Saya continue
mengenai penyusuan iaitu mencari Chest feezer. Untuk chest freezer, asalnya
saya merasakan susu tersebut muat untuk dimasukkan ke dalam freezer fridge
kami. Tetapi untuk awal-awal kelahiran semasa berpantang dan 3,4,5 bulan pertama
usia Azzam, susu sangat- sangat meriah.
Boleh saya katakan setiap kali
pump memang terlalu banyak even boleh sekali pump 10 oz dan lebih. Masya Allah
Allah beri rezeki lebih. So bayangkan kalau sehari dua kali pump memang sangat
meriah. Jadi bila masukkan dalam freezer, memang tak muat dah. Itu pun kami
beli sahaja makanan malam sebab tak nak simpan ikan, ayam, daging nanti akan
effect bau dan rasa susu yang di simpan. So , kami plan untuk beli chest
freezer.
Asalnya cari secara online juga.
Ada chest freezer murah tetapi jauh pula. Di Klang. Kosnya pun banyak if nak
angkat guna lori. Saya memang dah cakap siap-siap pada suami untuk chest
freezer saya tak mahu second hand pasal orang dah guna dan sekarang nak letak
susu anak. Kalau boleh nak yang better la. Semuanya demi menjayakan penyusuan
susu ibu selama 2 tahun.
Akhirnya kami plan untuk survey
setiap kali weekend, so kami pergi ke Senawang, Seremban. Cuba bandingkan harga
dan sebagainya. Memang kena well planned kalau tak nanti tak dapat best offer.
So, untuk yang baru first time nak cari
chest freezer, korang boleh tengok berapa liter yang boleh muat dalam tu. Ada
130L, Ada 110L dan lain-lain. Oleh kerana kami plan yang biasa-biasa sahaja, so
kami pilih 110L sahaja. Walaupun Nampak kecik tapi kami dah plan awal-awal
kaedah penyimpanan kena betul baru boleh simpan banyak. So itu tugas suami.
Brand untuk chest freezer yang
kami jumpa banyak, ada Butterfly, Khind (siap ada cermin atas, tapi suami tak
berkenan). Last-last kami decide beli brand Midea. Malaysia mari. Takpe lah
asalkan ada tempat nak refer if berlaku kerosakan atau apa-apa kan. So, sampai
hari ini sudah lama la kami gunakan Midea untuk simpan stock, icepack, ice
bricks. So far banyak berjasa. So pilihlah yang terbaik untuk anak-anak. Tidak
semestinya perlu ada chest freezer untuk memastikan penyusuan ibu Berjaya.
Fridge biasa pun ok. Asal kita setkan mind dan istiqamah.
Untuk milk storage bags pula saya
sarankan Autumnz. Terlalu banyak brand. Ada Avent tapi agak mahal. First Year
pula rare, susah nak dapat, Jingle Jungle (ada yang suka sebab senang nak susun
dalam fridge), tapi untuk yang lasak macam saya Autumnz so far is the best lar.
Memang tahan tak mudah pecah. Double zip lock dia lagi better berbanding Jingle
Jungle. It is up to you la mommies..Hihi.
Untuk milk storage bottles
without teat, bagi saya brand yang paling saya berkenan dan puas hati adalah
Bumble Bee. Begitu juga Jingle Jungle. Tetapi untuk Autumnz penutup tengahnya
memang senang tertanggal. Mungkin saya terlebih lasak ke. So ini pun ikut
masing-masing punya selera. Cuma untuk Bumble Bee ade satu color sahaja. Jingle
Jungle ade 2 version. Satu wording “Mom Milk Is The Best” dan satu lagi wording
“Milk of Love”. Semua wording kat bottles. Yang paling meriah Autumnz berbagai
color. Biru, Pink, Hijau, Natural dll. Siap ade pictures. Cantekk.
Untuk icepack saya hanya gunakan Autumnz. Untuk ice bricks saya
gunakan Jingle Jungle. Ketahanan bagi saya ice bricks lagi tahan berbanding
icepacks. Itu menurut pandangan saya sebagai pengguna la. Nantikan juga entri
saya mengenai pemilihan botol susu bagi anak based on pengalaman anak full
breastfeeding.
Ingin mendapat konsultasi percuma dari saya tentang
cara pemakanan dan gaya hidup sihat, sila contact saya segera!!!..InsyaAllah
saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Saya juga merupakan Shaklee Independent Distributor
SID :1151248
Tel/Whatsapp:019-6195405
E-mail: thareeq09@gmail.com /first_death2217@yahoo.com
FB: Sumayyah Syaheed
http://www.syawwal.blogspot.com
http://www.syawwal.blogspot.com
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete