Friday, May 27, 2011

Selamat Membina Baitul Muslim

Syukur,baru sahaja pulang dari meraikan pasangan pengantin baru Luqman Al-Hakim Azizan dan Fatimah Zanirah Nordin..Sungguh berwarna-warni majlis kesyukuran walimah kalian..Warna-warni bukan kerana persiapan sahaja bahkan kehadiran sahabat-sahabat yang sukar untuk bertemu,alangkah manisnya saat-saat itu...

Fatimah, moga kehidupan baru ini tidak merencatkan DnT anti dan zauj..Moga lebih hebat dari hari ke sehari..MasyaAllah,bila memeluk Fatimah tadi, saya tahu dia sudah bersedia ke arah itu..Sahabat lama dan akrab yang saya boleh baca riak wajahnya...Umminya menyambut saya di bawah kanopi dan membisikkan di telinga "Alhamdulillah, datang juga ye walaupun jauh"...wajah umminya yang happy menerima menantu pertama keluarga yang mostly adik-beradik dan ayahnya profession doktor...

Hari ini cuba 'push' diri untuk isi SPA..Alhamdulillah semua ok..saya biasanya agak tak suka perkara-perkara complicated nak mengisi form2..rasa leceh..tapi Alhamdulillah tadi dah selesai..Tadi pagi memang sibuk dengan SPA dan rancang ke kenduri Fatimah..Alhamdulillah dapat jumpa Mun, Milah dan Khairiah...Sangat-sangat lama tak bertemu diorang..Cuma Khairiah saya last jumpa time kenduri Qb dan Munaem..

Thursday, May 26, 2011

Monday, May 16, 2011

16 Mei 2011



Selamat Hari Guru buat guru2 yang pernah mencurahkan bakti tanpa pernah jemu pada saya, ya adakalanya saya ni ada banyak juga perkara susah nak faham..kena di ajar berulang kali, buat guru2 sekolah rendah di SKKJ, ustazah2 di Sek.Agama An-Najmi (pagi di sek keb dan ptg di sek agama) agak2 tough juga kan tapi banyak benefit la, masa kecil alhamdulillah sudah didedahkan dengan sirah2 nabi, sudah tahu menulis jawi dengan betul..buat guru2 MATRI, sangat2 banyak input samada direct or indirectly yang saya masih ingat hingga ke hari ini..Sungguh, MATRI is the best in the world, bak kata Sir Abdoh..

Ijtima'am setiap minggu ibarat pengecas 'iman' buat saya..Halaqah Quran yang berjalan setiap hari pemangkin diri ini makin dekat dengan Quran..sahabat2 yang soleh sentiasa mengingatkan saya jika ada yang alpa, suasana biah solehah yang sentiasa memperbaharui keimanan diri ini, imam solat yang sangat sedap bacaannya,makan dalam talam@dulang yang agak jarang di jumpai kat mana2 school nowadays..Everythings about MATRI kekal sebagai memori hardcore dalam disk otak saya..Subhanallah, mana nak cari semua tu hari ini,kan..Kalau pun ada mungkin tak sama..

Lecturer2 yang mendidik saya...memperbetulkan persepsi saya tentang law..Sekadar menyebut sebahagian: Mdm Sham (bila nak balik dari Aussie, tak sabar nak jumpa dgn Mdm), Mdm Shikin (sporting lect), Sir Majid (semoga sir comeback from UK soon to lead FUHA), Mdm Nora, Mdm Akmal, Sir Nazli, Sir Badrol, Sir Anuwar, Mdm Asiah, Mdm Kam, Sir Bel etc..

Tak lupa buat sahabat2 akrab yang menjadikan tugas mendidik sebagai satu profession yang sangat2 hebat(tugas murobbi bukanlah tugas yang senang) buat Cikgu Nawal, Cikgu 'Aqilah dan lain2..

p/s: Baru menghabiskan buku Detik Cemas Mavi Marmara: PALESTIN KAMI DATANG!, ya saya tahu saya memang lambat mentelaah buku sebab sibuk sebelum ni..Ya, sibuk is not a good excuse right..i'm trying to improve myself..my nay suggest me to read Pendidikan Anak2 Dalam Islam Vol 1 + Vol 2..To finish it, sebelum ni pernah baca but selected2 topic aja..So, nay suggest supaya habiskan that book..ok, i'm trying to marathon with that special, really special book by Abdullah Nasih Ulwan..At the same time i really2 impress dengan trailer last part of Harry Potter and tak sabar nak tengok..Release on 15 July if i'm not mistaken..

Sunday, May 15, 2011

Memories Remains



Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari ini saya masih diberi kekuatan untuk menulis, diberi kesungguhan untuk menekan papan keyboard laptop yang sebati bersama tiga tahun lepas..Alhamdulilah, akhirnya impian dan harapan untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian sudah selesai...Cuma masih berbekas di hati ini segala kenangan ketika berada di alam penuh warna-warni, alam pengajian yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas, jiwa remaja yang ada kalanya sukar untuk di tafsir...Ya, saya bukan muda lagi, takutnya meniti usia yang sudah lewat 20-an namun masih sama tiada perubahan pada DnT..moga Allah memberi kekuatan pada saya supaya sentiasa tsabat dan istiQamah di atas ini..Ameen~

Sudah lama nak saya kongsikan kepada semua what happen to me masa saat2 terakhir dunia warna-warni di IPT..Since baru2 masuk last semester, Allah telah berikan satu ujian yang cukup besar dan sangat2 lama ujian yang Allah berikan tika itu..Selama 110 hari saya diuji..Yup, sebelum ini saya pernah bercakap tentang sabar, menyuruh orang bersabar, then saya nak semaikan sabar dalam hati ini..Bila nekad nak berubah dan cuba menjadikan diri seorang penyabar, Allah terus bagi ujian on the spot...Saya diuji dengan ujian berhadapan dengan manusia yang sukar untuk ditafsir peribadi dan lakunya..

Setiap hari berhadapan dengan hamba Allah ini, untuk fasa 1 saya masih boleh bertolak ansur dan sentiasa berdoa agar Allah melembutkan hatinya..Namun, fasa ke-2 barulah saya ada kekuatan untuk berkongsi dengan family masalah yang berlaku, meminta mereka mendoakan saya dan si hamba Allah tadi, agar kami sama2 dapat reconcile dengan baik...Tahap kali ini benar2 menguji apabila ujian makin hebat sehari ke sehari....Paper final exam kali ini adalah paper 'air mata' kerana setiap saat saya diuji pagi, petang, siang or malam..Akhirnya sehari sebelum last paper 6.5.2011,jam 5ptg: hamba Allah tadi menyatakan kemaafan..

Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, atuk , adik2 dan kawan2 semua masalah dapat diselesaikan dalam satu hari..Bagi saya, cukuplah saya orang terakhir si hamba Allah tadi berbuat sedemikian, cukuplah setakat itu, jangan orang lain juga merasai apa yang saya lalui..Moga Allah lembutkan hatinya dan dia menjadi seorang yang 'tenang' jiwanya sama seperti maksud namanya sendiri..

Apa yang penting untuk dikongsi, berbuat baiklah sesama kita...Ingatlah what goes around comes around...Dunia ini ibarat roda, kita tidak sentiasa berada di atas dan ada kalanya kita juga turut merasai berada di bawah..So, please be nice to the others...