Friday, July 31, 2009

ISTAC berakhir malam ini


sebetulnya, saya kurang suka mengepost di haluan trg blog mungkin disebabkan terpaksa post dulu ke email moderator, apa yang saya paling suka, blog aqzar, sesiapa pun boleh posting new post, dengan di beri password sendiri, tanpa perlu menunggu untuk di approve....sekurang-kurangnya tak buat kerja 2 kali...

pagi tadi, saya dan wardah ke Kompleks Sukan Gong Badak.Kami tolong Wani untuk handle bahagian registration, makanan , first aid...untuk adik2 yang datang kejohanan ke-27 taekwando peringkat sekolah-sekolah negeri Terengganu atau ISTAC...Suasana agak hangat, sebelum turun dari kereta lagi, dari jauh kelibat pelbagai ragam adik2 dari taska umur sekitar 4-5tahun mula training, sekali2 mengangkat kaki ke arah rakan2 yang lain..."hebatnya adik2 kecil ni" bisik hati saya...

Sampai di car park, kami berjalan masuk ke dewan, ramainya mereka berkumpul beramai2 dan sesekali training di samping master2 mereka..wah cukup bersemangatnya mereka..Saya membayangkan mereka dengan serba putih dalam taekwando dress attire....seolah2 seragam..dari jauh sudah nampak gah nya...apa yang saya bayangkan kalau lah mereka2 ini semuanya menjadi pahlawan2 Islam suatu hari nanti yang di train dengan penuh disipline sudah tentu pihak musuh akan gerun...mereka penuh bersemangat, yang kecik tidak mahu mengalah...yang besar dengan skill2 tertentu...masyaAllah, merekalah pewaris yang perlu di bimbing...kalaulah taekwando pun mereka dah berjaya di train dengan pattern yang cantik dan sparing yang ada power, tidak mustahil kalau mereka ini berjaya di train menjadi seorang yang sentiasa berjuang di jalan Allah...menghormati kedua ibubapa...benarlah mereka ibarat kain putih....sangat2 suci hati mereka yang belum terpalit dosa2 yang menimbun..

Ibubapa datang memberi sokongan kepada anak2 kesayangan...mereka mengharapkan anak mereka menunjukkan prestasi yang mantap dan hebat, tak pun setakat involve dalam kejohanan pun sudah puas hati mereka...Sesi kejohanan pattern bermula sekitar pukul 10.40pagi...Kak Nas, anak Sir Najmi presiden WTF datang ke arah kami dan meminta belikan roti dan air kotak, untuk sekolah IMTIAZ kuala Berang katanya...Kebetulan, pagi kami belum makan, sambil2 beli barang, kami singgah di kedai Kak Yah Nasi Kerabu, Alhamdulillah, seperti kata Wani yang recommend warung itu, memang sedap sungguh nasinya...Saya hanya berdua dengan Wani..the rest tinggal, sebab counter tak boleh dibiar kosong...

Mengenali Wani secara mendalam sekadar sekejap kami makan2...sebetulnya, Wani junior satu course dengan saya, dengan black belt yang baru dapat tanpa apa2 calitan, dalam taekwando, calitan boleh sampai berbelas2 bila dah black belt...kami sembang2 sebelum order sampai...melalut sampai lah nasi dah makan, sampai juga bila 2 bungkus lagi nasi kami beli untuk kawan yang lain...

Walau saatnya cuma sekejap, saya seakan2 sudah kenal Wani, tahu kesukaannya, tahu kenapa dia susah nak tegur orang first,macam2 lah yang saya tahu...saya cuba selami hati Wani, kedudukannya sebagai anak tunggal keluarga...Akhirnya saya faham dan hadam...benarlah manusia itu berbeza2...Wani ada cara dia, saya cara saya, begitu juga yang lain...Saya pasti rindu saat2 bersembang dari hati ke hati dengan Wani...So sweet...

Petangnya, Kak Nas pelawa kami makan di Naj D Leaf berhampiran Mid Town, itu restoran ayahnya Sir Najmi, makan atas daun pisang...Cukup seronok menjiwai bagaimana masyarakat India makan...Sir, mualaf dan berkahwin dengan perempuan Malay, ibu kak Nas. Kak Nas dan adik2 nya semuanya masuk taekwando dan sekarang menjadi jurulatih sambilan...Makan nasi beriani penangan mamak memang menyelerakan, dengan kebersihan terjaga cukup membangkitkan rasa nikmatnya makan atas daun pisang....

ISTAC hanya akan berakhir malam ini....

No comments:

Post a Comment