Thursday, December 31, 2009

Pejuang...

Ketiga2nya boleh dikatakan pejuang....Namun, yang diperjuangkan adalah berlainan sama sekali..Yang pertama, Syarizan Sudirmin memperjuangkan haknya di Mahkamah ekoran episod hitam yang sekaligus melumpuhkan kakinya...dalam wawancara bersama wartawan dia menyatakan jumlah pampasan yang tinggi RM653,750.00 akibat cedera parah selepas ditendang anggota polis 10 tahun yang lampau ketika menunggang motorsikal...Namun, jumlah itu dikurangkan kerana dia juga merupakan penyebab berlakunya insiden berkenaan..Jumlah bersih RM490,312.00..Hakikatnya ganti rugi atau pampasan berkenaan tidak bermakna kepadanya lantaran ia tidak mengubah sedikit pun segala keperitan yang di alami selama 10 tahun berkerusi roda...itulah antara kata2 Syarizan bila ditanya samada dia akan mencabar keputusan berkenaan di mahkamah sekali lagi sehingga jumlah pampasan menjangkaui RM1 atau 2 juta...

Dalam Perjuangan tiada istilah duduk diam

Yang Kedua juga pejuang, Gus Dur atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid merupakan seorang yang amat tersohor di Indonesia satu ketika dahulu...Namun, selepas memegang tampuk pemerintahan yang menjadi rebutan ramai, beliau dilihat semakin tenggelam ekoran beberapa isu dan kontroversi yang melanda Indonesia ketika itu, antaranya melibatkan rasuah dan penyelewengan kuasa di tambah dengan penyebaran gambar Gus Dur dengan seorang perempuan menyebabkannya berundur dari arena politik dan diganti oleh Megawati Sukarnoputri, anak Presiden paling hebat Indonesia, Sukarno...Sehingga sekarang, masih ramai lagi pengikut Gus Dur yang masih menyanjunginya sebagai seorang yang amat mengambil berat tentang permasalahan rakyat, berani dan berkaliber..Perjuangan Gus Dur berterusan beberapa tahun sehinggalah dijemput pulang oleh Allah semalam...Innalillah...


Dalam Perjuangan tiada istilah sakit demam

Yang ketiga, pejuangnya hanya mahu dikenali sebagai Aminul Ummah. Namanya lahir kerana ibubapa yang berhajatkan anak nya menjadi seperti pemegang amanah umat Islam pada zaman Rasulullah...berasal dari semangat dan keberanian sahabat Rasulullah ini dalam perjuangan, Aminul Ummah ini juga diberikan taklifan mengantikan Khalid Al-Walid dalam mengetuai satu peperangan. Berbekalkan semangat inilah, mudah-mudahan ia semakin menjalar dalam diri pejuang ini, tidak dinafikan pergantungannya kepada Allah melebihi segalanya...Dia sentiasa mengingatkan perkara-perkara kebaikan kepada adik-adiknya..Semalam petang, telefon di rumah berbunyi, pejuang ini menyatakan mahu ke Semenanjung Gaza, Palestin..Mereka tidak boleh masuk menerusi jalan darat...Jadi, cuma tinggal satu cara, menerusi kapal..Dia telefon, hajatnya mahu memohon kemaafan dari ibuayah tersayang...semoga semuanya selamat..InsyaAllah..


Dalam Perjuangan tiada istilah bersenang-lenang

Wednesday, December 30, 2009

..................

Artikel2 yang mahu di cari:
AUKU
Contract Sosial
Victimology
Mercy Killing
Euthanasia lebih kurang MK juga
Extradiction
Constitutional Problem


Nota Kaki: Hajat sangat2 doa daripada anda semua tidak kira di mana anda berada...my bro go to GAZA today...i hope semuanya selamat...doakan..berat sungguh rasa hati ni...

Tuesday, December 29, 2009

Articles for Proloquor Magazine and Memorial

Mungkin entri2 yang akan dan bakal dipostkan selepas ini banyak berkisar tentang kuliah...sehingga saat ini, inilah masa2 paling kritikal buat saya...hajat doa semua...banyaknya persiapan untuk menyediakan articles2 for Proloquor09 first edition...manakala memorial untuk team kami akan dihantar 12 Jan ni...dan competition bulan March...memandangkan terlalu banyak perkara yang saling bersangkutan, menyukarkan buat beberapa hari ini...

Kuliah berjalan seperti biasa, walau ada kalanya berhadapan dengan lecturer2 baru dari UIA sedikit sebanyak mendebarkan..cara mereka agak berbeza berbanding sebelum ini, dengan part-time lecturer yang asalnya lawyer..mereka banyak praktikal..manakala lecturer yang expert dari UIA, they already teached student for more tahn 17 years...dengar 17 years pun dah terbayang betapa segala ilmunya amat2 luas...especially Miss Ahlaam Yusof..menariknya kebanyakkan fresh lecturer yang baru di sini pun pernah belajar dengan dia..sekarang bekerja dengan dia...memang diakui UIA sememangnya mengeluarkan produk2 yang benar2 berkualiti...

Nota Kaki: Semoga anda semua sihat2 sahaja...jika menaiki bas dua tingkat seboleh2nya elakkan ambil seat bahagian bawah...kerana possibility apabila berlaku kemalangan, bahagian bawah masuk bawah divider jalan dan tentunya bahagian atas akan menghimpit yang bawah...namun, itu semua asbab kepada kematian sahaja -merujuk kepada bas ekspress yang accident baru2 ini..

Monday, December 28, 2009

Kuliah

InsyaAllah, kuliah masuk hari ke-2..

Sunday, December 27, 2009

27 Disember 2009


2012 yang mempunyai rating tinggi

Semalam genaplah sudah 5 tahun peristiwa hitam yang melanda Acheh, tsunami yang menyebabkan ombak besar melebihi pokok kelapa yang mengorbankan beratus ribu manusia di atas muka bumi ini...ia bukan sahaja melanda Acheh, bahkan Phuket, sebahagian Kedah di Kuala Muda, pulau Mauritus dll...ia merupakan bencana alaf baru yang amat ditakuti oleh semua bukan sahaja para geologist..sehinggalah munculnya movie dari barat yang the latest 2012..penangan 2012 menunjukkan betapa mereka di barat mengakui suatu hari nanti dunia pasti 'kiamat'...

Terlalu banyak cerita dari barat yang stereotype sedemikian seperti Armageddon, Mars, Iceberg dan sebagainya...Ia seolah2 melontarkan pemikiran pengarahnya yang mengakui kewujudan hari 'kiamat' atau end of this world..25 hb pula merupakan hari Krismas bagi seluruh penganut Christian seluruh dunia..mereka meraikan kedatangan Santa Clause yang akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka...maka muncullah movie Christmas Carol yang masih hangat di seantero dunia...saya pula asyik dengan 'kendarat' bak kata orang Johor, my roommate, sibuk menolong persiapan di rumah jiran...macam nak kawin, anak perempuan sorang katakan...sesuai dengan kemampuan tuan rumah...

24hb pula, selepas Asar, my mum received a message from her brother...katanya datuk Syahmerra meninggal...jadi lepas solat, kami siap2 ke bandar Dungun untuk menziarahi keluarga makcik Zah..masyaAllah, kematian datuk Syahmerra pada hari itu diselangi dengan hujan renyai2...malam itu pula malam Jumaat, bak kata orang-orang tua 'senang masuk'...saya pun kurang faham...mungkin, ada keberkatan lah tu...

Thursday, December 24, 2009

Moga tertingkat keimanan..


ini novel dan buku motivasi sulung Hilal

then terasing

then relasiAlign Center

the latest this coming year majalah Anis 2010

remaja mulia

Bila membaca kantung email yang banyak, dan baca pula mengenai junior sekolah saya, Hilal Asyraf, penulis muda yang sedang mempertaruhkan penulisan islam yang tulen, itulah yang dikatakan dalam keratan akhbar sebelum ini mengenai VT...moga ianya bermanfaat, seterusnya menjadi amal yang semakin meningkatkan keimanan kepadanya, juga saya serta seluruh warga tanah Malaya..

Tadi, bila saya baca email, Hilal mengatakan dia menjadi kolumnis dalam majalah Anis 2010, masyaAllah bertambah2 rezeki adik junior seorang ini..Galeri Ilmu turut menerbitkan buku cerita berjudul 'Remaja Mulia' hasil buah tangan Hilal..Pertama yang bersinar, sirnanya kan tetap menyinar, even orang lain nak menutupnya, takkan dapat..itulah dia bakat seseorang yang dianugerahkan Allah yang Maha Hebat..MasyaAllah..pesan saya, moga Hilal sentiasa merasa bersyukur dan tidak dihinggapi perasaan ujub dan takabbur...ia tentunya penyakit turun-temurun kaum Adam dek terpedaya hasutan syaitan...

InsyaAllah,saya akan bersua anda hari Sabtu atau Ahad ni...doakan supaya saya selamat sampai dan Allah mudahkan perjalanan...Sesungguhnya hati ini rindukan mereka2 di rumah...tapi saya bukanlah homesick orangnya..cuma, achik sudah lama saya tak jumpa..lagipula esok, jiran saya buat majlis pertunangan anak tunggal perempuannya...saya mesti hadir demi mengeratkan ukhuwwah sesama hidup berjiran...tidak mungkin saya mampu menolak sekiranya dia sendiri sudah berjinak2 kepada fikrah Islam yang syumul...saya bertanggungjawab atasnya...insyaAllah..

Wednesday, December 23, 2009

Tomorrow is the day..

Assalamualaikum semua..khaifa hal?InsyaAllah, jika di izinkan esok saya spend masa balik rumah sebelum kuliah bermula 27hb ni...otak rasa dah berkarat dek lamanya tak buka buku law...buku law bukan boleh baca macam novel..ayatnya kadang pusing-pusing juga..especially bila start baca Act...banyak boleh di interpret..tapi bila baca case laju je..best2..

Saya masih ingat Sir MAZA pernah bercerita tentang seorang tokoh korporat, memang gah namanya di tanah Malaya..dia pergi kerja dengan kereta yang biasa (bukan kereta mewah like BMW, Mercedes, Hyundai, GMC, i think GMC is the one of largest-selling automobile in this world because most powerful people in this world choose that kind of brand) same goes to me..bila dia pergi kerja selalunya dia rapat dengan orang-orang bawahan aka kuli..sikap ramah-tamahnya memang terkenal sehingga jika ada birthday party anak pekerja dia celebrate sekali..bagus sangat..semua pekerja2 bawahan tak tahu position dia kat company tu..guess who is that humble guy?after several years, rasanya memang lama juga, then dia di bawa ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah, involve money not ratus2, ribu2 but billion ringgit...then, while the controversy case happened, he died due to his diseased..actually, lesson yang boleh kita dapat dari cerita ini, even seseorang itu baik macam mana pun, jika tiada iman yang menjadi benteng amar ma'ruf nahi mungkar, alangkah sedihnya dia tidak mendapat hidayah Allah semasa hidup..bersyukurlah kita dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang benar..

Berbalik kepada entri hari ini, i think the last time jumpa achik masa raya hari tu..raya puasa.dia kata pergi lawatan lepas exam baru2 ni..pergi Bursa Saham etc.. dia juga ada belikan souvenir for me..insyaAllah di sini saya upload gambar bangunan yang weird but awesome.Bayangkan betapa hebatnya Allah yang mengilhamkan sebegitu kreatif pemikiran kepada mereka....sangat2 cantik..


this what we called sliding building

this is at Khartoum, Sudan..

copy-cat basket at Ohio,USA

Piano Building at China

BarCode Building at Russia-memang barcode betul..

Nota Kaki:Jagalah Hubungan Dengan Allah aka HDA dimana sahaja anda berada samada di bilik, rumah, dalam bas, kedai, library, bersukan, dalam berpersatuan, bershopping, berchatting, berfacebook, berfriendster, bertwitter even dalam bilik air dan tandas etc..faham..=)

Tuesday, December 22, 2009

SIPTAR 09

Hari ini sudah 6 hari saya di UDM..menjadi researcher untuk Philip C.Jessup Competition yang bakal berentap bulan March nanti..namun ini hanya untuk saringan National Round...hanya pemenang daripada National Round akan berentap di Washington seperti tahun-tahun sudah...Compromise alhamdulillah sudah habis baca, cuma nak keluarkan point2 yang relevant sahaja masih in progress...

Sepanjang di sini, saya dan rakan masak sendiri..rasa tak percaya pula..bila dah masak, sedap ke tak, kami makan aje...kebetulan 18 hb hingga hari ini, UDM menjadi tuan rumah untuk sukan institusi pengajian tinggi pantai timur aka SIPTAR09...ini adalah kali pertama sukan ini diadakan di peringkat zon pantai timur...sebelum ni yang kita sering dengar hanya MASUM...itu untuk seluruh IPT...setakat semalam, UDM masih gah mengungguli point dengan mengutip emas, perak dan gangsa secara konsisten..UDM dan UMT mendapat pointer yang sama..saya cuma dengar dari jauh je sorakan2 suara mereka...tidak mahu habiskan masa di sana memandangkan banyak lagi researh yang belum selesai...

Sebelum ini, kami pernah menghantar team untuk Syariah Mooting di USIM dan alhamdulillah UDM di tangga ke-2...dan untuk International Humanitarian Law aka IHL, our team memorial on second place...cuma kedudukan belum pasti, tak sempat nak jumpa semua mooter2 tu..

Nota kaki: ok setakat sini dulu hari ni...saya pun ada kerja lain yang perlu dibereskan..bagi anda2 diluar sana yang terlalu addicted with internet, please spend time to make ur own schedule and make sure it work!!i myself have a simple schedule..and now i'm going to have breakfast at 7.30 a.m..too early right?..see u tomorrow..

Monday, December 21, 2009

Kenapa Jiwa Kita Lemah


Setiap dari kita tentunya pernah melalui hari-hari baru dengan penuh kegelisahan dan keraguan. Tentunya ada hari-hari dimana jiwa kita terasa lemah dan payah untuk bangun dan menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan.

Inilah sebenarnya hakikat diri kita. Lemah, serba kekurangan, tidak berdaya dan sentiasa memerlukan pergantungan kepada yang lebih kuat dan agung. Mungkin persoalannya; pada siapa kita sandarkan harapan kita, pada siapa kita tujukan segala keluhan dan keresahan jiwa kita dan pada siapa kita menagih simpati dan pertolongan. Di dalam beberapa tempat di dalam al Quran, Allah menggambarkan bahawa manusia ini memang lemah. Ya, kerana kelemahan itulah salah satu sifat sebagai hamba. Kita adalah HAMBA ALLAH yang sentiasa memerlukan taufiq dan hidayahNya.

Oleh itu kelemahan jiwa bukanlah penyakit yang sebenar tetapi simtom atau tanda bahawa hati kita sedang lemah pergantungannya kepada Allah SWT. Ada juga manusia yang cuba keluar dari sangkar kelemahan ini dengan cara yang salah lalu dibangunkan empayar kekuasaan dan kekayaannya, ditakluki pangkat dan dunia hingga dia memiliki segal-galanya. Dan benar, dia memiliki segala-galanya kecuali ketenangan, lapang dada, rasa aman, lapang dan cukup dengan apa yang dimilikinya.

Seorang Atheis berkata "Beriman pada tuhan adalah tanda kelemahan jiwa, bahkan manusia sebenarnya lebih hebat" lalu slogan inilah yang dijadikan sebagai dasar peradaban barat. Di atas dasar inilah gereja-geraja dipisahkan dari pengurusan dan pentadbiran kehidupan manusia lalu apa yang terjadi sekarang. Adakah mereka benar-benar berbahagia? Ya, memang mereka berbahagia lalu terbina banyak 'rumah-rumah bahagia' untuk mereka yang terselamat dari bunuh diri, pengambilan arak dan dadah berlebihan dan sebagainya.

Hari ini Steven Covey dan banyak lagi pakar-pakar jiwa mereka mula kembali kepada ketuhanan lalu digembar gemburkan SQ (Spiritual Quation) dan umat Islampun ada yang kagum seolah-olahnya SQ perkara baru yang tak pernah diperkenalkan oleh Islam.

Oleh itu pangkal bagi segala kelemahan jiwa ialah lemahnya pergantungan dan keimanan kita kepada Allah SWT. Saya yakin semua kita bersetuju dengan penyataan ini, cuma bagaimana kita menterjemahkan konsep ini secara amali?-from abu umar

Sunday, December 20, 2009

Sedih..

Sedihnya bila tidak dapat bersama2 sahabat di KTD...
************************************************************
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Sungguh besar kekuasaan Allah yang menjadikan air masin dan tawar tidak bercampur, seolah-olah dipisahkan oleh benteng yang tidak nampak oleh mata kasar kita...jika anda mahu melihatnya lebih 'real' sila tengok youtube about this Cenote Angelita Crystal Clear..this video taken on 2002..





Friday, December 18, 2009

A gift for you dan Yusuf Al-Qaradawi..


nampaknya saya tak sempat pergi..siapa yang pergi tolong share dengan semua ya..











ok kalau nak tahu macamana nak buat scroll box...klik sini...semoga bermanfaat...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H dan Salam Sayang buat 'Ukasyah


'ukasyah di panggil pulang ketika berusia 3 bulan setengah

from orange blog

from orange blog
Assalamualaikum w.b.t...Sedih dan sayu hati ini.bila buku amalan tahun 1430H sudah ditutup petang tadi sebelum Maghrib.terasa banyak perkara yang berlaku sekitar tahun 1430H, masih banyak kekurangan yang perlu ditampung..insyaAllah, moga-moga tahun 1431H kali ini membuka lembaran baru buat diri saya dan sahabat-sahabat yang lain..Amin..

Ketiadaan saya untuk mengupdate blog selama beberapa hari lantaran urusan-urusan tarbawy..rasanya sebelum ini saya pernah masukkan schedule yang padat sangat2 sejak akhir-akhir ini..ini pun sudah banyak saya skip..hari ni saya baru betul-betul jalankan tugas sebagai researcher..itupun baru baca compromis..paling saya terkilan, hari ni lah saya baru mendapat tahu anak sahabat saya, Mawaddah (walaupun kenal melalui blog) 'Ukasyah meninggal..sedangkan sebelum ini saya pernah membaca entrinya mengenai perasaan serba salah mahu meninggalkan 'Ukasyah di Nursery dek cerita kak Khadijah...anaknya meninggal kerana berlaku gegaran otak akibat berbuai...daripada blog ummi dzaatin ada diberitahu 'Ukasyah meninggal kerana tersedak susu..masyaAllah..hancur dan luluh tentunya hati ummi dan abi 'Ukasyah...Allah lebih menyayangi 'Ukasyah...semoga ibu bapa muda ini tabah menghadapi dugaan yang melanda...

Sunday, December 13, 2009

Still Counting for Awal Muharam...5 hari lagi..


walaupun hanya tinggal 5hari..saya merasakan kita perlu awal2 lagi bersiap sedia membuka 'buku amalan' baru yang lebih hebat berbanding tahun2 sebelum ini..

Hijrah Nabi s.a.w

MUQADDIMAH

الحمد لله رب العالمين . والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد ...

بسم الله الرحمـن الرحيم ...

Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan agung di dalam sejarah islam. Semua orang islam wajib mengetahuinya. Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwah telah menjadikan dakwah islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru. Kaum muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka.

Sempena kedatangan bulan Muharram ini, saya ingin berkongsi beberapa faedah-faedah yang diperolehi dari peristiwa hijrah nabi saw.

Daripada Aishah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda :

(( لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوْا ))

Maksudnya : “ Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekkah), tetapi jihad dan niat (yang baik). Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah.” (1)

Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya (Riyadus Solihin) :

Maknanya ; tidak ada hijrah dari Mekkah (selepas pembukaan Mekkah), kerana telah wujudnya sebuah Negara Islam.

Katanya lagi di dalam (Syarah Sohih Muslim) (3) :

Para ulamak berkata, hukum berhijrah dari Negara kafir harbi ke Negara Islam masih kekal hingga hari kiamat. Pada hadis ini ada dua takwilan :

i. Tidak ada hijrah dari Mekkah selepas pembukaan Mekkah kerana telah wujudnya sebuah Negara Islam, tetapi yang masih ada hanyalah hijrah dari Negara Kafir harbi.

ii. Tidak ada hijrah selepas pembukaan Mekkah yang sama pahalanya dengan hijrah sebelum pembukaan Mekkah sebagaimana firman Allah swt :

10. . . .tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah). . . (2)

Dan maksud sabda Nabi saw : “ Tetapi Jihad dan Niat ”, adalah ;

Tetapi apa yang tinggal untuk kamu adalah jalan untuk jalan untuk memperoleh fadhilat-fadhilat hijrah tersebut iaitu dengan jihad dan niat yang soleh dan baik pada setiap perkara.

Dan maksud sabda Nabi saw : “ Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah ”,adalah ;

Apabila pemimpin kamu menyeru kepada jihad atau berperang, maka pergilah.

BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW

Kisah-kisah berkenaan Hijrah Nabi Muhammad saw sedia maklum kita menegtahuinya. Apa yang ingin saya kongsikan adalah faedah-faedah yang kita boleh ambil daripadanya. Namun begitu, saya ingin sebutkan secara ringkas rentetan Hijrah Nabi saw.

· Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw

· Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah

· Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini

· Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur

· Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua

· Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua

· Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40

· Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari

· Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah

· Nabi tiba di Madinah

· Pembinaan Masjid Nabawi

· Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

ISTIFADAH DARI PERISTIWA HIJRAH NABI SAW (4)

1. Musuh-musuh islam suka untuk membunuh para du’at

Sesungguhnya kafir Quraisy tidak hanya kekal di dalam kekufuran mereka, mereka juga menghalang manusia dari dakwah, membuat cerita bohong mengenai Nabi Muhammad saw, menyeksa sesiapa sahaja yang memeluk islam sehingga memaksa mereka berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah.

Mereka juga memboikot dan memulaukan Nabi saw, sesiapa sahaja yang mengikut baginda dan sesiapa yang ada hubungan dengannya. Iaitu pemulauan ekonomi, dilarang melakukan sebarang urusniaga dengan mereka. Dan yang paling teruk sekali ialah apabila mereka bersepakat untuk membunuh Nabi saw. Caranya, mereka akan mengumpulkan pemuda-pemuda dari setiap kabilah dan menetak baginda secara serentak.

Namun begitu, Allah swt telah menyelamatkan baginda dan mematahkan rancangan jahat tersebut. Justeru, para duat tidak sepatutnya menjauhi orang-orang yang memusuhi dakwah ini, walaupun mereka cuba membinasakan kita dengan cara membunuh atau membuat tuduhan-tuduhan supaya kita dijatuhkan hukuman mati. Biasanya orang yang melakukan komplot-komplot ini adalah dari kalangan pemerintah dan pelaksana undang-undang.

Para duat perlu memahami dan menyedari bahawa tidak akan ada kehidupan yang tenang antara ahli batil dan ahli kebenaran, lebih-lebih lagi jika ahli batil itu adalah dikalangan orang yang mepunyai kuasa dan pangkat.

2. Mengambil asbab bagi setiap perbuatan

Para duat perlu mengambil setiap asbab yang dapat menggagalkan rancangan jahat musuh, jangan lalai sehingga terlaksananya rancangan mereka. Carilah asbab-asbab yang dapat menggagalkan rancangan jahat mereka.

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw menyuruh Ali r.a untuk tidur di atas katilnya, bagaimana baginda keluar dari rumahnya, bagaimana mereka bersembunyi di gua Thur dan menetap di situ selama beberapa hari supaya terlepas dari tipu daya kaum musyrikin.

Justeru, setiap duat perlu mengambil setiap jalan-jalan yang dibenarkan syarak supaya dapat menjauhi dari bahaya musuh seperti keluar dan menjauhi tempat tinggal mereka dan pergi ke rumah kawan-kawan yang dipercayai, bersembunyi di situ, tidak keluar darinya. Ataupun, tidak bercampur dengan mereka atau apa-apa sahaja jalan-jalan yang dibenarkan oleh syarak yang dapat menjauhkan para duat dari bahaya.

3. Perlunya berhati-hati

Para duat perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati, dia tidak boleh memberitahu orang lain sesuatu yang dapat menghalang dakwahnya, walaupun kepada keluarga sendiri sekiranya ia boleh membawa kepada kemudharatan.

Kita dapat lihat bagaimana ketika dia tiba di rumah Abu Bakr, dia telah : “ Keluarkan semua orang selain dari engkau. ” Baginda telah datang sambil menyamar iaitu dengan menutup kepalanya, dia datang pada waktu zohor, dan keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang. Semua ini menunjukkan kepada keharusan berhati-hati dan berwaspada dari musuh-musuh.

Justeru, para duat perlu melakukan semua ini, jangan menganggapnya sebagai tindakan seorang pengecut yang dikeji. Tetapi ia adalah satu perancangan yang tersusun dan menepati syarak.

4. Menyembunyikan nama, kerahsiaan

Para duat jika melihat suasana tidak sesuai dan perlu untuk menyembunyikan nama-nama mereka atau sebahagian dari mereka ataupun perwatakan duat. Ini dapat dilihat pada tindakan Abu Bakr ketika mereka di dalam perjalanan ke Yathrib (sebelum ditukar kepada Maidnah Al-Munawwarah) . Para duat jangan lalai atau lupa dengan perkara ini.

Ketika di dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah berjalan di depan dan Abu Bakr di belakang. Jadi, apabila dia ditanya siapakah orang di depan itu, dia akan menjawab : “ Dia adalah penunjuk jalan ”. Maka orang yang bertanya itu akan menyangka bahawa jalan yang dimaksudkan adalah jalan yang biasa, tetapi hakikatnya ia adalah jalan ke arah kebaikan dan hidayah.

5. Beriman dengan mukjizat

Ketika Nabi Muhammad saw sedang berhijrah, telah berlaku beberapa mukjizat yang menjadi bukti kebersamaan Allah swt dalam menjaga rasul-Nya. Diantara apa yang diriwayatkan adalah ; sarang labah-labah dan burung merpati, dan tumbuhnya pokok di depan pintu gua. Begitu juga peristiwa antara baginda dan Ummu Ma’bad, Suraqah yang berjaya menjejaki nabi. Dia telah dijanjikan dengan kalung raja kisra.

Berkenaan dengan kisah burung merpati dan labah-labah, timbul satu persoalan. Adakah kedua-duanya benar-benar ada?

Dr. Yusuf Al-Qardawi mengatakan :

“ Adapun merpati itu, tidak ada riwayat yang sohih atau hasan berkenaannya. Manakala labah-labah pula, terdapat riwayat mengenainya. Ada yang mengatakan ia hasan, ada pula yang mengatakan dhoif. Apa yang penting adalah, Allah swt mempunyai tentera-tentera. Boleh jadi labah-labah yang mana Allah swt menyifatkan sarangnya sebagai sarang yang rapuh.

Maksudnya : Misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya) ; padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.

Tidak peliklah jika Allah swt menjaga rasul-Nya dengan sarang yang rapuh atau Allah swt menjaganya tanpa ada asbab-asbab yang kita boleh lihat. Apa yang penting, rasul-Nya terjaga dan terpelihara.” (5)

Oleh itu, para duat tidak boleh menyembunyikan kisah ini malah perlu menyebutkannya selagimana ia disebutkan di dalam sunnah nabawiyyah. Katakanlah bahawa peristiwa ini menjadi bukti yang jelas kenabian Nabi Muhammad saw.

6. Meminta pertolongan dari kafir yang dipercayai

Para duat dibenarkan meminta pertolongan dari orang yang tidak beriman, selagimana dia dipercayai. Kita boleh lihat bagaimana Nabi Muhammad saw dan Abu Bakr mengupah seorang musyrik untuk menunjukkan jalan dalam penghijrahan mereka. Sedangkan ia adalah waktu yang genting dan merbahaya.

Tidak syak lagi bahawa nabi saw dan Abu Bakr mempercayai dan merasa aman dengannya. Ini menunjukkan bahawa orang-orang kafir, pelaku maksiat atau sesiapa yang tidak berkaitan dengan jemaah islam, pasti ada dikalangan mereka yang boleh dipercayai. Seperti mempunyai hubungan kekeluargaan, kenalan lama atau jiran.

Atau mereka dipercayai kerana mempunyai asas akhlak yang baik seperti amanah, suka kepada perkara kebaikan atau apa-apa sebab yang lain. Manakala, masalah-masalah lain yang mungkin timbul, ia bergantung kepada kebijaksanaan duat itu sendiri dan sejauh mana dia mengenali orang yang menolongnya.

7. Ketinggian kedudukan Abu Bakr As-Siddiq

Bagi setiap duat yang memperkatakan tentang peristiwa hijrah nabi saw, adalah mustahak untuk turut menyebutkan ketinggian kedudukan Abu Bakr di sisi Nabi Muhammad saw dan di sisi Islam. Buktinya, Nbi saw pergi berjumpa Abu Bakr dan memintanya untuk meneman bagi saw selepas mendapat keizinan daripada Allah swt untuk keluar berhijrah.

Manakala Abu Bakr pula, dia sangat takut jika berlaku sesuatu yang buruk kepada baginda saw ketika di gua Thur, kerana dia sangat mengasihi baginda saw lebih dari dirinya sendiri. Oleh itu, para duat perlu mengingatkan manusia akan kebaikan dan budi pekerti Abu Bakr ini, serta menjadikannya dan para sahabat umumnya sebagai qudwah dalam mencintai Nabi saw.

8. Kepentingan Masjid

Para duat perlu menggalakkan manusia supaya membina masjid di setiap kampung dan tempat tinggal serta menjaganya. Ini dilakukan supaya dapat mengingatkan manusia kepada solat, ibadah kepada Allah swt, perjumpaan untuk mengkaji kitab Allah dan sunnah Nabi saw dan sebagainya. Kita dapat lihat kepentingannya ketika mana Nabi saw tiba di Quba’, baginda telah membina masjid untuk kaum muslimin solat.

Justeru, para duat tidak boleh memandang ringan pembinaan masjid ini terutama di kampung-kampung sehingga kita meremehkan pembinaan dan pembaikannya, kerana pengimarahan masjid itu bergantung kepada solat yang ditunaikan di dalamnya disamping jumlah jemaah yang ramai. Tambahan pula, di antara medan dakwah para duat adalah di masjid disamping khutbah jumaat, supaya khutbah tersebut dapat mencapai tujuan yang syar’ie.

9. Bersama-sama melakukan perkara-perkara kebaikan

Apabila seseorang daie itu menyuruh manusia untuk melakukan sesuatu amalan kebaikan seperti membina masjid atau sekolah, membaik pulih jalanraya, mengambus lecak atau lopak, mananam pokok dan lain-lain perkara kebaikan, maka para duat mestilah sama-sama turun padang membantu mereka supaya dia dapat menjadi qudwah hasanah.

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw bekerja bersama-sama para sahabat dalam membina Masjid Nabawi di Madinah.begitu juga jika dia menggalakkan manusia untuk bersedekah, dia juga perlu melakukannya terlebih dahulu mengikut kadar kemampuannnya walaupun sedikit.

10. Nasyid untuk menaikkan semangat

Sebagimana yang kita tahu, para sahabat bernasyid dengan beberapa bait syair ketika mereka membina Masjid Nabawi di Madinah, sebagai perangsang kepada pekerja dan meningkatkan keazaman, dan Nabi saw tidak menghalangnya. Ini menunjukkan kepada keharusannya.

Oleh itu, para duat dibenarkan bernasyid sebagai perangsang dan pembangkit semangat untuk melakukan perkara kebaikan. Begitu juga dibenarkan menggunakan segala wasilah yang syar’ie sebagai perangsang.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada mengatakan di dalam khutbah jumaatnya :

Sesungguhnya hijrah Nabi saw meninggal satu tempat yang paling disayangi oleh baginda, paling disukai oleh Allah swt. Ia juga adalah tanah tempat tumpah darah baginda, tempat yang penuh kenangan baginya, tempat baginda membesar. Lebih-lebih lagi, ia adalah tanah haram Mekah Al-Mukarramah.

Namun begitu, jika bertemu antara tuntutan akidah dan kecintaan kepada tanah air, maka tuntutan akidah lebih tinggi kedudukannya dan perlu didahulukan ke atas yang lain. Tuntutan akidah juga lebih berharga dari keluarga, rumah, harta dan apa sahaja yang disukai oleh manusia.

Semua itu lebih mudah untuk mereka tinggalkan berbanding dengan keredhaan Allah swt. Ini kerana mereka ingin membina sebuah Negara Islam, kerana islam perlu kepadanya. Sebuah begara yang terpisah yang dapat meningkatkan kalimah Allah di situ, dilaksanakan syariat islam, ditegakkan syiar-syiar Allah dan memperlihatkan kekuatan islam. (7)

PENUTUP

Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin. Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub bahasa yang lebih sesuai supaya mudah difahami.

ما أصابك من حسنة فمن الله ، وما أصابك من سيّئة فمن نفسي . وصلّى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين .

Wallahu’alam.

p/s : Sekiranya ada kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam artikel yang ana terjemah ini, khususnya pada baris hadis dan maksud hadis, ana mohon ampun dari Allah swt dan kemaafan dari para pembaca-source from pewarisyahoogroup-naqib hamdan..

Saturday, December 12, 2009

Philip C.Jessup di hadapan


Seingat saya, mula2 saya tulis entri dalam blog ni masa saya ke UM..time tu adanya National round Philip C.Jessup Competition...namun kami bukanlah juara, itu kali pertama kami mencuba nasib, paling kurang kami dapat beat Usim...Memorial kami antara yang tinggi juga..kita tak panggil bundle kita panggil memorial..itulah perbezaan dalam mooting internal di universiti dan external ketika lawan universiti lain...Mooter terbaik ketika itu, student UM la, dah lupa nama Samuel kot..lelaki..dia pandai jawap soalan judges..

Kali ini, Philip C.Jessup kembali lagi..bulan March ni, kami sekali lagi bakal berentap dengan peserta2 dari universiti lain...yang bagusnya, saya bukan mooter yang perlu bercakap english seolah2 nayive speaker di depan judges..saya hanya researcher yang mencari bahan untuk berentap nanti..tulang belakang mooter2 ini..mooter ada empat semuanya..seorang mooter ada dua orang researcher..manakala sorang lagi adalah solicitor..yang juga membantu mooter menjawap soalan yang dikemukakan judges..kami researcher of course tak boleh duduk semeja dengan mooter...kami cuma tengok dari jauh..menyediakan argument2 untuk mereka..

Kali ini jika mooting competition ini berulang kembali, bermakna bulan March ni genap lah setahun usia blog ini..kalau ia seorang baby, tentunya sudah banyak milestone..pandai berjalan, banyak dah tumbuh gigi, banyak kemajuan...namun, apakan daya, hanya ini yang termampu setakat ini..banyak komitmen lain merencatkan kesungguhan saya untuk terus membuat yang terbaik..blog ini satu perkongsian sebenarnya..perkongsian fikrah..dan itulah tujuan yang utama..moga semua beroleh manfaat..saya alu-alukan sebarang kritikan membina dari anda..insyaAllah..saya juga insan yang serba kekurangan..satu gambar daripada pewaris.net..


para sukarelawan

Source Pewaris.net..Misi Kemanusiaan Padang adalah seperti mimpi jadi kenyataan. Keinginan untuk pergi mula tercetus apabila membaca dan berbincang dengan sahabat yang terdekat, kenapa dan mengapa Allah swt menggoncangkan bumi Padang yang berada tidak jauh daripada Malaysia.
Dari Abdullah bin Hiwalah r.a berkata: Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu beliau bersabda, ”Wahai Ibnu Hiwalah, Apabila engkau melihat khilafah kenabian telah sampai ke tanah Syam maka telah dekatlah terjadinya gempa-gempa, masa-masa kesusahan dan kegundahan, serta perkara-perkara besar dan hari kiamat pada saat itu lebih dekat kepada manusia dari tanganku terhadap kepalamu.

[ Hadis Sahih, HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]

Apa? Hari kiamat sudah dekat ?????? Sangat dekat!!!!! Apakah persediaanku, persediaan kita??

Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk dalam pihak yang salah . Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi menyebutnya sebagai khabar gembira.

Apakah yang dimaksudkan oleh Nabi saw sebagai berita gembira itu?

Gempa adalah tanda-tanda kecil kiamat. Tanda-tanda kecil kiamat bermula sejak Nabi Muhammad saw diutuskan lagi sehinggalah kini termasuk juga penzinaan berleluasa, mandi bogel di khalayak ramai, maksiat bermaharajalela dsb. Jadi berita gembira itu ialah kedatangan Imam Mahdi iaitu sebagai penghubung di antara tanda-tanda kiamat kecil dan besar. Apabila datangnya Imam Mahdi akan berlaku peradaban penuh adil dan kejujuran seperti yang di perkatakan di atas. Selepas Imam Mahdi barulah akan muncul Dajjal, turunnya Nabi Isa, keluarnya Yakjuj dan Makjuj dan matahari akan terbit dari tempat terbenamnya dan lain-lain lagi.

Yang pasti kiamat sudah dekat!!!

Kepulangan sahabat-sahabat relawan daripada Padang melalui ceramah-ceramah yang diberi oleh mereka banyak membawa cerita-cerita apa yang berlaku, kenapa dan mengapa berlakunya goncangan yang kuat, korban nyawa, rumah hancur, keluarga yang terpisah, kampung yang tertimbus.

”Musibah dan bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kamu sendiri.”

( Al Isra, 17 : 58).

Mereka ditegur oleh Allah swt Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas perbuatan mereka mengkufuri nikmat-nikmat Allah swt.

Apakah tidak ada orang yang mengajak mereka kembali kepada Allah swt?

Apakah kekufuran yang berlaku di Padang tidak berlaku di Malaysia ?

Berkata Ummu Salamah,isteri Rasulullah saw, aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

” Jika timbul maksiat pada ummatku maka Allah swt akan menyebarkan azab-azab siksa kepada mereka.”

Aku berkata; Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang yang soleh?

Beliau menjawab: ”Ada”

Aku berkata lagi : Apa yang Allah akan perbuat pada mereka?

Beliau menjawab: ” Allah akan menimpakan azab kepada mereka sebagaimana ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian barulah mereka akan mendapat keampunan dan keredhaan dari Rabbnya.”

[HR Imam Ahmad]

Seandainya aku tidak berbuat apa-apa, aku takut menghadapi apa yang akan menimpa! Ancaman pihak Kristian memurtadkan anak-anak tidak boleh dibiarkan menapak!

Taklimat

Taklimat untuk pasukan kami telah diadakan di Pejabat PEMANGKIN HALUAN Selangor di Petaling Jaya pada pagi 21/11/2009. Taklimat dari Sekretariat Misi HALUAN Pusat cukup memberi didikan kepada kami, di antaranya…..

Aku turun keranaMu Ya Allah,hanya untuk mencari cintaMu, mendapat redhaMu, aku turun untuk mendidik diri, kenal diri lantas mengenali diriMu Ya Rabb,

Aku turun ingin membantu saudara seagamaku tetapi yang pasti ingin membantu diri ini sendiri agar lebih mentaati Mu, melatih diri ini mengajak manusia kepada mentaatiMu, menyelamatkan diri ini dan kami semua dari api nerakaMu…

Jagalah syara’ dan letaklah Allah sentiasa di hadapan.

Kami bertaaruf di antara satu sama lain. Lapan orang yang pergi di bawah Ketua Dr Mansor Yahya. Kapalterbang berlepas jam 210 pm dan tiba di sana pun jam 210 pm. Kami disambut oleh Akhi Md Muslim yang lebih awal sudah berada di sana, seorang siswa UiTM (HALUAN Siswa) dan seorang jurupandu.

Kami terus di bawa ke Posko (Pusat Koordinasi). Didalamnya penuh dengan sembako,makanan asas seperti beras, gula, teh yang dibungkus untuk di edarkan kepada mangsa.

Kedatangan kami seterusnya di alu-alukan oleh Ketua LSM yang bekerjasama dengan HALUAN di Pariamam, Pak Ridhwan. Terkejut saya melihatnya. Umurnya baru 31 tahun. Kita kagum dengan semangat mereka yang masih dalam usia muda berjuang untuk berdakwah menegakkan Islam.

Pak Ridwan memberitahu tentang kegiatan NGO kristian yang mahu mengkristiankan anak anak Pariaman dalam tempoh 6 bulan, Hands On namanya. Soalan yang ditanyakan kepada anak-anak, siapa yang menjadikan gempa berlaku? Anak-anak jawab Allah. Adakah Allah turunkan bantuan? Anak-anak jawab tiada. Sekarang tutup mata dan tadah tangan, tuhan jesus akan memberikan kamu apa yang kamu mahu. ??????

Sebelah malam kami ada sesi Pass over dari Team 6 yang terdiri dari ramai anak-anak muda siswa/ siswi dari Kelab Siswa HALUAN. Ubatan dan pengendalian mobile clinic serta trauma healing di kongsi bersama.

Friday, December 11, 2009

10 ini untuk saya, kamu dan semua...


inilah dia 10 sifat2 amilin yang di gariskan oleh IHAB


InsyaAllah, entri kali ini berkisar tentang sifat2 amilin iaitu sifat yang perlu serta WAJIB hadam pada mereka yang bekerja di atas jalan dakwah dan tarbiyyah...Sebagaimana di gariskan oleh as-syahid Syed Qutb, as-syahid mengariskan empat sifat amilin manakala IHAB menambah sifat berkenaan sehingga menjadi 10 sifat amilin..sebagaimana terpapar pada gambar di atas..
Sekiranya kita mempunyai 10 sifat amilin ini, saya teringat kata2 Sir Abdoh ketika berada di MATRI beberapa tahun yang lepas, "siapa yang mempunyai kesemua sifat ini, dia boleh mengoncang dunia"...dan ianya ternyata benar..sesiapa yang berhajat menjadi leader misalnya, jika hadam kesemua 10 sifat amilin ini, dia merupakan leader yang terbaik, begitu juga dalam konteks yang lain seperti pelajar, anak bahkan pekerja...

sekiranya ada dalam diri mereka kesemua sifat ini, maka dia merupakan yang terbaik...seolah-olah mutiara yang bersinar berkilauan...tiada siapa yang mampu menutupnya...kerana sinarnya boleh dilihat manusia hatta mereka yang jauh...sebab itulah skill kepimpinan dan sebagainya boleh di lihat oleh orang lain...ada perbezaan ketara antara mereka yang ada matlamat atau hala tuju hidup dengan orang yang hanya hidup seperti mayat berjalan...tiada arah tujuan...itulah indahnya hidup berlandaskan keimanan kepada Allah..itulah juga natijah daripada hadamnya kesemua sifat amilin tadi...

Aqidah yang salimah atau sejahtera bermaksud tiada illah dalam diri seseorang itu kecuali Allah s.w.t sahaja...tiada syak wasangka atau ragu-ragu dalam dirinya dalam memperhambakan diri pada Allah..yang lainnya perhambaan kita kepada Allah dengan perhambaan sesama manusia adalah perhambaan kita sedikitpun tidak menghinakan diri kita di sisi Allah, malah sekiranya kita benar-benar memperhambakan diri kita kepada Allah, darjat keimanan kita semakin hari semakin bertambah...berlainan dengan perhambaan sesama manusia, timbulnya pelbagai permasalahan seperti penyeksaan, ketidakpuasaan hati dan sebagainya...darjat kita lebih hina.. di dunia yang hanya persinggahan ini, hanya ada dua jalan sahaja...tiada yang ketiga...hanya islam atau jahiliyyah...tiada pilihan lain...sekiranya kita memilih Islam dengan sendirinya jahiliyyah tertolak..namun jika kita memilih jahiliyyah, maka Islam dengan automatik tersingkir...

Ibadah yang sahih bermaksud segala amal ibadah kita dibuat kerana Allah dan bukan untuk yang lain...segala nya kita ikut perlakuan Rasulullah, kita beribadah bukan secara ikut-ikutan atau taklik semata-mata..orang lain buat, kita pun nak buat..tapi kita buat kerana kita mahu berubudiah kepada Allah...

Sahsiah atau akhlaq yang mantap...nnt saya update lagi..penat menulis..ehe..






Thursday, December 10, 2009

Alhamdulillah


ini dia murobbi saya beberapa tahun yang lepas sehingga kini

sir Abdoh - sentiasa penuh dengan senyuman

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~ source keARAH ktn

Segala pujian hanya untuk Allah, sudah agak lama saya tidak berjumpa face-to-face dengan Sir Mohd Abdoh Zainal Abidin a.k.a MAZA, murobbi saya ketika di MATRI...sebelum ni the latest saya jumpa sir, ketika 2 dekad MATRI..itu pun tengok dari jauh aje..Syukur sangat2...banyak input yang sir kongsikan dengan saya dan yang lain..rasa ada kekuatan disebalik wajah tua sir...tahun depan genaplah usia sir 70 tahun..tengok lah gambar di atas, even saya rasa sir masih kuat dan muda dari usianya...jika dibandingkan dengan datuk saya a.k.a tokki di kampung jauh sangat bezanya..tapi sir lain, sir seorang yang sangat2 menjaga kesihatan, tidak hairanlah badan sir masih kuat untuk bersama2 kami menelusuri perjalanan sejauh 8km....dengan hanya berjalan kaki..meredah jalan di sebalik pokok2 getah, melalui anak sungai sehinggalah mendaki bukit Meranti yang kedudukan tegak dan menyukarkan kami yang masih muda..malu pula rasanya bila fikir2 balik..kerana tidak sekuat sir tambahan pula usia dikalangan kami ada belasan tahun..



Sunday, December 6, 2009

Urusan Tarbawy 2


penat?? namun manis bila kita tahu arah tujuan..bertemu sahabat soleh itulah kemanisan ukhuwwah

"Nikmat yang paling berharga selepas iman dan islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh" Umar Al-Khattab

Satu-satunya yang tinggal jauh dalam group yang pegi tentunya saya..sejak dari awal pagi sudah kena packing barang-barang...antaranya torch light, baju hujan, kain telekung a.k.a kain sembahyang dalam bahasa terengganu sebabnya telekung tu biasanya guna untuk serkup kepala, al-Quran, mathurat, pakaian riadah mencukupi, air mineral botol besar, pembuka tin-cukup-cukup penting, pisau, lighter, mestin, gas masak, khemah, baldi untuk ambil air dalam tasik..

Perjalanan ke MPKT sekali lagi bermasalah, tayar bas pancit rupanya...kena tunggu tukar dulu..nak dekat pukul3 baru bas jalan dan sampai dalam pukul 5.30 petang...solat jamak dan saya ke kedai kejap sebelum makcik Ani fetch...cari kasut sebab adik bawa ke KTD..jenis plastik..boleh kena air, dwi-function..Kebetulan, MN kat Marang tinggal beg trekking kat Busyra ..dia suruh guna yang tu sebab senang nak daki bukit...Alhamdulillah, semua berjalan lancar..naik bas kul9 malam..mula dah teringat nostalgia lama..ke MATRI..dulu2..dah lama tak pegi lepas 2 dekad...


Saturday, December 5, 2009

Semut juga mengajar kita

Sekiranya kita memandang alam ciptaan Allah kita akan dapat mengambil berbagai iktibar dari segala makhluk yang diciptakan Allah di dunia ini. Hati yang diselaputi wangian iman akan merasai betapa hebat dan agungnya ciptaan Allah, dan alam ini diibaratkan kitab yang terbuka buat manusia yang selalu berfikir dan memerhatikannya. Antara ciptaan Allah yang akan kita bicarakan disini ialah semut,makhluk yang kecil tapi mempunyai kekuatan yang besar. Semut merupakan makhluk Allah yang paling unik dan Allah telah menyebut tentang makhluk ini melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu. Surah an-naml tentunya amat 'familiar' dikalangan mereka yang mencintai al-Qurankan!.. Hanya dua ayat dalam surah tersebut membicarakan tentang semut hinggakan Allah muliakan mereka dan memberi nama surah ini dengan nama semut- al-naml: 18.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". 19. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa Dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - Dengan limpah rahmatMu - Dalam kumpulan hamba-hambaMu Yang soleh".


Marilah sama-sama kita tonton video ini dan ambillah iktibar dari kisah semut dan koloninya...semoga kita bertambah keimanan kepada Allah..




inilah dia buku yang saya tertunggu2..9Nyawa..baru aje di launchkan dalam blog RAM

Sinopsis:
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Friday, December 4, 2009

Hujan



until now, hujan tak berhenti2

jaga kesihatan anda di mana jua anda berada..kerana tanpa kesihatan yang baik..tentu merencatkan kerja2 D & T..

Thursday, December 3, 2009

Rencam: Pemain Arsenal(Islam)


Nama Armand Traore mungkin tidak sehebat Nicolas Anelka atau Robin van Persie dalam jagat bolasepak dunia. Tapi bersama dengan kedua orang itu, Arman Traore adalah seorang pemain bola Muslim di Liga Primer Inggris (EPL).

Ada sesuatu yang lain sekarang dalam cara berfikir pemain Arsenal yang mulai sering dimainkan oleh pelatih Arsene Wenger. Ia akan menghapus seluruh tattoo di tubuhnya.


Alasannya, karena Islam—sebagai agamanya—telah melarang tattoo di sekujur tubuhnya.


"Saya akan menjalani pembedahan pada akhir musim untuk menghilangkan tattoo," katanya kepada Arsenal Matchday.

"Saya berencana untuk melakukannya di musim panas. Mereka (para doktor) akan menempatkan saya di bawah anestesi (bius) dan kemudian melakukan itu semua, dan ketika saya terbangun semuanya akan lenyap".


"Perlu sedikit waktu pemulihan jadi saya akan melakukannya pada akhir musim bolasepak."


Traore, 20, merasa bahwa memiliki tattoo adalah kesalahan besar, dan ia menyesal untuk itu.


"Kalau saya telah menjalani agama saya dengan benar sebelum saya memiliki tattoo, saya tidak akan pernah memiliki tattoo," jelasnya.


"Saya fikir itu salah satu kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan mencuba memperbaikinya.

"Saya telah mendapatkan manfaat agama saya secara peribadi dan dalam karier saya. Saya selalu menjadi seorang muslim tetapi saya tidak benar-benar berlatih untuk itu, saya hanya berkata kepada orang-orang ‘saya seorang Muslim'. Ini merupakan perkembangan secara bertahap".


Anda betul, Armand. Tattoo memang dilarang dalam Islam. (sa/goal).www.eramuslim.com

Nota Kaki: Alhamdulillah, saya selamat sampai petang tadi even jalan jammed dari kemaman hingga area teluk kalong..sepatutnya perjalanan dari Kajang akan sampai di Paka, Dungun area pukul 3petang...tetapi Allah izin, disebabkan jammed tadi, saya sampai pukul 5 lebih...Alhamdulillah, syukur sangat-sangat...segalanya berjalan lancar...sila kunjungi juga blog kak amani anak UDMZ untuk mengetahui setiap perkara mengenai hari-hari bersama UDMZ..insyaAllah..

Monday, November 30, 2009

Urusan2 Tarbawy


Kita perlu hidup bersama, saling berganding bahu...baru betul!

Petang nanti, Hanisah akan fetch saya depan Pasaraya Ku..Saya ada hal sikit dalam 2 hari ni start esok...i'm busy and may be there is no update..i will come back on 3 Dis..4 Dis i'm available in Pantai Timur..Actually, this month my schedule very2 padat..7 Dis, i will be at North P.Msia..and only available in Pantai Timur on 10 Dis..and follow by a very hectic schedule in 11-16 Dis in Kelantan..i'm willing to visit my sister after all the schedule ended..please pray for me..for a safe journey..and see you again..if i'm not tired, this blog always my priority to be update..=)

Saturday, November 28, 2009

Tadhiyyah:Pengorbanan2


Pengorbanan?? sampai tahap mana..
Bercakap mengenai pengorbanan...

Seorang nabi sanggup berkorban apa sahaja untuk ummatnya
Seorang Ibu sanggup berkorrban apa sahaja untuk anaknya
Seorang guru sanggup bekorban apa saja untuk muridnya..from kalam

Sirah nabi Ibrahim, menerima perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya nabi Ismail sememang amat berat..Bagi insan biasa kemungkinan besar, ia tidak mampu dilaksanakan..Mengapa perlu disembelih anak sendiri, tidakkah itu kejam dan hanya orang yang tidak beraqal sahaja yang melakukannya...Namun, bagi nabi Ibrahim, setiap perintah dari Allah WAJIB dilaksanakan..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat ummatnya...

Bagaimana pula penerimaan nabi Ismail ketika itu?..Subhanallah, nabi Ismail menerimanya dengan hati yang terbuka, malah apabila diberitahu oleh ayahnya, ia adalah perintah Allah, nabi Ismail tidak ragu-ragu menyuruh ayahnya melaksanakan perintah tersebut...Sekiranya perkara berkenaan terjadi pada diri kita, apakah kita akan bertindak sebagaimana nabi Ismail atau kita akan melarikan diri menyelamatkan nyawa?...Bagi saya ia amatlah sukar, hanya mereka yang tertentu yang dipilih Allah sahaja yang mampu melaksanakannya...Itulah pengertiaan pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, berkorban segala perasaan demi tuntutan perintah Allah...

Berkorban2 juga, namun, pada zaman sekarang mereka mentafsirkan pergorbanan dalam angle yang berlainan...Ada yang berkorban demi cinta sehingga maruah tergadai, ada yang berkorban sehingga anak naik kepala tidak ketinggalan berkorban demi mengejar harta etc...Sebenarnya pengorbanan yang sebegitu hanya memakan diri sendiri...mereka telah salah tafsir maksud pengorbanan yang sebenar, di mana ia merujuk kepada pengorbanan demi Islam dan kerna Allah s.w.t..sekiranya pengorbanan kita semakin menjauhkan diri dari Allah itu bukan pengorbanan, malah kita yang terkorban...Nauzubillah...

Di sini saya selitkan sedikit daripada blog kalam mengenai cerita movie Perempuan Berkalung Sorban-juga buah tangan dari Hanung Bramantyo (Pengarah Ayat-Ayat cCnta) dan blogger blog ini mengatakan ia lebih best dari Ayat-Ayat Cinta...saya pun tak pasti kerna belum pun tengok..


ini lah dia
Di sini saya sertakan sedikit synopsis:“perempuan berkalong sorban”,apa sebenarnya yang tajuk cerita ini mahu sampaikan..?

perempuan yang berjiwa lelaki,

perempuan yang perlu “sama” seperti lelaki?@perempuan itu zahirnya perlu lemah lembut,bersopan santun tapi perlu punya jiwa yang kental persis lelaki untuk setiap benda dan lapangan…

watak utamanya,

Annisa seorang watak yang sangat ideal,cukup lengkap..seorang kanak-kanak yang menuju remaja terus menuju dewasa dengan pertanyaan kenapa,dan apa yang tidak terjawab..akan tetapi jiwanya yang tidak berhenti mengalah untuk menemukan jawapan dan yang sebetulnya ,dia telah menemukan jawapan tetapi tidak punya pilihan untuk keluar.

Annisa seoramg muslimat fenomena yang menongkah arus untuk mendapatkan apa yang beliau impikan dan nekad untuk itu bermula untuk belajar menunggangi kuda,ingin menjadi ketua kelas,ingin menyambung pelajarannya ke jogja,ingin mendapatkan Khoudori.Kalau dilihat semaunya menyalahi “undang” yang mengawalnya pada waktu itu.Ditambah juga dengan watak Mas Reza,Samsudin yang menambah kentalkan lagi Annisa hasil dari jiwanya yang memberontak dengan kebejatan penafsiran islam yang salah dan untuk kepentingan peribadi.

Ini pula pesan Khoudori pada anak-anak Alhuda..

“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”

Muslimat itu perlu tangkas didapur juga di medan..

tangkasnya perlu dimana-mana

Pengajarannya..

setelah 2 kali menamatkan cerita ini,konklusi ringkas..

We have a good product without a good promoter.kita tidak bijak menjual,atau kurang seni untuk itu, atau kurang pandai mempromosikannya seiring dengan tuntunan zaman tanpa mengurangkan sedikitpun manfaat asas product tersebut..hasil dari tu mungkin pandangan skeptical terhadap sesuatu bercambah dijiwa manusia2 ,mungkin kemungcup mengguris dan melambatkan yang atau mungkin barah yang merebak dan memberhentikan..dan sesungguhnya skeptical itu adalah respon daripada satu stimulus..dan stimulus itu yang perlu dirawat terlebih dahulu,daripada kita merawat akibat adalah terlebih baik kita merawat sebab kepada akibat itu..

Mujur “dilemma” itu hadirnya pada diri Annisa,yang mampu melihat the real problem not only the presented problem (anak-anak kabur dari pasentren ) yang akhirnya pulang kembali ke Al-huda untuk merawat sebab dan membuang stimulus dan membawa nafas baru kepada semua warga Al-huda.. tidak seperti annida’ yang terus berpandangan skeptical dan menyebabkan beliau mendapat view baru berkenaan dengan kebebasan..”bebas itu nikmat” dengan tafsiran yang salah

“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”~Annisa

Nota kaki: Ia Sebuah cerita yang WAJIB ditonton oleh muslimat yang mahu berjiwa besar tentunya..

Bagi saya kata2 Annisa yang last tu memang suka sangat...benar kita adalah calon muslimah itu..Ayuh, sesiapa yang ada cerita ni share lah dengan saya..