapat control diri sendiri dan bagi mereka yang bernafsu luar biasa..Ya, jangan terkejut kerana sememangnya ada laki-laki atau perempuan yang diciptakan Allah mempunyai nafsu luar biasa..mudah terangsang dengan perkara-perkara pada akal logik manusia normal mengatakan ia mustahil akan menyebabkan seseorang terangsang..
Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor –faktor lain..Mengikut kajian perubatan hormon-hormon ini biasanya bagi laki-laki menganas area umur 20 hingga 30 tahun…Tapi itu pun boleh lagi entend sampai ke lanjut usia…Ada Ustaz di Majlis Agama Islam KT ketika Kursus Pra-Perkahwinan menyatakan perempuan akan sampai satu tahap akan menopause, tapi bagi laki-laki tiada menopause tapi men no pause …Bagi perempuan pula hormonnya mula menganas sekitar umur 35 tahun keatas..Bagaimanapun, Laki-laki amat mudah untuk terangsang berbanding perempuan..Itu fakta..
Selain daripada itu juga, faktor deria juga memainkan peranan menyebabkan keterangsangan. Contohnya, apabila terbau perfume dipakai laki-laki atau perempuan..Bau badan lelaki atau perempuan ketika bersesak-sesak di jalanan..Malah bau rokok juga boleh merangsang..
Movies, video klips , lirik lagu, majalah-majalah yang mengghairahkan perlulah sentiasa kita elakkan…Kerana secara tidak langsung ia sedikit-demi sedikit menghakis sifat malu dalam diri kita dengan menganggap maksiat sebagai perkara normal...Padahal sebenarnya keinginan untuk kearah kemaksiatan sudah merebak ke dalam lubuk hati kita.
Dari sudut lain, ubat-ubatan juga antara penyumbang kepada keterangsangan..Ia seolah-olah drug yang memberi tenaga seterusnya merangsang laki-laki dan perempuan..Makanan dan minuman juga tidak terkecuali..Antaranya coklat, ia turut dikatakan boleh menyebabkan terangsang, kerana itu ia sinonim dengan Valentine Day..Aiskrim juga boleh menyebabkan perkara sebegitu, cara memakan aiskrim itu boleh disalah tafsir dan sebagainya..Memakan daging kambing juga akan mempercepatkan peningkatan seksualiti..
Minuman seperti Tongkat Ali juga perlu dijauhi kerana laki-laki yang masih single-mingle lagi perlu menjaga segala factor menjurus kepada keterangsangan. Jika masih students, tidak perlu nak stay-up malam-malam minum kopi Tongkat Ali…Cukup minum kopi atau Nescafe biasa sahaja..Bagi perempuan pula, tidak perlu nak berKacip Fatimah, even banyak khasiat ,sebolehnya elakkan..Itu antara penyebab kepada keterangsangan yang perlu kita berhati-hati dengannya..
Solution yang perlu di ambil bagi mengelakkan perkara sedemikian adalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti bersukan, berpersatuan kerana dikhuatiri apabila berseorangan, akan ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda kita melakukan kemaksiatan..Paling tidak kita digalakkan berpuasa bagi menyekat kemahuan nafsu yang tidak pernah puas…Puasa merupakan senjata ampuh sekiranya ia benar-benar dilakukan mengikut step-step yang betul dan ia secara tidak langsung akan mengikat nafsu dari bertindak buas..Stop here..
Nota: After several days i'm hiatus posting abt Egypt's Revolution..Alhamdulillah Mubarak akhirnya resign..Tapi timbalannya tetap menakutkan..sekurang-kurangnya Revolusi ini berjaya..A busy day for me until next upcoming event, National Client Consultation Competition on 19.2.2011..