Friday, June 10, 2011

TRIP Kedah-Penang-Perlis

Berkelana lah saya ke sebelah utara bermula 3hb baru-baru ini....Tak sempat nak update blog,check e-mail dan reply fb...Sangat-sangat minta maaf...Seronok berjumpa sahabat-sahabat ex-MATRI..sahabat-sahabat lama yang akrab even ada sampai since dari 2001 tak jumpa..Sebab ada lepas form 3 tukar sekolah etc..Saya sangat-sangat menyayangi mereka...Perasaan jumpa sahabat ni sukar nak diceritakan..Sampai rasa penat pun hilang...bestnya hanya Allah yang tahu...

Thursday, June 2, 2011

Family Reunion

28 hb baru2 ini, alhamdulillah family kami berkumpul ramai2...Saya dan achik bergegas pulang dari Kelantan takut tak dan nak sambut kat Airport..Kami tidur di rumah Teh dan menziarahi tokki, tok, Deeny, mak adik, ayah adik, che ngah me, ayah ngah li, ayah su mi, su ana etc..

Alhamdulillah, seronok pergi jumpa achik cuma agak sedih tak sempat nak singgah rumah Anis dan ziarah 2nd Khalifatulah dan Abang Umar..Hanya sempat ke tempat rekseasi terbesar di Kelantan, Taman Perbandaran Tengku Anis untuk jogging pagi sebelum ke KB..Beli tiket on the spot...

Syukur dapat juga pergi Mudzalfa Fried Chicken (MFC) kat KB, achik selalu cerita, katanya ok lagi dari RCH or RFC dan KFC....Memang saya dan dia pernah berdebat panjang pasal KFC sebelum ini..Memang hebat Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang menerajui JCorp satu ketika dahulu sehingga menjadikan KFC halal dari segi ayam yang sentiasa menjadi tanda tanya masyarakat.Cuma dari segi tax masih ada tanda tanya..

Ada menyatakan tax tu kecil dan tidak membawa kesan bahkan banyak mendatangkan manfaat dari mudharat Muslim menerajui KFC..Ada pula berkata tax KFC Malaysia ketika pemboikotan barangan yang membantu Yahudi satu ketika dahulu siap boleh recover all loses by KFC HQ di oversea sana.Kesahihannya?Nampaknya kena further reading and searching la...Jadi tentulah tak lepaskan peluang ke MFC, cuma di KB mostly supermarket buka agak lewat berbanding di tempat saya, so agak sukar nak shopping sebelum naik bas..

Sebelum ini sudah berkali-kali ke Kelantan, cuma kali ini dengan achik dan of course la lagi best sebab achik already tahu every single places yang best-best..Habit yang common, pasti saya ke kedai buku kat mana-mana persinggahan...Syarikat Muda Osman not bad la..teringin nak suruh achik belanja but dia belum dapat gaji..So KIV dulu..hehe..

Pagi semalam sempat kami sekeluarga except achik (bekerja) ke Kijal..Tak rancang pun semua on the spot..Singgah Mesra Mall... Malam semalam, k.Aishah Rashid, seorang kakak yang sangat baik dan solehah dan saya menganggapnya macam kakak saya sendiri selamat di ijab kabulkan..Moga diberkati Allah..