Tuesday, May 15, 2012

Indahnya hidup bersyariat

Petang semalam, k.Tiqah kongsikan banyak input-input yang memberi kesan kepada saya..Beliau cukup saya hormati dan segani...beliau sentiasa memberi kata-kata semangat di kala saya merasa penat ketika berada atas jalan DnT...Sentiasa menunjukkan qudwah sebagai seorang yang boleh di contohi akhlaknya, perilakunya, bahkan juga beliau seorang multitasking...Sangat sibuk dengan urusan-urusan berbanding saya yang belum ada komitmen.

Katanya mintalah pada Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang pada pagi hari beriman kepada Allah, namun petangnya dia kufur kepada Allah begitu juga sebaliknya...MasyaAllah, berat sekali jika kita di uji sedemikian...Pada pagi atau siang hari kita tunduk dan taat kepada perintah Allah dan selepas itu kita jauh dari Allah..Ada juga pada awalnya beriman namun apabila saat menghadapi kematian dia kufur kepada Allah...Nauzubillah,minta di jauhkan kita dari perkara sedemikian...

Katanya lagi kita sebenarnya kena bekerja untuk menyampaikan fikrah yang kita ada kepada mereka yang sangat-sangat berhajat..Walau ianya sukar tapi lihatlah bagaimana ketika zaman Rasulullah, pada 5 tahun pertama dakwah di Makkah, hanya berjaya mengumpul sekitar 40 orang sahaja di sebalik kepekatan jahiliyyah ketika itu...Jika dibandingkan dengan keadaan kita sekarang, suasana kita masih boleh mengumpul lebih lagi...Jadi berusahalah..

Namun, semuanya menuntut kesabaran yang tinggi...Keikhlasan yang luhur  kerana ia tentunya akan di uji...Ketahuilah kita tidak mendapat sebarang ganjaran mahupun upah daripada orang tetapi kita hanya mengharapkan rahmat dari Allah...Jalan tarbiyyah itu sangat panjang tetapi paling penting terpelihara keasliannya...Perlu difahami, lambat hasilnya seperti larian marathon bukannya larian pendek...Lambat tetapi hasilnya terjamin...Tenaga dan kekuatan berlari dirancang untuk sampai ke garisan penamat...Jadi Daie perlu bersemangat dan sentiasa ada plan2 tertentu untuk mencapai sasaran yang dirancang...perlu kreatif dalam penyampaian dan tingkatkan kualiti diri...Tidak dapat tidak Daie, setelah diberi tanggungjawab perlu lebihkan pembacaan kerana sifat Daie (Murobbi) adalah yang serba tahu, menjadi rujukan walaupun dia bukanlah yang terbaik di antara yang paling terbaik tetapi sekurang-kurangnya Daie tahu secara general..Solat malam untuk beroleh kekuatan dari Allah dan menjaga perilakunya...Kerana mata madu itu lebih terkesan ketika melihat perwatakan Daie...

Di sini ada satu doa...Ayatnya "Ya Allah, aku berlindung padamu dari hati yang tak khusyuk, ilmu yang tak bermanfaat, nafsu yang tak pernah kenyang dan doa yang tidak didengar"....Keempat-empatnya adalah penyakit hati...Jika hati tak mampu khusyuk, ia juga tidak rasa takut pada Allah...Ibadah sekadar perkara rutin, tidak merasa nikmat dalam beribadah, tak rasa kemanisan dalam berbuat ketaatan...Buat sesuatu secara tidak sedar, buat ala kadar sahaja...Tiada fokus dan tunduk kepada Allah...Bila hati tidak khusyuk ia berjangkit kepada ilmu tak bermanfaat untuk kehidupan akhirat...Hanya ada ilmu duniawi sahaja, terputus hubungan dengan Allah...Buat sesuatu untuk kehidupan dunia semata-mata tanpa ada hubungkait dengan Allah...


No comments:

Post a Comment