Monday, February 1, 2010

cerita orang-orang lama

InsyaAllah, dalam kesempatan yang ada hari ini, walau dibatasi banyak sangat perkara dengan 'full' nya jadual setiap hari, dengan assignment2 yang baru diberi, case review belum settle, tutorial yang sentiasa bertukar-tukar tajuk presentation, test yang hadir setiap minggu, saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak..di dunia ini agak-agak anda siapakah orang yang paling sibuk? adakah ia perdana menteri, ahli perniagaan, student, lecturer etc?..Rasululllah lah sebenarnya manusia yang paling sibuk di atas muka bumi ini..Namun, bagaimana baginda membahagikan masa sebagai seorang suami, ayah, penyebar risalah Allah, ahli masyarakat itulah yang patut kita contohi. Sibuk, sibuk juga...Namun, adakah sibuk kita itu menjurus kearah keredhaan Allah?

Baru-baru ini saya berpeluang berjumpa mereka2 yang pernah menjadi guru saya sejak dari sekolah MATRI lagi..pengalaman yang di lalui oleh syuyukh (orang-orang lama) dalam DnT amat-amat diperlukan oleh golongan pelapis-pelapis muda. Ini kerana setiap kelemahan yang ada akan dilakukan penambahbaikan oleh golongan rijal rakaiz atau pelapis muda dengan merujuk kepada perkongsian pengalaman orang-orang lama..Sebagaimana satu hadith menyatakan "setiap mukmin itu tidak akan terjatuh dalam lubang sebanyak dua kali". maksudnya akan ada penambahbaikan dan mereka tidak akan mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama. Daripada itulah, kita sering mendengar ungkapan "aku makan garam dulu daripada kamu" untuk menunjukkan dia telah melalui segala perit jerih kehidupan dan sudah tahu serba serbi dari orang lain yang masih baru.

Pengalaman berharga berkongsi permasalahan bersama memberi kenikmatan seolah-olah berada dalam kelompok manusia yang memandang dunia melalui jendela akhirat. Dunia bukan berada dalam hati mereka bahkan dunia berada dalam gengaman mereka. Mereka tidak ragu-ragu untuk melepaskan dunia kerana sudah membiasakan diri dengan tidak meletakkan dunia seolah-olah malakah atau darah daging seharian mereka. Hidup mereka bersederhana namun berjiwa besar. Mereka inilah penyambung kelangsungan DnT. Mereka tidak bercakap perkara2 'micro' bahkan mereka bercakap dan berdiskusi perkara2 'macro'. Tiada istilah bersenang lenang atau goyang kaki dalam kehidupan seharian yang menuntut kepada tadhiyyah atau pengorbanan dan jiddiyyah atau kesungguhan. Tiada istilah bertelagah mengenai perkara remeh-temeh seperti kawan tidak senyum , cepat merajuk etc . Namun, mereka bercakap mengenai perkara2 yang besar. Masalah ummah sebagaimana dikatakan oleh As-Syahid Syed Qutb " Manusia pada hari ini berada di jurang kehancuran". Mereka sentiasa berfikir untuk mengajak manusia mewarnai diri mereka dengan perkara2 amar ma'ruf nahi mungkar. Mereka inilah manusia berjiwa tinggi dan mempunyai tamayyuz di kalangan manusia2 lain yang sibuk mengejar dunia tidak berkesudahan. Mereka tidak menolak dunia namun memandang dunia ibarat lalat yang hinggap di hidung, dunia akan pergi bila -bila masa. Memandang dunia dengan kacamata akhirat. Subhanallah

No comments:

Post a Comment