Thursday, July 23, 2009
Kematian Itu Amat Pasti
Sejak semalam, berita ini ingin di apdet dan dikongsi...tetapi server down semalam...hari ini awal2 pagi selepas sahur, saya gagahkan tangan melayari huruf2 keyboard...rentetan sekitar semalam yang hening....Saya dapat 2 message yang sama bunyinya...
"salam, cikgu ghazali omar telah meninggal dunia sebentar tadi(semalam). Innalillahi wa inna ilaihi rajiun"
satunya dari aisyah dan satu lagi sofiyah....ya, mereka lah informer saya takkala berkalang di bumi timur ini...kebanyakkan info ape2 pun selalunya mereka forwardkan...jazakillah sahabat2 susah senang ana....
Sedikit coretan mengenai Sir Ghazali, nama itu kekal, memang dia layak mendapat title itu di hati saya :
Rumah sir antara rumah yang berkelompok mengelilingi area MATRI, sekolah saya, juga amat dekat dengan Bukit Tunjung,Beseri..
Saya selalu juga ikut jalan pintas ke 'nat' (pasar tiap2 pagi) kat balai besar time weekend...memang confirm ikut rumah sir dan ustaz Hadi...
Sir memang pandai dan cukup mahir English, speaking memang macam bukan orang Malaya...walaupun dah berumur, sir tetap stay ajar adik2 MATRI...
Apa yang meninggalkan kesan di hati saya ialah bila terkenangkan sir lah antara orang2 lama MATRI, susah senang bersama UDMZ dan lihat dengan mata jatuh bangun MATRI..
Semoga sir ditempatkan bersama mereka2 yang sentiasa bersusah payah menegakkan Deen Allah...Ya, cukup lah mati itu sebagai sebuah peringatan...
Hati saya semalam keluh kesah, tak tau camna...tahun ini beberapa bulan lepas ianya seakan2 bersambung2 dan berganti-gantian....mula2 ummi, ustaz Fathi Yakan, Ammar Zul,tokki ngah dan sekarang cikgu Ghazali....
Sungguh kematian itu dekat dengan kita dan kita sendiri tak berkuasa menahannya...Kematian itu pasti!Tapi setakat mana sebenarnya amalan kita untuk menemui Allah??....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment