Saturday, January 15, 2011

Syumul

Islam adalah agama yang syumul, meliputi segala aspek kehidupan tidak kira kesihatan, cara berpakaian, pendidikan, perkahwinan dan sebagainya sebenarnya telah di rangkumkan oleh Islam secara total...Sebab itulah kita sering dengar Islam is the way of life..Kerana ia mencakupi segala macam perkara sebagaimana dijelaskan 1400 tahun yang lalu melalui mukjizat paling Agung iaitu Al-Quran..

Sebarang permasalahan telah di jawab dalam Al-Quran..Kerana itu lah "Dengan membaca Al-Quran hati menjadi tenang"..Buku La Tahzan misalnya, Abdullah Aid Al-Qarni telah mengambil Al-Quran sebagai key point bagi meleraikan permasalahan jiwa masyarakat...Cara olahannya amat hebat sehingga bisa melenturkan hati pembaca..Mencari ketenangan abadi, lupakan segala kesedihan..Jika di lihat recycle kehidupan hari ini, Barat semakin mendekati Islam..

Tahun lepas sahaja, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri UK, Tony Blair turut menyatakan keIslamannya selepas banyak bergelumang dengan isu Gaza dan banyak menghabiskan masa di Iran..Dr.Jeffrey Lang misalnya seorang professor maths..menerbitkan buku "Even Angels Ask".. daripada seorang Ateis seterusnya membuka lembaran baru memeluk Islam..saya sendiri belum pernah membaca bukunya..sekadar melihat di YouTube..

"Islam has embraced, the greatest witness to God’s unremitting, pursuing, sustaining, and guiding love is the Qur’an. Like a vast magnificent ocean, it lures you deeper and deeper into its dazzling waves until you are swept into it. But instead of drowning in a sea of darkness, as described above, you find yourself immersed in an ocean of divine light and mercy. … as I read the Qur’an and prayed the Islamic prayers, a door to my heart was unsealed and I was immersed in an overwhelming tenderness. Love became more permanent and real than the earth beneath my feet; its power restored me and made it so that even I could feel love … I was happy enough to have found faith in a sensible religion. But I never expected to be touched by such intoxicating mercy."
-Jeffrey Lang

Kebangkitan Islam di Eropah sebenarnya satu perkara bukan mustahil, mereka telah lama bergelumang dengan maksiat dan sampai satu tahap 'haus' dari segi spiritual..Kekayaan dan glamour sudah menjadi bukan priority..Kerana semua itu hanya bersifat sementara..Saya teringat Slot Semanis Kurma kendalian Ustzh Siti Nor Bahyah dan suaminya, tetamu undangan adalah Noryn Aziz dan Catriona Ross..Mereka sendiri confess bahawa sampai satu tahap bila kejayaan sudah di capai, masih rasa jiwa kosong dan bila baca Quran, dalami ilmu agama serta pergi Haji, rasa ada ketenangan yang tidak boleh nak diceritakan..

Ok,i'm out now..nak pegi majlis aqiqah anak Sir yang ajar Legal Skill jap lagi..Sir Idzfar dapat anak first, Mohd Qaid Danish..InsyaAllah, if everything (my schooling,assignments, lecture classes, presentations) going smoothly, this blog will always be my priority..but, Allah knows better than us..

Monday, January 10, 2011

Sir



This morning, jam 8 pg..Kuliah CP II baru nak panaskan engine..Minggu lepas most of the lecturer sibuk dengan Seminar dan Syarahan Akademik by Prof Adjunct..Jika semester sudah, kami banyak bergelumang dengan procedures, jadi kali ini pembukanya adalah Preventive Relief spt Injunctions.

Sir Badrol pernah mengajar saya ketika 3rd Year..Ketika itu Sir masih lagi part-timer di FUHA..belum resign dari menjadi lawyer..Ketika 3rd Year Sir ajar Jurisprudence, subject yang sepatutnya final year baru ambil tapi saya add that subject sebab boleh transfer jam credit..Sebagai seorang practitioner, Sir Bad sememangnya pandai mengolah ayat, straight to the point, cuma banyak sangat soal-jawab dalam kelas...Banyak tak leh jawab, tersilap jawab..hik3
Italic
Injunction pula bukan sikit..Sir kata buku Injunction sahaja tebal, melalui gaya Sir, ada la tebal lagi dari bundle Moot dan Thesis Research kami last sem..Saya pernah ke library, benar , buku Injunction sahaja memang dah specific..Mareva Injunction dah satu buku, Anton Piller Order pun begitu..Ye la kalau basic nya aja pun dah banyak Mandatory, Prohibitory, Quia Timet etc..

Selain CP, Sir juga ajar EPSC kali ini..nampaknya sekali lagi bergelumang dengan hadith2 dan Ayat Quran..Excited pun ada..Akan belajar Qarinah, Qasamah, Syahadah etc..InsyaAllah, kuatkan semangat ku ya,Allah..Biarlah jadi macam Ust.Farid Ravi Abdullah, belajar bukan semata2 Exam Oriented, nak pass saja, tapi kerana ilmu...Nampaknya dah kena ushar2 keje ni..Ke nak sambung lagi..Local or Oversea?..Hurm, belajar dulu, fokus satu2 kan..takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong pun berciciran..

Keep Ur Head Up

Bila kah lagi kita semua satu hati,
Bila kah lagi keamanan kan dikecapi,
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,
Bangunlah wahai ummah kita satu hati.

Marilah bersama bersatu berjihad
Tentang kezaliman,
Oh Insan sedarlah,
Pembalasan Tuhan Pasti Akan Datang.

Jangan takut 2X,
Berjuanglah untuk keamanan

Bila kah lagi kita semua satu hati,
Bila kah lagi keamanan kan dikecapi,
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,
Bangunlah wahai ummah kita satu hati.

Nasyid yang di alunkan oleh La Khauf, nyata berbekas di hati sejak berulang kali di ulang2 ketika KMK cuti yang lalu..Keep Ur Head Up..InsyaAllah, semua bakal di lalui dengan cemerlang..Jangan pula Keep Ur Head Down by TVXQ..

Saturday, January 8, 2011

Kg Lay Out Tok Saboh,Kg Beris Lampu

What a weird name for kampung,kan..hari ini berpagi2 lagi saya dan beberapa teman serta MCS menaiki Innova ke ILIM,Besut..Tujuannya untuk bersama-sama adik2 di JDK..Facilities at ILIM garnered a lot of attention by sukarelawan2 who comes there..Tempatnya masyaAllah sungguh cantik, kantin sentiasa bersih dan persekitaran agak menyenangkan..

Sampai di ILIM, kami mendengar briefing dari Pck Jamil, memakai vest serta terus ke Kg.Lay Out Tok Saboh dan Kg.Beris Lampu..Dari jauh sudah kelihatan kelibat adik2 peserta Syabab dan Nisa'..Mereka berkumpul di bawah Kanopi yang telah disediakan..Persiapan untuk memasak bubur As-Syura sudah pun di buat..Warga penduduk kampung awal2 lagi sudah turun padang..Kebanyakkannya mereka yang sudah berumur..Adik2 Nisa' dan Syabab cukup bersemangat menolong melakukan kerja2 seolah2 dah pro..Tidak banyak yang kami bantu kerana semuanya dah di conquer mereka..hik3.

Masa yang ada kami membuat pemeriksaan kesihatan anjuran KKH..Antara yang hadir Dr.Salwana dan suaminya Dr.Mansor, Dr.Kamal,Dr.Ariff, Dr.Azman..dan beberapa nurse untuk sesi menderma darah..YB turut turun padang seawal pagi lagi...

Tengahhari, kami makan nasi lauk ikan singgang dan budu..Lama dah rasanya tak makan ikan singgang..Sedap sangat..Petang barulah As-Syura siap..Tapi macam biasa, As-Syura di Besut sangat manis seakan2 di Kelantan..Saya cuma makan sikit aja..

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan bertemu Mar,Nik,Mena,Anah dan K.Shah....Kami bertolak jam 4.40 ptg melalui jalan jauh kerana takut jalan pagi tadi air naik makin tinggi...Malam, usai Isyak, sudah tak sedar apa..esok,kuliah kul 8.00 menanti..Moga Allah bagi kekuatan...Ameen~

INZAR: Ketika majlis perasmian petang hari yang sama, Pck Ishak menyebutkan tujuan program JDK dijalankan khas untuk adik2 lepasan SPM..Antaranya adalah untuk mengisi masa lapang mereka yang panjang sebelum memasuki Menara Gading kerana mereka terdedah kepada aktiviti2 kurang sihat serta mempunyai ruang untuk di tarik oleh mereka2 yang bermasalah misalnya penagih dadah, mat rempit dan sebagainya..Kajian AADK turut menyatakan 40% di kalangan remaja terpengaruh dengan dadah adalah kerana faktor kawan2..

Sebagai salah satu inisiatif, program JDK ini bertujuan memantapkan mereka dengan ilmu2 yang perlu ada sebelum melangkah ke alam IPT. Dalam JDK, mereka di ajar bukan hanya mendekatkan diri kepada Allah menerusi hafalan hadis dan Quran, malah di ajar ilmu2 yang menjadi keutamaan masa kini seperti menguruskan jenazah dan khidmat masyarakat. Tidak lupa juga mereka turut di beri pendedahan mengenai alam Menara Gading, apa cabaran2 memasuki IPT dan bagaimana menghadapinya..

Pck Ishak turut menekankan pentingnya kita memantapkan 3 fakuti insan iaitu jasmani,rohani dan aqli, kerana jika di asah dengan hebat fizikal kita sebenarnya bisa mengangkat sebuah proton SAGA seberat 5 tan..itu kekuatan fizikal, bagaimana pula dengan aqli atau aqal pemikiran kita?..Beliau menegaskan jika aqal di asah 'kena' dengan caranya mampu menguasai 120 kepakaran..Ini satu potensi yang hebat dan luar biasa..Jadi tidak hairan sekiranya Nik Nur Madihah, Amalina dan Azlan mampu mendapat straight A untuk berbelas2 mata pelajaran..Bahkan boleh lebih dari itu...MasyaAllah..Selain Jasmani atau fizikal dan aqli, satu lagi yang paling penting adalah rohani atau spiritual..Jika spiritual atau jiwa kita ini di proses dengan tarbiyyah dan mendekatkan diri pada Allah, ia sebenarnya memberi impak paling besar kerana ia bisa menerobos segala cabaran, dugaan dan halangan yang mendatang..Jika kuat spiritual, tiada yang mustahil dengan pertolongan Allah...




Friday, January 7, 2011

Usia



Ust Nidzam Kadir dalam Tanyalah Ustaz pagi ini menyentuh topik mengenai "Berkatkah Usia?"..Sungguh, ia satu info yang bagus, ust menceritakan ketika baby berada dalam kandungan, malaikat di utuskan Allah untuk tentukan ajal si baby tadi (ia satu yang telah di tetapkan).

Makna kata, kehidupan kita setakat umur berapa sudah termaktub, namun apabila kita di beri keberkatan umur oleh Allah, hidup kita even sampai umur 30 tahun, 40 tahun (satu masa yang singkat) kita rasa puas dan bahagia sepanjang kita hidup (dengan tidak bergelumang dengan dosa dan kita merasa panjangnya waktu kita hidup), even tidak menjangkau usia senja 60 atau 70 tahun..

Kerana itulah, kita di anjurkan untuk meminta doa memohon keberkatan umur kerana menurut beberapa ulama' doa memohon di panjangkan umur, hukumnya adalah makruh..Sebab itulah kita di anjurkan meminta supaya Allah memberkati umur kita..

Sekiranya kita menjauhi sifat-sifat mazmumah iaitu sifat tercela dan melakukan perkara-perkara mahmudah, amar ma'ruf nahi mungkar, insyaAllah, umur kita di berkati Allah sebagaimana doa Rasulullah kepada Anas bin Malik "Ya Allah, perbanyakkanlah harta Anas, ramaikanlah anak-anaknya dan panjangkan lah usia nya dan berkatilah baginya"..

Percaya atau tidak, kehidupan di dunia ini bukanlah everlasting, kerana ada kehidupan kedua selepas kematian iaitu alam akhirat. Ketika di Masyhar Allah, kaki kita tidak akan berganjak melainkan akan di tanya kepada kita empat perkara..Apakah perkara2 tersebut?..

  1. Umur: Kita akan di tanya mengenai umur kita, apa yang kita lakukan sepanjang masih bernyawa dan dimanakah seluruh umur kita di habiskan.
  2. Muda: Kita akan ditanya apa yang dilakukan sewaktu muda (syabab). Biasanya syabab ini umur dalam lingkungan 15 -30/33.
  3. Harta: Bagaimana kita memperoleh harta dan ke manakah ianya di belanjakan.
  4. Ilmu: Apa yang kita amalkan.
Bila membaca buku buah tangan Dr Farhan Hadi "Denyut Kasih Medik", cukup kagum saya melihat seorang doctor muda dalam karakter Dr.Muslih, bisa menerobos segala cabaran dan dugaan sepanjang bergelar seorang houseman (HO).

Dr.Muslih mempunyai sensitivity yang tinggi apabila sesuatu perkara dilakukan bercanggahan dengan Islam seperti penggunaan Heparin bagi menggantikan Clexane (ubat mencairkan darah yang mempunyai protein khinzir), memberi solution berguna kepada Medical Assistant (MA) yang tidak tahu rupanya jamak di bolehkan jika sesuatu operation rumit melibatkan dua waktu solat (cth: Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak), saya sendiri pernah mendengar Ust.Husni dalam Al-Kuliyyah yang menyatakan jamak bukan hanya ketika bermusafir dan hujan sahaja bahkan di bolehkan dalam beberapa keadaan tertentu, seperti operation (sbg cth: Doctor itu seorang pakar dan tidak boleh meninggalkan patient sepanjang operation)

Subhanallah, sekiranya semua menjadi seperti Dr.Muslih, insyaAllah, hospital merupakan tempat pemprosesan tarbiyyah (didikan) yang amat baik kerana pengalaman saya, mereka yang berada di hospital jika di urus dengan baik boleh menjurus ke arah perubahan dan pembaikian diri yang baik. Ketika di hospital, kesakitan dan kematian adalah perkara yang common berlaku.

Boleh memberi keinsafan jika ada penekanan kepada mendekatkan diri kepada Allah. Apa salahnya jika di alunkan ayat suci al-Quran bagi mereka dalam ICU..mereka yang sedang nazak..kerana ketika itu tangisan bukan lah apa2 kerana roh antara dua kehidupan, ayat suci al-Quran dan ucapan syahadah lebih penting di ajarkan berbanding menangis dan bergaduh dengan doctor yang bukan Tuhan. Berimanlah kepada Allah dan bukan beriman kepada doctor2.

Kehidupan kita dibentangkan Allah dengan pelbagai mehnah dan ujian dan berbeza-beza mengikut kemampuan hambanya..Sebenarnya segala mehnah dan ujian itulah tarbiyyah buat kita..Allah nak proses hati kita supaya totally cinta padaNya dan membuang segala rawasib2 (karat2) jahiliyyah dalam diri. Ada berkata muda hanya sekali, jom enjoy puas2..Kalau tengok dari sisi berlainan, Muda hanya sekali, jom kita dekatkan diri pada Allah.

Sepatutnya begitu, jiwa muda remaja, jiwa bersemangat, semangat kental (ruhul jadid), kan seronok dekatkan diri pada Allah tika kudrat kita kuat untuk bangun malam, beriadah, pergi ke mana2 majlis ilmu..

Nak tunggu pencen?No,no, no..its too late,my dear..Ketika tua, Allah sudah tarik banyak nikmat, kesihatan sudah tidak seperti dulu, stamina sudah tidak kuat, ketika itu baru nak berlari-lari mengejar cinta Ilahi, agak terlewat..Takut2 kematian datang menjemput awal dari apa yang kita sangka..Nauzubillah..

MCS memberitahu pada HQ, bagaimana ada mereka yang mengambil inisiatif untuk membuat program buat mat rempit aka samseng jalanan. Dibuat konvoi satu negeri, program itu bermalam di beberapa buah sekolah yang terpilih..

Salah satunya sekolah di Seberang Takir, impaknya, satu malam, mat rempit tidur di sekolah, kerugian dianggarkan RM14,000..Katil, tak nampak rupa katil, Kipas siling habis dirosakkan, meja, kerusi, bilik air apatah lagi..Itu baru sekolah, sekolah2 lain tak calculate lagi..Bagi saya, untuk merubah mat rempit, bukan itu caranya..Buat program konvoi sahaja, nothing happens. The best solution kena refer pada Al-Quran dan Sunnah..

Dalam Quran, ada menyebutkan berkali-kali bahawa dalam diri anak Adam, ada seketul daging yang dinamakan hati, jika hati itu baik maka baiklah yang lainnya dan sebaliknya..Maknanya untuk merubah mat rempit, ada proses yang perlu kita lakukan..Mari memproses (mentarbiyyah) hati..Ada method2 tertentu secara berhikmah..Mereka, mat rempit boleh menjadi honourable person, jika pandai di tackle menjadi seorang yang dekat dirinya pada Allah..Mereka lah the next generations nanti..Adakah kita mahu biarkan tanpa berbuat apa2..

Tidak, kalau kita lepas tangan, there is no way our heirs will survive okay untuk 5 or 10 years mendatang..Itu fakta..Sebagai contoh, jika kita tidak menolong mereka ke arah pembaikan dan kebaikan, macam cerita dalam satu kapal dua tingkat (ala2 cruise la), tiada air, jadi orang bawah nak air, tapi orang atas tak nak bagi (selfish, jual ikan la), jadi orang bawah yang nak air tebuk kapal untuk ambil air..at the end, semua orang atas, bawah mati..

sebabnya orang atas even ada air (fikrah:Kefahaman Islam) tapi tidak mahu berkongsi dan akhirnya orang bawah yang tiada air (jahil) melakukan kerosakkan sehingga orang atas sendiri tidak akan selamat..Untuk masuk syurga Allah, kita tidak boleh berseorangan..Allah akan tanya kita, apa yang kita dah buat pada mereka2 yang jahil dan perlukan bimbingan..Kita tinggalkan mereka atau kita bersama2 mereka menuju keredhaan Allah..Wallahua'lam..

FYI: Achik telefon, dapat rasakan dia gembira pelik..hehe..rupanya semalam pergi konsert bersama Acoustic (kump nasyid dari Indon)..Achik siap menasyidkan Muhasabah Cinta kat hp..Owh, saya pun nak gi..Duo dari Indon menjelaskan konsep nasyid mereka berdasarkan pengalaman mereka sendiri..What a thrill..my heart melt je bila dengar Muhasabah Cinta masa 3rd year..Apapun sangat seronok bila lama tak berjumpa dan dengar dia ok2 aje..hik3..

My mum keep buzzing me, sejak dua menjak ni asyik call..just to make sure everything is fine..Ada sahaja amanat di pesan..Jazakillah, Gracias, Kamsahamida, Arigato,nay..Now, i wish to learn Arabic and Korean (Hangul)..Anyone know how to learn it fastest thru internet?..

Thursday, January 6, 2011

365



Genap sudah penantian..hari ini 365 entri sudah di post..Ada mengarut, ada tidak..Apa yang baik jadikan pedoman dan paling penting aplikasikan dalam kehidupan bukan setakat simpan sampai berkarat..Yang tidak elok tolak terus ke tepi..

Hari ini the last session bersama Prof Adjung FUHA, Dato' Bentara Istana Tan Sri Nik Hashim Nik Ab.Rahman selama Prof dalam kontrak bersama FUHA as an Adjunct Prof for our LPQB recognition..

InsyaAllah Sabtu ni akan berjaulah bersama-sama sahabat2, di samping involve buat bubur As-Syura untuk adik2 JDK..moga semua mendapat redha Allah..Sedih nak tinggalkan alam pengajian dan kawan2..

Wednesday, January 5, 2011

Sinergi2011


Selama bercuti selepas second last semester, saya cuba koreksi diri..di mana separuh jiwa saya yang hilang..makan, saya makan. Tidur, saya tidur. Mandi, saya mandi. Solat,saya solat. Pergi HQ, saya pergi. Namun, ada satu permasalahan yang belum selesai dalam diri. Semua tidak tahu melainkan diri sendiri kan begitu ghalibnya. Lalu, saya membaca tulisan mengenai nilai dalam Solusi oleh Pahrol Mohamad Juoi. Tajuknya apa itu nilai dan bagaimana ia terbentuk?..

Sebelum ini saya acap kali mendengar, membaca malah memberi tahu pada yang lain mengenai nilai. Namun, tidak semua yang kita cakapkan atau baca di hadam sepenuhnya dalam jiwa,kan. Sebagai manusia biasa, tidak terkecuali bagi saya untuk terlupa, lara dan perlu diperingatkan acap kali tidak kira oleh ibubapa, adik-beradik mahupun sahabat-sahabat yang soleh. Cuba lihat di sekeliling kita, adakah kita lebih ramai di dampingi oleh sahabat yang soleh atau sahabat yang mengajak ke arah perkara kemungkaran?Tepuk dada tanyalah iman.

Krisis nilai melanda diri saya dalam bentuk penjajahan yang saya boleh nampak, lihat namun tiada pembaikan dan perubahan di buat. Itulah krisis nilai paling kronik dalam diri ini. Saya memetik penulisan Pahrol yang amat memberi kesan pada diri ini (tulisan Pahrol amat menjurus kepada permasalahan dan seterusnya memberi solusi kearah pembaikan malah gaya tulisannya straight to the point serta boleh ‘masuk’ dalam jiwa).

Apa itu nilai? Secara ringkas nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang. Ia membentuk apa yang kita rasa dan yakini benar, baik dan betul dalam kehidupan ini. Nilai menimbulkan rasa dalaman yang menyebabkan kita sanggup berkorban dan mempertahankan apa yang kita yakini berharga dalam hidup. Jadi,nilai adalah pemandu, pendorong dan sumber kekuatan untuk kita membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan seharian.

Oleh sebab itu, untung atau celakanya kehidupan kita di dunia dan akhirat dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan kita. Maka disini sangat penting kita berpegang kepada nilai yang baik, betul dan benar. Jika tidak, hidup kita akan digerakkan kea rah kemusnahan. Jelaslah bahawa nilai amat penting dalam kehidupan manusia.

Ini kerana manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi, bukannya logik. Begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi. Maknanya, apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yang kita fikirkan. Ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita fikirkan baik untuk kita namun kita tidak berusaha untuk mencapainya.

InsyaAllah, kemunculan 2011 kali ini akan membuka lembaran baru buat saya dan sahabat-sahabat lain..Kita sahaja yang boleh mengubah kehidupan kita kea rah lebih baik berbanding orang lain..Ingatlah piawaian dan nilaian Allah itu lebih penting dari segala-galanya..Dan paling penting Allah itu Maha Pengampun bahkan juga Maha Mengasihani..

Minta lah keampunan Allah dan jadikan Rasulullah sebagai ikutan. Jika Rasulullah sendiri beristighfar dan meminta keampunan beratus beribu kali sehari, kita yang bukan maksum apatah lagi, kan..InsyaAllah..Mari kita mengorak langkah dan membuka buku baru 2011 dan menutup buku lama..