Monday, April 30, 2012

ISTAC di Indonesia

Sebelum ke Jogja, saya pernah diberitahu mengenai seorang tokoh terkenal di sana...Rupa-rupanya saya bakal ke Pesantren Gontor..Asalnya ingat akan ke Pusat Pesantren berkenaan di Ponorogo..Namun, kerana kami berada di area Jogja, kami di bawa pergi ke Pesantren Gontor 6 Darul Qiyam, di Magelang...

Untuk ke sana, kenderaan besar seperti bas tidak dibenarkan kerana laluan jalan raya yang cukup sempit dan kecil yang hanya bisa memuatkan sebuah kenderaan sahaja...Pak ustaz di sana menanti kami di simpang masuk, kira-kira 3km sebelum masuk ke Pesantren Gontor..

Kami menaiki pajero lama, merentasi sawah-sawah yang pelbagai, ada yang menguning dan ada yang baru di tanam..Keindahannya sukar nak digambarkan, rupa-rupanya Gunung Merapi amat dekat dengan kami...Jika dari Pesantren Gontor, 25-30 minit sudah boleh sampai di lerengnya...Begitu sejuk suasana kerana adanya Gunung Merapi dan air gunung melalui celah-celah terusan sawah tadi...MasyaAllah, pengalaman yang saya tak dapat nak ungkapkan...

Bila kami tiba di bangunan utama Pesantren Gontor, kami di sambut mesra oleh ibu2 ustazah dan pak2 ustaz di sana...Wajah kemesraan jelas tergambar seolah-olah kami sudah lama kenal...Mata saya berkaca, cukup syahdu suasana yang jarang kita lihat...Mereka tenaga-tenaga pengajar di sana mengajar tanpa diberikan gaji...Betapa besar pengorbanan mereka menjadi murobbi...Kelihatan anak-anak Pesantren yang baya counsin2 saya di sana sedang berkumpul di Masjid Pesantren sambil berkain pelikat....Kesemua anak-anak Pesantren belasan tahun ini adalah pria...Pesantren antara pria dan wanita dipisahkan...Jadi tidak kelihatan mana2 anak2 perempuan (wanita dalam bhs mereka) di sana melainkan murobbi2 mereka sahaja...

Kami dijamu makanan yang enak pada hari berkenaan...Apa yang menarik, saya berpeluang ke Guest house untuk menemani rakan yang bersolat kerana bersolat jamak takhir (sesetengah kami sudah jamak takdim)...Peluang yang ada ketika menunggunya, saya bersembang dengan Mbak Erka, Ibu2 Ustazah di sana dan bertanyakan tentang pengasas Pesantren Gontor...Alhamdulillah,saya ada sedikit info mengenai mereka jadi senang untuk bertanya...Saya bertanyakan Ustaz Syukri Zarkasyi yang sedang sakit heart attack (Moga Allah bagi kesembuhan pada beliau) dan seterusnya Ustaz Hamid Fahmy Zarkasyi, seorang tokoh yang cukup hebat dalam memerangi Islam liberal di Indonesia...

Ustaz Hamid Fahmy Zarkasyi adalah graduan  International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), UIA..Dan sekembalinya ke Indonesia, beliau begitu gigih mendirikan sebuah institut sebagaimana ISTAC yang di kenali sebagai Study of Islamic Thought and Civilization (INSISTS), di Indonesia bagi membendung Jaringan Islam Liberal (JIL)..Beliau turut pernah menolak kenyataan Anis Matta apabila dilihat bercanggah dengan praktik2 Islam sebenar...


No comments:

Post a Comment