Monday, April 18, 2011

Panel


After 7 years

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan rahmat kurniaNya saya masih boleh berkarya even dalam fatrah exam..final sem yang cukup menguji kesabaran..Cabaran dan ujian yang bakal menanti selepas keluar dari alam universiti pasti mendebarkan hati...Moga Allah memberikan kekuatan buat saya dan rakan-rakan..

Sekali lagi saya panjatkan rasa syukur, khamis lepas, 14 hb April merupakan tarikh cukup istimewa..Pada asalnya, kelas last sudah usai bermula Rabu pagi hingga ke 10 malam, lalu saya berkeputusan balik rumah untuk siapkan application Master yang masih belum terusik..Allah izin, adik junior merangkap EXCO Akademik menelefon saya..Pintanya adakah saya bersetuju menjadi ahli panel forum "Tips menjawab soalan peperiksaan" untuk seluruh Flarian (students law di FUHA)..MasyaAllah, sungguh saya berbelah bagi..Teringatkan rumah yang agak lama saya tak berjumpa ibubapa (busy la katakan)..Dengan taklifan yang akan memberi impak pada Flarian..Adakah perlu saya gunakan peluang yang ada depan mata..

Terus saya text message to my mum, asking for the best solution. My mum macam tahu2 anaknya, so my mum just texted to me "Angah balik Jumaat la"..Bila dapat green light, hati saya lagi kuat mengatakan, megapa tidak saya join aje forum, mana tahu boleh saya selitkan sedikit inzar buat adik-adik sebagai amanat terakhir sebelum keluar dari FUHA..Kerana audiens yang bervariasi, ada juga non-muslims, jadi pendekatan juga perlu ada sedikit kelainan..macamana saya menceritakan pengalaman sendiri menjawab soalan serta tips menjadi pelajar cemerlang bukan hanya mengejar pointer bahkan akhlaq atau attitude juga perlu seiring dengan kecemerlangan..

Jazakillah buat Syuwaida, sahabat akrab yang membantu untuk final touch sebelum berlangsung forum (saya menelefon Syu kerana Syu mempunyai pengalaman dengan audiens bervariasi ketika di UIA)..Tidak lupa Wardah dan Izan Duin kerana menemani dan menjadi photographer terjun ketika forum bermula...Wallahua'lam..

FYI: 14 hb April merupakan hari ulangtahun kelahiran satu-satunya lelaki tunggal dalam keluarga selain ayah saya..Eid Milad Abang!!!

Saturday, April 16, 2011

MQA


2007-2011

Malaysian Qualifications Agency aka MQA akhirnya datang untuk visit Fakulti kami 6 dan 7 April lepas..Since LLB masih baru, sedangkan Diploma sudah pun established, so, visit kali ini bertujuan supaya LLB mendapat recognition...Selepas MQA, kami hanya akan menunggu LPQB recognition sebelum boleh memulakan chambering..Satu perkara yang perit buat 2nd Batch..InsyaAllah ada manis di akhirnya..mudah-mudahan..

Minggu ini sudah 2 hari study week bermula...Start Exam 24 April till 7 May 2011..Tak sabar nak habiskan final sem, cuma agak sedih kerana kami sudah mula ada haluan masing-masing...



p/s: After short- hiatus since March because of draconian schedule...insyaAllah i will be more active after exam dah habis..