Friday, January 1, 2010

2010


ini baru sambutan National Day di China tahun 2009..siap ukur sama atau tak

sampai kasut terkoyak

hujan tidak mematahkan semangat

berdarah hidung satu kebiasaan

mesti kena tegap dan tak boleh tunduk kepala

binatang ade kat muka pun tak boleh tepis..peluh macam air

tegapkan badan anda

kepala separa hitam putih


peluh boleh perah

peluh..gelinya..

Ini baru sekitar sambutan ND tahun lepas, 2009...bagaimana sambutan tahun baru 2010tidak dapat dipastikan...-source from kekoh..Namun, bermulanya tahun baru hari ini perasaan rasa berkecamuk..tidak dapat dipastika samada ianya baik atau petanda tidak baik...very shocked news is Church can use the word Allah..this is the keratan akhbar..

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.

jadi apa pandangan anda?



Thursday, December 31, 2009

Pejuang...

Ketiga2nya boleh dikatakan pejuang....Namun, yang diperjuangkan adalah berlainan sama sekali..Yang pertama, Syarizan Sudirmin memperjuangkan haknya di Mahkamah ekoran episod hitam yang sekaligus melumpuhkan kakinya...dalam wawancara bersama wartawan dia menyatakan jumlah pampasan yang tinggi RM653,750.00 akibat cedera parah selepas ditendang anggota polis 10 tahun yang lampau ketika menunggang motorsikal...Namun, jumlah itu dikurangkan kerana dia juga merupakan penyebab berlakunya insiden berkenaan..Jumlah bersih RM490,312.00..Hakikatnya ganti rugi atau pampasan berkenaan tidak bermakna kepadanya lantaran ia tidak mengubah sedikit pun segala keperitan yang di alami selama 10 tahun berkerusi roda...itulah antara kata2 Syarizan bila ditanya samada dia akan mencabar keputusan berkenaan di mahkamah sekali lagi sehingga jumlah pampasan menjangkaui RM1 atau 2 juta...

Dalam Perjuangan tiada istilah duduk diam

Yang Kedua juga pejuang, Gus Dur atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid merupakan seorang yang amat tersohor di Indonesia satu ketika dahulu...Namun, selepas memegang tampuk pemerintahan yang menjadi rebutan ramai, beliau dilihat semakin tenggelam ekoran beberapa isu dan kontroversi yang melanda Indonesia ketika itu, antaranya melibatkan rasuah dan penyelewengan kuasa di tambah dengan penyebaran gambar Gus Dur dengan seorang perempuan menyebabkannya berundur dari arena politik dan diganti oleh Megawati Sukarnoputri, anak Presiden paling hebat Indonesia, Sukarno...Sehingga sekarang, masih ramai lagi pengikut Gus Dur yang masih menyanjunginya sebagai seorang yang amat mengambil berat tentang permasalahan rakyat, berani dan berkaliber..Perjuangan Gus Dur berterusan beberapa tahun sehinggalah dijemput pulang oleh Allah semalam...Innalillah...


Dalam Perjuangan tiada istilah sakit demam

Yang ketiga, pejuangnya hanya mahu dikenali sebagai Aminul Ummah. Namanya lahir kerana ibubapa yang berhajatkan anak nya menjadi seperti pemegang amanah umat Islam pada zaman Rasulullah...berasal dari semangat dan keberanian sahabat Rasulullah ini dalam perjuangan, Aminul Ummah ini juga diberikan taklifan mengantikan Khalid Al-Walid dalam mengetuai satu peperangan. Berbekalkan semangat inilah, mudah-mudahan ia semakin menjalar dalam diri pejuang ini, tidak dinafikan pergantungannya kepada Allah melebihi segalanya...Dia sentiasa mengingatkan perkara-perkara kebaikan kepada adik-adiknya..Semalam petang, telefon di rumah berbunyi, pejuang ini menyatakan mahu ke Semenanjung Gaza, Palestin..Mereka tidak boleh masuk menerusi jalan darat...Jadi, cuma tinggal satu cara, menerusi kapal..Dia telefon, hajatnya mahu memohon kemaafan dari ibuayah tersayang...semoga semuanya selamat..InsyaAllah..


Dalam Perjuangan tiada istilah bersenang-lenang

Wednesday, December 30, 2009

..................

Artikel2 yang mahu di cari:
AUKU
Contract Sosial
Victimology
Mercy Killing
Euthanasia lebih kurang MK juga
Extradiction
Constitutional Problem


Nota Kaki: Hajat sangat2 doa daripada anda semua tidak kira di mana anda berada...my bro go to GAZA today...i hope semuanya selamat...doakan..berat sungguh rasa hati ni...

Tuesday, December 29, 2009

Articles for Proloquor Magazine and Memorial

Mungkin entri2 yang akan dan bakal dipostkan selepas ini banyak berkisar tentang kuliah...sehingga saat ini, inilah masa2 paling kritikal buat saya...hajat doa semua...banyaknya persiapan untuk menyediakan articles2 for Proloquor09 first edition...manakala memorial untuk team kami akan dihantar 12 Jan ni...dan competition bulan March...memandangkan terlalu banyak perkara yang saling bersangkutan, menyukarkan buat beberapa hari ini...

Kuliah berjalan seperti biasa, walau ada kalanya berhadapan dengan lecturer2 baru dari UIA sedikit sebanyak mendebarkan..cara mereka agak berbeza berbanding sebelum ini, dengan part-time lecturer yang asalnya lawyer..mereka banyak praktikal..manakala lecturer yang expert dari UIA, they already teached student for more tahn 17 years...dengar 17 years pun dah terbayang betapa segala ilmunya amat2 luas...especially Miss Ahlaam Yusof..menariknya kebanyakkan fresh lecturer yang baru di sini pun pernah belajar dengan dia..sekarang bekerja dengan dia...memang diakui UIA sememangnya mengeluarkan produk2 yang benar2 berkualiti...

Nota Kaki: Semoga anda semua sihat2 sahaja...jika menaiki bas dua tingkat seboleh2nya elakkan ambil seat bahagian bawah...kerana possibility apabila berlaku kemalangan, bahagian bawah masuk bawah divider jalan dan tentunya bahagian atas akan menghimpit yang bawah...namun, itu semua asbab kepada kematian sahaja -merujuk kepada bas ekspress yang accident baru2 ini..

Monday, December 28, 2009

Kuliah

InsyaAllah, kuliah masuk hari ke-2..

Sunday, December 27, 2009

27 Disember 2009


2012 yang mempunyai rating tinggi

Semalam genaplah sudah 5 tahun peristiwa hitam yang melanda Acheh, tsunami yang menyebabkan ombak besar melebihi pokok kelapa yang mengorbankan beratus ribu manusia di atas muka bumi ini...ia bukan sahaja melanda Acheh, bahkan Phuket, sebahagian Kedah di Kuala Muda, pulau Mauritus dll...ia merupakan bencana alaf baru yang amat ditakuti oleh semua bukan sahaja para geologist..sehinggalah munculnya movie dari barat yang the latest 2012..penangan 2012 menunjukkan betapa mereka di barat mengakui suatu hari nanti dunia pasti 'kiamat'...

Terlalu banyak cerita dari barat yang stereotype sedemikian seperti Armageddon, Mars, Iceberg dan sebagainya...Ia seolah2 melontarkan pemikiran pengarahnya yang mengakui kewujudan hari 'kiamat' atau end of this world..25 hb pula merupakan hari Krismas bagi seluruh penganut Christian seluruh dunia..mereka meraikan kedatangan Santa Clause yang akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka...maka muncullah movie Christmas Carol yang masih hangat di seantero dunia...saya pula asyik dengan 'kendarat' bak kata orang Johor, my roommate, sibuk menolong persiapan di rumah jiran...macam nak kawin, anak perempuan sorang katakan...sesuai dengan kemampuan tuan rumah...

24hb pula, selepas Asar, my mum received a message from her brother...katanya datuk Syahmerra meninggal...jadi lepas solat, kami siap2 ke bandar Dungun untuk menziarahi keluarga makcik Zah..masyaAllah, kematian datuk Syahmerra pada hari itu diselangi dengan hujan renyai2...malam itu pula malam Jumaat, bak kata orang-orang tua 'senang masuk'...saya pun kurang faham...mungkin, ada keberkatan lah tu...

Thursday, December 24, 2009

Moga tertingkat keimanan..


ini novel dan buku motivasi sulung Hilal

then terasing

then relasiAlign Center

the latest this coming year majalah Anis 2010

remaja mulia

Bila membaca kantung email yang banyak, dan baca pula mengenai junior sekolah saya, Hilal Asyraf, penulis muda yang sedang mempertaruhkan penulisan islam yang tulen, itulah yang dikatakan dalam keratan akhbar sebelum ini mengenai VT...moga ianya bermanfaat, seterusnya menjadi amal yang semakin meningkatkan keimanan kepadanya, juga saya serta seluruh warga tanah Malaya..

Tadi, bila saya baca email, Hilal mengatakan dia menjadi kolumnis dalam majalah Anis 2010, masyaAllah bertambah2 rezeki adik junior seorang ini..Galeri Ilmu turut menerbitkan buku cerita berjudul 'Remaja Mulia' hasil buah tangan Hilal..Pertama yang bersinar, sirnanya kan tetap menyinar, even orang lain nak menutupnya, takkan dapat..itulah dia bakat seseorang yang dianugerahkan Allah yang Maha Hebat..MasyaAllah..pesan saya, moga Hilal sentiasa merasa bersyukur dan tidak dihinggapi perasaan ujub dan takabbur...ia tentunya penyakit turun-temurun kaum Adam dek terpedaya hasutan syaitan...

InsyaAllah,saya akan bersua anda hari Sabtu atau Ahad ni...doakan supaya saya selamat sampai dan Allah mudahkan perjalanan...Sesungguhnya hati ini rindukan mereka2 di rumah...tapi saya bukanlah homesick orangnya..cuma, achik sudah lama saya tak jumpa..lagipula esok, jiran saya buat majlis pertunangan anak tunggal perempuannya...saya mesti hadir demi mengeratkan ukhuwwah sesama hidup berjiran...tidak mungkin saya mampu menolak sekiranya dia sendiri sudah berjinak2 kepada fikrah Islam yang syumul...saya bertanggungjawab atasnya...insyaAllah..