Monday, July 6, 2009
Ahlan Wasahlan Cabaran Baru
Assalamualaikum kepada antum semua...alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada diri saya untuk terus menaip huruf2 di atas keyboard. Semalam, saya ditarik nikmat tidur oleh Allah,perut sakit dan saya berulang kali menyapu minyak...tapi tetap tidak lega...Enaknya roommate baru saya tidur, sampai rasa jealous pun ada...sebelum ke udm, berkali2 mak mengingatkan saya, "angah, doa banyak2 biar dapat roommate yang baik, soleh,juga minat kepada Islam, ada fikrah"...Alhamdulillah, walaupun umurnya baru menginjak 19tahun, berasal dari Batu Pahat, Johor (Ini kali pertama di udm saya dapat roommate dari Selatan tanah air, mana taknya sebelum ni kebanyakkanya dari Utara),dia seorang yang baik, boleh menjadi mad'u yang bagus, ada potensi...Kami sekadar baru bertaaruf...rupanya sudah diikat oleh kaum Adam...jauh nun di Mesir sana...Bila dilihat di rak2nya, banyak buku berunsur Islam termasuklah Maria...
Sepintas mengenai cabaran semester baru, awal2 lagi saya dan yang lain perlu menyiapkan report praktikal selama 2 bulan kami...Bayangkan kami kena submit selewat2nya minggu depan, masalahnya hari Khamis ini adanya raptai, minggu depan sudah pun Konvokesyen saya...Gembira atau tidak, susah nak di kata, bayangkan ya, sudah lebih 2tahun saya menunggu saat2 ini...
Dengar kata, ramai junior2 sekolah lama masuk ke Udm, jadi semester ini taklifan tanggungjawab yang perlu dipikul amat berat...supaya mereka stay lagi dengan kita dan iman mereka juga tidak futur...saya belum contact master lagi...Apapun, setiap perkara yang datang pasti ada hikmahnya, cuma kita insan biasa tidak menyedarinya...Sebagai hamba Allah yang mempunyai keupayaan terbatas, ya, saya mana boleh predict future...jadi doalah senjata yang paling ampuh sebenarnya...Doa kan untuk mak saya, semoga kesihatannya seperti sediakala...ujian kesihatan itu cuma ujian kecil buat mak saya...itu katanya..tapi bagi saya, amat besar sekali....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment