Monday, November 30, 2009

Urusan2 Tarbawy


Kita perlu hidup bersama, saling berganding bahu...baru betul!

Petang nanti, Hanisah akan fetch saya depan Pasaraya Ku..Saya ada hal sikit dalam 2 hari ni start esok...i'm busy and may be there is no update..i will come back on 3 Dis..4 Dis i'm available in Pantai Timur..Actually, this month my schedule very2 padat..7 Dis, i will be at North P.Msia..and only available in Pantai Timur on 10 Dis..and follow by a very hectic schedule in 11-16 Dis in Kelantan..i'm willing to visit my sister after all the schedule ended..please pray for me..for a safe journey..and see you again..if i'm not tired, this blog always my priority to be update..=)

Saturday, November 28, 2009

Tadhiyyah:Pengorbanan2


Pengorbanan?? sampai tahap mana..
Bercakap mengenai pengorbanan...

Seorang nabi sanggup berkorban apa sahaja untuk ummatnya
Seorang Ibu sanggup berkorrban apa sahaja untuk anaknya
Seorang guru sanggup bekorban apa saja untuk muridnya..from kalam

Sirah nabi Ibrahim, menerima perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya nabi Ismail sememang amat berat..Bagi insan biasa kemungkinan besar, ia tidak mampu dilaksanakan..Mengapa perlu disembelih anak sendiri, tidakkah itu kejam dan hanya orang yang tidak beraqal sahaja yang melakukannya...Namun, bagi nabi Ibrahim, setiap perintah dari Allah WAJIB dilaksanakan..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat ummatnya...

Bagaimana pula penerimaan nabi Ismail ketika itu?..Subhanallah, nabi Ismail menerimanya dengan hati yang terbuka, malah apabila diberitahu oleh ayahnya, ia adalah perintah Allah, nabi Ismail tidak ragu-ragu menyuruh ayahnya melaksanakan perintah tersebut...Sekiranya perkara berkenaan terjadi pada diri kita, apakah kita akan bertindak sebagaimana nabi Ismail atau kita akan melarikan diri menyelamatkan nyawa?...Bagi saya ia amatlah sukar, hanya mereka yang tertentu yang dipilih Allah sahaja yang mampu melaksanakannya...Itulah pengertiaan pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, berkorban segala perasaan demi tuntutan perintah Allah...

Berkorban2 juga, namun, pada zaman sekarang mereka mentafsirkan pergorbanan dalam angle yang berlainan...Ada yang berkorban demi cinta sehingga maruah tergadai, ada yang berkorban sehingga anak naik kepala tidak ketinggalan berkorban demi mengejar harta etc...Sebenarnya pengorbanan yang sebegitu hanya memakan diri sendiri...mereka telah salah tafsir maksud pengorbanan yang sebenar, di mana ia merujuk kepada pengorbanan demi Islam dan kerna Allah s.w.t..sekiranya pengorbanan kita semakin menjauhkan diri dari Allah itu bukan pengorbanan, malah kita yang terkorban...Nauzubillah...

Di sini saya selitkan sedikit daripada blog kalam mengenai cerita movie Perempuan Berkalung Sorban-juga buah tangan dari Hanung Bramantyo (Pengarah Ayat-Ayat cCnta) dan blogger blog ini mengatakan ia lebih best dari Ayat-Ayat Cinta...saya pun tak pasti kerna belum pun tengok..


ini lah dia
Di sini saya sertakan sedikit synopsis:“perempuan berkalong sorban”,apa sebenarnya yang tajuk cerita ini mahu sampaikan..?

perempuan yang berjiwa lelaki,

perempuan yang perlu “sama” seperti lelaki?@perempuan itu zahirnya perlu lemah lembut,bersopan santun tapi perlu punya jiwa yang kental persis lelaki untuk setiap benda dan lapangan…

watak utamanya,

Annisa seorang watak yang sangat ideal,cukup lengkap..seorang kanak-kanak yang menuju remaja terus menuju dewasa dengan pertanyaan kenapa,dan apa yang tidak terjawab..akan tetapi jiwanya yang tidak berhenti mengalah untuk menemukan jawapan dan yang sebetulnya ,dia telah menemukan jawapan tetapi tidak punya pilihan untuk keluar.

Annisa seoramg muslimat fenomena yang menongkah arus untuk mendapatkan apa yang beliau impikan dan nekad untuk itu bermula untuk belajar menunggangi kuda,ingin menjadi ketua kelas,ingin menyambung pelajarannya ke jogja,ingin mendapatkan Khoudori.Kalau dilihat semaunya menyalahi “undang” yang mengawalnya pada waktu itu.Ditambah juga dengan watak Mas Reza,Samsudin yang menambah kentalkan lagi Annisa hasil dari jiwanya yang memberontak dengan kebejatan penafsiran islam yang salah dan untuk kepentingan peribadi.

Ini pula pesan Khoudori pada anak-anak Alhuda..

“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”

Muslimat itu perlu tangkas didapur juga di medan..

tangkasnya perlu dimana-mana

Pengajarannya..

setelah 2 kali menamatkan cerita ini,konklusi ringkas..

We have a good product without a good promoter.kita tidak bijak menjual,atau kurang seni untuk itu, atau kurang pandai mempromosikannya seiring dengan tuntunan zaman tanpa mengurangkan sedikitpun manfaat asas product tersebut..hasil dari tu mungkin pandangan skeptical terhadap sesuatu bercambah dijiwa manusia2 ,mungkin kemungcup mengguris dan melambatkan yang atau mungkin barah yang merebak dan memberhentikan..dan sesungguhnya skeptical itu adalah respon daripada satu stimulus..dan stimulus itu yang perlu dirawat terlebih dahulu,daripada kita merawat akibat adalah terlebih baik kita merawat sebab kepada akibat itu..

Mujur “dilemma” itu hadirnya pada diri Annisa,yang mampu melihat the real problem not only the presented problem (anak-anak kabur dari pasentren ) yang akhirnya pulang kembali ke Al-huda untuk merawat sebab dan membuang stimulus dan membawa nafas baru kepada semua warga Al-huda.. tidak seperti annida’ yang terus berpandangan skeptical dan menyebabkan beliau mendapat view baru berkenaan dengan kebebasan..”bebas itu nikmat” dengan tafsiran yang salah

“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”~Annisa

Nota kaki: Ia Sebuah cerita yang WAJIB ditonton oleh muslimat yang mahu berjiwa besar tentunya..

Bagi saya kata2 Annisa yang last tu memang suka sangat...benar kita adalah calon muslimah itu..Ayuh, sesiapa yang ada cerita ni share lah dengan saya..


Friday, November 27, 2009

Tadhiyyah: Pengorbanan


banjir besar, tinggal traffic light aje

hujan renyai kemudian lebat sebelum banjir besar

pandangan dari heli

tahan2 nanti jatuh van tu..

Ini sebahagian gambar 26 Nov 2009 daripada Madina Newspaper..Makkah dikatakan hujan dan sempadan Jeddah banjir teruk..Perjalanan ke Arafah juga dikatakan terganggu..saya sendiri belum betul2 confirm dengan keadaan yang berlaku...


berpusu2 jemaah haji from lutfi
Bila tengok gambar ni, seperti kata bloggernya 'sejuta wajah menuju satu arah'...benar..bahkan bukan sejuta malah tahun ini dikatakan sebanyak 2.5 juta umat Islam menunaikan ibadah haji di Makkah...Semuanya memakai ihram putih walau berbeza warna kulit, bahasa malah juga darjat..sama2 melaungkan takbir dan bertalbiyyah menyebut "Allahu akbar". mengagung-agungkan Allah...mereka beramai2 menyebut satu bahasa yang menyatukan antara mereka..itulah uniknya Islam..indahnya Islam...

Ketika di tanah Haram, semuanya sama, berpakaian ihram, menyamakan kedudukan sesama semua jemaah..tidak diketahui sama ada seseorang itu kaya atau miskin, berpangkat mahupun tidak..semuanya tidak meninggikan diri masing-masing..dengan niat yang satu mereka mengerjakan haji...kerana itulah dikatakan hari raya haji...dan pada hari raya juga ada diantara yang mampu mengerjakan korban dan membahagi-bahagikan daging kepada insan yang kurang bernasib baik...Syukur ke hadrat Allah...

Namun, disebalik semuanya ini, ada peristiwa agung yang kadang kala kita lupakan iaitu peristiwa pergorbanan nabi Allah Ibrahim dan anakya nabi Allah Ismail...insyaAllah saya akan cerita kan kemudian..Selamat berhari raya dan jangan lupa kesihatan turut dijaga kerana wabak kolera atau taun(wabak yang masyarakat paling takuti) dan juga denggi semakin rancak di luar sana..bacalah doa selawat syifa'...insyaAllah..

Thursday, November 26, 2009

Lambaian Kaabah:Wukuf Di Arafah


berpusu2 wukuf di Arafah from blog misbahul munir

bas yang memang takde di Malaysia from lutfi fotopages

senja di Arafah from lutfi fotopages
Arafah merupakan tempat yang sangat penting pada ibadah Haji, dimana di Arafah ini jamaah haji harus melakukan Wukuf. Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.

Keadaan di Arafah ini merupakan replika di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membedakan hanyalah kualitas imannya.

Wukuf secara harafiah bererti berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah berada di Arafah pada waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram.Pada saat wukuf disarankan untuk memperbanyak doa sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan. Juga memperbanyak taubat memohon ampunan Allah SWT.Sebab saat wukuf adalah saat yang utama untuk berdoa, memohon ampun dan bertaubat.

Selain itu juga perbanyak ibadah lainnya seperti membaca Al Qur'an, takbir, tahmid, tahlil dsb. Selama wukuf jangan sampai melakukan sesuatu yang tidak elok atau tidak sesuai dengan kesucian ibadah saat Wukuf.

Adapun keutamaan Arafah adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW ,"Do'a yang paling baik adalah doa di hari Arafah".
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW juga bersabda ,"Tidak ada hari paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah".

Jutaan umat Islam meninggalkan Mekah menuju ke Arafah. Tidak ada dalam dunia satu hari perjalanan yang paling sibuk dan sesak melainkan perjalanan ke Padang Arafah. Kesesakan yang sangat luar biasa di dunia. Bayangkan ribuan bas akan bergerak menuju ke tempat yang sama. Anehnya setiap jamaah haji berjaya sampai ke Padang Arafah sebelum tempoh wukuf berakhir.

Jarak antara Mekah ke Padang Arafah cuma 21km, masa yang diambil oleh bas yang membawa jamaah haji ke Arafah tidak sama, paling cepat 20 minit boleh sampai dan paling lama sehingga memakan masa berjam-jam. Berada di Padang Arafah tidak diperlukan lama, hanya sekadar berada seketika pada waktu-waktu wukuf sudah memadai dan sah wukufnya.

Di Arafahlah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati ibadah kita kepada Allah swt. Doa di Padang Arafah antara yang paling mustajab. Jamaah haji tidak akan melepas peluang untuk membaca al Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan berdoa.


Hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jamaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual. Suasana yang sangat panas terik membayangkan perhimpunan yang lebih besar, lebih panas dan lebih padat iaitu perhimpunan di Padang Mahsyar.

Pada hari Wukuf, jemaah haji akan berhimpun di Padang Arafah selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah.
source :hajiumrah & misbahul munir blog..


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua sahabat2 saya, blogger2 even silent reader..
Banyakkan bertakbir malam ini..disunatkan bertakbir selama 3hari..
malam ini juga kebanyakkan doa dimakbulkan..

Nota Kaki: Pagi tadi saya, ayah dan adik ke bandar Dungun, tujuannya mahu baiki kad bank saya yang di katakan 'inactive'..membeli sedikit stuff untuk buat kek nak jamu Hari Raya dan juga mahu ke Pasar Besar Dungun, nak cari bahan2 buat Soto..So the journey dari rumah of course akan lalui Paka...Nampak obvious, jalan -jalan raya rosak teruk akibat banjir...Alhamdulillah banjir semakin surut...tak pernah saya lihat jalan raya banyak sangat rosak dengan lompang di tengah-tengah..air di sekitar sungai juga melimpah tetapi dalam keadaan terkawal...kalau ikutkan memang nak snap gambar tapi Allah izin, camera adik di Kelantan bawak ari tu..kebetulan pula dia tak balik this Raya sebab exam start lepas habis raya ni...Jadi semalam adik saya bukan main lagi telefon nak tahu resepi untuk masak esok...rajin sungguh dia..mengalahkan saya...dia sememangnya adik yang sangat0-sangat saya rindu..tapi taklifan di sana terlampau banyak menyebabkan dia terpaksa sacrifies masa weekend dari balik rumah and buat kerja amal Islami..moga mendapat Najah...

Wednesday, November 25, 2009

Pilgrimage: Pic From Makkah


i just grab this from uncle

tidur di kawasan Makkah satu kebiasaan from lutfi

sampai ikat anak takut hilang from lutfi

ramainya jemaah from lutfi

dalam kawasan Kaabah from lutfi

jemaah berpusu2 from lutfi

jumaat di Makkah from lutfi

lagi jumaat di Makkah from lutfi
Susah sebenarnya nak cari pic Makkah tapi dengan adanya blogger2 yang menetap di sana even masih tengah study yang sudi snap pictures for Tabung Haji atau personal sememangnya amat dihargai..Seronok tengok gambar kehidupan di Makkah..entah bila boleh pergi kan..Semalam saya dapat call dari abang di Damascus...Jazakallah..ingatkan dah lupa...biasala mostly lelaki kurang ingat sikit perkara2 birthday etc..tapi Alhamdulillah, semalam dapat call dari seberang...antara kata2 nya, ayat memang stereotype la...'selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki, dapat pergi Haji (ayat belakang yang tak tahan tu, tak pernah pula dengar orang bagi ucapan camtu kan)..

Sebenarnya semalam, pagi lagi my parents dah bagi sikit ucapan, ditujukan khas buat anak nya yang lahir 24 Nov 1986, 23 tahun yang lalu pukul 12.05 tengah hari...macam saya ceritakan sebelum ni, time tu banjir terburuk di Terengganu..Saya dilahirkan di Hosp.Besar Kuala Terengganu, now dah tukar jadi Hosp.Sultanah Nur Zahirah..seperti kebiasaan saya juga jaundice masa kecik dan kena tahan for 9 days..logik la tu sebab time tu mana ada cahaya matahari..hujan memanjang dan kebanyakkan doctor2 dan nurse tak dibenarkan pulang..in case emergency call..

Sempena Pilgrimage tahun ini, bila tengok gambar di atas of course siapa tak nak ke Makkah, cuma mampu atau tak aje...memang bertuah siapa yang dipilih Allah ke sana...Tahun ni kalau di Terengganu especially Dungun, banjir amatlah teruk...sampai jalan tak boleh lalu kena block di air..rasanya tahun ni kalau tak boleh ke KT, kena raya kat Kijal aje...

Nota Kaki: UDMZ di pindahkan dari jagaan Dr.Akmal ke UKM Specialist..Allah izin saya bukan pemuda dan bukan juga doctor...jadi saranan oleh Dr.Zamrin supaya pemuda 'sahabat' menziarahi UDMZ dan doctor2 boleh 'on call' secara berganti2 tidak dapat saya penuhi..

Tuesday, November 24, 2009

23 years- how deep my contribution to Islam??


this is not my cake..i just browse 'happy birthday 23' and it came out...from melvintay

Umur 23 tahun, sudah besar panjang, sepatutnya juga saya matured dalam segala hal..ketika umur ini, mengikut sirah-sirah sahabat nabi seperti Saidatina Asma yang membekalkan makanan kepada ayahnya Saidina Abu Bakar dan Rasulullah ketika peristiwa penghijrahan nabi ke Madinah dan ketika itu mereka bersembunyi dalam gua (masih ingat labah-labah dan burung mebolong mereka dengan membuat sarang), Saidina Ali yang masuk Islam pada usia muda dan sudah bersama angkatan tentera Islam ketika itu (tidur di tempat tidur Rasulullah sebagai satu stategi mengelirukan pihak musuh, Saidina Zaid b Harithah misalnya mengepalai angkatan tentera ketika umur masih belasan., sejarah pemuda-pemudi hebat dalam mempertahankan Islam seperti Salahuddin Al-Ayubi (bagaimana pada usia yang masih 'hijau' mampu membebaskan Al-Aqsa), Sultan Muhammad Al-Fateh (membebaskan kota Konstantinople atau dikenali sebagai Islambol dan ditukarkan kepada Istanbul, Turkey yang ada sekarang)...

Umur 23 angka yang akan terus ke depan dan tidak mengundur ke belakang..apa sumbangan saya pada Islam setakat hari ini??Takut sekiranya di tanya Allah sejauh mana saya manfaatkan umur remaja ini...biasa dengar kata2 'umur remaja hanya sekali, jadi kita kena enjoy'...maaf itu bukan kata2 yang BETUL...yang benarnya, umur remaja hanya sekali, jadi sebelum menjengah hari tua, kita perlulah memanfaatkan masa muda sekarang dengan betul2 agar selari dengan piawaian Allah..dalam sehari manfaatkan betul2...masa muda remaja inilah masa kita semangat berkobar-kobar untuk berbuat sesuatu..tambah jika belum berbaitul muslim, tiada terikat dengan komitmen yang besar...cuma dengan ibubapa sahaja...sayang jika umur masih muda kita banyak menghabiskan masa dengan tidak tentu hala...wanauzubillah...

i just got a message..even too early from Aqilah 'salam su, slmt hari lahir, semoga panjang umr n murah rezeki. Dan dpermudahkan Allah segala urusan d dunia dan akhirat.-23 Nov 09/15:14:56

from Ain my classmate 'kak.epi bzdy.smoga pnjang um0 n murah rezki.aMEen..tkt ain ttdo mlm nanti..hehe.-23 Nov 09/20:48:34

next from Sarah my classmate 'hepi besday k.su' -24 Nov 09/00:04:57 (the winner-winning my heart..hehe)

next from Suhailey my close fren "Perkara yang paling aku kesali dlm sehari ialah apabila t'benamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah"ibn mas'ud r.a-renungilah..slmat Hari Lahir Sue! smg ant dbwh lmbyung rhmat Allah slalu..smg hr lhr ant m'bw sejuta kebahagiaan n buatkan ant makin matang serta bijak hadapi ape je kemngkinan yg akan dtg dlm hidup!friend 4 eva, hepi birthday sue..syg ant:-)-24 Nov 09/00:35:18

next from 019778938 'slm sue..eid milad-23...mg pjg umr..mrh rzqi..bahagia sokmo2..dimakbulkan sgala doa..aminn...:-)sarah-24 Nov 09/00:15:46

next from along syazwani my close fren ' with my 1 heart, 2 eyes, 7 liter blood, 206 bones, 1.2 million red cells, 60 trillion DNA's..wanna wish u "happy besday" gnite...-24 Nov 09/01:21:06

next from Zuhafizah my classmate ; hepy besday 23 sis sumayyah..mga pjg umo dmrhkan rzki..tke cre..nitez..:-)-24 Nov 09/00:11:29

next from Zam my roommate:'salam..slmt hr lahir..mge sntiasa dbrkati,drdhai n dnaungi olehNya..mge t'cpai cita2..mge ukhwh y t'bina,xt'putus..dn b'kekln hndkny...'-24 Nov 09/09:03:52

next from Nisa' the message ade kartun lagi..so susah nak describe..thanks a lot..

most important today..i got called from Ipoh, Perak..my lovely junior, Adha..she called me at 10.10 a.m while i was taking breakfast and she just singing a song "happy birthday" twice using the firm phone. I'm very lucky at least she try to make me surprise by using different number but unfortunately her voice quite familiar to me and i recognise her immediately...thanks ya..

today, i just find out..ALZA..new design from Perodua..it is the MPV car..this is the pic..

nampak combination of viva...too obvious..ala-ala Grand Livina kat belakang..


Nota kaki: Semalam, saya check kantung email..dapat tahu UDMZ didiagnosis denggi yang serius,dah seminggu tak lalu makan dan telah dan sedang dimasukkan 13 botol air..disahkan oleh anak sulung lelakinya yang juga doctor, Dr.Akmal di Gombak..mohon doa dan solat hajat juga ziarah bagi mereka yang berkemampuan..tanpa UDMZ, perjuangan ini hambar..saya nak upload semalam dalam entri tapi server down sangat2..

takpula saya selitkan tarikh kelahiran 23 tahun lampau, 24 Nov 1986 merupakan tarikh keramat kerana ketika itu banjir atau 'bah' paling besar berlaku di Terengganu selepas tahun 1967 yang dikenali banjir 'bah merah' oleh orang tua2 yang pernah hidup masa tu..ape tandanya ya?..takut bila pk2 balik..nanti i will upload cerita di sebalik banjir for the next entry fullstop

Sunday, November 22, 2009

Zon Selesa: Selesa atau Seksa


Ramai yang ingin berada di Zon selesa dan ramai juga yang mahu lari jauh dari Zon Selesa atau Comfort Zone..Bagi saya pula bila sudah pulang ke rumah bercuti rasa seolah-olah selesa dengan keadaan yang ada...Dengan ibubapa yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, sudah rasa tempiasnya kena pada kita..rasa comfort sangat sehingga timbul sedikit sebanyak perasaan lesu dalam beribadah, tidak seperti sebelum ini, merasai sukarnya melakukan sesuatu dengan ringan tulang dan sebagainya..

Itu antara effect negative pada diri saya selama berada di Zon Selesa..Sebab itulah ramai juga yang mahu lari darinya kerana berada di Zon Selesa sebenarnya bukan perkara yang baik..Is menjadikan kita senang dan selesa pada awalnya sedangkan kita sebenarnya sedikit sebanyak sudah rasa letih dan jemu untuk bermunajat kepada Allah..Lihat sahajalah ayam kampung dan ayam 'cucuk'...ayam kampung yang sentiasa berada di luar Zon Selesa, kena berdikari mencari makanan sendiri ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sebenarnya jika dilihat memang ia perlu usaha yang lebih, gigih, nampak sukar kehidupannya..tetapi at the end, ayam berkenaan boleh survive dan tak perlu bergantung pada yang lain..itulah impact di luar Zon Selesa..

Manakala ayam 'cucuk' atau ayam bandar ini dijaga bagai menatang minyak yang penuh...di sediakan dedaknya, segala air minum sehinggalah kepada pemasangan letrik pada waktu malam..amat2 'demand'..ia berada di Zon Selesa..namun apa yang terjadi sekiranya ayam tadi dilepaskan ke luar..belum tentu ia mampu mencari makanan sendiri kerana sudah sebati dengan 'spoon-feeding'..biasa di ajar senang dan selesa...bahkan jika letrik terpadam atau guruh halilintar berdentum, ada je ayam2 itu yang mati..kurangnya antibodi..kerana tidak pernah diajar berdikari..hanya berada di Zon Selesa..Nah, pilihan di tangan kita, kita mahu yang mana..Zon Selesa yang sentiasa melemahka kita tanpa sedar atau Di luar Zon Selesa yang sentiasa memotivasikan kita dengan ujian dan cabaran..Namun, tidak dinafikan ada juga yang okay bila berada di Zon Selesa tetapi kuantitinya hanya sedikit dan ia perlulah sentiasa tadhiyyah dan istiqamah semasa berada di Zon Selesa...agak2 anda berada dimana?..