Entri berangkai mengenai
penyusuan, kali ini saya ingin berkongsi mengenai set penyusuan susu ibu. Pada
asalnya saya memang setkan dalam kepala nak menyusukan anak tanpa ada apa-apa
intervention. Means tanpa perlu kepada apa-apa supplement, ubat etc dalam penyusuan
kerana pada pandangan saya ianya natural akan berlaku (kemeriahan susu)
Namun saya telah membuat
kesilapan besar kerana saya sendiri pun bukanlah seorang yang konsisten dari
segi pemakanan yang seimbang. Kadang ada juga episod susu merudum. Pernah
sekali saya perlu attend meeting untuk silibus baru di Kedah (Alhamdulillah
sehari sebab memang saya tak pernah berenggang dengan anak lebih sehari). Kami
pergi naik flight dari LCCT (time tu belum beroperasi lagi KLIA2). Sampai di
Airport Alor Setar kami di bawa oleh driver UUM ke hotel untuk meeting.
Oleh
kerana terlalu pack masa meeting bersama coordinator so saya tak sempat nak
pump. Petang baru ada masa nak pump. Allah izin time tu Azzam memang sangat
kuat menyusu. So oleh kerana saya pegi Kedah dan susah nak hantar ke Taska
(suami kerja Balakong) so saya import adik saya dan kakak ipar tolong jagakan
Azzam. Petang tu sekali aje pump percaya atau tidak saya dapat 20 oz lebih
itupun saya stop pasal saya bawa 4 botol sahaja. Lagipun nak bawa naik flight
so saya memang simpan sedikit aje space untuk udara. Saya simpan dalam hotel
freezer dalam bilik kira ok la pasal malam tu dah nak naik flight balik.
So bila masa susu saya merudum?
Nak dijadikan cerita dinner malam tu sebelum naik flight kitorang plan nak
beli-beli makanan ala –ala utara la. Sudahnya beli la char kuew teow tepi jalan
dekat dengan hotel. Time makan rasa juga
macam lain ja kerang dia. Tapi belasah aje pasal lama dah tak makan char kuew
teow utara mari. Sudahnya malam tu naik flight ok lagi siap sampai ja rumah
memulas perut tak sangka. Sakitnya Allah je tahu. Membuang habis apa yang
dimakan malam tu. Esoknya suami hantar pegi klinik, dalam perjalanan pun memulas
perut sampai terpaksa berhenti Petronas membuang. Makan semua tak lalu. Sampai
Azzam pon tak boleh nak menyusu sebab sakit perut dan kosong semua dalam badan.
Semua dikeluarkan. Susu merudum teruk.
Dapat MC dari doktor, doc bagitau
kena diarrhea. Teruk betul diarrhea tu sampai seminggu kurus kering tak jamah
makanan. Even kalau masuk pun membuang balik. Siap muntah lagi. Sehari 2 kali
masa awal-awal. Azzam memang tak boleh nak breasfeeding. Semuanya guna stock
dalam freezer. Susu badan macamana nak banyak, minum air kosong pun sikit
kadang langsung tak minum. Dulu saya memang berselera makan tapi tengok makanan
fevered pon tak lalu nak makan.
Solutionnya selepas seminggu baru
saya consume balik ESP SHAKLEE dan Alfalfa (Saya pada awalya memang beli set
menyusu SHAKLEE seawal kelahiran Azzam. Tetapi consistency kurang kerana saya
lebih percaya susu akan comes naturally. Konsep itu ada betulnya Cuma adakah
kita boleh mengawal segala pemakanan kita seimbang. Awal mungkin ya tetapi lama
kelamaan kita makan ikut selera kita tetapi tidak seimbang untuk anak yang
masih dalam penyusuan yang memerlukan nutrient yang berkhasiat. Macam dekat office,
kadang ada sahaja ofismate yang offer makan pelam cicah sambal belacan, makan
tapai. Saya kadang belasah je (bukan kata tak boleh tapi kadang bila dah makan
maknya memang tak ingat dunia,hahaha). Tambah sebagai wanita dan ibu bekerjaya
kita akan cepat mengalami keletihan akibat workloads yang banyak dan tidak
cukup tidur di malam hari bila anak mahu menyusu. Saya lebih suka anak minum
direct pada malam hari even ada sesetengah mengatakan perlu diberi bottle feeding.
Sebabnya saya suka galakkan adanya bonding time dengan anak semasa menyusu
walau seletih manapun saya, begitu juga ransangan mulut anak akan menyebabkan
susu makin meriah.
Berbalik kepada susu saya tadi, Alhamdulillah
walau sehari sahaja saya consume ESP dan Alfalfa (makesure mommies minum air
consistent sebanyak 3 liter sehari), natijahnya susu saya kembali normal
meriahnya. Paling penting air kena banyak minum bila consume set SHAKLEE. Sebab
air adalah agen kepada kemeriahan dan kesihatan kita. Cara saya bagi memastikan
3 liter air habis diminum sehari. Pastikan beli botol 1L dan makesure sebelum tengahhari dah habis 1
liter setengah. Sentiasalah habis kan air tersebut. Dan 1 liter setengah lagi
saya minum bila lunch. Tak perlu minum air manis, kita ganti minum air kosong
lagi bagus untuk kesihatan. Air manis saya tukar kepada ESP shake bersama milo.
Ingin memberikan hak yang sepatutnya kepada badan anda, sila direct terus bertanya
kepada saya.
Ingin mendapat konsultasi percuma dari saya tentang
cara pemakanan dan gaya hidup sihat, sila contact saya segera!!!..InsyaAllah
saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Saya juga merupakan Shaklee Independent Distributor
SID :1151248
Tel/Whatsapp:019-6195405
E-mail: thareeq09@gmail.com /first_death2217@yahoo.com
FB: Sumayyah Syaheed
http://www.syawwal.blogspot.com
http://www.syawwal.blogspot.com