Sunday, May 20, 2012

Ronda-Ronda

Pagi tadi Allah izin saya berkesempatan beriadah even banyak kerja belum settle...Kerja sememangnya takkan habis, cuma kita perlu merancang agar segalanya dapat kita buat sedikit sebanyak...Plan pun mesti ada Plan A B, C sampai Z...Alhamdulillah even tak lah ramai sangat yang join tadi sekurang-kurangnya dapat juga mentadabbur alam...

Seronok, tak sangka dalam sebesar-besar universiti tu, banyak sungguh tempat belum pernah pergi....Setakat semua Kolej tu alhamdulillah sampai...Cuma institutnya banyak sangat kat dalam...Tambah Rumah Tumbuhan (Hijau), Taman Paku Pakis, Taman Herba, etc...

Paling best tengok pokok besar beratus or beribu tahun sudah ada...Tengok kajian-kajian tumbuhan dalam tempat khas yang disediakan..Menarik!...Beraneka variasi tumbuhan, pokok dari renek sampai lah sebesar pemeluk....Pokok yang tak pernah jumpa sebelum ni...Amazing!!..Banyak sungguh nak explore tapi banyak juga kena berikan prioriti...Sempat juga diselitkan sedikit tazkirah ringkas semasa makan-makan selepas balik riadah (boleh pula makan-makan lepas riadah ye..hihi)..Memang tak hancurlah lemak-lemak degil dalam badan...hehe...

Paling penting kita buat riadah kerana Allah...Saling menjalinkan ikatan ukhuwwah juga perkara terindah dalam hidup saya..Membina jambatan hati dengan kawan2 yang baru kenal...Suka!!Tambah kenalan, tambah kenal banyak pokok2, tambah ilmu etc...Semua 3, 4 or 5 in 1....Cantik!!!..

Sebelum ini adik saya pernah mendaki Gunung Tahan beberaa minggu yang lepas dengan sahabat2 team mereka...Sekadar menelefon sahaja tetapi katanya seronok...Even penat tak sudah...She actually ada asthma tetapi alhamdulillah, selamat mendaki dan semua dapat certificate...Best!!..Moga Allah redha...

No comments:

Post a Comment