Sunday, February 7, 2010

Hati yang tenang

Satu cerita untuk dikongsi: Ada seorang lelaki sangat-sangat berhajat untuk pergi ke Perhimpunan Perdana Palestine di Auditorium Masjid Wilayah, Jalan Duta Kuala Lumpur. Mesyuarat diadakan on the spot pada pukul 10.30 mlm..Lelaki ini yang tinggal agak jauh, kira2 136 km daripada tempat meeting itu tidak dapat menghadirkan diri dengan segera. Lalu dia cuma texting a message menyatakan hajat untuk pergi ke sana. Namun, tiada respon selepas itu. Tiba-tiba sahaja esok malam konvoi ke sana telah telefon,ketika itu lelaki itu berada di masjid untuk solat maghrib..Telefon itu diangkat isterinya, ketua konvoi menyatakan supaya lelaki itu get ready di tempat yang ditentukan. Lelaki itu akhirnya pulang ke rumah dari masjid. Dengan tergesa-gesa ingin bergegas ke sana, sambil texting a message, ketua konvoi menyatakan mereka tak sempat tunggu, mereka teruskan perjalanan dan sudah sampai ke sempadan negeri lain...Apa perasaan lelaki itu?..Sukar untuk digambarkan...Terdetik dalam hatinya "Allah tidak memilihku untuk berada bersama mereka dan ulama'2 Palestin" ...MasyaAllah, sekiranya saya berada di tempatnya, saya tidak sekuat itu..Ya, Allah.Rahmatilah lelaki itu...Semoga saya turut mewarisi sifat-sifatnya, semoga saya mendapat zauj yang turut mewarisi sifat itu...Sungguh lelaki itu sentiasa bersangka baik, jauh dari berprasangka, moga lelaki itu mendapat pahala serupa dengan mereka yang pergi ke sana..

Hati lelaki itu tenang...tiada perasaan ragu-ragu..Walau diprovok berulang kali oleh orang lain, dia tetap dengan pendiriannya..Itulah lelaki yang sentiasa menjaga hubungannya dengan yang Maha Pencipta. Benar, marilah sama-sama kita tanamkan perasaan sentiasa positive thinking dengan keadaan yang berlaku...Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya...Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Abdullah Aidh Al-Qarni "Jangan difikirkan perkara yang dah lepas, fikirkan lah apa yang akan kita lakukan untuk esok hari". Buat persediaan untuk hari yang bakal menjelang supaya ianya lebih baik dan bermakna dari semalam...Hujan yang berpanjangan sebenarnya mahu menghadiakan kita pelangi yang indah...Mahukah anda menjadi Laskar Pelangi?...Laskar Pelangi yang sentiasa berjiwa besar dan tinggi..Mereka melihat dunia melalui jendela akhirat..Mereka melihat dunia melalui kacamata akhirat..Bagi mereka , kehidupan yang paling indah adalah kehidupan selepas mati..

Sebagaimana dikatakan Cikgu Mai, guru saya ketika di MATRI, syukurlah kita adalah ummat Muhammad..Penghulu segala nabi dan rasul..ini kerana ketika di padang Mahsyar nanti, 70,000 malaikat akan memegang tali-tali yang mengikat neraka, nafas neraka akan berbunyi kerana tidak sabar mahu menyambar mereka yang ingkar kepada perintah Allah. Apabila nafas ketiga neraka berbunyi, terlepaslah tali-tali yang dipegang oleh malaikat...Semua nabi dan rasul, manusia-manusia takut sehingga sujud dan orang-orang kafir, munafik akan terkena spark atau percikan api dari neraka..Itu baru percikan, ia mengenai kepala-kepala mereka..Seorang pun tidak sanggup untuk memegang tali itu dan hanya memikirkan keadaan diri masing-masing menunggu untuk dihisab..Suasana itu, semuanya penuh dengan ketakutan..Sehinggalah bangkitnya nabi Muhammad yang sentiasa memikirkan ummatnya bangun memegang tali-tali yang mengikat neraka...Beruntungnya ummat nabi Muhammad. Neraka kemudian mengatakan agar nabi Muhammad melepaskan tali itu berulang kali dan dijawab oleh nabi Muhammad dia sayangkan ummatnya..Lalu Allah berkata pada neraka, ikutlah kata Muhammad, sesungguhnya Muhammad adalah kekasihku....MasyaAllah, beruntungnya kita..Kerana itulah, kita ummat yang special..ummat yang beriman kepada nabi Muhammad walau tidak pernah bersua..

No comments:

Post a Comment