Thursday, September 17, 2009

Ramai Dah Balik

Saya pun tengah bersiap2 untuk pulang ke rumah...doakan...

***************************
Pukul 12.00 tengah hari, saya pergi jemput adik di SMAKL...angkat barang2 dia....lepas tu ke masjid Kampung Laut,solat jamak...rest lama juga pasal tunggu achik dari KB balik...basnya sampai pukul 4 lebih petang...

Jalan agak jammed kat MPKT...terpaksa la redah juga..nasib baiklah semuanya berjalan lancar...

Lepas tu terus aja balik ikut jalan pantai....beli makanan dekat sekolah Khairiah dulu..air beli bila dah sampai Dungun...sampai di area dekat Paka, dah boleh buka puasa...kami berhenti tepi jalan dan makan2 sket, alas perut sebab mak dah siap2 prepare untuk kami berbuka...our family favourite dishes "bunga kubis"...memang sedap la..

Sebelah malam, basuh baju adik satu bakul, boleh dia kumpul semuanya...sebab dah malas nak basuh kat hostel...Dia yang jemurkan....dah tersengguk2 buat kerja...then, tidor, esok kena bangun awal...kena siap2 prepare for sahur...Qiam...akhir2 bulan Ramadhan...semua kita semua berjaya sehingga satu Syawal...

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan di Moro, Mindanao,Philippines



Beberapa tahun yang lepas, ketika itu Norzie Pak Wan Chek masih menjadi perantara atau host Majalah 3...Pastinya setiap kali siri dokumentary yang di titipkan Norzie menjadi salah satu rancangan favourite saya....Tambah2 ketika itu, saya dapat lihat perubahan imej Norzie mula mengenakan secara terbuka....Saya juga nampak Norzie ketika mempunyai idea yang berbeza untuk menyiapkan sesuatu penyampaian dengan begitu hebat dan very educated....antara paparan yang saya cukup suka ketika di Lubnan, tapak meninggalnya Rafik Hariri, Lubnan ex-president....Mereka turut ke Palestine, kem Shabra Shatila..cukup terkesan di hati saya hingga saat ini...

Di antara semua itu, antara yang benar2 membuatkan air mata saya jatuh jua even dah tahan2...Ramadhan di Bumi Mindanao...dan ketika itu tengah rancak peperangan antara (Moro Islamic Liberation Front) a.k.a MILF dan government army under President Gloria Macapagal Arroyo ketika itu...Gerakan Abu Sayyaf juga amatlah menjadi tajuk besar ketika itu....Krew tv3 ketika itu memang benar2 mempertaruhkan nyawa untuk menjejaki bangsa2 Moro di Mindanao...melihat bagaimana mereka menjalani ibadah puasa...dan ketika itu peperangan masih lagi berlaku...

Sebelum ini saya hanya mendengar Mindanao merupakan negara yang majoriti penduduknya dalah beragama Islam...mereka menuntut kemerdekaan dari Philippines ketika itu...Namun, pemerintahan kuku besi Arroyo tidak mempunyai sebarang toleransi...walau di buat beratus, beribu perjanjian, mereka sama seperti Israel, tiada istilah jujur dalam perjanjian...itu sahaja knowledge saya ketika itu...

Namun, apabila melihat sendiri keadaan krew tv3 ketika itu pergi membuat liputan, keadaannya cukup meruntun hati saya...sepanjang di Mindanao, tiada langsung jalan berturap...jalan semuanya berselut, tanah merah..hanya boleh pergi ke dalam dengan kenderaan pacuan empat roda...krew2 naik kenderaan yang agak dhaif sangat....bila masuk ke dalam, rumah2 di sana semuanya dari kayu papan..tiada yang batu..cuma satu masjid sahaja di bina dengan batu simen...

Kalau dilihat masjid berkenaan, cukup kecil juga...dengan dinding2 berlubang dek peluru...dikatakan bangunan inilah yang menjadi kubu mereka sekiranya di tentang pihak musuh....tiada pembaikkan di lakukan...makanan untuk berbuka sekadar yang termampu...mereka hanya mengambil kelapa, masak seadanya...tapi bagi saya ia cukup2 istimewa...mereka inilah yang benar2 cintakan Allah dan Rasul, walau sekadar minoriti di bumi Philippines,mereka tetap dengan aqidah yang kuat dan tidak gadaikan nikmat iman dan Islam kepada pemerintah....

Apabila malam, memang mereka bergelap...tiada letrik yang si supply di sana...malah krew tv3 mengecas kamera di rumah seorang yang mempunyai generator...orang lain tidak ada dan mereka sudah biasa bergelap....cukup dhaif...tetapi itulah yang mendekatkan lagi mereka kepada Allah....

Sebelum ke sana, mereka (krew2 tv3) terpaksa melalui pelbagai saringan sebelum mereka benar2 percaya untuk di bawa masuk berjumpa orang2 kuat Moro....mereka sememangnya cukup berhati2 dengan orang luar....pakaian mereka bagi lelaki semuanya ala2 tentera dengan senapang di sempang di bahu...sekadar langkah berjaga2...Oleh itu kita seharusnya bersyukur dapat mengerjakan ibadah dengan aman tanpa sebarang gangguan...

Tuesday, September 15, 2009

solat - dari pelbagai side


Jika sebelum ini ramai yang tahu terdapat banyak kelebihan dari solat...tambah2 jika solat dilakukan secara berjemaah....kerana cas2 ion dalam badan kita akan balance atau seimbang apabila bersentuhan ketika melakukan solat berjemaah dengan jemaah2 yang lain sekaligus menjadikan kita lebih tenang...

Jika dilihat berkenaan solat sendiri, ia berbeza rakaat....subuh 2 rakaat, asar, zuhur dan isyak empat rakaat, maghrib 3 rakaat...Menurut mereka2 yang pernah buat kajian mengenai solat...mereka menyatakan perbezaan rakaat ini bukanlah secara kebetulan kerana Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya...Ini kerana di antara solat subuh dan Zohor, kita di sunat untuk mengerjakan Dhuha..kerana di situ adanya masa yang panjang dari pagi ke tengah hari....disusuli dengan Asar...tiada solat sunat yang di tuntut melainkan ba'diah atau qobliah sahaja...disusuli pula dengan maghrib dan isyak juga masa diantara kedua-duanya amat rapat dan dekat...Kemudian masa yang agak panjang sementara menunggu solat Subuh, kita digalakkan untuk solat di sepertiga malam atau Qiamullail....Ini menunjukkan bahawa Allah mengajak kita supaya sentiasa bertaqarrub denganNya ataupun boleh juga dikatakan Allah sebenarnya menuntut kita mengerjakan solat malam agar kita sentiasa menjaga hubungan denganNya walau kita terpaksa mengenetepikan nikmat tidur yang cukup selesa dan nyenyak...

Kalau diikutkan kajian sebenarnya, bangun untuk bertahajjud atau solat malam, sebenarnya memberi seribu ketenangan kepada yang mengerjakannya...berbanding stay-up tiap2 malam untuk study, basuh baju, tengok cerita dan sebagainya....Ini kerana di dalam solat itulah sebenarnya kita seolah2 mengecas kembali iman kita daripada futur atau beku dan mati...ketika itu segala masalah atau problem kita hanya dikongsikan dengan Allah, kekasih yang paling Agung...manakala berjaga malam sesaje untuk menyiapkan assignment dan sebagainya sebenarnya memberi impak yang kurang elok kepada immunity badan kita...badan akan rasa lemah dan tidak lagi bersemangat...kesannya ada yang terlajak subuh, dalam kelas masih mengantuk..sehingga fokus kepada study amat2 terganggu...


solat yang benar2 mengikut segala step2 yang diajarkan...sebenarnya bermula/start dari ambil wudhuk lagi...sekiranya kita menghadapi masalah dalam penyempurnaan wudhuk itu sendiri, maka solat pun turut sama terjejas...ini kerana bagi mereka yang benar2 menjaga solat, wudhuk itu seolah2 sebahagian dari solat mereka..mereka jaga betul2 sampai lah saat solat...begitulah antara mereka yang benar2 mendapat 'roh' solat...benar2 khusyuk dalam solat...sehingga solatnya menjadi benteng daripada melakukan kemaksiatan yang amat dikeji Allah...solatnya benar2 'amar ma'ruf nahi mungkar'...mereka bukan sekadar berwudhuk zahir malah juga set kan dalam kepala niat yang benar2 ikhlas untuk bertemu Allah...mereka meninggalkan dunia ketika bertemu Allah dalam solat dan dalam pekerjaan lain, mereka sentiasa meletakkan piawaian Allah sebagai penimbang tara segala kelakuan mereka...

cuba kita selak kembali sirah2 terdahulu supaya ia dapat membangkitkan syuur kita dalam bermujahadah....Bagaimana Saidina Ali sendiri bila terkena anak panah...menyatakan untuk mengerjakan solat 2 rakaat dan menyuruh sahabat yang lain menarik anak panah ketika beliau sedang solat....Sampaikan selepas habis salam, Saidina ali bertanya adakah sahabat yang lain sudah membuang dan menarik anak panah itu...Lantas, mereka yang lain menjawab, sudah lama mereka membuangnya....Tengoklah betapa khusyuknya sahabat2 terdahulu mengerjakan solat sehingga mencapai tahap khusyuk sehingga tidak sedar keadaan sekeliling....

Cuba pula kita relatekan dengan diri kita sendiri,ternampak lipas depan mata, dah lari even sedang solat...nyamuk gigit sikit pun kita dah bergerak sana sini mengaru gatal....sampai ke hari ini, adakah solat kita sudah sempurna?

Monday, September 14, 2009

Sejauh mana Muraqabatullah kita??


Apabila berbicara tentang sifat Muraqabah...apa sebenarnya yang bermain di fikiran anda?Saya masih ingat lagi majalah Haluan pernah publish atau terbitkan mengenai fokus utama di dalamnya....mengenai Muraqabah...dan covernya ada teropong yang panjang dan besar di halakan pada masyrakat yang lalu lalang (dah diphotoshopkan)...cukup simbolik untuk menerangkan maksud Muraqabah...

Bagi yang baru mendengar perkataan ini, sifat Muraqabah ini sebenarnya merupakan sifat di mana kita perlu merasakan bahawa setiap tindak tanduk, amal perbuatan kita dilihat dan dinilai oleh Allah...Setiap saat kita merasakan seolah2 diperhatikan oleh Allah...merasai keberadaan Allah bersama kita setiap detik dan ketika...Itulah dia sifat Muraqabatullah....sifat yang jarang ada di kalangan kita...

Pernah dengar cerita mengenai seorang pemuda yang disayangi oleh Gurunya...sampai menimbulkan perasaan cemburu dikalangan kawan2nya yang lain sehinggalah mereka mengadukan kepada Guru berkenaan...Guru berkenaan pun berkata dia sayangkan pemuda tadi (anak muridnya) itu kerana bersebab...Lepas itu, Guru itu pun kata nak test anak2 muridnya yang tak puas hati dan memberikan seorang seekor burung termasuk dengan pemuda tadi...dan diarahkan supaya sembelih di tempat yang semua orang tak tengok...Selepas beberapa ketika, semua membawa burung yang dah disembelih tetapi burung pemuda kesayangan Guru itu masih tidak disembelih...Yang lain semuanya gembira kerana kali ini mesti mereka akan disayangi lebih dari pemuda tadi...Namun, Bila ditanya oleh Gurunya mengapa tak disembelih burung tadi...Pemuda itu menjawab mana mungkin dia dapat sembelih burung tanpa dilihat sesiapa sedangkan dimana2 aja tempat tersorok yang dia pergi pun dia merasai Allah ada di mana2...Mendengar jawapan berkenaan tahulah yang lain (anak2 murid yang cemburu tadi) mengapa Guru mereka lebih menyayangi pemuda yang kaya dengan sifat Muraqabatullah...dia sentiasa merasai kehadiran Allah...cerita ini sekadar olahan semula..takut juga silap...kalau silap tlg tegur...sebab just recall apa ada dalam kepala...

Setiap analogy tentunya kena relate dengan kehidupan kita sekarang...Ya, bukan mudah mencapai sifat Muraqabah...berapa ramai yang tewas di kaki syaitan kerana tidak merasai kewujudan Allah...sedangkan Allah sendiri sudah memberi jaminan bahawa Dia lebih dekat dari urat leher kita....kalau kita lihat urat leher kita bukan main dekat begitu juga dengan Allah malah lebih dekat lagi....

Kerana itulah penghadang atau shield kita dari melakukan kemaksiatan adalah iman....Tanpa iman, kehidupan ini pasti hambar...seolah2 binatang ternak yang makan, minum, tidur, buat sesuka hati....namun, bila iman merajai seluruh jiwa dan raga kita...paradigm shifting atau anjakan paradigma akan berlaku....merubah seluruh kehidupan kita menurut piawaian syara'...tak semestinya kita hanya duduk di tikar sembahyang sahaja ibadah...tetapi konsep ibadah amat luas mencakupi segala aspek kehidupan...jogging atau riadah buat kerana Allah juga ibadah, kerja ibadah, makan ibadah, belajar ibadah malah tidur juga ibadah jika betul ikut manhaj atau sistem Islam anjurkan, buat niat kerana Allah...jangan kecilkan scope ibadah sebagaimana difahami mereka2 yang cetek pemikiran Islam sehingga menimbulkan reaksi2 memudharatkan Islam itu sendiri sehingga dikatakan jumud.....

Islam itu syumul...mencakupi seluruh kehidupan jika kita benar2 mengamalkannya...dan siapa sebenarnya yang perlu buat perubahan?..tentulah ianya bermula dengan diri kita sendiri....tiada siapa boleh ubah diri kita melainkan kita melakukannya disusuli dengan doa kepada Allah sebagaimana satu hadith mengatakan "Tidak akan berubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri"...Benar, kawan2, ibu bapa, guru hanya boleh memberi inspirasi, motivasi..tetapi sampai bab untuk melakukan perubahan, ia ditangan kita...ramai yang mengadu rasa tidak semangat belajar, ada masalah dengan berlainan jantina dan sebagainya...tetapi untuk melakukan perubahan..semangat untuk belajar, mengawal perasaan sayang dan kasih berlaian jantina sehingga ia halal buat mereka...bermula dengan tuntutan perubahan di pihak yang bermasalah itu sendiri...dan banyakkan doa...mungkin ada sesetengah doa tidak dikabul secara terus...mungkin dikabulkan lambat sikit, ada juga yang dikabul dengan cepat...Allah lebih mengetahuinya...jangan bersangka buruk dengan Allah....

Sunday, September 13, 2009

Special Offer this Ramadhan


Hanya berbaki beberapa hari lagi, entri saya masih berkisar tentang Ramadhan...Mungkin bila fikir2 agak boring tapi bagi saya Ramadhan hanya sebulan dalam 365 hari, jadi apa salahnya kita utamakan entri Ramadhan...tambahan pula hari hanya berbaki sikit aja lagi...

Saya keluar hantar rakan ke MPKT, dia nak balik KL, bila nak balik, rakan yang lain ajak tengok booth2 di Dataran Syahbandar...mata bukan main rambang lagi bila tengok banyaknya offer2 untuk baju2, kasut2 dll...ni baru sikit booth yang di buka...

Benarlah, kadang2 kita tak nampak offer dari Allah, tapi lebih nampak offer yang ada di depan mata...kita tak pernah fikir ia sekadar ujian buat kita dan tak boleh jadi bekal pun untuk bertemu Allah...begitulah kita, manusia yang sering alpa...kerana itu kita berhajat kepada sahabat yang boleh mengingatkan kita, adik beradik yang boleh menegur kita...kerana itu juga lah kita amat2 memerlukan berada dalam sebuah biah solehah yang mengikut piawaian Allah, ikut neraca Allah bukan neraca atau piawaian manusia...

Dalam kesibukkan membuat persiapan raya, mungkin ramai yang terlupa mengikut kehendak syara' terutamanya perempuan dalam pemilihan pakaian yang sesuai...perlu di ingatkan pakaian ini pula berbagai2 jenis...ada yang pilih main tangkap muat aje....semuanya tutup aurat tetapi rupa2nya ketat, tambah2 sekarang trend baju jarang perkara biasa...seolah2 pembuat kain tahu aje tactic2 nak hancurkan perempuan2 islam melalui pakaian...itu cuma andaian saya...

Kalau di KT, Giant, Mydin Mall dan juga francais2nya, TTC, Dataran Syahbandar, Astaka, kedai Payang, Atas MPKT semuanya sesak...nak ke bandar pun jalan bukan main jammed...itulah penangan offer sempena hari raya...sedangkan puasa hanya biasa2 aje...belum sampai peringkat khusus...23 tahun puasa masih lagi puasa umum....sekadar menahan lapar dan dahaga....saya tak kata orang lain tapi lebih merujuk diri sendiri...ya, yang menulis dan bercakap tetapi tak buat lagi banyak tanggung dosa...Nauzubillah...Tapi kalau nak tunggu semua perfect baru nak cakap tak betul juga kan..."islah napsaka wad'u roiruka"...Kamu islah atau baiki diri kamu disamping kamu islah orang lain...itu baru betul sebagaimana dikatakan oleh Mustafa Mashyur...

Kerana itu, jangan lihat pada yang berkata dan menulis tetapi tengoklah pada apa yang dikata dan ditulisnya...kadang saya sendiri pun tak setuju dengan statement ni...Sebab itu juga bagi saya contoh sahabat2 nabi yang sudah meninggal atau syahid lebih disukai...bagi saya kerana bila buat perumpamaan mengenai mereka, kita tahu tiada orang akan argue atau bantah sebab dari awal mereka hidup sehingga dipanggil pulang mereka benar2 mengamalka syariat Islam...berbanding tokoh2 baru, kita belum tentu lagi mereka akan tetap sama sehingga di panggil pulang oleh Allah...tengoklah berapa ramai yang menjadikan sesetengah mereka aspirasi, tetapi bila orang2 yang mereka agungkan berubah, tiada lagi kepercayaan mereka dan akhirnya mereka berpaling tanpa menoleh lagi....entahlah, itu sekadar pandangan sahaja...

Melalutnya entri ini, tetapi yang fokusnya sebenarnya adalah kita perlu lihat special offer dari Allah sepanjang bulan ini dan bulan2 seterusnya...jangan lupa malam lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan, tahukah kita umur secara averagenya manusia kalau ikut umur nabi sekitar 60 lebih aja...sedangkan 1000 bulan bersamaan 83 tahun plus2...mana lebih hebat dengan offer hari raya?...sebab itulah kita kena pandang dunia ini melalui jendela akhirat....itu yang utama...nnt akan apdet lagi..

Saturday, September 12, 2009

Equity dan Sami Yusuf

Malam nanti saya ada kelas Equity...Nampaknya solat terawih kena buat kat bilik, lepas kelas...

petikan dari berita harian..

Penyanyi Britain lancar single terbaru, You Came To Me, sempena Ramadan

SEANDAINYA di negara ini, nama Rabbani, Raihan, Hijjaz dan Nazrey Johani (sekadar menyebut beberapa nama) dilihat antara aktivis nasyid yang terus memperjuangkan irama dengan mesej keagamaan, kemanusiaan dan masyarakat sejagat, pada peringkat antarabangsa pula, Sami Yusuf mungkin artis Islam paling dikenali peminat selain Yusuf Islam (Cat Stevens).

Dilabel sebagai Bintang Rock Islam Terbesar oleh majalah Time pada 2006, penyanyi kelahiran Tehran, Iran, ini menyinari dunia muzik dengan karya ciptaannya sendiri yang bertunjangkan lirik ketuhanan serta kehidupan sebagai seorang Muslim dalam dunia hari ini.

Dibesarkan di Barat London sejak usianya tiga tahun, lelaki berusia 29 tahun ini meminati muzik sejak kecil. Apabila meningkat remaja, dia menunjukkan kecenderungan untuk menjadikan muzik sebagai karier, lalu mendaftarkan diri di Royal Academy of Music di London.

Begitupun, pemuda yang boleh memainkan alat muzik seperti piano, biola dan genderang ini tidak melupakan akar umbi budaya serta agamanya. Justeru, dia lebih selesa menggabungkan kedua-dua elemen Barat dan Timur untuk menghasilkan muzik yang diterima ramai.

Baru-baru ini, sempena kedatangan Ramadan, penyanyi ini melancarkan single terbarunya di seluruh dunia berjudul You Came To Me, menerusi laman sesawang rasmi bagi memperingati bulan penuh keberkatan berkenaan.

Muat turun secara percuma kini boleh dilakukan peminat penyanyi British berkenaan di laman webnya sepanjang bulan puasa.

"Ketika saya mula-mula mencipta dan menulis lirik dulu, pasaran untuk muzik seperti ini bagai tidak ada langsung. Sewaktu duduk di piano atau memegang biola, saya tidak pernah memikirkan sama ada tindakan saya untuk mencipta muzik yang tidak dibuat orang lain, satu genre yang tidak wujud, ke pasaran yang tidak pernah membeli sebarang album pop pun sebelum ini, sebagai usaha yang berani ataupun bodoh.

"Begitupun, semua itu sesuatu yang cukup benar bagi saya, ia satu usaha yang jujur dan datang dari hati," kata penyanyi ini ketika berucap di Roehampton University di South-West London, Julai lalu, sewaktu dianugerahkan ijazah kedoktoran oleh universiti berkenaan, atas sumbangannya dalam dunia muzik.

Lirik tulisan Sami bercerita mengenai cintanya terhadap Islam serta ajarannya yang bertolak ansur, dengan matlamat mempromosikan gambaran sebenar tanpa prejudis terhadap agama terbabit ke seluruh dunia.

Pada ketika lagunya mengetengahkan nilai tradisi yang baik seperti ketaatan kepada ibu bapa serta menyayangi mereka yang sudah berusia, video Sami pula dibuat dalam bentuk yang moden, licik serta bersifat kosmopolitan. Ia dirakam di London, Istanbul, Delhi dan Kaherah.

Keupayaannya menyanyi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Parsi, Turki, Arab, Bosnia dan Urdu, membolehkan muzik dan mesej yang cuba disalurkan menerusinya sampai kepada generasi Islam lebih muda, serta mereka yang memperjuangkan keamanan sejagat.

Berdasarkan kejayaannya sehingga kini, muzik Sami benar-benar memikat jutaan peminatnya. Sejak 2003, dua album pertama Sami, masing-masing berjudul Al-Mu’allim (2003) dan My Ummah (2005) sudah dijual melebihi 5 juta unit di seluruh dunia dan album ketiganya yang turut memuatkan lagu You Came To Me, kini hampir siap sepenuhnya.

Baru-baru ini, penyanyi ini berdepan kontroversi membabitkan kontrak bersama syarikat rakaman Awakening Records. Dia sepatutnya menghasilkan lima album bersama syarikat terbabit. Bagaimanapun, akibat pertelagahan kontrak, album ketiganya lewat dipasarkan. Hanya pada Januari tahun ini, album Without You muncul di pasaran.

Namun, Sami mendakwa album itu diterbitkan tanpa persetujuan dan pengetahuannya. Dia juga mendakwa album terbabit tidak menepati piawaian yang sering dihasilkannya sebelum ini, lalu mengajak peminat memboikot album berkenaan.

Sami turut mengadakan persembahan di serata dunia termasuk sebuah konsert di Istanbul, yang dibanjiri kira-kira 250,000 peminat.

Sami benar-benar berharap peminatnya akan terhibur dengan lagu terbarunya itu yang dianggap begitu dekat dengan dirinya, serta mempunyai mesej yang amat relevan dengan bulan puasa.

"Saya mencipta irama dan lirik lagu ini pada awal pagi 23 November tahun lalu, ketika saya dibuai pelbagai perasaan termasuk kehilangan, dikhianati, terluka dan kecewa. Pada ketika itulah saya berasakan betapa diri ini sebenarnya begitu dirahmati kerana saya dilahirkan sebagai hamba-Nya Yang Satu. Ketika itulah juga saya nampak sebuah perjalanan menuju kepada-Nya jelas terbentang di hadapan," kata Sami sebagaimana dipetik di laman web rasminya.

Peminat dan pengikut setia penyanyi ini boleh memuat turun single terbaru You Came To Me secara eksklusif dari laman sesawang www.samiyusufofficial.com sepanjang Ramadan. Trek berkenaan diterbitkan dalam empat versi iaitu Inggeris (versi utama), Inggeris-Arab, Inggeris-Parsi dan Inggeris-Turki.

Friday, September 11, 2009

Mencari LailatulQadar


Hari ini sudah tentu ramai yang tahu, kita sudah memasuki fasa2 akhir bulan Ramadhan...Fasa ini kebanyakkan antara kita selalunya akan berbicara tentang LailatulQadar...Namun, masih ramai lagi yang masih acuh tidak acuh dengan LailatulQadar, malah menrancakkan persiapan sambutan hari raya..Tidak salah kita meraikan hari raya, hari kemenangan selama sebulan berpuasa, tetapi apa yang penting adakah sepanjang puasa, sehingga satu syawal...adakah kita atau nafsu sebenarnya yang menang?

Sedikit mengenai lailatulQadar dari Zaharuddin.net

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.