Saturday, March 26, 2011

M.A.R.A.H part 2



Dari Solusi, Kesan Paku pada Tembok Batu by Ust Syed Mohd Norhisyam..

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melaksanakannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesutau ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal."

Notes: Bila baca inzar sebegini, ia banyak mendidik hati saya..Sungguh kisah ini lebih saya tujukan pada diri sendiri, supaya ada improvement dan pembaikan kearah lebih baik dari semalam...Manusia sifatnya mudah terlupa dan perlu diperingatkan setiap kali, setiap ketika, setiap waktu..Adakalanya saya juga alpa dan leka...Benarlah kata2 "Mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah" dan " manusia yang paling kuat serta gagah di kalangan kamu adalah orang yang bisa mengawal dirinya ketika marah apabila berhadapan pelbagai tribulasi2 dan mehnah2 ujian"...Sukarnya menahan marah, kerana itulah hanya mereka yang bisa menahannya sahaja di letakkan martabat yang tinggi oleh Allah..


sukarnya nak memberi maaf dan menyatakan kemaafan,cuba untuk menjadi seorang pemaaf..

Saidina Ali juga apabila berhadapan dengan musuh, apabila musuh berkenaan meludah kepadanya, Saidina Ali tidak terus memenggal si musuh tadi..Lalu ditanya oleh musuh kenapa tidak terus membunuhnya..Saidina Ali menjawab, "Aku takut kalau-kalau aku membunuh serta mencederakan kamu kerana perasaan marahku dan bukannya kerana Allah."...Sukar untuk sampai ke tingkatan atau darjah sebegitu, tapi at least, we can try!!!

Don't forget, today, at 8:30 PM, lights will switch off around the globe for Earth Hour..


Friday, March 25, 2011

M.A.R.A.H Part 1


hey, u want to fight????

Kehidupan ini dibentang oleh Allah sebagai satu didikan atau tarbiyyah kepada kita..Kerana itu di dalamnya terdapat pelbagai ragam manusia, dengan pelbagai kerenah untuk mendidik dan mengajar kita banyak perkara..Tipulah jika anda menyatakan sepanjang anda dilahirkan sehingga kini tiada ujian pernah 'kena' pada anda..Jadi,bersyukurlah anda andai diuji kerana itu tanda kasih Allah pada anda..

Ujian dan dugaan, ianya bertahap..mengikut kemampuan seseorang..Entri kali ini saya lebih fokuskan kepada bagaimana menguasai diri sendiri apabila berhadapan dengan ujian tadi dan saya narrow down lagi ujian itu akan menyebabkan kita lekas marah!..Misalnya kita di uji dengan kawan-kawan, adik-beradik, sanak-saudara..Dan mereka membangkitkan perasaan marah dalam diri kita..

Benar ujian yang kita diuji adakalanya cukup besar sehingga sukar untuk kita tahan perasaan marah. Perkataan yang biasa dalam percakapan kita biasanya "Aku dah tak boleh tahan", "Aku rasa nak lempang je dia"....Betul, kadang-kadang sampai satu tahap, dah tak tahu dah nak cakap apa (rasa geram)..

Tapi ingatlah bahawa marah semata-mata kerana nafsu yang mendorong kepada tindakan-tindakan yang dilarang oleh syarak seperti memaki hamun, menyakiti, mencederakan, khianat dan sebagainya adalah marah yang dicela oleh agama. Ia sudah pasti membawa kesan buruk yang berpanjangan. Walaubagaimanapun, jika perasaan marah yang timbul apabila melihat agama diperlekeh, aqidah dipermainkan, syariat diejek serta ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w dihina, maka marah itu tanda kekuatan iman dan sangat dipuji dalam agama.

Ketika membicarakan berkenaan pintu-pintu yang digunakan oleh syaitan untuk masuk dan menguasai hati manusia, Imam al-Ghazali menyenaraikan marah sebagai pintu UTAMA..Apabila diteliti kes-kes seperti memukul isteri atau anak dengan cara melampau, penceraian, kes bunuh dan lebih sadis mangsa dikerat dan dibakar, khianat, sabotaj bahkan sihir dan banyak lagi perbuatan negatif memperlihatkan seolah-olah mereka telah lupa akan kewujudan dosa pahala. Realitinya, semua ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah dan tidak mampu mengawalnya..

Tindakan-tindakan yang lahir daripada keadaan marah yang tidak terkawal meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang..Misalnya technology seperti fb juga akan disalah gunakan dengan mem 'post' di wall mengenai kemarahan mereka...Tindakan itu bukan hanya menjadikan persengketaan berpanjangan malah wall berkenaan turut dibaca oleh semua pelayar fb dan impossible mereka tidak meninggalkan komentar di wall dan ia berterusan menjadi bualan mulut orang..fb akhirnya menjadi wadah 'jaga tepi kain orang'..

FYI: Entri sudah terlalu panjang, so the next part submit esok...acik, i already forgive u..saranghaeyo....morning, just breakfast vico (no sugar sbb dah sweet) and leftover from yesterday..due to makan nasi minyak after gotong royong FUHA & BBQ, rasa dah banyak calori makan semalam..This evening, my nay and her friends akan ke Putrajaya..I really miss u nay..

*nay : mummy in Philippines

Tuesday, March 22, 2011

Rival

2 days after National Client Consultation Competition 2011, i guess i win that 'title' for the google search, but IIUM web still no.1..i just end up to no.3..then,after several days i check it back and it come out, IIUM web stand still on no.1 and shockingly, there is an improvement, no.2 is mine..haha..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

the title still top 3

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

the title jump to the second place

i can't post the pics yang large size due to worst connection today...

8.9


Pusaran air yang mengikut arahan Allah

Mungkin agak lambat saya 'post'kan mengenai tsunami 8.9/9.0 skala richter yang melanda Jepun 11 March lalu..Apa yang saya pernah ingat, setiap kali berlaku kejadian seperti tsunami, earthquake, serangan 11 September WTC , pasti tika itu saya berada di rumah..

Masa berlaku gempa dan tsunami di Jepun, saya berada di rumah cuti weekends selepas hampir 6 weeks tidak pulang after semester break musim perayaan Gong Xi Fa Cai...Kebetulan adik juga cuti sekolah..Acik juga balik rumah after habis discussion dengan bahagian penajaan di KL..So, rumah memang full house la..Banyak perkara nak di sembang, dua hari belum habis bercerita..

Berbalik pada Jepun, semua tahu Jepun merupakan ikon negara maju di Asia..Jadi tidak hairanlah bangunan-bangunan pencakar langit gah berdiri teguh dan Jepun juga dikatakan antara expensive city di dunia sampai mengalahkan negara2 Europe..Hebatnya Jepun di pandangan mata kasar kita..Namun hakikatnya secanggih mana pun Jepun dengan teknology2 yang hebat, musibah tsunami 11 March akhirnya membuatkan Jepun kelu tidak berkata-kata..

Air laut 'mengganas'

Kerosakan yang bukannya sedikit

Walaupun musibah tsunami 11 March tidak seteruk di Acheh yang mengorbankan lebih kurang 120,000 nyawa manusia, namun kerosakkan fizikal di Jepun amat-amat dahsyat..Jika di Acheh amaran awal tsunami tidak lah sepantas di Jepun kerana mereka di lengkapi kelengkapan canggih dan mendapat amaran awal tsunami, namun gelombang tsunami lebih deras dan laju menerjah bumi Jepun...


Loji nuklear terbakar

Kemusnahan

Lihat sahaja video di Youtube, Fb dan mana2 blogs, ia amat dahsyat..malah meninggalkan mimpi ngeri terkenangkan impak nuklear di Chernobyl, Ukraine tahun 1986...Sehingga kini, Chernobyl seolah-olah bandar 'mati'..dengan pokok dan rumput yang kering ala-ala kawasan tundra.selepas 3 loji nuklear meletup di Jepun saat ini dan proses penyejukkan gagal, tidak pasti sejauh mana radiasi akan merebak..ia juga meninggalkan perasaan takut dan gementar dalam jiwa saya..Maha suci Allah..


Sebelum dan selepas tsunami 11 March

Alhamdulillah IHH di Turki turut menghantar bantuan kemanusiaan ke Jepun tanpa banyak persoalan..Jika anda common dengan Mavi Marmara sewaktu misi ke Gaza tahun lepas, IHH merupakan penganjur kepada Flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza..Jika di imbas kembali, sekelip mata sahaja saya lihat menerusi video, cepatnya air laut yang dahulunya indah dan tempat kita mandi-manda, akhirnya mengganas sehingga tidak boleh dibayangkan sekiranya berada di tempat mereka..


Air laut menerjah daratan

Tsunami hanyalah 1% sahaja ke'dahsyatan'nya berbanding hari kiamat kelak...Berkali-kali Allah menghantar peringatan kepada kita, tidak kiralah menerusi Gunung Merapi, letusan glasier Eyjafjallajokull, gempa di Haiti, taufan di New Orleans, banjir teruk di Australia dan sebagainya..Musibah-musibah berkenaan bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah, mereka akan merasakan ianya satu teguran dari Allah, bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata, kehidupan kita singkat saja..Kerana akhirnya kita akan pulang menemui Rabb kita iaitu Allah...

Gambar satelite

Apabila kita dijemput pulang oleh Allah, apa yang ingin kita persembahkan kepada Nya?..Seseorang anak Adam, apabila meninggal, hanya tiga perkara yang akan menyelamatkannya..Bahkan segala harta kekayaan,pangkat, anak-anak, suami atau isteri segalanya ditinggalkan..Hanya tiga perkara yang dibawa sebagai bekalan. Pertama, ilmu yang bermanfaat, kedua, sedekah jariyah dan ketiga doa anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya..

Hampir semuanya 'lumpuh'

Ya, saya teringat kata-kata MCS tempoh hari, "Jika kita nak biasakan lakukan kebaikan, lakukanlah sedikit demi sedikit,lama2 insyaAllah akan menjadi darah daging kita, namun kalau nak tinggalkan keburukan, tidak boleh berdikit-dikit,malah kena tinggal terus seolah-olah takut di campakkan kedalam neraka Allah"...Jika mahu berbuat kebaikan seperti bersedekah etc, jangan banyak fikir, buat sahaja kerana jika banyak fikir, takut2 berubah hati-ini melalui pengalaman (depends pada anda)...

p/s: May ur journey safe (to Acik otw to Perlis 4 promotion KTD)and alhamdulillah, i got good news this evening from my bro..hopefully, one week is enough for u to make the big decision 4 the sake of ur future..hehe..

Saturday, March 5, 2011

Daydreaming

Entah kenapa sejak dua tiga hari ni saya duk berangan nak pergi Oversea…Ye la siapa tak nak kan..Actually paling teringin nak pegi tentulah Nice dan Venice kat Italy, Belgium ke..Kalau orang tanya..mesti saya jawab sebab tempat tu penuh dengan monument dan historic buildings merata..Andalusia pun minat jugak nak pegi…Tapi hati ni dah melekat kat belah2 Europe kot…Merasa pergi Germany pun okay...

Bila cakap pasal Germany ni, Allah izin juga sejak dua tiga hari banyak menjelajah blog students yang belajar kat German…Bestnya tengok diorang kat sana..Saya memang aim kalau pergi Germany nak jelajah Stuttgart, Munich, Hannover, Hamburg…Owh, rasa tak tertahan lagi…Pasni jika diizinkan Allah dapat sambung Oversea memang nak sangat…Tapi jarang dengar students Law ambil Master belah sana..Selalunya Aussie, tak pun di England..Best jugak pergi belah2 UK tapi sekarang dah rasa jatuh hati kat German la..

Dulu-dulu masa first time berblogging dan berfriendster tika ambil Short-sem 2004, saya terjumpa satu blog student di Belfast, Ireland, then saya follow until dia dah kerja sebagai Accountant..Memang seronok tengok life kat Oversea tambah dia seorang yang jaga batas syariat…Then, saya follow student yang sudah berkeluarga di Mekkah, memang seronok tengok cabaran student as well as suami dan ayah pada anak-anak…Ya, dia seorang lelaki yang bagus dalam merencana kehidupannya selepas berkeluarga..

Seingat saya, masa saya masih di blok G tahun 2009, pernah saya naik bas dan beberapa foreigner yang tengah vacation naik juga bas yang sama..At that time, seat sebelah saya memang kosong..So, one of them duduk tepi saya..Saya suka tengok dia yang tidak lekang menulis catatan perjalan sepanjang vacation di Msia…Namanya Sophie Munro..English-born, tapi reside kat Italy kerana bapa dia dah retired…Bapanya Italian, ibunya dari England..Tapi most of her life spend kat England, Cuma bila dia masuk U, bapa dan family moving to Italy, bapa dia dapat rumah peninggalan..So, bila retired dia usahakan ladang..Tapi still Sophie belajar di England..Ni second time datang ke Msia, first time datang dengan family..Kali ni travel sorang tapi bila sampai Msia terjumpa other tourists yang nak datang vacation kat Terengganu..So, dia join sama..

Ok..The End..Dah nak masuk Maghrib..hehe..