Huh, akhirnya saya kembali pulang...rindu bangat sama katil, bilek...
Alhamdulillah program BTN tidak terlalu rigid dan mengongkong....
Saya akhirnya mendaki bukit Keluang di Besut...
Dalam perjalanan, berhenti untuk makan makanan laut....sotong 1pinggan kecik RM6.00...
Saturday, February 28, 2009
Wednesday, February 25, 2009
La Tahzan, duhai hati....
Seorang penyair berkata,
‘’ Jiwaku yang punya sesuatu akan pergi,
mengapa aku harus menangisi sesuatu yang harus pergi.’’
Dunia dengan emas dan peraknya, dengan jabatan dan rumah megahnya,maupun dengan istananya,tidak berhak mengalirkan setetes pun air mata kita. Diriwayatkan oleh At-Tirmidzy bahawa Rasulullah bersabda,’’ Dunia ini terkutuk, semua yang ada di didalamnya terkutuk, kecuali dzikir kepada Allah, hal-hal yang bersangkutan dengan dzikir,seorang ‘alim dan seorang pelajar.’’
Dunia dan kekayaan itu sebenarnya tak lebih dari barang titipan. Demikian yang dikatakan oleh Labid,
‘’Harta dan keluarga hanyalah barang titipan,
dan suatu saat barang titipan itu akan dikembalikan.’’
Wang miliaran,rumah-rumah megah, dan kereta mewah tidak akan menangguhkan kematian seorang hamba. Demikian dikatakan ileh Hatim ath-Thai,
‘’Demi hidupmu, kekayaan takkan memberi manfaat
kepada seorang pun, ketika dada sudah tersengal dan sesak’’
Oleh sebab itulah di kalangan bijak bestari mangatakan, ‘’Tentukan harga
Sesuatu itu secara rasional. Sebab, dunia dan seisinya tidak lebih mahal dari jiwa seorang mukmin.’’
{ Dan, tiadalah kehidupan dunia ini melainkan sendagurau dan main-main }
(QS. Al-Ankabut,64)
Hasan Al-Bashri mengatakan ,’’Jaganlah tentukan harga dirimu, kecuali dangan syurgannya. Jiwa orang yang beriman itu mahal, tapi sebahagian dari mereka menjualnya dengan harga yang murah.’’
Orang-orang yang menangis meraung-raung kerana kehilangan harta mereka, kerana rumah mereka yang hancur, dan kerana mobil-mobil mereka yang terbakar, yang tidak menyesali dan bersedih atas merosotnya nilai keimanan mereka, atas dosa-dosa mereka, dan atas sikap mereka yang memandang sebelah mata terhadap nilai ketaatan kepada Allah swt.,nescaya akan menyedari bahawa mereka tidak ada nilainya jika diukur dengan apa yang di tangisi, dan akan menyesali apa yang mereka lakukan.
{ Sesungguhnya mereka(orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat(hari kiamat) }
Malam ni merupakan malam yang agak menyedihkan saya...Sir Majid, dean of Faculty of Law saya akan melanjutkan PHD ke UK...Majlis farewell berjalan lancar...saya turut beri sket ucapan...Esok, saya perlu ke BTN...Sampai Sabtu ni...
Monday, February 23, 2009
Tanda Hati Masih Hidup
Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, Baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhulwah di Gua Hira'. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira' sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.
Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira' sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi implikasi yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.
Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta peribadatan yang tidak putus-putus terhadap Allah tanpa ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mecari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkan ia sampai kepada hakikat keagungan ilahi.
Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamnya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.
Sebagai hikmah Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, memperhitungkan dan menghisab diri sendiri di ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dari suasana dunia yang sombong, bongkak, hasan-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam jiwa manusia dan menguasai hati sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun amalan saleh dan ibadat yang banyak.
Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam mausia tadi dan ia tidak mudah dibasmikan kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan bertaqarrub dengan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dari masa ke semasa untuk mendapat taufiq hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah dirinya untuk mencari titik-titik kelemahannya di hadapan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala pencipta alam sejagat seterusnya bertafakkur dan merenung bukti-bukti kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan akhirnya menginsafi tentang kewujudan hari Akhirat, rahmat dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan merenung berulang-ulang kali maka penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan tempatnya akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang abadi. Dengan itu tidak ada sesuatu apa pun lagi yang akan mempengaruhi kehidupan manusia itu.
Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang pentingnya di dalam penghidupan manusia umumnya dan para pendakwah khususnya ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala di dalam hati sanubari di mana ia merupakan sumber dan dorongan kepada pengorbanan, perjuangan dan asas utama kepada dakwah yang memarak. Perasaan cintakan Allah Azzawajalla tidak tercetus melalui kepercayaan kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu belum lagi dapat memberikan kesan kepada hati dan perasaan. Sebab jika sedemikian, sudah tentulah para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan RasulNya. Tidak pernah kita dengar seorang alim bijak pandai telah mengorbankan jiwanya kerana beriman dengan sesuatu teori-teori matematik yang dicipta manusia atau teori-teori algebra.
Bahawasanya tidak ada jalan lain untuk cintakan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala melainkan dengan cara merenung dan bertafakkur dengan segala nikmat pemberiannya, merenung keagunganNya dan kebesaranNya. Kemudian memperbanyakkan bacaan-bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sesungguhnya kesemuanya ini tidak dapat dilaksanakan melainkan apabila seseorang Muslim itu melaksanakan apa yang disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan amalan yang disebutkan, Allah akan memutikkan bibit-bibit kecintaan yang berkilau terhadap Allah yang menjadikannya memandang kecil segalanya; tidak menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang azab sengsara yang mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan senang. Inilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan tugas dakwah dan demikianlah senjata yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam untuk baginda melaksanakan dakwahnya.
Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berhimpun di dalam hati manusia, iaitu takut, berani, cinta, suka, duka dan sebagainya berupaya menjadi sebagai pendorong bagi seseorang untuk menjalankan tugas yang mungkin dapat dilaksanakan sekiranya hanya disertai dorongan daya fikiran biasa manusia. Memang tepat seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Sathibi Rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnyha Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam di dalam melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan yang satu lagi golongan Muslimin yang tertentu di dalam melakukan takallif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan yang lebih dan disertai dengan kefahaman.
Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu dengan disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan, ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang berharap-harap tidak akan mnghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya
Rujukan: Fiqh as-Seerah Jilid 1, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Sampai jam 3lebih pagi tadi....saya menolak beg beroda keluar dari bas...
Mengangkat beg ke tingkat 5...Our apartment, no lift...
Keluarkan barang2 yang patut...
Sunday, February 22, 2009
Memahami Islam Melalui Sirah Nabi
Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini sama dengan membaca dan menelaah sejarah para tokoh yang lampau.
Tujuan pokok daripada kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (de fakto) Islam semuanya teradun di dalam kehidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu.
Tegasnya, kajian riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam, kemudiannya memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini, maka bolehlah dibahagikan seperti berikut;
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Kesimpulannya, Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi baginda adalah pesuruh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang menerima wahyu dan taufik daripadaNya.
2. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, untuk dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menjadikan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan di dalam kitab suciNya yang bermaksud;
"Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu." (Al-Ahzab:21)
3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan sebanyak mungkin perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam atau tatasusila. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.
5. Membolehkan para pendidik serta penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan penunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik dalam berdakwah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya memenuhi matlamat-matlamat yang di atas ialah kerana sejarahnya lengkap dan meliputi segenap bidang kehidupan samada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas
Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras, pribadinya dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan teknik stategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu 'anhum ajma'in).
Tidak syak lagi, bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menyamai memahami semua sudut kemanusiaan.
Rujukan: Fiqh as-Seerah Jilid 1,
Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Tetiba saja kami mendapat arahan dari pihakl Hepa supaya balik ke kampus kami...
Dengan perasaan berbelah bagi kami akur
Friday, February 20, 2009
Mencari Ketenangan Jiwa
Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhalwah di Gua Hira'. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam, dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira' sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.
Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira' sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi kesan yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.
Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta beribadat tanpa putus-putus melainkan ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkannya sampai kepada hakikat keagungan ilahi.
Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.
Sebagai hikmah Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, memperhitungkan dan menghisab diri sendiri pada ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dari suasana dunia yang sombong, bongkak, hasad-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam jiwa manusia dan menguasai hati sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun dia melakukan amalan saleh dan ibadat yang banyak.
Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam manusia tadi dan ia tidak mudah dibasmikan kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan bertaqarrub dengan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dari masa ke masa untuk mendapat taufiq hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah dirinya untuk mencari titik-titik kelemahannya di hadapan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala pencipta alam sejagat seterusnya bertafakkur dan merenung bukti-bukti kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan akhirnya menginsafi tentang kewujudan hari Akhirat, rahmat dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan merenung berulang-ulang kali maka penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan tempatnya akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang sebenar. Dengan itu tidak ada sesuatu apa pun lagi yang akan mempengaruhi kehidupan manusia itu.
Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang pentingnya di dalam penghidupan manusia umumnya dan para pendakwah khususnya ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala di dalam hati sanubari di mana ia merupakan sumber dan dorongan kepada pengorbanan, perjuangan dan asas utama kepada dakwah yang memarak. Perasaan cintakan Allah Azzawajalla tidak tercetus melalui kepercayaan kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu belum lagi dapat memberikan kesan kepada hati dan perasaan. Sebab jika sedemikian, sudah tentulah para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan RasulNya. Jarang kedengaran seorang bijak pandai mengorbankan jiwanya kerana beriman dengan sesuatu teori-teori matematik yang dicipta manusia atau teori-teori algebra.
Jalan utama untuk melahirkan kecintaan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala ialah dengan cara merenung dan bertafakkur akan segala nikmat pemberiannya, merenung keagunganNya dan kebesaranNya. Kemudian memperbanyakkan bacaan-bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sesungguhnya kesemuanya ini tidak dapat dilaksanakan melainkan apabila seseorang Muslim itu melaksanakan apa yang disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan amalan yang disebutkan, Allah akan memutikkan bibit-bibit kecintaan yang memancar terhadap Allah; yang menjadikannya memandang kecil segalanya; tidak menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang azab sengsara yang mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan senang. Inilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan tugas dakwah dan demikianlah senjata yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam untuk baginda melaksanakan dakwahnya.
Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berhimpun di dalam hati manusia, iaitu takut, berani, cinta, suka, duka dan sebagainya berupaya menjadi sebagai pendorong bagi seseorang untuk menjalankan tugas yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sekiranya hanya disertai dorongan fikiran biasa manusia. Memang tepat seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Sathibi rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnya Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam yang melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan golongan Muslimin yang tertentu yang melaksanakan taklif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan tambahan dan disertai dengan kefahaman.
Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu dengan disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan, ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang mempunyai sifat raja' (berharap) tidak akan menghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada individu yang dicintainya
Rujukan: Fiqh as-Seerah Jilid 1,
Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Baru nak update...Saya baru lepas solah jama' taqdim...baru aje bangun tido..hehe...
Badan terasa penat, sengal2 dek tido 2 orang sekatil...Katil saya di kebas sorang adik...dia last minute baru ckp nak ikut delegation ke UM...tapi saya tak lah terkilan sgt psl saya dah biasa dr kecik diajar lasak...
....................................................
Rentetan peristiwa...
Pagi2 tadi saya terkejut lwt dari biasa..around 6.10a.m...biasanya saya cepat jg tersedar...terus aja buka kunci dan ke bilek air....2 kwn sebilek saya kejutkan, tapi no respon...letih bangat agaknya....sedikit teragak2 saya teruskan juga ke toilet...untuk mandi, ambil wudhuk...saya memang jenis yang tak selesa kalau tak mandi dulu...mesti mandi sebelum solah subuh....
******
Tepat 7.10a.m semua sudah berkumpul di bawah, sambil menunggu bas....tudung tak berapa nak jadi pagi ni...jadi saya kurang sket sembang2 ngan orang lain....tak rasa confident...saya gagahkan diri naik tangga bas...maklumlah awal pagi lagi...sket mamai...
******
Breakfast di bawah canopy mengadap perpustakaan Tan Sri Ahmad Ibrahim, Fakulti Undang2 ,UM...Kelibat mooter2 UM yang agak segak2 dan cantik2...smiling at us...kami makan tanpa banyak soal dan terus ke bilek kuarantin...sedikit taklimat buat mooter2 antara universiti2 lain...Kami masuk ke dewan kuliah (ada moot court)...team kami v UM...keputusan masih lagi rahsia....
******
Sampailah ke saat ini, pihak Respondent terdiri dari Shafiq dan Ain tengah berjuang habis-habisan meningkah segala hujah pihak Applicant...All the best guys....buat yang terbaik buat demi Islam bukan sahaja FUHA....
Thursday, February 19, 2009
Neraca Kebenaran dan Kebatilan
Tidakkah kita sering menyifatkan percakapan-percakapan, pekerjaan-pekerjaan, buah-buah fikiran, aliran pemikiran dan sesuatu itu benar (haq) dan selain daripada itu sebagai batil (salah)? Lalu, daripada manakah pula datangnya kebatilan dan kebenaran, yakni, apakah cara penentuan yang batil dan yang haq?
Jawapan: Sesungguhnya terhasilnya sifat haq itu adalah menurut kadar hubungannya dengan haq yang mutlak iaitu Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan memihak kepada-Nya serta meredhai-Nya. Sementara sifat kebatilan pula adalah terhasil menurut kadar jauhnya daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, terputusnya hubungan dengan-Nya. Apa sahaja yang berpunca daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala adalah haq dan apa yang datang selain daripada-Nya adalah batil.
Apabila kamu mengetahui bahawa Allah adalah haq, maka ketahuilah bahawa firman-Nya juga adalah haq dan perbuatan-Nya adalah haq. Allah tidak pernah berfirman dan berbuat sesuatu yang batil dan salah.
Oleh kerana itulah maka terdapat doa orang-orang yang berakal (ulil Al-baab) sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam firman-Nya:
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata); Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan segalanya ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” [Ali-Imran: 191]
Di sini, Al-Quran menjawab dalam bentuk menyangkal serta melahirkan rasa kehairanan terhadap mereka yang menyangka bahawa kejadian makhluk ini tidak ada apa-apa hikmah, kehidupan ini tiada matlamat serta sia-sia, tidak berguna dan batil, sedangkan perbuatan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala yang Maha Bijaksana adalah bersih daripada semua itu dan bersih juga daripada segala kebatilan.
Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.” [Al-Mu’minun: 115-116]
Firman-Nya lagi:
“Dan tidak Kami jadikan langit-langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya (atas jalan) main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Ad-Dukhaan: 38-39]
Firman-Nya lagi:
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir.” [Shaad: 27]
Apa sahaja yang telah diberitahu oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam kitab-kitab-Nya melalui para Rasul-Nya adalah haq.
Segala apa yang dijelaskan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengenai alam ghaib, kesudahan hidup dan akhirat adalah benar dan wajib dibenarkan serta diterima kebenarannya.
Demikian juga apa-apa yang telah disyariatkan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam kitab-kitab-Nya dan perkhabaran para Rasul-Nya kesemuanya adalah haq.
Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala:
“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil.” [Al-An’aam: 115]
Segala apa yang dijelaskan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengenai alam ghaib, kesudahan hidup dan akhirat adalah benar dan wajib dibenarkan serta diterima kebenarannya, di mana berlakunya semua itu tidaklah mustahil sama sekali.
Dengan ini, janji Allah Subha Nahu Wa Ta’ala itu adalah haq, mati itu adalah haq, berlakunya Hari Kiamat adalah haq, kebangkitan itu adalah haq, perhitungan, syurga dan neraka itu adalah haq.
Al-Quran menjelaskan:
“Dan janji Tuhanmu itu adalah benar.” [Al-Kahfi: 98]
“Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.” [Luqman: 33]
“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.” [Qaaf: 19]
“Dan mereka menanyakan kepadamu: “Benarkah (azab yang dijanjikan) itu?” Katakanlah: “Ya, demi Tuhanku sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak boleh luput (daripadanya).” [Yunus: 53]
“Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (Allah berfirman): “Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar.” [Al-Jaatsiyah: 28-29]
Inilah hukum-hukum (penentuan-penentuan) yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba-Nya agar mereka dapat mengatur hubungan di antara mereka dengan Allah atau di antara mereka dengan alam dan kehidupan atau di antara sesama mereka baik secara perseorangan, keluarga dan masyarakat. Ini semua adalah haq.
Kita wajib berhukum dan patuh tunduk kepada-Nya serta wajib menerima keadilan-Nya sepertimana firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili di antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.” [An-Nisa: 105]
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian (penyaksi) terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah di antara mereka dengan apa yang diturunkan olah Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” [Al-Maidah: 48]
Kami bertolak dalam 11 lebih dan sampai kira2 lepas isyak...
Bas kontot yang amat kecik di beri Hepa seolah2 marah dipaksa membawa pelajar2 yang kebanyakkannya gemuk,chubby belaka...
Saya berdiam di tingkat 6..menaiki lift yang agak berbau...kolej ini kolej kediaman lelaki...
maklum ajalah...sampaikan dalam bilek pun ada kotak rokok...ish2...budak2 zaman skrg kan..
Philip C Jessup
Actually, saya terpaksa berkejar ke UM ari ni...pasal National Competition Philip C Jessup begin tomorrow...
How surprise, teruja, pasal its just around the corner...apapun saya cuma doakan yang terbaik buat suma mooter2 dan researcher2 yang bagai nak rak,mandi tak basah, tido tak lena, makan tak menyempat pasal Moots ni...Anyway, gud luck guys...
Tadhiyah (Pengorbanan)
Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)
Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.
Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mentarbiyah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan mengorbankan setiap apa yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.
Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan), keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari.
Sepotong syair Arab ada meyebut;
“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”
Pengorbanan yang dituntut
Setiap orang yang meredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan Rasul, maka dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya pada seorang Muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut. Jadi apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?
“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”
Ya, inilah pengorbanan yang dituntut daripada seorang Muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan dididik para sahabat oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)
FirmanNya lagi;
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)
Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.
Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal.
Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”
Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah: 207)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyambutnya seraya bersabda;
“Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”
Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim pada setiap zaman.
Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lain-lain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.
Rujukan: Pandangan Semula kepada Risalah Ta’alim, Muhammad Abdullah al Khatib
Wednesday, February 18, 2009
salam perkenalan
sudah berberapa kali saya create blog...tapi rasanya yang inilah satu2nya medan untuk saya istiqamah...
saya gemar menulis...kadang-kadang ade aja idea...tapi saya juga ikut mood...
time saya happy kadang2 tak jadi jugak...
time sedih kadang2 menjadi...up to my mood...
Saudara-saudaraku yang beriman, ukhuwwah (persaudaraan) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah Subha Nahu Wa Taala di dalam mencari keredhaan-Nya. Banyak hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang membenarkan kenyataan ini.
Pertama: "Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu; Pertama, bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. Kedua, seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. Ketiga, bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuram sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka." [Riwayat Bukhari]
Kedua: Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, "Dan dua orang berkasih-kasihan demi Allah dan begitu juga apabila berhimpun." [Riwayat Bukhari]
Ketiga: Seorang lelaki yang menziarahi saudara seagama.
"Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah Subha Nahu Wa Ta'ala mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya, "Ada urusan apa?" Jawab lelaki itu, "Aku hendak menemui saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi; "Ada apa-apa yang dibawanya?" "Tidak! Melainkan aku kesana kerana aku kasih kepadanya." Lalu berkata malaikat; "Aku malaikat utusan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala untuk memberitahu bahawa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu."" [Riwayat Muslim]
Akan tetapi wahai saudara-saudara yang beriman, persaudaraan di dalam Islam tidak akan menjadi jujur kerana Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan mencari keredhaan-Nya melainkan apabila persaudaraan itu didorong oleh keimanan dan untuk memperolehi ketaqwaan. Ini kerana tiada persaudaraan tanpa Iman dan tiada persahabatan tanpa taqwa.
Firman Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang mafhumnya;
"Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara." [Al Hujurat: 10]
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." [Az-Zukhruf: 67]
Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketaqwaan. Apabila seseorang bersahabat dengan orang-orang yang seiring dengannya di bidang iman dan taqwa, ia akan merasai hubungan yang benar-benar hampir dan kasih. Juga ia akan merasai kemesraan dan keikhlasan di detik awal pertemuan dan perkenalan.
Bagi diri yang berhias dengan sifat keji yang dibangunkan di atas tapak yang membawa kerosakan, ia tidak dapat duduk bersama dengan manusia yang sejahtera imannya. Ini disebabkan berlainan prinsip, jiwa yang tidak bersesuaian serta dasar yang tidak sama. Sehubungan dengan itu Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud;
"Manusia itu bagaikan logam, mereka yang paling baik di zaman jahiliyah, maka begitulah setelah datangnya Islam sekiranya mereka mengerti, dan jiwa itu bagaikan tentera-tentera terlatih. Mana-mana yang bersefahaman dapat bersatu dan mana-mana yang tidak bersefahaman akan bertelagah."
Wahai saudara-saudaraku yang mulia, terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannya dan melaksanakannya di dalam kehidupan mereka, nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka. Antaranya ialah:
1. Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu.
Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam; "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]
2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.
Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu berkata, "Saya minta izin kepada Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah." Baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]
3. Bermanis muka ketika bertemu.
Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam;
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."
4. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maksudnya; "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."
5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa ke semasa (satu tempoh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang).
Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, ertinya; "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya, menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di Syurga."
Sabdanya lagi di dalam riwayat yang lain; "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkah kasih sayang."
6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."
7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.
"Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati." [Riwayat Dailami dari Anas]
8. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya;
"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." [Riwayat Muslim]
Rujukan: Iman, Senjatan Menghadapi Cabaran Zaman; Abdullah Nasih Ulwan
Subscribe to:
Posts (Atom)