Wednesday, February 24, 2010
Test
Walau kami balik rumah, kampung masing-masing..Oleh kerana test Miss Ahlam around the corner..After midsem break terus test..So, kami bawa balik semua buku company, notes etc.Allah izin, sewaktu cuti, ramai pula orang buat kenduri...Suka mahupun tidak, saya mesti ikut family meraikan pengantin baru dan familynya..Ramai juga kenduri, sampai dua tiga tempat kena attend la..Last2, saya decide nak balik awal (first time dalam sejarah, balik awal sebab takut test Miss Ahlam)..my parents cakap, kenapa balik awal, then saya explain la pasal soalan-soalan killer Miss Ahlam (because sebelum ni pun kalau ada tutorial, WAJIB kami semua discuss ramai-ramai, sampai stay-up tak tidur-itu baru turorial, bukan test)..buku reference Company sahaja dah penuh rak dalam hostel..My parents of course, tak setuju..kenapa takutkan Miss, dia juga manusia biasa, minta doa supaya dipermudahkan soalan dan dia rasa lembut hati..macam tula lebih kurang my mum said to me..
Tapi, oleh kerana dah tak boleh duduk diam kat rumah..rasa tak tenang..so, balik awal..Rabu petang saya sudah berada di hostel..empat hari datang awal..semata-mata test Miss.Mengalahkan final..Rupa-rupanya, yang lain pun macam tu juga, classmate yang lain juga merasakan perkara yang sama..
Paling penting, test sudah berakhir..Soalannya banyak confuse..setiap ayat dalam soalan ada pointnya tersendiri..Itulah penangan Miss Ahlam, who got 17 years experience since in UIA..Wallahua'lam..
Saturday, February 20, 2010
Mossad di sebalik pembunuhan Mahbouh
Akhbar tersebut melaporkan lagi bahawa tidak menghairan jika sesetengah negara telah membantu ejen-ejen Mossad ini untuk melakukan pembunuhan ini dengan menyembunyikan identiti sebenar ejen-ejen tersebut.
Dalam konteks yang sama, media-media Israel melaporkan bahawa operasi membunuh Mabhouh ini merupakan satu kegagalan selepas identiti pembunuh tersebut telah dapat dikenal pasti yang selama ini mengagung-agungkan kepakaran Mossad dimana kegagalan ini akan menjadi satu isu yang besar dan bakal menghadapi kecaman dan tindakan dari negara Eropah selepas ejen-ejen ini menggunakan paspot palsu negara-negara Eropah.
Media Lubnan pula melaporkan bahawa terbongkarnya kisah pembunuhan ini merupakan kemuncak kegagalan operasi Mossad selepas pihak berkuasa Dubai dapat mengesan operasi pembunuhan ini dalam masa yang singkat dimana ejen-ejen Mossad ini telah melakukan kesilapan yang besar dengan memilih Dubai yang mempunyai kecanggihan teknologi moden cegah jenayah sebagai tapak operasi mereka. Ejen-ejen ini tidak dapat lagi bergerak ke negara-negara lain selepas cap mata mereka telah direkodkan di lapangan terbang Dubai yang akan dihantar kepada polis antarabangsa dengan segera.
Dalam konteks yang sama, pejabat kementerian luar negeri UK telah memanggil duta Israel untuk menghadap atas penglibatan ejen Mossad menggunakan paspot palsu UK untuk ke Dubai dan dalam masa yang sama Perdana Menteri UK Gordon Brown memberi jaminan akan melakukan penyiasatan penuh dalam isu pemalsuan paspot.
Polis Dubai menjangkakan senarai ejen-ejen Mossad yang terlibat boleh menjangkau kepada 17 orang manakala media antarabangsa meramalkan lebih 20 orang terlibat dalam pembunuhan Mabhouh.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
*************************
Friday, February 19, 2010
Dia Sahabatku..
Paling penting, saya selesa bersahabat dengannya..Walau jauh, kami still contact even kadang tu lama juga la hibernate..Sejak di sekolah, kami semua memanggilnya cik lily, pangkatnya dalam keluarga kepada anak-anak 'menakan' (saudara)..Loghat Kedah masih ada even dah duk lama kat Pantai Barat..Tahun lepas, bila memikirkan siapa akan fetch saya dan Wardah bila kami travel dari Pantai Timur ke sana semata-mata kerana ukhuwwahfillah mahu berjumpa sahabat-sahabat di sana, Suhailey tanpa banyak soal, willingly nak ambil kami kat airport..Sehingga saat ini, apa2 personal matter, saya pasti akan merujuk padanya..Apa pun,moga Allah merahmatimu duhai sahabatku..Moga ukhuwwah ini kekal sehingga ke syurga..Ameen~
*********************************************
Perhimpunan Perdana Palestin anjuran beberapa NGO di Malaysia mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat..Dan ini keratan akhbar METRO dan dalam websitenya juga ada beberapa klip video interview bersama ulama'2 atau sheikh2 Palestin ini...Saksikan...
PENASIHAT Kanan Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakar Al-Awawida, buta kedua-dua matanya akibat diseksa tentera rejim Israel pada 1981. Namun, perjuangannya tetap utuh, malah tidak berganjak sedikit pun untuk mempertahankan negaranya.Perhimpunan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Palestine Centre of Excellence (Pace), Haluan Palestin, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, Pertubuhan Mawaddah, Kispa dan Viva Palestina Malaysia, menampilkan beberapa tokoh daripada pertubuhan pembebasan Palestin, termasuk Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin, Sheikh Abu Ahmad Ziad al-Qishawy.
Menurutnya, hanya lima juta daripada mereka menetap di tanah air sendiri manakala yang lain terus terusir sejak kezaliman rejim Israel lebih 50 tahun.Tentera rejim membunuh beratus ribu penduduk Palestin, malah mencederakan ramai lagi. Bukan itu saja, mereka juga menangkap dan mengusir secara paksa, menghancurkan rumah dan menggantikannya dengan unit pemeriksaan tentera di Tebing Barat.
Sehingga kini ada lebih 700 unit pemeriksaan tentera. Mereka juga menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa.Jadi tidak mustahil, mungkin sekarang, satu jam atau beberapa saat lagi Masjid al-Aqsa boleh tersungkur, kerana tidak ada lagi penyangga yang menahan masjid berkenaan.
Syeikh Abu Bakar, 48, yang berasal dari satu daerah kecil di a-Khalil, 35 kilometer dari al-Aqsa, mempunyai lapan anak, iaitu lima putera dan tiga puteri melalui seorang isteri.Pada usianya belum mencecah separuh abad, beliau juga dikurniakan tiga cucu.
Beliau sekeluarga yang dipaksa keluar dari bumi Palestin oleh tentera Israel dan kini tinggal di Damsyik, Syria berjuang dan menyuarakan nasib rakyat Palestin melalui Ikatan Ulama Palestin yang diasaskan pada 1990, di Tebing Barat dan Gaza.Pertubuhan itu membabitkan keahlian kalangan ulama pelbagai daerah di Palestin, dengan tujuan mendidik serta memberikan kesedaran kepada generasi baru supaya mempertahan Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.
Ia turut mempunyai beberapa cawangan di luar Palestin dan di kawasan kem pelarian Palestin termasuk di Lubnan, Yaman, Syria dan Sudan, sekali gus dapat membantu meringankan penderitaan mereka, terutama di kem pelarian.
Syeikh Abu Bakar berkata, rejim Israel semakin ganas, malah akibat penjajahan Israel, kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan berdepan jaminan masa depan yang pudar.Sesetengahnya bergelar yatim sejak bayi kerana ibu bapa terkorban dalam konfrontasi.
“Bagi sesetengah kanak-kanak, orang tua mereka sudah syahid, cacat anggota badan dan ditangkap tentera Israel. Sekolah pula rata-ratanya hancur akibat pengeboman tentera rejim Zionis.
“Mereka diharamkan daripada mengikuti kelas pembelajaran, untuk mendapat ubat-ubatan, malah diharamkan untuk mempunyai peralatan mainan seperti kanak-kanak sebaya lain.
“Bahkah, kertas sukar diperoleh walaupun hanya sekadar untuk menulis. Mereka sangat susah, seolah-olah berteriak kepada dunia, ‘lihatlah wahai saudaraku, apa sudah dilakukan tentera Israel terhadap kami dan kenapa kamu semua diam’.“Ramai juga kanak-kanak ditangkap dan diseksa tentera Israel, malah ada yang kehilangan penglihatan akibat diseksa, kehilangan tangan dan kaki, tetapi mereka tetap bersemangat untuk belajar,” katanya.
Beliau berkata, mereka memanfaatkan ruang yang ada di kem pelarian untuk belajar, malah ada yang menggunakan kemudahan di masjid untuk membaca dan menghafal al-Quran. “Kanak-kanak Palestin di luar negara pula sangat menderita kerana berjauhan dari tanah air dan tidak tahu menahu di mana ibu bapa mereka.“Mereka di luar Palestin seperti di Syria, Lubnan, Yaman, Iraq dan Sudan serta Malaysia sangat memerlukan perhatian kerana mereka mahukan hak sama seperti kanak-kanak lain, terutama hak untuk belajar,” katanya.
Beliau berharap kerajaan Malaysia juga membantu kanak-kanak Palestin untuk mendapat hak dalam bidang pendidikan.“Kedua-dua mata saya menjadi buta selepas diseksa dan dipukul di dahi sewaktu ditahan dan dipenjarakan rejim Zionis selama 54 hari ketika masih belajar di Ma’had Syarie di al-Quds.“Saya akui penglihatan memberikan banyak kelebihan dan dengan keterbatasan ini membuatkan pergerakan saya sedikit terhalang, tetapi saya berusaha dengan gigih bersama bantuan anak dan isteri, sehingga kini saya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,” katanya sesekali menongkat pipi dan menggosok bahagian matanya yang tidak boleh melihat akibat diseksa ketika usia remaja.Syeikh Abu Bakar sudah membuktikan kepada tentera Israel, memang benar dirinya diseksa hingga hilang penglihatan tetapi masih tidak terdaya menghalangnya untuk membantu perjuangan kaum Muslimin Palestin.“Tentunya saya, malah kita umat Islam sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu buat rakyat Palestin,” katanya.
Thursday, February 18, 2010
Warkah Buat Ku Yang Sering Terlupa
Kita adalah bagian daripadanya,
Kemuliaannya adalah kemuliaan kita,
Kemenangannya adalah kemenangan kita,
Dan kita adalah manusia yang paling bahagia dengannya"
Wednesday, February 17, 2010
Entri Tertangguh
Resemble her father a lot..
seed of love
Nota Kaki: tidak lupa untuk diselitkan tahun ini sudah 49tahun syahidnya IHAB di Egypt..
Tuesday, February 16, 2010
Ulang Tahun ke-76
“ Kita berjaya bukannya kerana bilangan ahli (pengikut) yang ramai dan kita gagal bukan kerana bilangan ahli ( pengikut) yang sedikit. Yang dinilai oleh Allah SWT adalah kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi semua cabaran dalam medan dan jalan ini.” – (UDMZ) .Ikuti pengalaman berharga mereka-mereka yang pernah bersama-sama beliau..di sini, sini dan sini..
Nota Hati:Ungkapan Jiwa Abdul Qadir Audah "Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun"source Bro Hamzh
Wednesday, February 10, 2010
Jangan Pandang Belakang
Inilah dia 'orang kuat' Laskar Pelangi.Andrea Hirata pada tahun 2008 di Pameran Buku PWTC (berbaju merah)
Ia menceritakan perjuangan Pak Herfan dan Bu Muslimah mendidik 10 orang murid di sekolah islam pertama yang serba kekurangan sehingga membuka mata masyarakat ketika itu..Bagaimana murid-murid itu amat genius dan mereka berfikir lain dari murid-murid lain..Cerita sarat dengan emosi apabila salah seorang murid itu terpaksa menjaga adik-adiknya kerana ayahnya hilang di laut...-sekadar brief sahaja..
Monday, February 8, 2010
Speechless
Sunday, February 7, 2010
Hati yang tenang
Hati lelaki itu tenang...tiada perasaan ragu-ragu..Walau diprovok berulang kali oleh orang lain, dia tetap dengan pendiriannya..Itulah lelaki yang sentiasa menjaga hubungannya dengan yang Maha Pencipta. Benar, marilah sama-sama kita tanamkan perasaan sentiasa positive thinking dengan keadaan yang berlaku...Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya...Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Abdullah Aidh Al-Qarni "Jangan difikirkan perkara yang dah lepas, fikirkan lah apa yang akan kita lakukan untuk esok hari". Buat persediaan untuk hari yang bakal menjelang supaya ianya lebih baik dan bermakna dari semalam...Hujan yang berpanjangan sebenarnya mahu menghadiakan kita pelangi yang indah...Mahukah anda menjadi Laskar Pelangi?...Laskar Pelangi yang sentiasa berjiwa besar dan tinggi..Mereka melihat dunia melalui jendela akhirat..Mereka melihat dunia melalui kacamata akhirat..Bagi mereka , kehidupan yang paling indah adalah kehidupan selepas mati..
Sebagaimana dikatakan Cikgu Mai, guru saya ketika di MATRI, syukurlah kita adalah ummat Muhammad..Penghulu segala nabi dan rasul..ini kerana ketika di padang Mahsyar nanti, 70,000 malaikat akan memegang tali-tali yang mengikat neraka, nafas neraka akan berbunyi kerana tidak sabar mahu menyambar mereka yang ingkar kepada perintah Allah. Apabila nafas ketiga neraka berbunyi, terlepaslah tali-tali yang dipegang oleh malaikat...Semua nabi dan rasul, manusia-manusia takut sehingga sujud dan orang-orang kafir, munafik akan terkena spark atau percikan api dari neraka..Itu baru percikan, ia mengenai kepala-kepala mereka..Seorang pun tidak sanggup untuk memegang tali itu dan hanya memikirkan keadaan diri masing-masing menunggu untuk dihisab..Suasana itu, semuanya penuh dengan ketakutan..Sehinggalah bangkitnya nabi Muhammad yang sentiasa memikirkan ummatnya bangun memegang tali-tali yang mengikat neraka...Beruntungnya ummat nabi Muhammad. Neraka kemudian mengatakan agar nabi Muhammad melepaskan tali itu berulang kali dan dijawab oleh nabi Muhammad dia sayangkan ummatnya..Lalu Allah berkata pada neraka, ikutlah kata Muhammad, sesungguhnya Muhammad adalah kekasihku....MasyaAllah, beruntungnya kita..Kerana itulah, kita ummat yang special..ummat yang beriman kepada nabi Muhammad walau tidak pernah bersua..
Saturday, February 6, 2010
Pelajar Phd Malaysia mendapat anugerah Ratu Elizabeth
Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.
Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.
Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark.
Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa.
"Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya.
Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.
"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.
Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara.
"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.
Thursday, February 4, 2010
Hidup ini hambar tanpa iman
Sampai sahaja semua student2 lepasan SPM tengah berBBQ...Berjumpa tiga Ketua Kem Komandan tetap di sana, seorang sudah pun balik untuk persiapan walimah atau perkahwinan..Syukur Alhamdulillah, perjalanan smooth macam biasa..Pantai Melawi amat-amat cantik...SubhanaAllah, sukar untuk digambarkan, kena pergi dan rasai sendiri suasananya..rasa tak nak balik pun ada...Team konvoi kami hanya berada sehari memandangkan ramai yang ada Ko-Kurikulum..Team kami pas tasks kepada Team WT dan WS yang baru datang via flight.
Wednesday, February 3, 2010
terkini
Nota; Kepada anda yang melihat poster ini dialu-alukan untuk menghadirkan diri..Bukan senang kita nak berjumpa sheikh-sheikh Palestine..Rebutlah peluang yang ada, insyaAllah..
Tuesday, February 2, 2010
entri 208
Monday, February 1, 2010
cerita orang-orang lama
Baru-baru ini saya berpeluang berjumpa mereka2 yang pernah menjadi guru saya sejak dari sekolah MATRI lagi..pengalaman yang di lalui oleh syuyukh (orang-orang lama) dalam DnT amat-amat diperlukan oleh golongan pelapis-pelapis muda. Ini kerana setiap kelemahan yang ada akan dilakukan penambahbaikan oleh golongan rijal rakaiz atau pelapis muda dengan merujuk kepada perkongsian pengalaman orang-orang lama..Sebagaimana satu hadith menyatakan "setiap mukmin itu tidak akan terjatuh dalam lubang sebanyak dua kali". maksudnya akan ada penambahbaikan dan mereka tidak akan mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama. Daripada itulah, kita sering mendengar ungkapan "aku makan garam dulu daripada kamu" untuk menunjukkan dia telah melalui segala perit jerih kehidupan dan sudah tahu serba serbi dari orang lain yang masih baru.
Pengalaman berharga berkongsi permasalahan bersama memberi kenikmatan seolah-olah berada dalam kelompok manusia yang memandang dunia melalui jendela akhirat. Dunia bukan berada dalam hati mereka bahkan dunia berada dalam gengaman mereka. Mereka tidak ragu-ragu untuk melepaskan dunia kerana sudah membiasakan diri dengan tidak meletakkan dunia seolah-olah malakah atau darah daging seharian mereka. Hidup mereka bersederhana namun berjiwa besar. Mereka inilah penyambung kelangsungan DnT. Mereka tidak bercakap perkara2 'micro' bahkan mereka bercakap dan berdiskusi perkara2 'macro'. Tiada istilah bersenang lenang atau goyang kaki dalam kehidupan seharian yang menuntut kepada tadhiyyah atau pengorbanan dan jiddiyyah atau kesungguhan. Tiada istilah bertelagah mengenai perkara remeh-temeh seperti kawan tidak senyum , cepat merajuk etc . Namun, mereka bercakap mengenai perkara2 yang besar. Masalah ummah sebagaimana dikatakan oleh As-Syahid Syed Qutb " Manusia pada hari ini berada di jurang kehancuran". Mereka sentiasa berfikir untuk mengajak manusia mewarnai diri mereka dengan perkara2 amar ma'ruf nahi mungkar. Mereka inilah manusia berjiwa tinggi dan mempunyai tamayyuz di kalangan manusia2 lain yang sibuk mengejar dunia tidak berkesudahan. Mereka tidak menolak dunia namun memandang dunia ibarat lalat yang hinggap di hidung, dunia akan pergi bila -bila masa. Memandang dunia dengan kacamata akhirat. Subhanallah