Thursday, February 4, 2010

Hidup ini hambar tanpa iman

Kerana mahukan diri ini melalui proses didikan hati dengan lebih jitu, saya bersama sahabat2 yang lain konvoi ke Pantai Melawi, Bachok untuk attend slot HIMEGA, di PLKJ...Bertolak selepas semuanya habis kuliah..jam 7.00 petang kami memulakan perjalanan..Dengan tiga kereta konvoi ketika itu, kami agak lewat berhenti solah..Ini kerana sebelum sampai untuk solah, kami tersesat semasa sampai di simpang tiga..akhirnya kami pilih kiri..bila dah masuk agak dalam, rasa lain (instinct)..kami berhentikan kereta, kebetulan Allah izin, ada seorang pakcik yang mahu ke Tok Bali..Laluan yang sama dengan kami, kami follow pakcik sehinggalah departed apabila sudah sampai di Tok bali..Kami ambil jalan yang ada signboard Pantai Melawi...

Sampai sahaja semua student2 lepasan SPM tengah berBBQ...Berjumpa tiga Ketua Kem Komandan tetap di sana, seorang sudah pun balik untuk persiapan walimah atau perkahwinan..Syukur Alhamdulillah, perjalanan smooth macam biasa..Pantai Melawi amat-amat cantik...SubhanaAllah, sukar untuk digambarkan, kena pergi dan rasai sendiri suasananya..rasa tak nak balik pun ada...Team konvoi kami hanya berada sehari memandangkan ramai yang ada Ko-Kurikulum..Team kami pas tasks kepada Team WT dan WS yang baru datang via flight.

No comments:

Post a Comment