Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah swt Yang Maha Pemurah. Allah swt mnyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Firman Allah swt dalam surah Al-Mu’min ayat 60 yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: “ Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina”
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 ertinya “Dan pohonlah kepada Allah akan limpahkan kurniaNya. Selain daripada itu, hadith riwayat Al-Hakim menyatakan “ Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi”. Hadith riwayat At-Tirmizi turut menekankan bab berdoa “ Sesungguhnya doa itu memberi manfaat terhadap bala bencana yang telah berlaku dan yang masih belum berlaku, dan tidak menolak qada’ Allah melainkan doa, maka sayugialah kamu berdoa”..
Antara kaedah dan adab berdoa adalah:
a)hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, serta suci pakaian dan tempat berdoa
b)mengadap kiblat, dan berdoalah dengan khusyu’, tawaduk serta merendah diri kepada Allah swt
c) doa di mulai dengan membaca al-fatihah atau memuji Allah diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.
d)angkat kedua belah tangan sehingga kelihatan kedua ketiak (maksudnya tangan diangkat tinggi ke atas)
e) selesai berdoa,sapukan kedua tangan ke muka
f)berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah akan memperkenankan doa kita.Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hatinya lara dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya.Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti itu kerana dalam riwayat A-Tirmizi dinyatakan “berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin bahawa Tuhan akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah swt tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai dan keluh kesah”.
g) setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah swt semasa dalam keadaan senang atau susah,supaya Allah swt memperkenankan doanya.
h)berdoalah dengan suara yang perlahan seraya merendah diri di samping mengakui kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 55 “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
i)sebaik-baik doa adalah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.
j)untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah perkara tersebut sehingga sekurang-kurangnya tiga kali
k)jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuatu yang mustahil.
l)jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah swt. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa di samping berserah diri kepada Allah swt.
m)sebelum diakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutupi dengan Selawat atas Nabi saw serta puji-pujian kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment