Thursday, November 12, 2009

Tokoh 1:Pesanan Dr.Abdul Karim Zaidan


Dr.Abdul Karim Zaidan(sudah makin uzur) dan Dr Yusuf Qhardawi

Dr. Abdul Karim Zaidan memberi pesanan kepada para pemuda-pemudi Islam. Katanya, “Nasihat saya kepada golongan pemuda dan pemudi Islam, supaya bertakwa kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan Nabi s.a.w supaya bertakwa kepadaNya. Syarat-syarat bertakwa kepada Allah ialah melaksanakan perintah-perintahNya dan berhenti daripada melakukan segala laranganNya.”

Katanya lagi, “Kamu mesti mempelajari ilmu agama dengan ikhlas kepada Allah Ta’ala dan bertujuan untuk beribadat kepadaNya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah: 5).

Sesungguhnya bagi Dr. Abdul Karim Zaidan sendiri, beliau sangat arif dan telah menempuh banyak pengalaman pahit dan manis dalam memperjuangkan Islam.

Maka itu bagi para pejuang Islam, beliau sangat menekan kedua-dua pesanan ini dalam mengharungi perjuangan. Iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah S.W.T dan mengikhlaskan diri dalam segala amalan kita.

Allah S.W.T akan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang bertakwa dan hanya menerima amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas. Dengan ini, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dan halangan dengan penuh kesabaran.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, “Kita memohon agar Allah mempertahankan orang-orang yang beriman, semoga Allah mempertahankan dan memelihara kamu, semoga Allah membalas kembali perbuatan orang-orang yang melakukan kejahatan. Allah Maha Berkuasa mengatasi mereka. Semoga Allah menerima daripada kamu sebaik-baik amalan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Pengampun ” Amin.-source www.nuraiman.wordpress.com

Wednesday, November 11, 2009

Semoga Travel ini diberkati Allah

Travel kali ni tak lain tak bukan kerana rasa rindu ukhuwwah fillah yang tak boleh tahan lagi..jadi saya mengambil keputusan drastik untuk bertemu mereka selepas exam usai...semoga sama2 kita diberkati Allah...

Tuesday, November 10, 2009

My Day Out

Hari ni, satu2nya hari yang tinggal sebelum fly awal pagi esok...sure2 semua barang yang perlu di belikan untuk ziarah teman lama perlu dibereskan..keropok lekor antara yang paling dinanti2kan oleh diorang..jadi pagi ni, dengan keadaan mendung nak hujan, kami gagahkan diri ke KT...today, our time to go out!

InsyaAllah, esok Suhailey sahabat yang amat saya rindu akan jemput..thanks cik lily ek..

Monday, November 9, 2009

Diam's Convert to Muslim-how surprise



Young French Rapper Diam’s has converted to Islam, explaining to the French Press, “Medicine was not able to heal my soul, so I turned toward religion.”
Diam’s has received a great deal of media attention as she has adopted a black covering and hijab since converting to Islam following marriage to a Muslim man.
Diam’s (real name: Mélanie Georgiades, born July 25, 1980 in Cyprus) is a French-language rap artist of French and Greek Cypriot origin. Her family moved to Essonne (near Paris) in 1984.
In 1998, when she was just 18, Diam’s signed a development deal with BMG Music Publishing France. With the publisher’s help, Diam’s worked on her craft and signed with Universal Records in 1999.
She appeared in a song on DJ Mehdi’s 2002 album “(The Story Of) Espion”. The 2003’s Brut de Femme was her breakthrough, reaching gold and spawning the top 10 single DJ.
Since then she has won a number of awards and boasts of a large fan following.
Her fans – waiting for her new album set to release in November – have reacted with surprise over her conversion.
Paris Match has featured a four-page report devoted to her story, in which she says all profits from her new album will be donated to humanitarian organizations and that she now never leaves home without her hair covered.
OTHER NEWS FROM Islam

Footnotes: Actually, i found this in Metro paper and thanks Mr.Google, i searched for it quite a lot..this is the only pic i found in various website...enjoy yourself..for all Muslim readers, Islam spread quite rampant right now..i love when Diam's say "“Medicine was not able to heal my soul, so I turned toward religion.”..It little bit makes me think "Diam's, Allah choose you, how bless you are"

Sunday, November 8, 2009

Cerita Hari Ini

Alhamdulillah exam sudah selesai...cuma berdebar juga...exam kali ni seolah2 kurangnya saya prepare..rasa macam baru masuk Dip dulu..perasaan itu kekal...
==========================================================================



Rasanya dah lama tak berkongsi sesuatu untuk penjejak 'tangan' ke blog ni..rasa segala aim yang ada masa ianya berumur sehari di launchkan tak lama dulu dah lari..sayangnya, masa di habiskan berkongsi yang bukan2 kan..

Hari ni tiada entri menarik cuma, saya ingin ketengahkan bagaimana Rasulullah menginginkan kita mempunyai zuriat yang ramai...lihat sahajalah Nadya Suleman a.k.a octomon...namun, janganlah pula kita sudah ada enam anak dan tambah lagi lapan kembar, namun hidup kita tunggang langgang..
===========================================================================
Ini pula Kate and Jon Plus 8...kembarnya enam plus kembar 2 = kesemuanya lapan orang..


Wednesday, November 4, 2009

Tahniah buat sahabat karibku...

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Rabu berkenan mengurniakan biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2009 kepada 12 penuntut institut pengajian tinggi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di luar negara.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan biasiswa pengajian peringkat doktor falsafah kepada enam penuntut yang melanjutkan pengajian ke United Kingdom dan diikuti pengurniaan biasiswa peringkat sarjana kepada enam penuntut yang melanjutkan pengajian di Australia dan United Kingdom.

Kesemua penuntut itu akan menerima kadar bayaran elaun sara hidup lima puluh peratus lebih tinggi daripada kadar biasa Biasiswa Persekutuan, diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada 2006.

Penerima biasiswa juga tidak terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia dan boleh memilih untuk berkhidmat di sektor awam atau swasta namun mereka diwajibkan pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara.

Pengurniaan biasiswa ini bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kecemerlangan penuntut dalam bidang akademik malah berkebolehan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovasi serta mendapat tempat di universtiti terkemuka di luar negara.

Antara pelajar yang menerima biasiswa itu adalah Syahida Zainudin, 26, berasal dari Kuala Lumpur yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam "Preimplantation Genetic Diagnosis" di London College University, United Kingdom.

Manakala, Sofiyah Nordin, 23, dari Kedah pula akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Molecular Biology di Queensland University, Australia.



-- BERNAMA


Sahabat susah senangku di MATRI dulu, Sofiyah bakal ke oversea...tahniah buat anti ya..

Tuesday, November 3, 2009

Tempat Pergantungan dan Pengharapan

Tiada di sekeliling yang mampu berada bersama2 kita setiap dan sepanjang masa..hanya kepada Allahlah tempat segalanya..