Saturday, July 18, 2009
Hati juga perlu rawatan????
Adakah kawan2 semua tahu bahawa hati kita juga memerlukan rawatan bukan hanya dengan bantuan ubat-ubatan??
Sebenarnya hati kita juga memerlukan rawatan spiritual atau rohani itu sendiri...
Karat2 jahiliyyah akan berkumpul di hati....kerana hati kita sebenarnya ibarat magnet yang akan menyerap seberapa banyak input2 kedalamnya....
Bagaimana agaknya rawatan bagi hati...
Sememangnya lumrah kehidupan manusia itu sendiri memerlukan kepada pembaikkan...
Begitu juga halnya dengan diri saya sendiri....
Seperti dikatakan ibu saya...Hargai dan rebutlah peluang masa muda, masih ada bnyak masa sekarang, dengan kekuatan tubuh badan yang masih kuat untuk merebut syurga Allah...
Kalau Sultan Muhammad Al-Fateh dalam lingkungan umur saya (kalau tak silap, kalau silap tolong perbetulkan) sudah pun berjaya menakluk kota Konstantinople....Sungguh hebat sekali...bagaimana seawal itu Al-Fateh dapat mengalah dan melawan musuh2 Allah...kita pula bagaimana ya kawan2...
Kalau tahun ini saya sudah menginjak 23tahun....bila dilihat balik...perubahan apa yang pernah saya lakukan...pada diri ini...hanya kita sendiri yang tahu bagaimana tahap keimanan kita pada Allah, mana kelemahan diri yang perlu di atasi....Tiada siapa yang tahu bagaimana hati kita berkata2, bermonolog...Hanya kita yang tahu mana perlu diperbaiki....
Saya takut kalau2 kita ini menjadi 'munafik' tanpa kita sedari....Bayangkanlah sekiranya kita seing membaca ayat2 suci Al-Quran, mendengar tazkirah2 tetapi natijah perbuatan kita berlawanan dan bertentangan dengan kehendak Allah...Nauzubillah...
Takut2 kalau2 kita ketika itu dipanggil pulang oleh Allah secara cash...tiada budi bicara....
Sebagai jiwa muda remaja...saya bercakap atas konteks pemuda-pemudi yang jiwanya sentiasa membakar, mahu bersaing, mempunyai idea2 kreatif dan ibdaie....
Memang, tengoklah diri kalian2 semua...kita mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, sifat sentiasa berubah2...jadi sebab itulah kita memerlukan tali...agar senantiasa berada di atas jalan yang diredhai Allah....
Seperti menara kawalan...jika kita tiada contact dengan menara...ibaratnya kita ini flight itu sendiri...maka akan terputuslah hubungan dan seterusnya hilang arah tujuan...Nauzubillah...
Perkara yang paling ampuh untuk menjaga iman adalah dengan memperbanyakkan amal ibadat...walau ada suara2 yang mengatakan bukan kerana amal banyak masuk syurga tetapi dengan rahmat Allah...tapi tahukah kawan2 semua tanpa memperbanyakkan amalan, mampukah kita mendapat rahmat Allah???...Ada cara lainkah???
Sebagai remaja yang masih diberi peluang mempunyai masa yang luas dan lapang, tidak sempit,mempunyai tubuh badan sihat...Marilah kita sama2 berubah dan merebut segala peluang y7ang masih ada....
Antara salah satunya ialah dengan Qiammullail....Jangan dipandang ringan dengan bangun malam...
Sekiranya kita bangun malam untuk study...stay up...itu tentunya menyebabkan kita letih keesokkannya...
Tapi dengan bangun malam beribadah kepada Allah, ianya different sama sekali...ini kerana mengikut kajian...bangun malam dan bermunajat pada Allah adalah rehat juga sebenarnya malah menyelesaikan segala permasalahan dunia kita....Saya ulang ia menyelesaikan permasalahan DUNIA...
Sebab itu apa yang dilakukan oleh Rasulullah bukanlah bersifat biasa2 sahaja....Solat itukan tiang agama, ya tanpa tiang adakah sesuatu bangunan boleh dianggap rumah??
Oleh itu marilah kita sama2 muhasabah diri kita...supaya sentiasa merasai kwhadiran Allah dan malaikat pencatit amalan di kiri dan kanan kita....Muraqabatullah itu lah yang utama...Wallahua'lam...
*Entry sekitar minggu ini tentunya berkisar tentang hati....pembersihan dan rawatan sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan ...InsyaAllah...Semua cetusan ini dirasai sendiri oleh saya...saya relatekan dengan diri sendiri agar semua faham tentang cabaran itu sukar tapi dengan pertolongan Allah semuanya tidak mustahil....Dipersilakan sesiapa yang ingin berkongsi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment