Saturday, February 20, 2010

Mossad di sebalik pembunuhan Mahbouh

Sabtu, 20/02/2010 – Akhbar British Independent mengesahkan bahawa semua maklumat yang didapati dalam kes pembunuhan pegawai kanan Hamas Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai membuktikan penglibatan Mossad kerana cara pembunuhan tersebut secara terang ada tanda-tanda kerja Mossad yang melakukan pembunuhan secara profesional.

Akhbar tersebut melaporkan lagi bahawa tidak menghairan jika sesetengah negara telah membantu ejen-ejen Mossad ini untuk melakukan pembunuhan ini dengan menyembunyikan identiti sebenar ejen-ejen tersebut.

Dalam konteks yang sama, media-media Israel melaporkan bahawa operasi membunuh Mabhouh ini merupakan satu kegagalan selepas identiti pembunuh tersebut telah dapat dikenal pasti yang selama ini mengagung-agungkan kepakaran Mossad dimana kegagalan ini akan menjadi satu isu yang besar dan bakal menghadapi kecaman dan tindakan dari negara Eropah selepas ejen-ejen ini menggunakan paspot palsu negara-negara Eropah.

Media Lubnan pula melaporkan bahawa terbongkarnya kisah pembunuhan ini merupakan kemuncak kegagalan operasi Mossad selepas pihak berkuasa Dubai dapat mengesan operasi pembunuhan ini dalam masa yang singkat dimana ejen-ejen Mossad ini telah melakukan kesilapan yang besar dengan memilih Dubai yang mempunyai kecanggihan teknologi moden cegah jenayah sebagai tapak operasi mereka. Ejen-ejen ini tidak dapat lagi bergerak ke negara-negara lain selepas cap mata mereka telah direkodkan di lapangan terbang Dubai yang akan dihantar kepada polis antarabangsa dengan segera.

Dalam konteks yang sama, pejabat kementerian luar negeri UK telah memanggil duta Israel untuk menghadap atas penglibatan ejen Mossad menggunakan paspot palsu UK untuk ke Dubai dan dalam masa yang sama Perdana Menteri UK Gordon Brown memberi jaminan akan melakukan penyiasatan penuh dalam isu pemalsuan paspot.

Polis Dubai menjangkakan senarai ejen-ejen Mossad yang terlibat boleh menjangkau kepada 17 orang manakala media antarabangsa meramalkan lebih 20 orang terlibat dalam pembunuhan Mabhouh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

*************************




No comments:

Post a Comment