Alhamdulillah, selepas 2 weeks berada di Kenya-Somalia borders, tiga sukarelawan Haluan akhirnya pulang ke Malaysia...
Bersama anak-anak kecil pelarian Somalia di pondok dungsi mereka...Mereka malah mampu mengaji Al-Quran lebih baik dari kanak-kanak seawal usia di tempat kita...MasyaAllah..
Kanak-kanak muslim pewaris masa depan di bumi Somalia..Mereka gembira kerana ada yang masih mengambil berat keadaan mereka di sana..
Bergambar bersama sukarelawan dari Turkey, mereka antara NGO paling awal menabur bakti di bumi gersang Kenya-Somalia borders.
Barangan keperluan diagih kepada pelarian Somalia..Mereka dalam keadaan kesusahan tidak pernah mengeluh, apatah lagi berprasangka kepada Allah...
Pokok itu kelihatan ranting sahaja, namun kuasa Allah, apabila berada di bawahnya rasa sejuk seolah-olah sebatang pohon yang rendang...
Keceriaan tergambar di wajah mereka...Alangkah bagusnya jika kita mengetahui Bahasa Arab dan berkomunikasi dengan mereka...Menyelami penderitaan mereka...
p/s: Alhamdulillah,syukur...my bro selamat pulang ke tanah air selepas bertolak dari Nairobi,Kenya, transit di Dubai dan seterusnya tiba di KLIA petang semalam...Semoga amal mereka mendapat keredhaan Allah jika benar-benar ikhlas menolong saudara seakidah di negara yang diuji Allah dengan kemarau panjang...Mudah-mudahan, sumbangan yang kita berikan dapat disalurkan kepada masy Islam Somalia..Doa daripada seluruh pelusuk tempat, mendoakan kelancaran misi kali ini, mudah-mudahan mendapat pahala yang sama sebagaimana mereka yang terjun di medan jihad Akbar di bumi Somalia...Amin~