Sunday, August 22, 2010

I'm on it..



Upcoming Tuesday is my test on Civil Procedure..Just like any test before, i make some effort to tackle the Question thoroughly..Busy as always, i try to spend more time reciting Quran as well as i can in this month...Hopefully, it will remain as my priority every day not only for this holy month...At the same time, i'm trying to polish my skill and ability to pronounce the ayat correctly as Sheikh Al-Ghamidi (just put ur aim like that)..haha..

Ketika my bro buat umrah sekitar tahun 2008 pada bulan Ramadhan, dia solah terawih or tahajjud with Sheikh Shuraim as Imam there..he just calling me instance to ensure i heard Shuraim voice as Imam...What a lucky day..teruja sangat..suaranya cukup mendayu-dayu menghayati setiap bait-bait ayat al-Quran..Benar membaca,melihat dan mendengar bacaan Quran sangat menenangkan jiwa..

Saturday, August 21, 2010

Tanganku kebas sebelum ini


dari lensa kecilku..

Subhanallah, sudah lama rupanya tidak berblog..sejak mengadap facebook,tumblr dan twitter..akhirnya saya beralih arah..mungkin seronok dengan respon melalui sosial networking tu..menyebabkan tersangatlah addicted...

Now, i'm trying to be on the right track again...Since we already passed 10 days of fasting...rasa sedih juga apabila rahmat meninggalkan kita...Sekarang sudah masuk pertengahan...maghfirah atau keampunan daripada Allah..This semester, i thought from beginning its so hard to survive until last semester next year..be a student is so hard even i'm not involve in any commitment yet..so many obligation as a student, anak, adik, kakak, sahabat especially sebagai hamba Allah...Bagaimana mahu merebut cinta Allah ?

Perkara paling menakutkan saya sebagai hamba Allah adalah saya sering merasa takut sekiranya study sampai lewat malam, saya takut kalau-kalau terlepas solah Subuh..benar, saya rela tidur awal even kerja masih menimbun...bagi saya solah Subuh is the most vital thing in my life..bukan mengatakan solah maghrib, isyak, asar, zuhur tidak penting, semuanya penting tapi solah Subuh lah biasanya ramai susah nak bangun..Even bangun, solah ala kadar sebab mengantuk kan..It was a nightmare if saya terkejut lewat...rasa bersalah pada Allah..Takutnya perasaan itu..hidup macam tiada seri..benar ni..

Alhamdulillah, Allah memberi nikmat cukup besar sepanjang Ramadhan kali ini...Saya berkesempatan ke masjid, boleh katakan dalam seminggu 1 atau 2 kali sahaja solah di Apartment..Allah bagi kekuatan berbanding sebelum ini, saya lebih banyak solah di musolla...Namun, kali ini berlainan, saya mahukan 'syuur' Ramadhan itu mekar setiap hari..Bila ramai jemaah di masjid dan imam berlainan, rasa berlainan, sungguh indah bacaan Quran di alunkan..

Dalam 365 hari setahun, hanya 30 hari Allah menghantar tetamu Agungnya pada kita kan...Itulah dia Ramadhan...hanya 30 hari Allah melarang itu ini...bukan kerana Allah tidak sayang pada kita, namun Ramadhan ini bulan ujian, bulan training, bulan berada dalam madrasah Ramadhan..Allah mahu memberikan banyak pahala pada kita..Ibadah yang di lakukan pada bulan barakah ini berlipat kali ganda ganjaran pahalanya..MasyaAllah..30 hari sahaja Allah ambil semata-mata mahu menjadikan kita "ahli TaQwa"..sekiranya kita berjaya mendapat title ahli taQwa, sudah cukup untuk kita mengharungi 11 bulan yang mendatang...Sudah cukup antibiotik itu untuk melawan segala mehnah dan ujian...Namun ramai mana yang mendapat title Ahli TaQwa? ramai hanya mendapat title ahli Ramadhan, usai Ramadhan semuanya hilang..Nauzubillah..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan penuh keberkatan



Melangkah masuk ke madrasah Ramadhan bukan perkara biasa bagi mereka yang benar-benar menantikan kehadirannya..Sahabat-sahabat Rasulullah sendiri, enam bulan sebelum masuknya bulan barakah ini sudah pun berdoa dan membuat persiapan menghadapinya..Mereka berdoa agar dipanjangkan umur mereka sehingga merasai kenikmatan Ramadhan, agar sampai pada bulan Ramadhan..Mereka menyambut bulan penuh barakah ini dengan penuh bersungguh-sungguh..

Apabila memasuki sahaja bulan Ramadhan, kebanyakkan orang-orang soleh memfokuskan segalanya kepada Ramadhan..mereka memperbanyakkan bacaan Quran, beribadah serta beriktiqaf di masjid lebih-lebih lagi apabila sampai sepuluh Ramadhan terakhir maka makin bersungguh-sungguhlah mereka..Sampai pernah dikatakan salah seorang imam terkenal pada zaman kegemilangan Islam, mengurangkan masa bertemu dan mengajar kitab sepanjang Ramadhan untuk memberi laluan buatnya memberi tumpuan menghadapi bulan penuh barakah ini..Subhanallah...

Bulan Ramadhan kali ini bukannya disebabkan ianya jatuh pada bulan september, namun kerana ianya adalah bulan penuh keberkatan...Dimana didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...dinamakan Lailatul Qadar...Pada bulan Ramadhan juga terjadinya peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Islam..Turunya mukjizat agung Nabi Muhammad jua pada bulan ini...Quran yang dibaca oleh kita sehingga hari ini itulah turun kepada nabi pada bulan Ramadhan melalui perantaraan Jibril...Namun, sejauh manakah kita mengambil al-Quran sebagai pegangan hidup?..Tepuk dada tanyalah iman...

Monday, August 2, 2010

I Love My Mother



There is an entry on 27 July 2010 about my mom..but unfortunately, i couldn't post it due to certain reason..Actually,my mom plays an important role to me until now in order to face this harsh world. On 27 July ,it is my lovely mom birthday..the night before 27 July is Nisfu Syaaban...may Allah give His bless to my only mum in this world..At that night, i actually attend one big event organised by UMT MPP..It just called as "Ceramah Gaza" by Pakcik Jamil Muda..I knew him as my father's friend and his wife also my mom's friend.So, because that night i'm rushing to go there, i just called my mom and wished her "happy birthday" and hope her body still healthy until i got married, has a lot of children..so they even can play with my mom (their grandma)haha..i'm dreaming too much at that time i also asked mom, her age..whether it means something to her..she replied to me that, its nothing..it just a number and it never decrease but always increase year by year..don't feel bad about that..just face your life as yourself and obey Allah..it is more than enough..benar-benar jatuh pada hari yang baikkan..

If the internet connection goes well, i will upload my mum photo..the latest one..

Kebesaran Allah:Saintis temui sungai di dasar Laut Hitam

LONDON - Sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai yang keenam terbesar di dunia di bawah Laut Hitam di Mediterranean, lapor sebuah akhbar semalam.Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis menganggarkan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan.Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.Sungai bawah laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam.

Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbar Sunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah.Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. -

Sunday, August 1, 2010

Imam Muda Asyraf

WALAUPUN Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, sudah dinobatkan sebagai juara sulung Imam Muda, hakikatnya seorang lagi finalis, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, juga sudah menjuarai hati khalayak.Malah, buat penonton, keberanian kesemua 10 peserta program terbitan Astro Oasis itu telah mencapai matlamat dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka.Mereka umpama pengembala seperti yang disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim: "Pemimpin adalah pengembala. Dia akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya."

Gaya dan jiwa yang mereka bawakan telah meresap jauh ke dalam pemikiran penonton setia Imam Muda yang berakhir Jumaat lalu.Banyak pengalaman yang mereka peroleh sepanjang tiga bulan menyertai program tersebut. Tidak menunjukkan kelibat imam yang hanya berkopiah dan berjubah, imam muda zaman moden ini muncul dengan gaya yang tidak klise.

Asyraf dan Hizbur mahu menawarkan bakti dan bakat bergelar imam sekali gus mengingatkan kembali nama Rasulullah s.a.w. di hati manusia yang mudah terleka.Bagi mereka, Nabi junjungan itu perlu terus mekar di hati umat Islam. Itu ganjaran yang lebih bermakna buat mereka selain ditawarkan status juara sulung Imam Muda serta mendapat sebuah kereta dan biasiswa melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah.Impak yang diterima umum juga bukan sedikit. Ibu-ibu di rumah yang dahulunya meminati program realiti hiburan sudah beralih arah dan mula berfikir tentang kriteria menantu pilihan.

Imam Muda adalah satu tanda aras yang jika boleh dicapai, mampu menyejukkan perut ibu yang mengandung. Mujurlah Asyraf mahupun Hiz sudah bergelar suami orang.Namun, perwatakan mereka telah menjadi contoh budi pekerti dan iman seorang lelaki.Lebih daripada itu, pengaruh program serta perjalanan imam muda ini juga telah memikat hati masyarakat antarabangsa.Sebuah laman blog di Indonesia mempersoalkan bilakah agaknya stesen televisyen di negara itu mampu mengilhamkam program berunsur Islam seperti Imam Muda.

Media Jerman dan Switzerland turut memberikan laporan secara meluas di negara bukan Islam itu.Bagi mereka, pada saat kebanyakan negara Barat dilambakkan dengan program realiti mencari bintang hiburan, Malaysia pula memilih untuk menonjolkan kredibiliti seorang imam.

Akhbar harian Jerman yang diterbitkan di Berlin, Taggespiegel menegaskan bahawa semua peserta yang mengambil bahagian pasti akan dikagumi oleh peminat remaja dan bakal ibu mentua.Malah, program ini turut diuar-uarkan melalui media seperti Reuters, AP, AFP, Wall Street Journal, The Daily Telegraph, New Straits Times Singapura, Der Spigel (majalah Jerman) dan Daily Tribune.


GELARAN imam muda terunggul telah dinobatkan kepada Mohd. Asyraf (kanan) pada Jumaat lalu setelah 10 minggu dalam program Imam Muda.


Program ini juga dapat disaksikan penonton di Tokyo, Jepun, seluruh Eropah, Amerika Syarikat, Taiwan dan India.Seperti kata Asyraf Isnin lalu: "Saya melihat kedudukan sekarang adalah jalan terbaik untuk saya sampaikan sesuatu kepada masyarakat kelak."Sambung Hizbur: "Gambaran awal saya tentang program ini adalah ia platform terbaik buat saya mencapai misi menjadi imam.

"Kalau tidak di masjid besar, jadi imam surau pun jadilah. Pengalaman dan ilmu yang saya kutip di sini lebih daripada imaginasi saya. Ia cukup besar dan luas."Saya bersyukur kerana mampu bertahan untuk terus mencari ilmu daripada semua yang terlibat dalam program ini."Sekadar peringatan buat peminat Imam Muda, renungilah maksud surah An-Nahr, ayat 125: "Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik."


p/s: Asyraf actually my super senior in MATRI..

Jom tengok KCB Ramadhan Special

http://aby-umy.blogspot.com/2010/07/download-ketika-cinta-bertasbih-series.html