Thursday, September 10, 2009

Hari ke 20

Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk hari ke 20 berpuasa...Apa khabar dengan puasa kita...adakah semakin sampai penghabisan, semakin rancak atau sebaliknya...Semangat kita semakin kuat atau sudah tidak larat menghabiskan 8 rakaat terawih..Tak pun kita disibukkan dengan banyaknya test, banyaknya assignment, case review, take home test dan sebagainya sampai kadang2 kita terlupa, Ramadhan berlalu begitu pantas...

Bagaimana dengan istiQamah kita, saya sendiri akhir2 ini merasai perasaan sebegitu. Mungkin faktor di kelilingi mereka2 yang juga kurang syuur menghadapi bulan barakah ini puncanya...Tapi saya tahu, diri saya sendiri mungkin belum clear sepenuhnya ketika memasuki bulan ini...

Awal, semangatnya bukan main...tetapi bila di bebani banyak kerja, jadi sibuk menyebabkan ada perasaan sebegitu...Sungguh, kitalah yang kena pujuk diri sendiri, katakan pada diri kita, ini bulan penuh barakah yang tidak diberikan pada bulan2 yang lain...Semoga kita semua sentiasa istiQamah dalam menghadapi dugaan di bulan ini...

Berita mengejutkan saya...Cikgu KHB -Cikgu Zainudin mengadap Ilahi...sungguh sebelum ini abang saya sendiri pernah menziarahi ketika pulang ke Malaysia...cikgu agak uzur ketika itu..

Wednesday, September 9, 2009

Belajar juga satu Ibadah

Minggu lepas saya baru habis test Jurisprudence (dalam bahasa Arab di kenali sebagai Usul Fiqh)...atau kaedah2 dalam mengeluarkan sesuatu hukum...Dalam law, sama aja..belajar method2 on how the rules are deduce from its sources...kalau Islamic ada primary atau sumber utama seperti Al-Quran dan Hadith di samping ijma', Qias , masaleh mursalah etc...Tapi kalau Western Jurisprudence, ada banyak sangat jurist..mereka tak certain macam Islamic Juris sebab tak de sumber yang core...Sebab tu muncul banyak sangat pendapat macam Hart, Cicero, Dworkin..

sebenarnya kalau diikutkan kalau tak belajar Juris dalam law dikira seolah2 'half-lawyer' sebabnya Juris ni lah paling penting...misal kata kita ada banyak undang2 spt contract, insurance, tort, criminal, equity, land, islamic legal system etc tapi tak belajar Juris, seolah2 kita tak tahu la sebab musabab kenapa adanya that kind of law...Juris la yang akan bagitahu kenapa legislator atau penggubal undang2 buat law...Contoh nya di negara kita sekarang sudah ramai mat rempit, jadi legislator akan discuss sama ada wajar atau tidak di wujudkan undang2 khas untuk mat rempit..itulah serba sedikit Juris...

Itu kisah Juris, kalau Insurance pula, saya baru aje dapat tahu rupa2nya Elizabeth Taylor mempunyai mata colour 'violet'...itu pun madam Zuhaira bagitau kat kami satu kelas, katanya Elizabeth insurancekan matanya yang rarely ada di dunia ni...Sebelum ni pun kita selalunya dengar mata hazel, blue, black etc...

Tuesday, September 8, 2009

Puasa ke 18

Selama 3 hari saya pulang ke rumah...Hajatnya cuma satu, berbuka puasa bersama ibu ayah..adik2 semuanya sibuk, ada di asrama dan di college...Rasa sedih bila ibu ayah berbuka hanya berdua...

Saturday, September 5, 2009

Hari ke-15



Alhamdulillah khamis lepas juga, kami masih beriftar jamaie bersama2...cuma bezanya kali ni makcik salimah bawakan makanan, makan dalam pinggan...sebelum ni Hanisah yang bawa makanan dan makan dalam dulang...alhamdulillah, jiwa2 mereka yang berhajat pada Islam semakin menyemarak...jumlah kami makin hari makin bertambah..jazakillah kerana datang...

Pengisian iftar masih berkenaan puasa,seharusnya kita merebut peluang yang ada di fasa keampunan untuk perbanyakkan berdoa kepada Allah, kerana bulan ini Allah offer kat semua hamba2nya seberapa banyak doa yang mereka minta...Sebaik-baiknya rebutlah peluang yang ada dengan bangun sepertiga malam umpamanya, kerana Allah mengatakan sesungguhnya Aku sangat dekat dengan hamba2Ku...cuma kelihatannya ramai dikalangan kita cuma nampak offer hari raya, baju raya, kuih raya, kasut raya dan sebagainya...Adalah diingatkan hari ini sudah 15 hari Ramadhan berlalu...kita masih berbaki separuh lagi...Gunakan kesempatan yang ada untuk menjadi Ahli TaQwa..bukan hanya menjadi ahli Ramadhan..

Ini kerana banyaknya perbezaan antara ahli Ramadhan dan ahli TaQwa, pilihan ditangan kita untuk memilihnya...Jika ahli Ramadhan, ia hanya setakat Ramadhan sahaja..Segala perlakuan atau sahsiah menjaga aurat, membaca quran, solat berjemaah, bersedekah,tidak mengumpat dan banyak lagi perkara2 mahmudah hanya dilakukan pada bulan Ramadhan malahan berganda2 dari mereka yang lain....Namun, paling menyedihkan apabila habis sahaja bulan Ramadhan, semuanya berlainan, tiada lagi alunan suci al-quran, tiada lagi solat jemaah, solat malam, berpuasa sunat, malah kadang -kadang akhir bulan Sya'ban (dikalangan perempuan) barulah bersungguh2 ganti puasa...mengumpat menjadi perkara kebiasaan dan sebagainya...itulah dia ahli Ramadhan...Ramadhannya kosong atau zero dan tidak mampu menjadi bekal untuk 11 bulan yang akan datang sebelum bertemu Ramadhan akan datang...Dan ini yang kita tidak mahu...Nauzubillah..

Tetapi apa yang kita nak, adalah menjadi ahli TaQwa, di mana kesannya sampailah habis nya Ramadhan, sahsiah akhlaq nya masih seperti di bulan Ramadhan, menjaga serba serbi perkara2 daripada melakukan kemungkaran...Ini yang kita mahu....ia turut menjadi perisai buat kita menghadapi serangan syaitan2 dan nafsu2 untuk 11 bulan yang seterusnya...Sesungguhnya ibadah puasa ini adalah untuk Allah, ganjarannya akan ditentukan oleh Allah....dan ganti puasa dibulan2 lain masih tidak sama pahala dan fadhilatnya sebagaimana berada di bulan Ramadhan...kerana itulah dikatakan Ramadhan bulan barakah...Subhanallah....

Sebagai daie atau pendaQwah risalah para Rasul dan anbiya...doa merupakan senjata paling ampuh buat kita tetapi persoalannya sejauh manakah sebenarnya kita melihat kekuatan doa itu sendiri..saya tidak katakan orang lain tetapi lebih merujuk kepada diri sendiri...Doa merupakan senjata orang muQmin...jika kita dalami maksud itu, kita sebenarnya berhajat kepada doa...ya, seorang Muslim berhajat pada doa...samada doa itu dititip untuk meminta atau menghalang dari kemudharatan sesuatu....Rasulullah sendiri sebelum memulai sesuatu kerja memulainya dengan doa...solat dan sebagainya kerana ia adalah kekuatan..membina roh dalaman...

Bagi yang sentiasa bekerja lebih2 lagi D & T, juga berhajat pada doa...malah lebih lagi dari mereka yang lain...Perlu di ingat, hidayah adalah haq Allah kepada sesiapa yang Allah mahu...sekiranya kita mempunyai ramai ahli baru, recruit baru, kader2 baru, rijal rakais...kita sebenarnya AMAT berhajat pada doa...agar Allah tetapkan hatinya dengan Islam...dia merasa selesa dengan biah solehah atau suasana islam dan sebagainya....

Thursday, September 3, 2009

Solat Jumaat Di Al-Aqsa

Lima orang warga Palestin telah ditangkap oleh pasukan rejim pengganas Israel ketika mereka ingin melaksanakan solat di dalam kompleks tempat suci ketiga bagi umat Islam, Masjid Al Aqsa, pada hari Jumaat 28 Ogos lalu, yang merupakan solat Jumat pertama di bulan Ramadhan ini.

Solat Jumaat yang dilaksanakan di kompleks Masjid Al Aqsa dikawal oleh ribuan tentara pengganas Israel yang berada di Al Quds (Jerusalem.) Yayasan Waqf dan Warisan yang bertanggungjawab menjaga masjid yang mulia itu melaporkan seramai lebih 90 ribu orang telah melaksanakan ibadat tersebut. Lebih dari 130 buah bas disewa bagi tujuan membawa mereka ke sana. Kebanyakan daripada mereka datang dari Timur Al Quds dan daerah Israel.

Dalam kutbah Jumaatnya, Imam Yousef Abu Isneineh memuji warga Palestin yang sanggup datang bersolat di Masjid Al Aqsa walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan sekatan dan penyeksaan. Beliau turut menyeru kumpulan-kumpulan Islam di Palestin supaya bersatu.Rejim Israel masih tetap melarang warga Palestin di Tebing Barat dari memasuki Masjid Al Aqsa untuk solat, dengan menetapkan peraturan bahawa yang boleh masuk untuk melaksanakan solat di sana hanyalah warga Palestin yang berusia 50 tahun ke atas bagi lelaki, dan 45 tahun keatas bagi wanita.

Di bawah peraturan larangan yang dibuat oleh pihak Israel tersebut, hanya warga Palestin yang memiliki kebenaran (permit) yang boleh memasuki al Quds (Jerusalem) dari Tebing Barat.

Di pos pemeriksaan di Tebing Barat, ratusan orang Palestin datang dengan harapan untuk melaksanakan solat di sana sepanjang Ramadhan ini. Namun dengan adanya larangan yang dibuat oleh Israel, kebanyakan dari mereka akhirnya terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Menurut pusat berita Palestin, Israel juga menutup tiga pintu masuk ke Gaza pada hari Jumaat.

Kota Al Quds, yang di dalamnya berdiri Masjid Al Aqsa, menjadi kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam setelah Makkah dan Madinah. Kesucian kota ini diperteguhkan lagi dengan peristiwa Al Isra’a dan Al Mi’raj – perjalanan malam dari Makkah ke Al Quds dan naiknya Rasulullah saw ke Syurga.

Al Quds juga merupakan wilayah bagi beberapa tempat ibadah suci penganut Kristian, termasuk Gereja Jerusalem dan Gereja Ortodoks Yunani.

Israel telah bekerja gigih selama bertahun-tahun untuk me”Yahudi”kan kota suci tersebut dan mengubah identiti Islam di sana. Mereka mengenakan pelbagai langkah-langkah penindasan untuk memaksa orang-orang Palestin keluar dari sana, dengan secara sistematik merampas rumah dan tanah mereka untuk diduduki oleh pendatang Yahudi secara haram. (mn/Agency/Eramuslim/haluan palestine)

Wednesday, September 2, 2009

Titipan Untuk Dikongsi


Pukul 7 tadi, message berbunyi.Saya dapat message dari ibu, katanya "Ari ni adk exam matematik,sains,BI..Buat solat hajat kat adik kul8 nanti"....sememangnya saya dibesarkan dalam suasana family oriented...sukar nak berenggang antara kami adik beradik....Sentiasa aja kami di nasihatkan ibu ayah, jangan bertengkar antara adik-beradik dan hormat pada abang...Mungkin, background keluarga sebelah bapa menyebabkan mereka sering memesan itu ini...

Adik menelefon pagi semalam...katanya "kakngah, adik seganla, dah la adik duduk sekeliling pelajar laki2..kan nama adik mula huruf A"...Saya dah agak adik mesti segan...sebab namanya A dan kebanyakkan pelajar laki bermula dengan nama Ahmad...Saya cuma katakan padanya, "takkanlah adik nak sia2kan usaha adik selama ni yang selalu stay up, prep, jawab soalan ramalan adabi, dapat soalan spot lagi, lpas tu adik jawap biasa2..tak yah kisahkan orang lain, adik jawap aje"...Mungkin dia boleh terima kot jawapan tu..dia cuma kata "betul gok" (maksudnya betul la tu)...talian terputus....rasanya dia letak duit 50sen je...call dari asrama pagi2 cuma nak hilangkan rasa tak selesa...ehe..

Kak cik pula cerita dia bawa kereta ke KB, pinjam kereta sahabat(pelajar laki)...kebetulan kena pergi amik kat rumah sewa mereka...kak cik ni kadang tu nervous juga nak bawa awal2 tambah kalau ada orang tengok...masa amik kereta, kereta macam tak mahu gerak, jadi sahabat2 tawarkan bantuan, kak cik dan 2 kawannya yang lain bukan main lagi taknak ditolong....last2 boleh bawa juga, tapi terkeluar bunyi kuat macam tertekan minyak lebih pula...jadi bahan ketawa la pagi tu...Rasanya lepas ni kak cik tak payah pinjam dengan diorang lagi kot...






Itu semua cerita adik2, yang paling istimewa, abang di Syria, puasa kali ni abang awal2 lagi ke Jordan,kebetulan Ustaz Dahlan, Sir Abdoh, Ustaz Hadi dan rombongan ke sana dalam rangka D & T...Peluang yang ada, sukar untuk pertemuan sebegini dimanfaatkan sebaiknya oleh abang dan sahabat2 yang lain...Saya sendiri terputus contact dengan abang sebab sim kad di Syria dia tak guna...

Seminggu disana, semalam baru balik Syria, instict yang kuat antara adik-beradik, saya hantar message...Dia menyatakan sampai pukul 2 a.m...dari Jordan...Baru balik dari solat zohor di masjid dan ketika itu saya dan kawan2 yang lain baru sahaja on the way ke bazar, beli makanan berbuka...Malamnya selepas terawih saya hantar lagi message, rupanya abang baru pergi solat Asar di masjid....Dia juga nyatakan jealous sebab saya dah berbuka dan siap berterawih lagi....

Bagi saya abang tak perlu jealous, sebab saya lagi jealous dengan sesiapa sahaja di bumi Syam sana, bagaimana mereka disana merasai syuur Ramadhan yang tidak pernah kurang...Kalau di sini, semakin dekat nak raya semakin kurang di masjid, bak kata orang kurang serba serbi, tapi di sana mereka berpusu2 ke masjid tambah2 hari2 terakhir kerana mereka sayang Ramadhan akan meninggalkan mereka....mereka sedih ramadhan akan pergi, seperti hilangnya kekasih hati...MasyaAllah...

Mereka berlumba2 beribadah, mencari Lailatul Qadar, sebagaimana dikatakan oleh arwah Ammar Zul dalam video tazkirah Ramadhan , mereka berpusu2 kemasjid seolah2 macam hari jumaat, nak ambil wudhuk beratur, penuh mereka2 ini...dan banner2 Ramadhan di sana ditampal dimana2, seolah2 menyambut tetamu Agung....Pahala mengerjakan ibadah dibulan Ramadhan juga berganda...bulan mana lagi yang lebih barakah dari bulan ini....Semoga kita sama2 dapat merebut peluang yang ada....sekarang cuma berbaki berapa hari lagi....ayuh sahabat2 diluar sana...kita lah yang perlu buat perubahan dalam diri kita, bukan orang lain kerana hanya kita tahu hati kita macamana, hanya kita tahu kelemahan diri kita dan bukannya orang lain....Marilah sama2 perbaiki diri demi mencapai mardhatillah..Amin..

Tuesday, September 1, 2009

Peringkat Kedua:Keampunan Dari Allah

Sudah berlalu peringkat pertama Ramadhan yang membawa kerahmatan, disusuli pula dengan peringkat pertengahan iaitu mendapat keampunan dari Allah...MasyaAllah,semalam merupakan hari kemerdekaan Tanah Malaya...mungkin secara zahirnya negara kita sudah bebas dari penjajah...Namun, apa yang selalu orang tidak nampak adalah diri kita sendiri...Adakah diri kita bebas dari penjajahan rawasib-rawasib atau karat-karat jahiliyyah?? Itulah yang menjadi persoalan demi persoalan berbangkit sebenarnya...Adakah diri kita merdeka sepenuhnya dari perasaan cintakan dunia???...

Merdeka yang sebenar adalah merdeka jiwa, dari segala yang bersangkutan dengan kemaksiatan atau perkara2 dilarang keras oleh Allah...sepanjang bulan Ramadhan ini misalnya, adakah puasa kita sebagaimana orang awam..atau puasa kita khusus?..pilihan adalah di tangan kita, kita lah yang perlu mengorak langkah kehadapan dalam bermujahadah...

Puasa kita seharusnya bukan sahaja menahan lapar dan dahaga..malahan segala anggota badan kita turut berpuasa....Telinga, hidung, mulut, kaki, tangan kita sebetulnya juga berpuasa...Jangan di ingat hanya makan dan minum sahaja....Telinga seharusnya mendengar bahan2 tarbawi...Mulut juga di ingatkan agar tidak mengumpat dan berkata perkara2 yang lara, kaki tidak di halakan ke tempat kemaksiatan malah tangan digunakan sebaiknya, bukan melayari internet atau mata menonton cerita2 serta perkara yang bukan2, ini sekadar contoh.

Tidak ramai yang memperingatkan diri agar menjaga keseluruhan anggota badan kita, pancaindera kita agar ibadah puasa kita menjadi ibadah sempurna....Benar, kita hanya manusia biasa yang melakukan banyak kesilapan...oleh demikian apa yang penting adalah mencari sahabat2 yang sama dengan kita pemikirannya atau fikrahnya agar dapat memperingatkan kita dengan perkara2 sebegini...

Kadang2 apabila berpuasa, awal pagi sehabisnya kita menjaga puasa...mengaji al-Quran, bertahajjud, bersahur dilewatkan untuk mengikut sunnah, tetapi akhirnya tergadai puasa kita apabila tibanya di waktu petang, kita membeli makanan, berlebihan, pakaian yang nak dipakai ke bazar tidak menepati kehendak syara', kita leka membeli sampai terlupa makanan2 yang tidak perlu kita beli juga, tidak menjaga pandangan kita...Secara impliedly atau tak langsung kita telah mencacatkan atau mengurangkan pahala puasa kita...Nauzubillah....

Apabila tiba waktu malam, berbuka kita tidak mengikut kehendak syara', kita makan gelojoh pula, juga menunjukkan sahsiah Ramadhan yang dijaga pada siangnya hilang begitu sahaja...hanya mendapat penat dan dahaga....Ada juga sesetengah antara kita, datang bersolat terawih namun datang atas pelbagai niat...juga sia2...dari pahala yang berganda ditambah pula dengan berjemaah dibulan Ramadhan, rupa2nya disebabkan niat yang tidak betul, mendapat zero,kosong pahala...Adakah kita mahu menjadi golongan sebegini....

Ada yang datang dengan niat mahu menunjuk2 dia banyak buat amal ibadah di bulan puasa sehingga satu tahap menjadi riya', ada yang datang kerana terpaksa, ikut kawan, kalau tak ikut dia kata apa pula, ada juga datang kerana ustaz, ustaz baca sedap, best, takpun yang jadi imam, dia kenal lelaki itu....Sebenarnya bermacam2 lagi niat yang ada dalam setiap masing2....maka jika ia bukan kerana Allah, maka pahala yang dapat zero...hanya mendapat kepenatan sahaja....Nauzubillah...

Sedikit mengenai hukuman sebat ke atas Kartika, seorang model sambilan yang didapati bersalah minum arak, secara personal, saya tidak bersetuju dengan penangguhan hukuman sebat yang sepatutnya dijalankan walau mereka menyatakan alasannya kerana menghormati bulan Ramadhan....Ini kerana pada pendapat saya, kalau kita sendiri menghormati syariat yang diturunkan Allah, kerana menghormati bulan yang mulai inilah seharusnya hukuman dijalankan, barulah dikatakan menghormati bulam Ramadhan, kenapa perlu ditangguhkan. Seolah2 hukuman syariah lain, Ramadhan lain...

Saya cukup terharu apabila Kartika sendiri bersedia dari segi mental dan fizikal untuk dikenakan hukuman sebat ini, ia membuka mata banyak pihak dan disini kita dapat lihat siapa sebenarnya yang mahukan hukum Islam mahupun tidak...Kenapa perlu melibatkan negeri lain, untuk lakukan sebat diperintahkan di Penjara Kajang, sedangkan kes ini bawah state atau bidang kuasa negeri, sebat sahajalah di tempat dia dijatuhkan hukuman...

Sebat ini tidak perlu terlalu harshness atau kuat sehingga tekeluar isi daging, hanya sekadar dengan rotan yang biasa aja, kerana ini hanya pengajaran dan sebagai iktibar di dunia, selebihnya di akhirat kelak...Campur tangan pihak tidak berkenaan dengan kes ini perlu di abaikan, demi mengangkat martabat bidangkuasa Mahkamah Syariah itu sendiri...Wallahua'lam.

ini pula beita tentang sahibah yang meninggal..Al-fatihah..
This morning( 30/8/09) at around 330 am one of our sisters returned to be
with her Lord. Dr Norfiza Isa had been working in the A&E of the hospital I
am attached to. She was an exemplary colleague and in the course of her
duties she contracted HINI. This was on
9/8/2009. She was subsequently ventilated and had been on ventilator
since.Initially she developed rapid pneumonia, then ARDS, then liver,renal
impairment. She developed sepsis and succumbed this am.

Sedikit tambahan, hari ini adik saya akan mengambil Trial PMR, harap dapat doakan dia...ya..