Thursday, May 24, 2012

Tiba-tiba teringat pada Furkan Dogan

Ya Allah, tiba-tiba sahaja saya teringat pada satu nama yang cukup gah namanya ketika Mavi Marmara diserang oleh Yahudi...Komando tentera Israel yang tidak punya rasa belas kasihan malah begitu kejam, biadap terhadap orang Islam...Saya teringat pada Furkan Dogan, umur baru belasan ketika dipanggil pulang oleh Allah...

 Furkan Dogan
 Kubur Furkan di Turkey
 Kubur Furkan di Turkey

Antara link yang menyebabkan air mata ini terlalu mudah untuk mengalir tika membacanya...Sungguh, saya juga mahu kematian yang mulia...Mahu mati syahid..dailykos, dailykos2, furkan3, wikipedia, furkan.com...

Sunday, May 20, 2012

Ronda-Ronda

Pagi tadi Allah izin saya berkesempatan beriadah even banyak kerja belum settle...Kerja sememangnya takkan habis, cuma kita perlu merancang agar segalanya dapat kita buat sedikit sebanyak...Plan pun mesti ada Plan A B, C sampai Z...Alhamdulillah even tak lah ramai sangat yang join tadi sekurang-kurangnya dapat juga mentadabbur alam...

Seronok, tak sangka dalam sebesar-besar universiti tu, banyak sungguh tempat belum pernah pergi....Setakat semua Kolej tu alhamdulillah sampai...Cuma institutnya banyak sangat kat dalam...Tambah Rumah Tumbuhan (Hijau), Taman Paku Pakis, Taman Herba, etc...

Paling best tengok pokok besar beratus or beribu tahun sudah ada...Tengok kajian-kajian tumbuhan dalam tempat khas yang disediakan..Menarik!...Beraneka variasi tumbuhan, pokok dari renek sampai lah sebesar pemeluk....Pokok yang tak pernah jumpa sebelum ni...Amazing!!..Banyak sungguh nak explore tapi banyak juga kena berikan prioriti...Sempat juga diselitkan sedikit tazkirah ringkas semasa makan-makan selepas balik riadah (boleh pula makan-makan lepas riadah ye..hihi)..Memang tak hancurlah lemak-lemak degil dalam badan...hehe...

Paling penting kita buat riadah kerana Allah...Saling menjalinkan ikatan ukhuwwah juga perkara terindah dalam hidup saya..Membina jambatan hati dengan kawan2 yang baru kenal...Suka!!Tambah kenalan, tambah kenal banyak pokok2, tambah ilmu etc...Semua 3, 4 or 5 in 1....Cantik!!!..

Sebelum ini adik saya pernah mendaki Gunung Tahan beberaa minggu yang lepas dengan sahabat2 team mereka...Sekadar menelefon sahaja tetapi katanya seronok...Even penat tak sudah...She actually ada asthma tetapi alhamdulillah, selamat mendaki dan semua dapat certificate...Best!!..Moga Allah redha...

Tuesday, May 15, 2012

Indahnya hidup bersyariat

Petang semalam, k.Tiqah kongsikan banyak input-input yang memberi kesan kepada saya..Beliau cukup saya hormati dan segani...beliau sentiasa memberi kata-kata semangat di kala saya merasa penat ketika berada atas jalan DnT...Sentiasa menunjukkan qudwah sebagai seorang yang boleh di contohi akhlaknya, perilakunya, bahkan juga beliau seorang multitasking...Sangat sibuk dengan urusan-urusan berbanding saya yang belum ada komitmen.

Katanya mintalah pada Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang pada pagi hari beriman kepada Allah, namun petangnya dia kufur kepada Allah begitu juga sebaliknya...MasyaAllah, berat sekali jika kita di uji sedemikian...Pada pagi atau siang hari kita tunduk dan taat kepada perintah Allah dan selepas itu kita jauh dari Allah..Ada juga pada awalnya beriman namun apabila saat menghadapi kematian dia kufur kepada Allah...Nauzubillah,minta di jauhkan kita dari perkara sedemikian...

Katanya lagi kita sebenarnya kena bekerja untuk menyampaikan fikrah yang kita ada kepada mereka yang sangat-sangat berhajat..Walau ianya sukar tapi lihatlah bagaimana ketika zaman Rasulullah, pada 5 tahun pertama dakwah di Makkah, hanya berjaya mengumpul sekitar 40 orang sahaja di sebalik kepekatan jahiliyyah ketika itu...Jika dibandingkan dengan keadaan kita sekarang, suasana kita masih boleh mengumpul lebih lagi...Jadi berusahalah..

Namun, semuanya menuntut kesabaran yang tinggi...Keikhlasan yang luhur  kerana ia tentunya akan di uji...Ketahuilah kita tidak mendapat sebarang ganjaran mahupun upah daripada orang tetapi kita hanya mengharapkan rahmat dari Allah...Jalan tarbiyyah itu sangat panjang tetapi paling penting terpelihara keasliannya...Perlu difahami, lambat hasilnya seperti larian marathon bukannya larian pendek...Lambat tetapi hasilnya terjamin...Tenaga dan kekuatan berlari dirancang untuk sampai ke garisan penamat...Jadi Daie perlu bersemangat dan sentiasa ada plan2 tertentu untuk mencapai sasaran yang dirancang...perlu kreatif dalam penyampaian dan tingkatkan kualiti diri...Tidak dapat tidak Daie, setelah diberi tanggungjawab perlu lebihkan pembacaan kerana sifat Daie (Murobbi) adalah yang serba tahu, menjadi rujukan walaupun dia bukanlah yang terbaik di antara yang paling terbaik tetapi sekurang-kurangnya Daie tahu secara general..Solat malam untuk beroleh kekuatan dari Allah dan menjaga perilakunya...Kerana mata madu itu lebih terkesan ketika melihat perwatakan Daie...

Di sini ada satu doa...Ayatnya "Ya Allah, aku berlindung padamu dari hati yang tak khusyuk, ilmu yang tak bermanfaat, nafsu yang tak pernah kenyang dan doa yang tidak didengar"....Keempat-empatnya adalah penyakit hati...Jika hati tak mampu khusyuk, ia juga tidak rasa takut pada Allah...Ibadah sekadar perkara rutin, tidak merasa nikmat dalam beribadah, tak rasa kemanisan dalam berbuat ketaatan...Buat sesuatu secara tidak sedar, buat ala kadar sahaja...Tiada fokus dan tunduk kepada Allah...Bila hati tidak khusyuk ia berjangkit kepada ilmu tak bermanfaat untuk kehidupan akhirat...Hanya ada ilmu duniawi sahaja, terputus hubungan dengan Allah...Buat sesuatu untuk kehidupan dunia semata-mata tanpa ada hubungkait dengan Allah...


Monday, May 14, 2012

Its Gross

The first time i saw the Time mag cover..."Its Gross"..This person might be crazy or i will say idiot..The Time magazine, my favourite mag for years back show the intimate image of a mom breastfeeding her 3 year old son..And ape yang menyebabkan i'm really shocked after that is the Newsweek mag cover...Also my favourite for years till now..Its about US President Barack Obama with a rainbow halo on his head...The cover read The First Gay President...

Tak tahu apa nak jadi dengan dunia hari ini..Takut dengan ape yang bakal berlaku for next 5 or 10 years forward..How come one of the most influential leader desperately support this gay marriage..Even yang tulis pasal Obama dalam Newsweek, Andrew Sullivan adalah seorang gay...


P/S: Banyak merepek tapi kerja belum siap...Ok, mulakan dengan baca bismillah dan doa belajar...Happy Mothers Day to all mommies out there...Its really special to be a mom...And this is the Shabi Well...Telaga Saad Abi Waqqas di Guangzhou, China...Ini signboard dia..


Thursday, May 10, 2012

Timba Pengalaman

Alhamdulillah, saya selamat tiba dari Baiyun International Airport Guangzhou pagi tadi dalam pukul 3 lebih...Pengalaman technical visit ke China sememangnya satu pengalaman baru bagi saya...

Bermula dengan Shenzhen dan kemudian ke Guangzhou, ia pengalaman yang cukup menarik...Agenda Utama adalah di Sun Yat Sen University for seminar..Tambahan pula saya berpeluang ke Maqam Saad bin Abi Waqqas, salah seorang sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga...Dan berpeluang solat di Masjid terawal di sana...

Saturday, May 5, 2012

Kepulangan Team Relawan Ke Gaza

Semalam, 4 May 2012 jam 6.10pm...Kepulangan ahli2 team relawan ke Gaza, Palestine...Bertolak pada 24 hb April, mereka akhirnya selamat tiba pada petang semalam...Alhamdulillah...

P/S:Saya pula akan meneruskan 2nd Trip pada 2.30 pagi hari ini (5 May 2012)...Moga Allah permudahkan segala urusan....

Wednesday, May 2, 2012

GAZA yang mahu kujejaki


Ya, Palestine..Palestine, sebuah negara yang dinafikan hak oleh organisasi terancang iaitu Zionis..Zionis yang asalnya berasal dari idea seorang tukang canang dan pakar ideology hebat berketurunan Jews...Bertitik tolak dari kejatuhan Turki Uthmaniyyah, mereka meneruskan konspirasi mencucuk jarum disetiap inci anggota Muslim, di segenap tempat...Sehingga jika kita lihat pada hari ini, Zionis lah yang terkuat, menjadi Mastermind disebalik tabir USA, Russia etc, menjadikan negara-negara tertentu sebagai boneka yang menjadi tangan dan kaki mereka...

Palestine sebuah negara yang sering diuji padanya oleh Allah dengan pelbagai onak dan duri, ranjau penuh berliku, bahkan saya diberitahu abang (big bro) sewaktu Viva Palestina 3, ada seorang yang cedera parah dibahagian kepala dan mahu ditransfer ke Mesir kerana peralatan perubatan yang lebih mencukupi, apabila sedar dari koma, terus bertanya di mana dia berada...Apabila diberitahu dia berada di Mesir, bingkas dia memberitahu supaya di masukkan kembali ke Palestine...Tapi, seandainya pemuda tadi adalah kita, mesti kita sendiri tidak mahu dihantar pulangkan? Itu antara reason kenapa mereka yang berada di Palestin dipilih Allah untuk berhadapan dengan ujian sebegini..

Itu lah dinamakan pejuang2 Palestin, mereka cukup berbeza dengan kita, Malaysian yang sentiasa mahukan perkara-perkara instant dan mudah...Semua mahu mudah, segera, maka penuhlah restoran fast-food di mana2 tempat....Senaraikan aja di mana, MidValley, The Curve, Alamanda, KLCC, Times Square...Penuh sepanjang masa tempat2 fast food...Domino di tempat saya baru buka dalam 2 hari lepas, penuh bukan main customer di dalamnya...hebat2 instant food..Maka dari sudut perubatan,jika kita sering diajar makan benda2 instant, maka mati pun mungkin instant juga...MasyaAllah..kadang saya juga begitu..Mohon Allah switch hati saya pada benda2 yang baik2 shj...

Saya teringat Furkan, pemuda belasan tahun yang syahid saat berada dalam kapal Mavi Marmara...Juga lapan lagi relawan yang syahid ketika berhadapan musuh laknatullah...Sehinggakan ketika Dr.Syed Haleem dalam penjara Israel dan cuba membasuh kesan darah pada seluarnya, ternyata kesan darah para syahid ini semerbak haruman kasturi...