Sunday, May 30, 2010

Wahai Saudaraku di Palestin,kami bersamamu..

untukmu jiwa2 kami...
untukmu darah kami...
untukmu jiwa dan darah kami....
wahai al-Aqsa tercintaaa...
....saudaraku diPalestin,sesungguhnya kalian bukan keseorangan,kami sentiasa bersama kalian....takbir!!!

di sini disertakan rakaman secara life Lifeline for Gaza...

Israel Lancar “Operasi Angin Laut” Halang Armada Kemanusiaan Gaza “Freedom Flotilla “

30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)

Alhamdulillah, Kami Akhirnya Berlayar Ke Gaza

Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur) menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.

Perjalanan daripada Kepez Arena bermula dari jam 5 petang lagi. Puluhan buah bas membawa peserta-peserta konvoi yang diiringi oleh kereta-kereta dan kibaran bendera. Kanak-kanak, remaja dan warga emas, semua melambai-lambai tangan kepada rombongan bas ini, ada yang menjerit-jerit dengan kata-kata sokongan, ada yang menitiskan airmata. Bandar Antalya bagaikan menyambut satu pesta perayaan, sehinggakan bunga-bungaan ditabur sepanjang perjalanan daripada Kepez Arena hingga ke Pelabuhan Yeni.

Sambutan di Pelabuhan Yeni begitu meriah sekali. Pelbagai lapisan rakyat menyambut ketibaan bas membawa peserta konvoi dalam suasana penuh sesak. Jalan masuk ke pelabuhan dipenuhi dengan kibaran bendera dan tembakan bunga kertas bewarna-warni ke udara. Berbagai-bagai lagu berbahasa Turki dinyanyikan, setiap mereka yang hadir tidak mahu ketinggalan melaungkan takbir dan bersalaman dengan peserta konvoi.

Kira-kira 560 orang peserta konvoi menaiki kapal Mavi Marmara ini. Kapal penumpang ini diiringi oleh dua buah kapal kargo, di mana mereka akhirnya akan bergabung di perairan Cyprus dengan 6 buah kapal lain yang belayar dari Eropah. Kapal-kapal ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu.

Dalam pada itu, Zionis Israel terus mengeluarkan ancaman kepada konvoi ini. Israel dikatakan akan menghalang kemasukan konvoi ini walaupun dengan menggunakan kekerasan dan tindakan ganas. Dalam masa yang sama, penganjur utama konvoi iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan peserta-peserta konvoi terus menzahirkan kecekalan mereka untuk memastikan bantuan kemanusiaan ini sampai ke Gaza. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kepez Arena sebelum mereka bertolak ke Pelabuhan Yeni, semua perserta bersatu dalam ikrar mereka untuk melancarkan kempen dan demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia sekiranya Israel bertindak ganas terhadap konvoi ini.

Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.

Dalam ucapan mereka di sidang media tersebut, wakil-wakil konvoi daripada Vatican, Malaysia, Indonesia, Algeria, Kuwait, Pakistan, Palestin, Yaman, Belgium dan berbagai negara lain lagi turut melafazkan janji keazaman dan kecekalan mereka untuk sampai ke Gaza.

sumber : (Mohd Nizam/LL4G)

Thursday, May 27, 2010

Holiday Pt4: Berita Lama Di Recyle Back

KLIA, 19 Mei – Ibarat lebah menghurungi sarang. Begitulah ramainya sahabat handai dan sanak saudara kepada relawan NGO-NGO Malaysia yang berlepas ke Gaza tengah malam tadi dari KLIA ke Istanbul, Turki.

Semacam ada debaran semasa setiap ahli diberikan peluang untuk berucap kepada 80 orang hadirin pengiring pada malam itu. Ada yang tekun mendengar, ada yang terkelu, ada yang tersenyum dan ada pula yang menitiskan airmata. Apa tidaknya.

Misi kali ini jelas buat pertama kalinya melibatkan kepimpinan kanan NGO-NGO Islam dari Malaysia memasuki kancah peperangan yang masih tiada tanda hentinya. Bak kata ketua misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “Perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini.” Kenyataan beliau disambut isakan seorang isteri relawan yang sedang memegang tangan anak kecilnya yang belum mengerti mengapa ayahnya membawanya ke KLIA pada kegelapan malam dan samada ayahnya akan kembali untuk mencium pipinya lagi.

Begitulah kekentalan dan tekad jiwa-jiwa yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai misi sulung menyusuri flotilla kapal kargo dan penumpang dalam hasrat menerobos tembok kematian binaan Israel, Mesir dan konco-konco mereka. Kental juga adalah semangat para-para isteri yang telah merelakan suami mereka pergi mencari keredhaan Allah SWT. Lapan orang relawan itulah yang Allah telah pilih untuk membawa amanat rakyat Malaysia yang telah berkorban wang ringgit mereka demi menyelamatkan Al-Quds dan membebaskan Palestin bumi para anbiya’ itu. Inilah saatnya wira-wira Malaysia berlepas pergi.

Suasana di KLIA seakan suram, tidak seceria seperti selalu bila ahli-ahli NGO Islam bertemu setempat. Anak-anak serta isteri para relawan seakan tidak mahu melepaskan genggaman tangan ayah dan suami mereka. Basah mata mereka, basah juga mata para sahabat dan sahibah yang mengirim rombongan ini. Isteri dan anak-anak dicium, dipeluk erat-erat.

Mungkinkah ini kali terakhir?

Laporan propaganda pihak Zionis Israel beberapa hari yang lepas yang menyatakan mereka tidak akan membenarkan sama-sekali sebarang flotilla merentasi lautan malahan akan menggunakan kekerasan bermain di benak setiap yang hadir di KLIA malam itu.

“Kita tidak gentar, dan kita tidak akan berpatah balik. Seandainya kami syahid, maka itulah ketetapan daripada Allah SWT. Kami mengharapkan doa anda, kerana doa itu adalah senjata mustajab orang-orang mukmin. Jangan lupa bersolat hajat agar misi kita untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza ini akan dikabulkan akhirnya oleh Allah SWT. Seandainya kami gugur, maka maafkanlah kesilapan kami, dan relakanlah pemergian kami menemui Allah SWT,” berkata Haji Noorazman yang juga Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang telah diamanahkan oleh IHH (The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarion Relief) untuk mengatur delegasi Malaysia sempena projek trans-samudera LL4G ini.

LL4G Malaysia dan HALUAN Malaysia mengucapkan selamat berjuang, selamat kembali dan semoga Allah SWT meredhai anda semasa melaksanakan misi ini. Wira-wira NGO Islam kita terdiri daripada :

1. Haji Noorazman Mohd Samsuddin (Biro HALUAN Palestin) -Ketua Misi
2. Haji Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal)
3. Selamat Ali (Jemaah Islah Malaysia)
4. Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care)
5. Dr Arbaai Shawal (Biro HALUAN Palestin)
6. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad (Biro HALUAN Palestin)
7. Ustaz Alhami Husain Suhaimi (Biro HALUAN Palestin)
8. Mohd Nizam Awang (Biro HALUAN Palestin)

Perkembangan terkini konvoi LL4G dapat diikuti melalui saluran Radio IKIM.FM secara lintas-langsung setiap jam 10.00 malam waktu Malaysia. Bahan berita bercetak pula boleh didapati di dalam akhbar Sinar Harian.

Ikuti perkembangan selanjutnya misi LL4G ini di laman web www.haluanpalestin.org atau www.lifeline4gaza.org.

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

25 Mei – Ankara memperingatkan Regim Zionis Israel agar tidak mengganggu perjalanan kapal misi kemanusiaan dari Turki yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Akhbar Aksam, terbitan Turki mengutip laporan laman sesawang Debkafile menulis, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam akan mengerahkan helicopter Turki untuk mengawal kapal yang membawa bantuan kemanusiaan, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang bertolak dari Turki itu adalah konvoi bantuan kemanusiaan ketiga dari seluruh dunia untuk membantu Palestin. Konvoi ini dicetuskan setelah tindakan sekatan sebarang bantuan masuk ke Gaza dikuatkuasakan oleh Zionis Israel terhadap kawasan Gaza.

Dilaporkan, kapal Turki itu selain mengangkut bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan, juga membawa peralatan pembinaan dan generator. (IRIB/fn)

Holiday Pt3: Waktu-Waktu Doa Mustajab

a)tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
b)setiap lepas solat fardu
c)berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
d)ketika dalam peperangan atau darurat
e)ketika sujud
f)ketika di zalimi orang
g)semasa musafir
h)bapa mendoakan kebaikan anak
i)ketika wukuf di padang Arafah
j)selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
k)selepas solat Asar
l)ketika hendak berbuka puasa
m)ketika sakit
n)doa pada malam lailatul Qadr
o)doa pada malam Jumaat
p)apabila khatam membaca Al-Quran
q)doa raja , juga pemerintah yang adil
r)doa anak yang taat pada ibubapa
s)doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
t)berdoa dalam Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
u)berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswas dan pintu Ka’bah) di Masjidil Haram
v)berdoa di Hijr Ismail
w)berdoa di belakang maqam Ibrahim di Masjidil Haram
x)berdoa di mana jua masjid

Holiday Pt 2: Doa

Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah swt Yang Maha Pemurah. Allah swt mnyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Firman Allah swt dalam surah Al-Mu’min ayat 60 yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: “ Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina”

Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 ertinya “Dan pohonlah kepada Allah akan limpahkan kurniaNya. Selain daripada itu, hadith riwayat Al-Hakim menyatakan “ Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi”. Hadith riwayat At-Tirmizi turut menekankan bab berdoa “ Sesungguhnya doa itu memberi manfaat terhadap bala bencana yang telah berlaku dan yang masih belum berlaku, dan tidak menolak qada’ Allah melainkan doa, maka sayugialah kamu berdoa”..

Antara kaedah dan adab berdoa adalah:
a)hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, serta suci pakaian dan tempat berdoa
b)mengadap kiblat, dan berdoalah dengan khusyu’, tawaduk serta merendah diri kepada Allah swt
c) doa di mulai dengan membaca al-fatihah atau memuji Allah diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.
d)angkat kedua belah tangan sehingga kelihatan kedua ketiak (maksudnya tangan diangkat tinggi ke atas)
e) selesai berdoa,sapukan kedua tangan ke muka
f)berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah akan memperkenankan doa kita.Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hatinya lara dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya.Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti itu kerana dalam riwayat A-Tirmizi dinyatakan “berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin bahawa Tuhan akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah swt tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai dan keluh kesah”.
g) setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah swt semasa dalam keadaan senang atau susah,supaya Allah swt memperkenankan doanya.
h)berdoalah dengan suara yang perlahan seraya merendah diri di samping mengakui kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 55 “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
i)sebaik-baik doa adalah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.
j)untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah perkara tersebut sehingga sekurang-kurangnya tiga kali
k)jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuatu yang mustahil.
l)jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah swt. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa di samping berserah diri kepada Allah swt.
m)sebelum diakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutupi dengan Selawat atas Nabi saw serta puji-pujian kepada Allah swt.

Holiday Pt 1

Sejak rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 di perkenalkan, kami seisi keluarga makin menyukainya dan ia adalah tayangan wajib setiap pagi jika berkesempatan. Saya tertarik dengan tajuk Anak Anugerah Allah yang menjadi antara topic hangat sepanjang topic berkenaan bersiaran di TV9.

Terlalu banyak input yang diperolehi dan saya boleh katakan “rugi sekiranya anda tidak melihat Tanyalah Ustaz yang bersiaran selama satu jam bermula pada jam 7 pagi”…Soalan yang dikemukakan oleh pemanggil juga agak berkualiti dan mereka turut berkongsi pengalaman mereka sendiri..Saya masih ingat seorang pemanggil Puan Siti yang mengatakan dia sering menghadiahkan al-fatihah kepada anaknya walaupun anaknya belum meninggal dunia, kesannya empat orang anaknya sekarang sedang menuntut di oversea. Ustaz sendiri kagum dan mengalakkan apa yang dibuat oleh Puan Siti..

Manakala seorang pemanggil dari Kedah yang juga seorang ayah menyatakan dia sentiasa mengejutkan enam orang anak perempuannya bertahajjud dan hasilnya semua anak-anaknya ‘menjadi’…Sahabat-sahabat sekalian, mereka-mereka sebeginilah sebenarnya yang boleh kita jadikan role model dalam rangka untuk mendidik anak-anak kita..Ini kerana fitrah manusia kita menginginkan anak-anak yang soleh dan soleh, yang sejuk mata memandang dan tidak mendatangkan kemudharatan di kemudian hari..kerana itulah juga kita perlu mendalami ilmu ‘keibubapaan’ tidak kira samada sahabat-sahabat sekalian sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata mahupun tidak serta bagi mereka yang belum berkahwin.

Ilmu ‘keibubapaan’ tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin kerana yang eloknya kita sudah pun mempersiapkan ilmu keibubapaan atau pendidikan anak-anak dalam Islam sebelum kita melangkah masuk ke gerbang perkahwinan. Saya sendiri belum berkahwin namun jauh di sudut hati saya, saya merasakan betapa pentingnya ilmu keibubapaan ini untuk kita pelajari. Perlu diingatkan, ilmu ini, memang kita boleh membacanya melalui tulisan-tulisan muktabar seperti buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, Mahaguru Pengajian Islam Universiti Al-Malik Abdul Aziz, Jeddah yang dapat didapati dalam 2 jilid dan berbagai-bagai lagi buku.

Namun, ilmu ‘keibubapaan’ ini sebenarnya tidak terhad di dalam buku sahaja, bahkan ianya lebih banyak dipelajari melalui praktikal. Ini kerana kalau kita imbas kembali cara orang-orang lama, mereka berjaya mendidik anak-anak yang bukannya seorang bahkan berbelas-belas ramainya tanpa pernah membaca buku namun berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Apabila anak berumur tujuh tahun, sudah di suruh solat dan apabila berumur 10tahun,jika masih enggan, dirotannya anak itu. Itu sekadar sebahagian ajaran orang-orang lama berlandaskan hadith Rasulullah yang semakin lama semakin ditinggalkan.

Jadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai role model dalam pembinaan ‘anak-anak soleh’ yang akhirnya akan menjadi kader-kader Dakwah, sebagai pelapis kita dalam meneruskan kesinambungan menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Ini kerana di dalam hadith sendiri dinyatakan dengan jelas “sekiranya mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya, melainkan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan doa anak yang soleh”. Doa anak yang soleh tiada hijab kerana ia terus atau secara direct sampai kepada ibu bapanya.

Monday, May 17, 2010

Nakbah Palestin

Hari yang bersejarah ini (Nakbah Palestin) pastinya akan menjadikan para pengkaji dan pemikir Islam yang berkecimpung dalam setiap bidang, dari setiap golongan, untuk menelaah sebab-sebab, dan faktor-faktor serta kesan-kesannya terhadap dunia Islam. Tabiat musuh dan ketamakannya, cara untuk berhadapan dengannya, dan menentangnya, pasti ia akan dikaji dan dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang lebih luas. Perkara ini khususnya, adalah kerana Nakbah (yang bermaksud tragedi berdarah) yang telah bermula pada tahun 1948 ini masih lagi berterusan dan berpanjangan hari demi hari.

Penjajahan Zionis terhadap Palestin hari ini bukanlah seperti penjajahan Barat terhadap negara-negara Islam pada kurun ke-19 dan ke-20, yang hanya berlalu dan pergi, tetapi ia lebih daripada itu. Ia adalah satu jenis penjajahan penghapusan etnik dan penempatan haram secara kekerasan dan keganasan yang terus berkembang tanpa mempedulikan mana-mana peraturan antarabangsa. Dengan inspirasi daripada kecelaruan akidah mereka dan beralaskan dakwaan-dakwaan sejarah, mereka terus berusaha untuk menguasai bumi Palestin itu dan mengosongkan ia daripada penduduknya, dengan keganasan dan pembunuhan, menghalau penduduk tempatan, memusnahkan kampung dan ladang serta menggantikan tempat penduduk Palestin dengan Yahudi yang datang dari seluruh dunia.

Walaupun mereka telah mengisytiharkan negara haram mereka (Israel) pada tahun 1948, tetapi mereka sebenarnya belum lagi meletakkan garis pemisah di antara negara mereka dengan negara-negara lain. Ini kerana mereka masih lagi meneruskan misinya iaitu memperkembangkan tanah jajahan mereka sehingga mencapai objektif mereka iaitu mendirikan Israel Raya (Israel Kubra) yang terletak di antara Sungai Nil dan Sungai Furat. Mereka juga berusaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang mereka dakwa. Ben Gurion telah berkata: “Tiadalah erti Israel tanpa Al-Quds, dan tiadalah erti Al-Quds tanpa Haikal”. Mereka berusaha untuk menakluk rantau itu dan menguasai segala kekayaannya, dalam masa yang sama memperhambakan rakyatnya dengan cara yang zalim. Ia merupakan suatu projek penjajahan yang lengkap yang berasaskan kepercayaan agama.

Ketika mereka mula menjejakkan kaki mereka ke tanah kita, tanah ini tidak pernah mengenal erti keamanan dan keselesaan serta apa-apa bentuk pembangunan, yang ada hanyalah peperangan dan kecelakaan, pada tahun-tahun seperti 1948, 1956, 1967, 1982 dan 2006. Segala malapetaka yang menimpa telah menyebabkan kemusnahan, pembunuhan, pertumpahan darah dan pembaziran harta benda serta kemunduran.

Segala penyembelihan yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Palestin seperti di Deir Yasin, Qabyah, Kafr Qasim, Khan Yunis, dan banyak lagi kampung-kampung yang lain, telah mengorbankan orang-orang tua dan kanak-kanak serta menguburkan janin-janin, menghancurkan rumah-rumah, yang telah berlaku beberapa kali di Qana, Beirut, Sabra dan Syatila, dan Bahrul Baqar di Mesir. Pembunuhan tawanan Palestin dalam perang 1956 dan 1967, menanam mereka hidup-hidup, konspirasi untuk mengambil sebahagian daripada kawasan Sungai Nil, meletakkan perisik untuk mengetahui rahsia ketenteraan dan ekonomi, usaha untuk memisahkan Selatan Sudan daripada bahagian utaranya, penyebaran fitnah terhadap Darfur untuk memecahbelahkan negara-negara Arab, menyemarakkan permusuhan PLO dan HAMAS, pengepungan di Jalur Gaza, segalanya adalah kekejaman dan kezaliman untuk menundukkan rakyat Palestin dan menimbus isu sebenar (agenda mereka membina Israel Raya).

Ia juga termasuk dalam konspirasi mereka terhadap apa yang berlaku di Iraq dan penjajahannya, dengan menyemarakkan isu perkauman, lantas mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan pada setiap sudut kawasannya. Mereka juga berusaha untuk melakukan perkara yang sama kepada Iran, kerana merasakan ia mampu menggugat mereka dengan teknologi persenjataan nuklear yang dimiliki oleh negara Iran. Ini semua telah jelas membuktikan bahawa mereka ini bukanlah manusia biasa yang mempunyai sikap kemanusiaan yang murni, tetapi mereka adalah ibarat binatang buas yang dahagakan darah, yang sentiasa ingin mengambil dan menguasai apa yang ada pada tangan-tangan kita, dan menakluk bumi di bawah tapak kaki kita.

Segala perkara yang berlaku ini bersumberkan kepada kefahaman mereka yang sangat-sangat merendahkan manusia selain mereka. Hakham Shamon Bar telah berkata: “Kamu semua wahai para Yahudi inilah yang dinamakan manusia, sedangkan para haiwan itu tidak dinamakan manusia!”. Hakham Eido Alba berkata: “Sesungguhnya pengharaman untuk membunuh dan menumpahkan darah manusia tidak dihukum ke atas Yahudi sekiranya yang dibunuh adalah bukan Yahudi, dibolehkan untuk membunuh selain Yahudi (ke atas bangsa yang kita peranginya) termasuklah wanita dan kanak-kanak”.

Semua jenayah yang kejam tanpa perikemanusiaan itu memerlukan penentangan dan pengutukan kita terhadapnya. Sekiranya kita berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa, ia bererti kita memberi mandat kepada mereka dalam jenayah ini, walaupun ia telah melukakan perasaan setiap bangsa Arab dan umat Islam, walaupun ia telah mengorbankan jutaan rakyat Palestin.

Penentangan terhadap projek yang hina dan penghancuran Zionis terhadap Al-Aqsa ini tidak boleh tidak mestilah dengan projek dunia Arab dan dunia Islam seluruhnya. Ia perlu bagi menolak sebarang operasi-operasi damai yang dicadangkan sejak tahun 2002, menolak sebarang pengiktirafan kuasa besar Zionis, menilai semula rundingan damai dan hubungan diplomatik bersamanya, menolak sebarang bentuk tolak ansur yang sia-sia di antara Zionis dan Palestin, tidak menerima sebarang perdamaian di antara mereka dengan mana-mana negara Arab, menolak sebarang pengiktirafan terhadap tanah yang telah dirampas dan rakyat yang dihalau serta meng-Yahudi- kan Al-Quds, menyuarakan pandangan umum, di peringkat Mesir, dunia Arab, dan dunia Islam, serta seluruh dunia untuk menegakkan kebenaran bagi pihak rakyat Palestin, mengheret segala penjenayah peperangan ke muka keadilan, mengambil segala aspek kekuatan politik untuk membebaskan rakyat-rakyat daripada penindasan dan mengelakkan mereka daripada kemusnahan, membina dan mentarbiyah rijal-rijal di atas tunjang keimanan dan prinsip-prinsip, berusaha untuk menjadi penyatu yang menyatukan saf-saf umat di negara Arab, dan negara-negara Islam, paling kurang pun di rantau ini, mengumpulkan segala kekuatan ekonomi dengan persepakatan di antara negara-negara ini, mengkaji secara ilmiah terhadap perkara ini dan mementingkan perindustrian dan pembangunan Palestin, menyokong penentangan terhadap Zionis dalam apa jua bentuk sekalipun, menghancurkan pengepungan terhadap Jalur Gaza, serta berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Kamu akan mendapati manusia yang paling benci dan memusuhi orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin” (Surah Al-Maidah: 82)

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman” (Surah Ali Imran: 139)

Balik Kampung

Setelah lama berjuang di medan peperiksaan dan meluangkan masa di Stadium Melawati minggu-minggu sudah..barulah saya berkesempatan melawat datuk yang dipanggil ‘tokki’ di kampung..Rumah tokki yang sedang dalam pembinaan menyebabkan tokki menetap bersama ‘Teh’ , mak saudara saya selama 4 bulan lebih..Memandangkan sukar untuk melihat rumahnya dalam pembinaan, tokki menyewa rumah Ayah Su Lan, sepupu sebelah emak..rumah lama tinggalan emak Ayah Su Lan menjadi tempat berteduh sementara waktu tokki..

Alhamdulillah, Allah member saya kesempatan untuk menjaga tokki sepanjang pulang ke kampung..Ya, tokki yang saya lihat, bercakap dengan saya hari ini sudah tidak sama seperti dulu..Tokki cepat keletihan, tidur makin kerap, berjalan masih perlu di awasi takut terjatuh..Apapun sedikit lega, tokki makin makan banyak, mungkin effect ubat-ubatan dan supplement yang di ambil..

Kesempatan yang ada bersama tokki, saya cukup kasihan melihat tokki hanya berada dalam rumah..Ya, tokki seorang yang aktif, tidak boleh duduk diam ketika sihatnya, mesti ada sahaja perkara2 yang nak dibuatnya..kadang tu menanam pokok, membuang sampah dengan motorsikal di jalan besar, menebas lalang (kerja-kerja yang anak-anak dan cucu-cucunya yang agak ‘moden’ tak nak buat,kesian tokki)..bila tokki sakit, kesian melihat tokki yang sering gelisah tidak boleh duduk diam..Ada satu pagi tokki kata nak jogging, tapi tok cepat2 halang, takut rebah ketika berjogging..apa yang boleh di contohi, tokki sentiasa menjaga waktu solat, walau pun tidak sihat tetap gagahkan kaki ke bilik air lebih awal dari orang lain..menjaga ibadah kepada Allah amat ditekan kan oleh tokki sedangkan sebelum ini kaki tokki tidak boleh berjalan terkena stroke..usai solat, biasanya tokki akan baca yassin, surah yang dihafal dan sentiasa bermain di bibirnya..

Nampak wajah tokki sudah banyak berubah, Cuma badan tokki nampak masih kuat kerana tokki dahulunya memang berbadan sasa. Dalam sakit itu, tokki sentiasa menidakkan bahawa dia sakit..selalunya tokki tak tunjuk dia sakit, selalu cakap dia sihat, Cuma orang lain sibuk-sibuk pasal kesihatannya..Pantang melihat ayam atau kucing, mesti tokki akan bagi makanan..Itulah tokki yang saya kenal, hidupnya sentiasa ‘memberi’…

Tok juga kurang sihat, sepanjang menjaga tokki..balik kampung, saya ambil alih tugas tok memasak (melainkan ada emak saudara yang bagi makanan-selalunya tak masak dah)..Selepas masak selalunya saya tanya tokki, tokki memang kuat makan, selalunya letak nasi dan sayur..Ikan selalunya kena cubit, takut tokki terlekat tulang ikan..nak habiskan sepinggan nasi, biasanya tiga ekor ikan goreng mesti habis..tokki suka makan ikan..Tokki makan mesti banyak tumpah-tumpah nasi kat lantai, sayu hati saya lihat tokki..bila nak basuh tangan, habis cebisan2 nasi jatuh…Sebelum ini saya selalu aja dengar, manusia biasanya berperangai macam budak-budak bila dah tua..Benar, ianya benar-benar terjadi..Ada satu ketika, Khayra Deeny, sepupu yang berusia 2tahun lebih makan makanan dalam tupperware, tokki suruh Deeny letak balik sebab takut habis..Biasanya tokki takkan ambil hal..Deeny pula makin tembam,mulut asyik mengunyah makanan je..bila tanya kenapa perutnya buncit..selalunya Deeny jawab “ada makanan”..

Monday, May 10, 2010

Stadium Melawati digegar Laungan Takbir

Itulah yang berlaku pada malam bersejarah itu...Bendera Palestine berkibaran di segenap tempat bersama-sama sepanduk Palestine...Stadium dibanjiri lautan manusia..Shoutul Harokah mendendangkan nasyid 'jiwa' buat semua sehinggakan semua turun ke bawah sambil mengibarkan sepanduk, banner dan bendera Palestine...Suasana yang jarang-jarang kita nampak di Malaysia..Di Indonesia mungkin satu kebiasaan...Kutipan malam itu suatu diluar jangkaan..masyaAllah..

Thursday, May 6, 2010

Dosa-dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Wednesday, May 5, 2010

Sanah Helwah

Sanah Helwah buat adik saya,Ain...5/5/10...sudah 5tahun peristiwa accident itu berlaku...Ain, pernah accident pada 5/5/05...dan koma selama 3hari...Alhamdulillah sampai ke hari ini, saya tidak mungkin dapat lupakan pengalaman 'berkampung' di hospital selama sebulan..

Ain, seorang yang selalunya happy-go-lucky..cuma kadang tu kalau mood tak elok, susah nak handle juga..semangat juangnya amat tinggi..bila bercakap isu2 Palestin, dia memang seorang yang 'ambil tahu'..tanya lah apa2 mesti dia tahu..ada perubahan sejak masuk sekolah yang mementingkan DnT, memang nampak ada 'tamayyuz' jika dibandingkan kawan2 sebaya dia..suka bercakap terus terang, memang straight to the point..selalu ade je yang 'terkena'..

Ulang tahun kelahiran kali ini, kami(saya dan Achik)plan nak bagi 'buku'..dia memang suka bangat membaca buku..kelek ke sana sini..beberapa hari sebelum ini, saya masih exam, dia pula sibuk telefon bertanyakan hadiah dah beli belum,itu ini..takut sangat semua tak ingat birthday dia...he..

harapan kakngah semoga adik sentiasa jaga HDA aka Hubungan Dengan Allah di mana sahaja, kakngah harap adik jadi seorang pejuang Deen Allah..adik ada potensi,cuma kena banyakkan involve dengan program2 tarbawy,insyaAllah. paling penting praktiskan dalam kehidupan seharian...ilmu tanpa amal itu sia-sia..semoga dikurniakan kesihatan yang baik..

Monday, May 3, 2010

F for F.I.N.A.L

Tomorrow, my Final Paper, Tabahlah duhai hati..exam paling lama start 12/4/10-4/5/10..nak sampai sebulan..memandangkan saya ada add subject final year..Last paper, Probate banyak sungguh dugaan..

Classmate yang lain sudah usai final, mengangkat barang2, kotak2 susun dalam stor..tengah study, roommate kemas2 barang, ujian sungguh..bunyi tape ditarik,alhamdulillah hari ini final paper..

Saturday, May 1, 2010


Malam Menerobos Tembok Kematian 2

Semalam saya ke Malam Amal Gaza.Jazakillah mak long sbb bagi peluang untuk saya join juga..Asalnya my parents pun tak pergi, tapi Makcik Aya, sahabat akrab nay ajak pergi, siap sediakan seat..so, my parents and adik yang pergi..saya masih dalam fatrah exam..4hb final paper for Probate..Jadi saya sendiri tidak ambil kisah sangat..Petang semalam, usai solat Asar, mak long telefon, katanya ada satu seat kosong…Saya agak terkejut, why mak long choose me instead of KN..so, saya tanya mak long “kenapa tak ajak aje KN itu?”..mak long hanya menjawab “mak long dah offer kat awak ni, special seat ni, awak nak bagi kat orang lain?”..sudahnya, saya cuma cakap nak tanya dulu sesape yang boleh hantar baru bagitau confirmation nak pergi..Then, call orang pertama: MC S, then orang kedua: MC L, then orang ketiga: PC L, then, keempat: MY N, agak frustrated semuanya sudah bersiap2 di sana, sebagai secretariat..then tanya orang kelima: MY F, akhirnya selepas negotiate, tukar-menukar orang, then, bolehla muat seorang saya..Last-last, pukul 6lbh baru betul2 confirm..

Pukul 8lebih bertolak dari Univ ke Primula Beach Hotel, Alhamdulillah, nasib baik tempat tu agak familiar, senang nak bawa diri kata orang..Even lambat boleh lagila nak cover-cover..kat mana lift, tangga terdekat, ladies, pintu masuk Utama Dewan..syukur sangat..padahal kat situ pun dah ramai yang sambut, no hal insyaAllah..semua secretariat juga muka-muka familiar..senang nak tanya, gurau senda…

Iringan nasyid-nasyid ‘membangun jiwa’ dimainkan berulang-ulang, silih berganti, then MC ambil tempat…Kelibat Bro Azman sukar dicari di hadapan, meja pula sekitar 70 lebih or 80, tak dapat dipastikan..1 table RM 1000 (setakat yang tahu)..Sebelum melangkah masuk, sempat lagi beli muffler (nak tunggu import dari Syria lambat lagi,he)…so, snap gambar pendaftaran then, beli ‘Badge’ Shoutul Harokah, islamik band Indon..

Dipendek kan cerita, Prof Madya Dr Abdullah Sudin bercakap, sebelum tu En Jamil Muda (pck Jamil- sekretariat HALUAN Palestin Cawangan Terengganu)…Semangat punya semangat, pakck Jamil ambil satu meja untuk satu family..Semangat Perjuangan Palestin itu jelas..Then, saat yang ditunggu-tunggu, Bro Azman member taklimat dan penerangan pengalaman ke Ghazzah aka Gaza..Semua senyap, beri tumpuan, waiter, waitress pun tumpu perhatian, siap kumpul kat depan, anak-anak kecil seolah-olah faham ‘kita sedang mendengar suatu perkara yang amat penting, masalah ummah, saudara seakidahkita di Palestin’ turut senyap, hanya kedengaran suara Bro Azman..Tayangan slide sepintas lalu, pengalaman Bro Azman dengan Apache (pesawat tempur yang hanya boleh dikesan melalui radar, I believe Apache some sort like Hawk)..bila bercakap tentang Apache teringat As-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang syahid ditembak Apache beberapa minggu selepas mengeluarkan kenyataan dalam interview TV ‘saya tidak mahu mati dalam keadaan tidur, melainkan mati dengan Apache’..itu hajat seorang mujahidin, tidak mahu meninggal dalam keadaan tidak berjuang, malah mengejar syahid..Akhirnya pada 17 Mac 2003 (tarikh betul cuma tahun sama ada 2003/2004-memori saya agak samar-samar), Dr Abdul Aziz Rantissi syahid bertemu Allah tidak sampai sebulan di lantik menggantikan As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin.masyaAllah…

Bercerita tentang Syeikh Ahmad Yassin, turut diselitkan cerita As-Syahid yang asalnya hanya lumpuh dari pusat hingga ke bawah…Kekuatan aura as-syahid yang luar biasa ini akhirnya dirasai oleh semua penduduk palestin sehinggalah as-syahid yang juga founder kepada HAMAS, menjadi sumber inspirasi HAMAS ketika itu, Bridged Al-Qasam sehingga digeruni seantero Israel, Yahudi menyenaraikan as-syahid sebagai orang paling dikehendaki Yahudi samada hidup atau mati..As-Syahid sebelum Allah menjemputnya, dikatakan menerima seksaan –seksaan berat, di siksa seluruh saraf pada badannya, sehingga lah hanya leher dan kepala sahaja yang berfungsi, semua yang lain lumpuh…Digambarkan jika ada lalat dan nyamuk sekali pun, as-syahid tidak mampu untuk menghalangnya..cubalah kita semua bayangkan, seorang yang lumpuh, separuh kehidupannya hanya berkerusi roda dan memerlukan bantuan untuk melakukan apa sahaja, namun di mata Yahudi bergelar Zionis, as-syahid ‘manusia paling digeruni di dunia’…Kuasa seorang manusia yang hanya ada Allah dalam dirinya, membuat seluruh manusia lain takut dan gerun padanya hanya kerana as-syahid berjaya merubah manusia, melahirkan pewaris yang akan menyambung perjuangan Deen Ilallah..

Percubaan membunuh as-syahid dilakukan berkali-kali, beratus kali…sehinggalah akhirnya pada 22 Mac tahun yang sama As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi menemui syahid, as-syahid di bom ketika keluar dari Masjid…Otak as-syahid berkecai..namun, yang menghairankan, mengikut kapasiti serangan, sepatut nya badan as-syahid hancur luluh, sebaliknya, keadaan tubuh badan as-syahid sempurna melainkan kepala sahaja..Allah melindungi as-syahid ketika itu..Kekuatan yang ada pada Syeikh Ahmad Yassin adalah as-syahid tidak pernah komplen satu pun nikmat yang Allah tarik daripadanya, tidak pernah menangisi nasibnya yang lumpuh…

Stop dulu, nnt sambung balik mengenai Bro Muadz, Hafidz kumpulan Algebra, my parents and Bro Azman, the donation, our mission –sekarang ada 2 kapal-penumpang kapasiti 700 untuk konvoi even seribu lebih untuk perjalanan biasa dan kapal kargo yang masih lagi kita berhutang, convoy map, Hilary Clinton trying to be an intermiddle person- Israel-Palestin crisis - May/June -by masquerading - intention in order to stop this convoy, selection of people ,this convoy terbesar di dunia dalam sejarah if segalanya berjalan lancar..i beg all of u, please donate with us, or even with other NGO’s..tarikh konvoi di jangka 15 Mei ini makin hampir …doa saya mudah-mudahan target kita tercapai..paling penting niat kita..jangan sikit pun terpesong dari niat kerna Allah, kalau tidak, semuanya tiada nilaian di sisi Allah..sia-sia…..