Hari ini 12 Jan 2012...Bermulanya tahun baru bermakna umur saya mendekati kematian semakin dekat...Bukan hanya pertambahan usia muda remaja bahkan saya perlu koreksi diri, sejauh manakah sumbangan yang saya sudah lakukan pada diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling...Ada perubahan diri yang semakin menjurus kearah penambahbaikan dari segi kefahaman dan juga amalan atau tidak? Adakah saya menjadi seorang daie yang sentiasa istiqamah dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, adakah saya ikhlas dalam berbuat amal?
Saya tahu seandainya saya akan dibangkitkan kelak, saya akan dipersoal tanggungjawab sebagai seorang daie, adakah saya give-up di tengah jalan...Baru sahaja saya meleraikan penat mendaki anak tangga blok 5 tingkat di KPZ...Umur sebegini, apa yang telah saya berikan, bak kata Ust.Hasrizal Jamil dalam tagline yang famous itu "Erti hidup dengan memberi".Lalu apakah yang saya sumbangkan? nothing...jika ada pun barangkali sedikit berbanding mereka yang komited di atas jalan Dakwah dan Tarbiyyah.
Alhamdulillah, tadi usai Maghrib saya berpeluang bersama-sama ukhuwwah circle(UC) yang saya cintai, sayangi bahkan jika berjumpa mereka, bertambah ingatan saya kepada Allah. Bukankah kita di ajar untuk bersahabat dengan mereka yang akan sentiasa membangkitkan rasa cinta kita kepada Allah?...Ijlis bina nu'min sa'ah...marilah kita duduk sejenak dan beriman....
Ya, sejak kebelakangan ini setiap perkara yang dibentangkan Allah pada saya sebenarnya mengingatkan saya betapa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Memahami, Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya...Seringkali saya tergelincir dalam meniti kehidupan, namun Allah sentiasa menyedarkan saya. Betapa beruntungnya diri ini...Terima kasih ya Allah...
Semasa dalam UC tadi Prof DNM memberitahu bahawa kita akan didatangkan dengan dua ujian mengikut kata-kata ulama' muktabar iaitu ujian daripada iblis (syaitan) dan juga syahwat (hawa nafsu)...kedua-duanya adalah musuh sejati kita...kerana itu jualah apabila pulang dari satu medan peperangan, Rasulullah memberitahu sahabat-sahabat bahawa peperangan tadi adalah lebih kecil berbanding dengan peperangan melawan hawa nafsu. Benar, selain syaitan yang sentiasa menggoda dan menyesatkan manusia, ada satu lagi yang merupakan musuh paling top buat manusia iaitu hawa nafsu yang sentiasa menyatu dengan diri kita sendiri...
Endnotes: Stop for a while....I feel tired and stay tuned, guys...InsyaAllah I will post the rest after take some break....haha...