Monday, January 31, 2011

Power Down

I experience power down in my place for 20hrs starting from yesterday mid-night..Rasa macam kembali ke zaman Neolitik,Paleolitik, T-Rex (era no electrical power)..tapi semuanya ada hikmah..Today, saya dapat fokuskan perhatian pada buku karangan Ibn Qayyim Al-Jauziyyah "Melumpuhkan Senjata Syaitan"..Kerana tulisannya dalam bahasa Indon, perasaan tu lebih (saya menyukai bahasa Indon dari Malay kerana perkataannya yang pelbagai dan banyak) contoh perkataan yang dipinjam dari Indon spt mantan, kita tidak katakan bekas PM tapi mantan PM (kan itu lebih sedap di dengar)..

Buku ini merungkai segala permasalahan berdepan dengan senjata syaitan berupa hawa nafsu dan hati yang mati..Ibn Qayyim yang meninggal pada 752 H banyak menfokuskan pada pembahagian hati kepada tiga bahagian iaitu hati yang sihat, sakit dan mati..Tanda2 mengenalnya serta cara2 untuk mengubati mengikut fasa2 tertentu..Ini disebabkan segala permasalahan yang berlaku berpunca dari akar umbi tidak lain tidak bukan iaitu hati..Untuk melumpuhkan syaitan, kita mesti meneguhkan hati menuju cinta Ilahi..



Kitab atau buku ini terbilang sebagai karya Ibn Qayyim yang paling bermanfaat dan paling bagus. Al-Alusi dalam Ghayatul Amani berkata, "Kitab ini adalah kitab terkenal di antara kitab-kitab Sunnah. Di dalamnya sang pengarang (IQ) meletakkan berbagai fasal yang amat penting dan dengannya ia menghancurkan tali-tali syaitan, berbagai senjata, bisikan dan tipu dayanya. Kerana itu tentera syaitan akan tercirit-birit kerananya, dan akan gelisah para penolong dan wali syaitan, dan Allah tidak akan memperbaiki perbuatan orang-orang yang merosakkan."

Sepertimana kata2 Afifah dari umminya dalam fb
~2 kekasih yg tdk boleh brtemu dlm satu waktu ~
kasihkan Allah & kasihkan maksiat, kasihkan Jihad & kasihkan hayat, kasihkan Pengorbanan & kasihkan harta benda, kasihkan Kebenaran & kekuasaan,
kasihkan Perdamaian & kasihkan kedendaman, kasihkan Perbaikan & kasihkan diri sendiri, kasihkan Perjuangan & kasihkan kerehatan.

RED ALERT: Student2 di Egypt kebanyakkannya boleh keluar pada siang hari dan dalam jarak dekat, malam selepas pukul9 mesti berkurung @ curfew..Ada juga yang di evacuate ke Turki..dalam Al-Jazeera, mega protest planned in Egypt..

Sunday, January 30, 2011

Game Over

Menulis secara direct dalam blog alam maya ini perlu banyak berfikir.."Fikir apa?" ada yang bertanya.."Ya, mesti perlu banyak fikir..kerana tulisan2 ini jika ianya bermanfaat akan memberatkan neraca timbangan amalan saya di akhirat kelak..kerana itu perlu hati2 dan teliti bila menulis"..Jika ianya tidak elok, merapu2, takut kalau2 ianya menjadi ikutan dan memberatkan kaki saya ke neraka kelak..Nauzubillah..

Follower yang ada jika salah cara, menyebabkan saya seperti mengajak mereka ke arah keburukan,kerosakkan dan kehancuran..Kerana itu, seseorang yang sememangnya 'jaga' akan teliti dalam semua perkara, malah cerewet dalam penulisan.."Untuk kesejahteraan di sana, biarlah dapat treatment di dunia daripada treatment di akhirat yang berkali2 ganda, GAME OVER dah time tu", ujar rakan saya...I miss all my friends..either single or dah jadi zaujah or wife..


Khairiah,Dr.Hafizah,Syahmerra,Ikram,Munzirah,cg.Aishah,Dr.Fatimah,W.Kamilah,cg.'Aqilah

EGYPT: Tindakan Mesir mengekang liputan Internet dan telefon bimbit ketika kerajaan bergelut meredakan tunjuk perasaan dianggap detik paling hitam dalam sejarah.Tindakan kuku besi rejim Presiden Hosni Mubarak itu dikecam Barack Obama, pengendali laman sesawang dan kumpulan hak asasi dunia. Pakar Trend Micro - firma keselamatan komputer ketiga terbesar dunia - Rik Ferguson, berkata kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku dalam sejarah Internet.Pengasas bersama firma Internet Perancis Cedexis, Julien Coulon, berkata dalam tempoh 24 jam sejumlah 97 peratus trafik Internet Mesir hilang gara-gara tindakan kerajaan Mubarak.Menurut firma AS, Renesys, empat penyedia perkhidmatan (IP) Internet utama Mesir menutup aksesnya hampir serentak dan menghalang pengguna di seluruh dunia berhubung dengan negara itu.Bagaimanapun, satu IP dikendalikan Noor Group terkecuali daripada tindakan itu dan Renesys tidak dapat mengesahkan mengapa keadaan itu berlaku.Noor Group menyediakan 83 laluan untuk penggunanya di Mesir.Ketika ini 23 juta - atau lebih suku daripada jumlah keseluruhan penduduk Mesir - dianggap memiliki akses Internet secara lazim.Syarikat Vodafone berkata, semua operator telefon bimbit di Mesir diarah menggantung perkhidmatan tiba-tiba. Jurucakap syarikat Telecom-Orange berkata, mereka diberi arahan mengejut untuk menggantung perkhidmatan berkenaan. Tindakan Kaherah itu dilihat lebih teruk berbanding Myanmar apabila junta tentera negara itu hanya menyekat Internet hanya selama beberapa hari pada 2007.Iran pula hanya mensasarkan Facebook dan Twitter ketika berdepan protes pada 2009. - AFP

Saturday, January 29, 2011

Revolution pasti berlaku


I believe HaQ will win!!!


Hosni Mubarak stand still even there is no more space for him in Egypt

Rotation atau kitaran pemerintahan, ada jatuh bangunnya...Begitulah yang biasa berlaku dan kini masyarakat dunia semuanya menoleh ke Middle East, melihat berbondong-bondong manusia menyertai demonstrasi di bandar2 besar Egypt bermula 25 Jan...Mendesak Hosni Mubarak yang memegang tampuk pemerintahan hampir tiga dekad itu berundur..

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian. -petikan kosmo


One by one will be struck out

Hosni Mubarak, Egypt's third and longest-serving president, succeeded Anwar Sadat, who was assassinated on October 6, 1981 while attending a military parade to commemorate the 1973 Arab-Israeli war.-petikan AJE..Bagi saya, Mubarak ternyata tidak berubah malah masih terikut-ikut acuan Anwar Sadat dan Gamal Abdul Nasser yang terkenal dengan era kuku besi serta menindas muslimin IM..

Kemaraan masyarakat Egypt yang tegar selama 4 hari menyebabkan mereka mampu menguasai pentadbiran kerajaan di Alex dan beberapa bandar2 yang lain. Kebangkitan masyarakat menyebabkan Egypt memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.


Revolusi ini menyaksikan Bouazizi dibakar, namun akhirnya api itu membakar Ben Ali

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan. Setelah Tunisia dijajah oleh Peranchis sehinggalah ianya dikuasai oleh rejim sekular pimpinan Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun, rakyat Tunisia tidak pernah dapat mengecap nikmat kebebasan dan nikmat beragama menyebabkan mereka mula membantah dan melakukan perubahan..

FootNote: I already finish off Rayyan Fantasi..Sangat best kerana genrenya berbeza..RAM, bila lagi nak continue story Rayyan?..two tumbs dari saya..Saya ibaratkan Sanggora itu Mubarak, Rayyan Gillion dan Mij-Gillion adalah mereka yang sepatutnya memegang tampuk pemerintahan setelah di usir Sanggora dengan tipu helah yang jahat lagi licik..Na'in, Ramos, Janir hanyalah 'alat' Sanggora untuk memenuhi nafsu meraih kuasa..Jajahan Karuh, Yuk'kaa pula adalah kuasa gelap yang saya bayangkan ia adalah Israel..Kuasa itulah yang di guna Sanggora menakluki seantero Yuk'kaa...

Friday, January 28, 2011

seng il chu ka ham ni da

First of all, i'm a bit frustrated since tidak sempat mendengar Talk dari Lauren Booth yang juga half-sister Cherie Blair @ikim.fm 25 Jan yang lalu..Bersama anaknya yang kiut-miut ni, tergambar perasaan Lauren yang bahagia menempuhi kehidupan baru bergelar Muslim since mid-September 2010..Talk: My Journey to Islam and Islam from the Perspective of Western Women..

Talk: My Journey To Islam by Lauren Booth at KGPA


Lauren sitting in the middle


Kelihatan ramai datang mendengar Talk


Bersama anaknya, tidak lekang dengan toy dia..


Ketika di KLIA~bersedia untuk berangkat~sayonara Holly


Si comel yang suka bergambar~credit to bondacolourfulsara for this pic..

Tidak lupa buat sahabat akrab saya, Syahmerra for ur Eid Milad hari ini..Last jumpa time kenduri 11hb Dis last year..What a sweet moment la..


seng il chu ka ham ni da seng il chu ka ham ni da ji gu e seo u ju e seo je il sa rang ham ni da kkot ppo da deo gop ke byeo bo da deo bal kke sa ja bo da yong gam ha ge Happy birthday to you seng il chu ka ham ni da seng il chu ka ham ni da kkot tto un nae chin gu ya gul go git kke sa ra yo seng il chu ka ham ni da seng il chu ka ham ni da kal kka teun nae chin gu ya pom na ga sa se yo beol ga teun nae chin gu ya tok sso myeo sa ra yo...Syah, seng il chukkae..

FYI: Situasi di Egypt sekarang makin meruncing...Ramai berarak menentang Hosni Mubarak secara lantang..Keadaan makin chaos..Jika dilihat di Astro, kebangkitan besar-besaran rakyat di Mesir berlaku di bandar2 besar..Semoga Allah memenangkan pihak yang benar...Masih kuat di ingatan saya bulan Jan last year while bro and Vivapalestina3 di kepung di Al-Arrish sebelum memasuki Gaza yang dinafikan hak oleh Zionis..Mubarak totally tali-barut Jews..Bak kata Imaen JS (Saya baca di Al-Jazeera anak muda di sana menyatakan "Ini Revolusi")..Semua talian dan internet di block di Mesir..

Quote from fb Muadz Dzulkefly "Egypt: untuk pertama kali dlm sejarah internet juga, mesir memutuskan jaringan internet dan sistem komunikasi hp bagi mengelak komunikasi antara demonstrator... Sebelum solat jumaat d mesir, jam 1230, penggunaan hp dan internet lumpuh secara total!! Tindakan ini juga mengejutkan byk pihak terutama media international... How did Egypt do that!!"..Hajat doa kalian..

Thursday, January 27, 2011

Journey begins


ikan yang dahulunya kayu untuk membakar nabi Allah Ibrahim di Turki..
Kerajaan Turki mengharamkan ikan ini di makan atau di pancing..

Berpagi2 lagi, pack2 barang dalam beg warna hijau lumut..texting message to Haini, one of my classmate untuk siapkan criterion for upcoming NCC this Feb, supaya dia datang kul 8.30..Pergi jenguk Wardah yang sedang siap2 nak balik..Then, tengok Sara still lying on the bed..Just sembang2 a little bit, then balik bilik, Haini sudah ada di ruang tamu sambil baca mags.Then after transfering everythings to external Haini psl NCC, terus siap2 ke van kuning..Jadi golongan marhaen seketika..

Sampai MPKT, terus menyimpan beg di kaunter..Then, straight away ke Celcom Centre for postpaid termination..Owh, sedih sungguh, after 5 years using and enjoy it, banyak kenangan bertamu..Banyak sungguh that number berbakti untuk kerja2 DnT...I think 5 years lama tu (kalau lahir anak dah besar, dah masuk sekolah pun zaman sekarang)..Dah sebati dah dengan nombor tu and servicenya memang okay...Cuma parah nak bayar aje..Tapi banyak lagi perkara yang perlukan priority..

Sebelum naik bas tadi, berjumpa seorang adik yang belajar di Politeknik Sultan Mizan, Dungun..We share a stori-mori together..Seronok menyembang sambil makan2..She really nice and strong woman la..Anak ke7 dari 11 adik beradik and her father passed away 2 years ago..Liza namanya..our conversation stop bila dia sudah mahu naik bas ke Klate kira2 kul 12..sempat bertukar no.hp..While waiting for a bus, ada seorang pakcik ask me, "tu bas nok gi Dungun ke?"..kindly saya jawab "ye,pok..pok nok gi Dungun ke?, kalu gitu mari ah naik skali"..Then, saya berjalan dulu, takut pakcik tak tahu mana satu bas, and dengan barang2 banyak di bahu dan tangan, saya cuba menolong sedaya yang mampu untuk angkat beg pakcik yang agak besar (beg hijau yang selalunya orang pegi haji)..berat sungguh (mungkin nak pegi rumah cucu, beli barang untuk cucu agaknya)..Terbayang pula wajah ayah, kalau dah tua2 kan..kedut sana sini, tapi itulah lumrah kehidupan, muda pasti akan tua..hidup pasti mati..tiada yang kekal abadi..

Sepanjang perjalanan, I'm trying to finish kan Rayyan Fantasi, the latest edition by Ramlee Awang Murshid aka RAM..tapi last2 tertidur sampai ke Tanjung Jara..Penat sangat kot sebab semalam kelas sampai malam..At last, I'm home..

GAZA: Terkini keadaan di Gaza, Gaza kehabisan bekalan ubat-ubatan yang amat kronik..Sukar untuk di bayangkan..Review movie: (saya tutup mata dan hanya dengar Kelly bercerita)so, konklusinya, I think movie "I spit on ur grave" seolah2 gaya penganiyaan dan penindasan orang2 Kafir tehadap umat Islam terutamanya di Palestin, Penjara Abu Gharib (dengan perempuan kena rape, di nakedkan dan dilakukan seperti binatang malah berkali2 lebih dahsyat), Afghanistan, Chehnya, Guantanamo Bay, Kashmir, Tak Bai, Ambon, Maluku dan lain2..Penderaan seksual dan gaya pembunuhan ala2 sadis dan menyeksakan(saya tidak suggest kamu tengok kerana terlalu teruk, seriously!!)..Itu sekadar pandangan saya..

Wednesday, January 26, 2011

.....


Inilah dia alat yang digunakan untuk melontarkan Nabi Allah Ibrahim ke dalam lautan api
"para mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan, tarikan KEIMANAN, NIAT, KSUNGGUHAN dan KESEDARAN kpd TANGGUNGJAWAB. dengan itu dia berada DLM AMAL SOLEH & AZAM KEBAIKAN. tarikan syaitan pula dari sudut yang lain menghiasi futurnya dan kecintaannya terhadap dunia. menyebabkan dia berada DLM KELALAIAN, MALAS, PANJANG ANGAN2 & BRLENGAH-LENGAH dlm MEMPELAJARI APA YG TIDAK DIKETAHUINYA".-quote from fb afifah zaki..

Masih tergiang2 di benak kepala saya pada bulan October tahun lepas. Ketika itu Allah memperkenankan doa, saya ke Konvensyen Pembangunan Ummah, Masjid Putra,PJ..Bertemu dan berdialog bersama Dr.Kamal Helbawy, selaku outspoken person in dealing with Islamic issues..Beliau pernah di banned daripada memasuki US sekitar 2006 bersama Dr.Tariq Ramadan (grandson of H.A.B)..US dan sekutu2nya gentar apabila Dr.Kamal yang juga founder of MCB and MAB di Britain mempunyai pengaruh cukup meluas di kalangan masyarakat Britain dan merebak ke seantero Europe..Usia 72 tahun tidak menghalang beliau menyampaikan speech yang cukup mantap,hebat..

Selain Dr.Kamal, Pak Agus dari Indonesia juga turut hebat dalam menjawab segala persoalan yang dilontarkan..Kebetulan, ketika itu pihak media H1 menyediakan streaming sehingga diskusi tadi turut boleh di capai di mana2 capaian internet seluruh dunia..Bahkan persoalan2 juga turut dilontarkan pendengar2 dari London...

Paling penting kedua-dua mereka yang berkecimpung dalam dunia Daqwah dan Tarbiyyah ini sememangnya menekankan pemuda-pemudi merupakan aset paling penting dalam apa jua keadaan..Benar, pemuda-pemudi adalah mereka2 yang agresif, sikap mahu mencuba menebal dalam diri..Jika di proses dengan baik, akan melahirkan natijah yang mantop, hebat dan mampu menguasai dunia..

Lama saya berhibernate dari memaparkan isu Gaza..my bro still insist to go there after the first attempt last year..he only joins VivaPalestina3 with George Galloway, MP from Labour Party in Britain.However ,now Galloway is not anymore Member of Parliaments of LP as he become a founder of Respect Party after his expulsion from the Labour Party in 2003 following his opposition to Iraq War..hopefully, my bro will be chosen once again for the next mission to save Gaza from the siege..

Tuesday, January 25, 2011

RD Jobs


Jobs in a black long-sleeved mock turtleneck made by St.Croix

Beberapa tahun lepas saya pernah membaca satu cerita dalam Reader's Digest..mengenai orang yang memasukkan kertas ke dalam botol lalu membalingnya ke dalam laut (cuma saya tak sure dia M'sian or S'porean)..tapi dalam tempoh setahun or dua tahun, that botol terapung 2 di sebuah perkampungan nelayan di Sri Lanka dan di ambil oleh seorang budak..Di dalamnya kertas itu tertulis alamat orang yang membaling botol tadi..At the end, that budak hantar surat kat alamat tadi dan they become close pen-pals..

Cerita ke-2 dalam RD juga..ada dua orang kawan, mereka sering berchatting dalam satu ruangan chat..Sedangkan seorang berada di Taiwan misalnya dan seorang lagi berada di tempat lain (negara berbeza)..Then, one day, yang berada di Taiwan (si T) tadi nak commit suicide and left message dalam ruangan chat tadi..So, the other person tadi dah tak tahu nak buat apa..ye la mana sempat nak fly ke negara lain dalam waktu beberapa minit dan nak halang si T from commit suicide..Then, orang tu guna RED ALERT dalam ruangan chat dan sebarkan pada semua orang yang berada di Taiwan pasal ada si T nak commit suicide, nasib baik tempat semuanya dah tahu time tu pasal si T tu sempat bagitau sebelum dia tinggalkan the last message to commit suicide..Mereka melakukan proses menyelamatkan si T thru the RED ALERT message only..At the end, the message appear that si T tadi selamat..

Apa yang saya dapat, perkara2 berkenaan impossible but becoming possible kan. Semuanya dengan kuasa Allah..jika dilihat di sekeliling kita dah banyak perkara2 impossible dek aqal kita tetapi semuanya berlaku..Jika kajian dahulu menyatakan gunung berapi hanya meletus di darat sahaja, ternyata maklumat itu belum accurate sepenuhnya kerana sekarang gunung berapi dalam laut turut meletus..

Gunung berapi
di bawah glasier iaitu gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland turut meletus pada 20 Mac 2010 menyebabkan penerbangan terencat dan mengakibatkan kerugian melebihi serangan 11 Sep, World Trade Centre..atau sekarang dikenali sebagai Zero Ground..Itu hanya kerana kepulan asap dan debu2 berterbangan yang akan merbahayakan flight..Ia merupakan penutupan ruang udara terbesar sejak Perang Dunia II dan dianggarkan industri penerbangan kerugian RM700 juta sehari..

Kerugian dianggap satu musibah bagi mereka..Namun bagi yang berpegang kepada prinsip redha,lain pula angle pemikirannya..Mereka menyatakan ia adalah hikmah supaya manusia berfikir, mengejar dunia atau memikirkan akhirat yang paling penting sebenarnya?..Dunia makin tua dan semakin menghampiri expired datenya..

Jika investors yang invest money di Apple Inc merasa bimbang kerana Steve Jobs mengambil cuti sakit kerana kesihatannya selepas kembali sihat untuk beberapa waktu apabila disahkan bebas dari kanser pankreas..Jika mereka bimbang dan pelbagai speculation dibuat takut2 CEO Apple Inc itu tidak akan kembali buat selamanya, segala investment mereka mahu tarik balik, kerana hanya Jobs yang mereka percaya..Ya, itulah penangan orang berpengaruh dalam dunia business ICT..Skill Jobs sangat2 di perlukan..Pakar strategi dalam Apple Inc...Memacu Apple sehingga menjadi gah hari ini..Sakit sahaja sudah buatkan semua tersentak..Namun, mereka terlupa bahawa trust yang paling utama sebenarnya pada Allah..Berbisnes seolah2 gamble life mereka dan berharap kepada manusia dari segi strategy planning..Sedangkan manusia juga lemah dan hanya Allah paling berkuasa..

FYI: In reality, sememangnya saya mengagumi Jobs yang berdarah Syrian-American kerana pemikirannya jauh ke depan..Today, mesti siapkan case review on Nyonya Tahir and Moorthy. The former is a buddhist while latter is a Muslim according to the Court decisions..Nyonya or Wong Ah Kin already renounced from Islam since childhood (she live as a Chinese by eating pork etc) whereas Moorthy is a Muslim (however, i beg to differ from the Court view as Moorthy should reveal the truth that he is a Muslim and not by just concealing it)...i do not know..just my pers. opinion..

Friday, January 21, 2011

S.E.K.A.Y.U

Usai program berbuka puasa, mendengar mutiara kata PIY ,bermalam bersama dan Qiam semalam, beberapa input saya ingin kongsikan:

Pertama: Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran..Kerana padanya kita perlu faham bahawa apabila kita mengetahui sesuatu kebaikan namun tidak di sebarluaskan mahupun mengajak mereka ke arah kebaikan atau amar makruf, disini ada beberapa consequences atau akibat yang akan berlaku...

Analoginya adalah seperti parang yang di asah untuk menebas lalang atau semak samun, lalu ia kembali tumpul dan akhirnya kita akan asah ia kembali..Maknanya kefahaman yang ada-kita mendengar pengisian jika kita sebar luaskan , ramai mendapat manfaat (kawasan ditebas menjadi lapang-bermanfaat, kemudian kita mendengar kembali pengisian2 membangkitkan jiwa apabila sudah exhausted atau tumpulnya parang itu..

Namun, sekiranya parang diasah tapi tidak digunakan, hanya disimpan, lama kelamaan parang itu akan berkarat, kemudian di asah lagi..Maknanya sekiranya kita mempunyai kefahaman Islam namun tidak di sebarluaskan, semakin di biarkan semakin berkarat dan selepas itu diasah dan mendengar pengisian kembali...Karatnya parang membawa banyak impaknya..sudah suam2 kuku dalam DnT..

Kedua: "Tarbiyyah fi aidikum, fi aidikum faqod", ayat atau kalimah ini tentunya ada yang biasa mendengarnya..Sesungguhnya tarbiyyah itu di tangan kamu, ditangan kamu sahaja...bukan di tangan orang2 lain, orang2 yang mencampur-adukkan haq dan batil, yang terlalu bersikap liberal namun ia adalah pada tangan mereka yang patuh kepada syariat Allah..

Jika dibiarkan pada tangan mereka2 yang matlamatnya tidak menjurus kepada mardhatillah atau keredhaan Allah, takut2 satu ketika nanti wanita2,orang2 tua dan pemuda-pemudi Islam terutamanya (talent dan potensi mereka di salurkan untuk perkara-perkara bertentangan dengan suruhan Allah dan melanggar syariatNya..Purata di M'sia misalnya pemuda-pemudi yang terlibat dengan zina adalah 70 kali setahun, dan M'sia adalah negara Top 10 selepas Britain, US dan Canada..Wah, hebatnya M'sia dalam ranking..Anak luar nikah atau child out of wedlock dilahirkan 3 orang dalam 24 jam..

Ketiga: Universiti pada hari ini bukan lagi menjadi benchmark atau kayu ukur yang ampuh sebenarnya dalam melahirkan student2 yang hebat dari segi akademik, cemerlang dari segi aktif berpersatuan dan gemilang dari dari segi akhlaknya..Jika dahulu orang tua-tua selalu sebutkan "nak cari jodoh, cari lah di U", tapi itu dulu, sekarang cukup berbeza..Kaki hisap rokok di U, kaki Rempit di U, jadi sugardaddy or gigolo pun di U, jadi mistress pun begitu, Kaki ponteng kelas-berlambak..ini hanya sebahagian..Jadi adakah universiti sekarang tempat mendidik pelajar2 atau pemusnah masa depan mereka? Its up to you to judge it..

Ini kerana IPT yang sepatutnya mendidik pelajar2 sudah tidak menjaga kebajikan pelajar2..Bahkan ada di kalangan kakitangan sendiri yang bermasalah..menjalinkan hubungan dengan student misalnya,bahkan lebih dahsyat lagi lobi-melobi untuk bergelar Pendaftar, NC,TNC etc..selagi mana ada pangkat dikejarnya..Apabila mempunyai interest2 sebegini, kebajikan students bukan lagi priority..bahkan jatuh ke 2nd class or 3rd class..

Kerana itulah HAMKA dan Maududi pernah memberitahu, pernah ada seorang student ketika menerima ijazah atas stage,mengambil certificate itu dan koyakkan..kerana dia menyatakan universiti tempat dia belajar gagal mengeluar manusia yang jelas matlamat hidup bahkan sijil atau certificate tadi merupakan sijil maut kerana selepas keluar U, tidak tau apa2..nothing ada dalam kepala..

FYI:Khamis malam J, bermalam & Q..pagi J, pergi sekayu rehlah bersama classmate..5 of us..Usai balik petang terus ke Supermarket utk beli2 barang since loan baru masuk..hik3..lepas tu ke kedai air Gelas Besar Seberang Takir for carrot and manggo..crowded la orang..balik, then ZZzzzz..

The trilogy of Twilight Saga including Twilight, New Moon, Eclipse and Breaking Dawn..Just finished off Breaking Dawn and it is checkmate...Edward and Bella Swan got Renesmee at the end..Their daughter half human and half vampire..Buku my housemate tu dah lama tersadai, cuma lambat respon to finish it..

Wednesday, January 19, 2011

Multiple



Satu ketika saya mempunyai obsesi yang pelik, tersangatlah suka gambar2 yang weird2, agak historic dan monumen2..Antaranya tempat2 tinggalan spt abandoned house, buildings etc..Itu agaknya kenapa saya boleh habiskan buku2 tulisan Dan Brown spt Da Vinci Code, Angels & Demons..Hebat benar karakter Robert Langdon dalam menyelesaikan symbol2 misteri sebagaimana diolah oleh Brown..

Fokus saya lebih memberat kepada suasana sekitar pergambaran di Louvre Museum,Paris yang mempunyai large glass and metal pyramid terbalik(yang sentiasa di kaitkan dengan Illuminati) ..(Namun, perlu di ingatkan even Brown menyatakan kesemua facts including documents,artwork dalam buku itu accurate, saya pasti ianya bukanlah 100% boleh diterima pakai). Kena pandai2 tapis juga, kerana bila membaca, mudah untuk kita percaya, ye la tak dinafikan memang Opus Dei wujud, tapi sejauh mana operationnya, itu kita tak pasti..Better tak payah baca la..hik3..

Satu ketika, saya mendapat gift buku "Enjoy Your Life" karangan Dr.Muhammad 'Abd Al-Rahaman Al-'Arifi, ayat depannya "The art of interacting with people...as deduced from a study of the Prophet's life"..The amazing book itself is a product of more than twenty years of research..




Allah izin waktu itu tengah down, alhamdulillah, ayatnya macam dalam buku La Tahzan tapi bila dalam BI, bahasanya agak 'kena' dengan jiwa..ayat simple tapi boleh interpret pelbagai..Ye la, atas masing2 understanding la kan..Dalam hidup, tidak sunyi dengan masalah..Kalau tak ada masalah, tiada challenge, hidup macam bangkai bernyawa sahaja..

Satu ketika, saya amat mengagumi Imam Syafie yang menuntut ilmu malah ianya berlanjutan hingga ke saat ini..Muda2 lagi, ilmu sudah sarat memenuhi dada..Namun, ramai mana yang mencontohi Imam Syafie?Kita kadang tu bila masuk kelas, 2 jam masa kuliah..45 minit pertama mungkin ok lagi, tapi bila dah panjang lebar lecturer bagi lecture, terus hilang fokus, sudah pusing tepi kawan "jam sudah pukul berapa ye?, masa tinggal lama mana lagi?"..

Owh, ketahanan kita anak muda setakat begitu sahaja ke?..Salah lecturer ke sebab subject yang di ajar di deliver atau di sampaikan dengan cara bersahaja (perlu tukar style ke? atau kita yang terlalu demand mahu lecturer menuruti kita)..."Sir, take five, rasa tepu sangat dah"..itu dialog2 biasa...

Seorang Ustaz di TV9 menyatakan anak2 muda sekarang sudah hilang ketahanan mereka..mereka tidak sama dengan anak2 muda zaman dahulu yang boleh di marah, di push untuk kebaikan mereka..Lain sangat anak2 muda sekarang, tidak boleh pressure atau diberi tekanan langsung..

Anak2 sekarang sudah mahu ke sekolah dengan motor (tidak mahu berbasikal lagi even belum ada lesen, ia sebenarnya memberi tekanan kepada ibubapa kerana perlu menuruti mereka)..mengalahkan mereka2 yang belajar di Univ..Anak2 sekarang mahu handphone sorang satu..Kecanggihan technology entah di manfaat betul atau tidak.Wallahua'lam..

Tambah pula dibekalkan e-book sorang satu start dari sekolah rendah, hurm, lagi bermasalah..sudah advance mencari itu ini, siap tengok cerita macam2 di sekolah..ini cabaran buat guru2 atau murobbi2 sebenarnya..Tugas mereka, tugas berat dan mulia, namun ganjarannya tinggi di sisi Allah jika ikhlas 'merawat jiwa' anak2 muda,belia..

Lagi advance, my cousins yang bersekolah rendah siap tengok dah episode terbaru Naruto lawan Sasuke..hurm..bukan mengatakan ini tak boleh, itu tak boleh..tapi matlamat ke sekolah dah lain (sebab kawan ada cerita best2, ada games baru), walau mereka murid2 atau pelajar2 yang genius, bijak, selalu score namun on the other side kering dari segi pengisian jiwa..itu tidak elok..

Saya teringat satu kisah..Ada seorang budak pergi sekolah untuk menuntut ilmu dan ketika dalam kelas guru tengah mengajar, ada la gajah lalu, semua kawan2 budak tadi keluar dan melihat di tingkap, namun dia tidak berganjak dan guru berkenaan bertanya "Kenapa kamu tidak melihat gajah tu (ye la maybe time tu susah nak tengok gajah, jadi once gajah lalu, pergi la tengok kan).Namun, murid tadi menjawab "Cikgu, saya datang untuk menuntut ilmu dan bukannya untuk melihat gajah itu"..Terkedu si guru tadi..Tapi kita, dalam kelas pun tak concentrate..siap boleh tengok sana sini..


Sunday, January 16, 2011

Aim

Rewind back..14 Jan 2008..Bak kata MCR ketika berdiskusi dalam kump kecil..Matlamat seorang pelajar Muslim bukan setakat cemerlang untuk hidup mewah, kerjaya yang bagus tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya ada 'aim' yang lebih besar iaitu mendapat Mardhatillah @ keredhaan Allah..Itu yang paling afdhal atau paling utama..

Nak masuk dalam syurga Allah bukan sesenang nak masuk IPT. Jika nak masuk IPT pun ada qualification2 tertentu, inikan pula syurga Allah yang mahal maharnya..Kerana itulah kita kena tahu matlamat kita yang sebenar agar tidak tergelincir dari jalan menujuNya. Dalam menentang arus globalisasi yang menakluki seantero dunia, banyak sangat cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi malah ianya semakin hari semakin advance..

Jadi, kita juga pada masa yang sama perlu lagi advance membina sistem pertahanan agar tidak mudah menyerah kalah. Kekuatan yang paling ampuh adalah jihad melawan hawa nafsu..Kerana apa ianya di namakan jihad?..Kerana sukarnya kita dalam memerangi nafsu dalaman diri sendiri..That's why di namakan jihad..Berat sebenarnya jika sesuatu itu kita nak klasifikasikan sebagai jihad..Sebagaimana kata2 Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mantan CEO JCorp apabila beliau mempromotekan "Business Jihad"..Sukar sebenarnya untuk menjalankan perniagaan agar kuasa monopoli perniagaan di tangan orang2 Melayu Islam..

Persoalannya, bagaimana caranya mahu menjinakkan nafsu? Itu antara persoalan yang kerap kali di lontarkan..Dijelaskan di sini, menerusi pengalaman bersahabat dan berada dalam kumpulan yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah sebenarnya memberi kekuatan pada kita..Ia di namakan berada dalam biah solehah atau suasana yang islamik..Keadaan dan suasana yang sentiasa mengalakkan kita melakukan makruf atau amal kebaikan..

Oleh itu, jika kita banyak di kelilingi oleh mereka2 yang mengajak ke arah kemungkaran, hendaklah kita memagar hati2 kita agar tidak terpengaruh mahupun terjebak seterusnya merasa selesa dan biasa dengan perkara2 mungkar yang di lakukan..Ia dinamakan uzlah..Uzlah syu'uriah tammah..Ia satu perkara yang sukar tapi tidak mustahil untuk di lakukan..

Antara nafsu dalaman yang perlu di tangani antaranya lambakan entertainments yang di hidangkan untuk tontotan..Ia sebenarnya perlu di restrictkan dengan betul..Korean wave atau Kpop juga merupakan antara entertainment yang cukup hebat menerobos jiwa remaja selain music2 dari Barat, Bollywood dan sebagainya..Tidak di nafikan saya juga terkena tempiasnya (Sebab itu saya katakan cabaran dunia hari ini lebih advance, lebih bombastic dan terancang)..

Namun, sejauh mana kita meletakkan kayu penghadang agar ianya tidak menjejaskan keimanan kita pada Allah, ibadah kita pada Allah..Kerana hati kita hanya diperuntukkan untuk satu sahaja, there is no other option..Either jahiliyyah or Islam..Pilih la mana satu, tiada yang tengah2..Kalau ragu2 ia sudah memberat kepada jahiliyyah, kalau mengikut syara' ia memberat kepada Islam..

Islam itu perlu di ambil secara total, bukan juz'i-juz'i atau sekerat2 sahaja, hanya sebahagian di ambil dan yang lain di buang..Sebab itu lah bila kita solah, sepatutnya jika kita khusyuk dan benar2 memahami erti solah, the pillar of Islam, ia tiang agama..Indirectly atau secara tidak langsung kita dapat mencegah kemungkaran..

Kerana kita bertemu Allah lima kali sehari, itu belum calculate lagi solah sunat selepas atau sebelum solah fardhu, solah dhuha, solah hajat dan solah tahajjud di pertengahan malam..Mana mungkin kita bisa melakukan maksiat sedangkan berkali2 kita mengadap Allah..

Saturday, January 15, 2011

Syumul

Islam adalah agama yang syumul, meliputi segala aspek kehidupan tidak kira kesihatan, cara berpakaian, pendidikan, perkahwinan dan sebagainya sebenarnya telah di rangkumkan oleh Islam secara total...Sebab itulah kita sering dengar Islam is the way of life..Kerana ia mencakupi segala macam perkara sebagaimana dijelaskan 1400 tahun yang lalu melalui mukjizat paling Agung iaitu Al-Quran..

Sebarang permasalahan telah di jawab dalam Al-Quran..Kerana itu lah "Dengan membaca Al-Quran hati menjadi tenang"..Buku La Tahzan misalnya, Abdullah Aid Al-Qarni telah mengambil Al-Quran sebagai key point bagi meleraikan permasalahan jiwa masyarakat...Cara olahannya amat hebat sehingga bisa melenturkan hati pembaca..Mencari ketenangan abadi, lupakan segala kesedihan..Jika di lihat recycle kehidupan hari ini, Barat semakin mendekati Islam..

Tahun lepas sahaja, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri UK, Tony Blair turut menyatakan keIslamannya selepas banyak bergelumang dengan isu Gaza dan banyak menghabiskan masa di Iran..Dr.Jeffrey Lang misalnya seorang professor maths..menerbitkan buku "Even Angels Ask".. daripada seorang Ateis seterusnya membuka lembaran baru memeluk Islam..saya sendiri belum pernah membaca bukunya..sekadar melihat di YouTube..

"Islam has embraced, the greatest witness to God’s unremitting, pursuing, sustaining, and guiding love is the Qur’an. Like a vast magnificent ocean, it lures you deeper and deeper into its dazzling waves until you are swept into it. But instead of drowning in a sea of darkness, as described above, you find yourself immersed in an ocean of divine light and mercy. … as I read the Qur’an and prayed the Islamic prayers, a door to my heart was unsealed and I was immersed in an overwhelming tenderness. Love became more permanent and real than the earth beneath my feet; its power restored me and made it so that even I could feel love … I was happy enough to have found faith in a sensible religion. But I never expected to be touched by such intoxicating mercy."
-Jeffrey Lang

Kebangkitan Islam di Eropah sebenarnya satu perkara bukan mustahil, mereka telah lama bergelumang dengan maksiat dan sampai satu tahap 'haus' dari segi spiritual..Kekayaan dan glamour sudah menjadi bukan priority..Kerana semua itu hanya bersifat sementara..Saya teringat Slot Semanis Kurma kendalian Ustzh Siti Nor Bahyah dan suaminya, tetamu undangan adalah Noryn Aziz dan Catriona Ross..Mereka sendiri confess bahawa sampai satu tahap bila kejayaan sudah di capai, masih rasa jiwa kosong dan bila baca Quran, dalami ilmu agama serta pergi Haji, rasa ada ketenangan yang tidak boleh nak diceritakan..

Ok,i'm out now..nak pegi majlis aqiqah anak Sir yang ajar Legal Skill jap lagi..Sir Idzfar dapat anak first, Mohd Qaid Danish..InsyaAllah, if everything (my schooling,assignments, lecture classes, presentations) going smoothly, this blog will always be my priority..but, Allah knows better than us..

Monday, January 10, 2011

Sir



This morning, jam 8 pg..Kuliah CP II baru nak panaskan engine..Minggu lepas most of the lecturer sibuk dengan Seminar dan Syarahan Akademik by Prof Adjunct..Jika semester sudah, kami banyak bergelumang dengan procedures, jadi kali ini pembukanya adalah Preventive Relief spt Injunctions.

Sir Badrol pernah mengajar saya ketika 3rd Year..Ketika itu Sir masih lagi part-timer di FUHA..belum resign dari menjadi lawyer..Ketika 3rd Year Sir ajar Jurisprudence, subject yang sepatutnya final year baru ambil tapi saya add that subject sebab boleh transfer jam credit..Sebagai seorang practitioner, Sir Bad sememangnya pandai mengolah ayat, straight to the point, cuma banyak sangat soal-jawab dalam kelas...Banyak tak leh jawab, tersilap jawab..hik3
Italic
Injunction pula bukan sikit..Sir kata buku Injunction sahaja tebal, melalui gaya Sir, ada la tebal lagi dari bundle Moot dan Thesis Research kami last sem..Saya pernah ke library, benar , buku Injunction sahaja memang dah specific..Mareva Injunction dah satu buku, Anton Piller Order pun begitu..Ye la kalau basic nya aja pun dah banyak Mandatory, Prohibitory, Quia Timet etc..

Selain CP, Sir juga ajar EPSC kali ini..nampaknya sekali lagi bergelumang dengan hadith2 dan Ayat Quran..Excited pun ada..Akan belajar Qarinah, Qasamah, Syahadah etc..InsyaAllah, kuatkan semangat ku ya,Allah..Biarlah jadi macam Ust.Farid Ravi Abdullah, belajar bukan semata2 Exam Oriented, nak pass saja, tapi kerana ilmu...Nampaknya dah kena ushar2 keje ni..Ke nak sambung lagi..Local or Oversea?..Hurm, belajar dulu, fokus satu2 kan..takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong pun berciciran..

Keep Ur Head Up

Bila kah lagi kita semua satu hati,
Bila kah lagi keamanan kan dikecapi,
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,
Bangunlah wahai ummah kita satu hati.

Marilah bersama bersatu berjihad
Tentang kezaliman,
Oh Insan sedarlah,
Pembalasan Tuhan Pasti Akan Datang.

Jangan takut 2X,
Berjuanglah untuk keamanan

Bila kah lagi kita semua satu hati,
Bila kah lagi keamanan kan dikecapi,
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,
Bangunlah wahai ummah kita satu hati.

Nasyid yang di alunkan oleh La Khauf, nyata berbekas di hati sejak berulang kali di ulang2 ketika KMK cuti yang lalu..Keep Ur Head Up..InsyaAllah, semua bakal di lalui dengan cemerlang..Jangan pula Keep Ur Head Down by TVXQ..

Saturday, January 8, 2011

Kg Lay Out Tok Saboh,Kg Beris Lampu

What a weird name for kampung,kan..hari ini berpagi2 lagi saya dan beberapa teman serta MCS menaiki Innova ke ILIM,Besut..Tujuannya untuk bersama-sama adik2 di JDK..Facilities at ILIM garnered a lot of attention by sukarelawan2 who comes there..Tempatnya masyaAllah sungguh cantik, kantin sentiasa bersih dan persekitaran agak menyenangkan..

Sampai di ILIM, kami mendengar briefing dari Pck Jamil, memakai vest serta terus ke Kg.Lay Out Tok Saboh dan Kg.Beris Lampu..Dari jauh sudah kelihatan kelibat adik2 peserta Syabab dan Nisa'..Mereka berkumpul di bawah Kanopi yang telah disediakan..Persiapan untuk memasak bubur As-Syura sudah pun di buat..Warga penduduk kampung awal2 lagi sudah turun padang..Kebanyakkannya mereka yang sudah berumur..Adik2 Nisa' dan Syabab cukup bersemangat menolong melakukan kerja2 seolah2 dah pro..Tidak banyak yang kami bantu kerana semuanya dah di conquer mereka..hik3.

Masa yang ada kami membuat pemeriksaan kesihatan anjuran KKH..Antara yang hadir Dr.Salwana dan suaminya Dr.Mansor, Dr.Kamal,Dr.Ariff, Dr.Azman..dan beberapa nurse untuk sesi menderma darah..YB turut turun padang seawal pagi lagi...

Tengahhari, kami makan nasi lauk ikan singgang dan budu..Lama dah rasanya tak makan ikan singgang..Sedap sangat..Petang barulah As-Syura siap..Tapi macam biasa, As-Syura di Besut sangat manis seakan2 di Kelantan..Saya cuma makan sikit aja..

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan bertemu Mar,Nik,Mena,Anah dan K.Shah....Kami bertolak jam 4.40 ptg melalui jalan jauh kerana takut jalan pagi tadi air naik makin tinggi...Malam, usai Isyak, sudah tak sedar apa..esok,kuliah kul 8.00 menanti..Moga Allah bagi kekuatan...Ameen~

INZAR: Ketika majlis perasmian petang hari yang sama, Pck Ishak menyebutkan tujuan program JDK dijalankan khas untuk adik2 lepasan SPM..Antaranya adalah untuk mengisi masa lapang mereka yang panjang sebelum memasuki Menara Gading kerana mereka terdedah kepada aktiviti2 kurang sihat serta mempunyai ruang untuk di tarik oleh mereka2 yang bermasalah misalnya penagih dadah, mat rempit dan sebagainya..Kajian AADK turut menyatakan 40% di kalangan remaja terpengaruh dengan dadah adalah kerana faktor kawan2..

Sebagai salah satu inisiatif, program JDK ini bertujuan memantapkan mereka dengan ilmu2 yang perlu ada sebelum melangkah ke alam IPT. Dalam JDK, mereka di ajar bukan hanya mendekatkan diri kepada Allah menerusi hafalan hadis dan Quran, malah di ajar ilmu2 yang menjadi keutamaan masa kini seperti menguruskan jenazah dan khidmat masyarakat. Tidak lupa juga mereka turut di beri pendedahan mengenai alam Menara Gading, apa cabaran2 memasuki IPT dan bagaimana menghadapinya..

Pck Ishak turut menekankan pentingnya kita memantapkan 3 fakuti insan iaitu jasmani,rohani dan aqli, kerana jika di asah dengan hebat fizikal kita sebenarnya bisa mengangkat sebuah proton SAGA seberat 5 tan..itu kekuatan fizikal, bagaimana pula dengan aqli atau aqal pemikiran kita?..Beliau menegaskan jika aqal di asah 'kena' dengan caranya mampu menguasai 120 kepakaran..Ini satu potensi yang hebat dan luar biasa..Jadi tidak hairan sekiranya Nik Nur Madihah, Amalina dan Azlan mampu mendapat straight A untuk berbelas2 mata pelajaran..Bahkan boleh lebih dari itu...MasyaAllah..Selain Jasmani atau fizikal dan aqli, satu lagi yang paling penting adalah rohani atau spiritual..Jika spiritual atau jiwa kita ini di proses dengan tarbiyyah dan mendekatkan diri pada Allah, ia sebenarnya memberi impak paling besar kerana ia bisa menerobos segala cabaran, dugaan dan halangan yang mendatang..Jika kuat spiritual, tiada yang mustahil dengan pertolongan Allah...




Friday, January 7, 2011

Usia



Ust Nidzam Kadir dalam Tanyalah Ustaz pagi ini menyentuh topik mengenai "Berkatkah Usia?"..Sungguh, ia satu info yang bagus, ust menceritakan ketika baby berada dalam kandungan, malaikat di utuskan Allah untuk tentukan ajal si baby tadi (ia satu yang telah di tetapkan).

Makna kata, kehidupan kita setakat umur berapa sudah termaktub, namun apabila kita di beri keberkatan umur oleh Allah, hidup kita even sampai umur 30 tahun, 40 tahun (satu masa yang singkat) kita rasa puas dan bahagia sepanjang kita hidup (dengan tidak bergelumang dengan dosa dan kita merasa panjangnya waktu kita hidup), even tidak menjangkau usia senja 60 atau 70 tahun..

Kerana itulah, kita di anjurkan untuk meminta doa memohon keberkatan umur kerana menurut beberapa ulama' doa memohon di panjangkan umur, hukumnya adalah makruh..Sebab itulah kita di anjurkan meminta supaya Allah memberkati umur kita..

Sekiranya kita menjauhi sifat-sifat mazmumah iaitu sifat tercela dan melakukan perkara-perkara mahmudah, amar ma'ruf nahi mungkar, insyaAllah, umur kita di berkati Allah sebagaimana doa Rasulullah kepada Anas bin Malik "Ya Allah, perbanyakkanlah harta Anas, ramaikanlah anak-anaknya dan panjangkan lah usia nya dan berkatilah baginya"..

Percaya atau tidak, kehidupan di dunia ini bukanlah everlasting, kerana ada kehidupan kedua selepas kematian iaitu alam akhirat. Ketika di Masyhar Allah, kaki kita tidak akan berganjak melainkan akan di tanya kepada kita empat perkara..Apakah perkara2 tersebut?..

  1. Umur: Kita akan di tanya mengenai umur kita, apa yang kita lakukan sepanjang masih bernyawa dan dimanakah seluruh umur kita di habiskan.
  2. Muda: Kita akan ditanya apa yang dilakukan sewaktu muda (syabab). Biasanya syabab ini umur dalam lingkungan 15 -30/33.
  3. Harta: Bagaimana kita memperoleh harta dan ke manakah ianya di belanjakan.
  4. Ilmu: Apa yang kita amalkan.
Bila membaca buku buah tangan Dr Farhan Hadi "Denyut Kasih Medik", cukup kagum saya melihat seorang doctor muda dalam karakter Dr.Muslih, bisa menerobos segala cabaran dan dugaan sepanjang bergelar seorang houseman (HO).

Dr.Muslih mempunyai sensitivity yang tinggi apabila sesuatu perkara dilakukan bercanggahan dengan Islam seperti penggunaan Heparin bagi menggantikan Clexane (ubat mencairkan darah yang mempunyai protein khinzir), memberi solution berguna kepada Medical Assistant (MA) yang tidak tahu rupanya jamak di bolehkan jika sesuatu operation rumit melibatkan dua waktu solat (cth: Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak), saya sendiri pernah mendengar Ust.Husni dalam Al-Kuliyyah yang menyatakan jamak bukan hanya ketika bermusafir dan hujan sahaja bahkan di bolehkan dalam beberapa keadaan tertentu, seperti operation (sbg cth: Doctor itu seorang pakar dan tidak boleh meninggalkan patient sepanjang operation)

Subhanallah, sekiranya semua menjadi seperti Dr.Muslih, insyaAllah, hospital merupakan tempat pemprosesan tarbiyyah (didikan) yang amat baik kerana pengalaman saya, mereka yang berada di hospital jika di urus dengan baik boleh menjurus ke arah perubahan dan pembaikian diri yang baik. Ketika di hospital, kesakitan dan kematian adalah perkara yang common berlaku.

Boleh memberi keinsafan jika ada penekanan kepada mendekatkan diri kepada Allah. Apa salahnya jika di alunkan ayat suci al-Quran bagi mereka dalam ICU..mereka yang sedang nazak..kerana ketika itu tangisan bukan lah apa2 kerana roh antara dua kehidupan, ayat suci al-Quran dan ucapan syahadah lebih penting di ajarkan berbanding menangis dan bergaduh dengan doctor yang bukan Tuhan. Berimanlah kepada Allah dan bukan beriman kepada doctor2.

Kehidupan kita dibentangkan Allah dengan pelbagai mehnah dan ujian dan berbeza-beza mengikut kemampuan hambanya..Sebenarnya segala mehnah dan ujian itulah tarbiyyah buat kita..Allah nak proses hati kita supaya totally cinta padaNya dan membuang segala rawasib2 (karat2) jahiliyyah dalam diri. Ada berkata muda hanya sekali, jom enjoy puas2..Kalau tengok dari sisi berlainan, Muda hanya sekali, jom kita dekatkan diri pada Allah.

Sepatutnya begitu, jiwa muda remaja, jiwa bersemangat, semangat kental (ruhul jadid), kan seronok dekatkan diri pada Allah tika kudrat kita kuat untuk bangun malam, beriadah, pergi ke mana2 majlis ilmu..

Nak tunggu pencen?No,no, no..its too late,my dear..Ketika tua, Allah sudah tarik banyak nikmat, kesihatan sudah tidak seperti dulu, stamina sudah tidak kuat, ketika itu baru nak berlari-lari mengejar cinta Ilahi, agak terlewat..Takut2 kematian datang menjemput awal dari apa yang kita sangka..Nauzubillah..

MCS memberitahu pada HQ, bagaimana ada mereka yang mengambil inisiatif untuk membuat program buat mat rempit aka samseng jalanan. Dibuat konvoi satu negeri, program itu bermalam di beberapa buah sekolah yang terpilih..

Salah satunya sekolah di Seberang Takir, impaknya, satu malam, mat rempit tidur di sekolah, kerugian dianggarkan RM14,000..Katil, tak nampak rupa katil, Kipas siling habis dirosakkan, meja, kerusi, bilik air apatah lagi..Itu baru sekolah, sekolah2 lain tak calculate lagi..Bagi saya, untuk merubah mat rempit, bukan itu caranya..Buat program konvoi sahaja, nothing happens. The best solution kena refer pada Al-Quran dan Sunnah..

Dalam Quran, ada menyebutkan berkali-kali bahawa dalam diri anak Adam, ada seketul daging yang dinamakan hati, jika hati itu baik maka baiklah yang lainnya dan sebaliknya..Maknanya untuk merubah mat rempit, ada proses yang perlu kita lakukan..Mari memproses (mentarbiyyah) hati..Ada method2 tertentu secara berhikmah..Mereka, mat rempit boleh menjadi honourable person, jika pandai di tackle menjadi seorang yang dekat dirinya pada Allah..Mereka lah the next generations nanti..Adakah kita mahu biarkan tanpa berbuat apa2..

Tidak, kalau kita lepas tangan, there is no way our heirs will survive okay untuk 5 or 10 years mendatang..Itu fakta..Sebagai contoh, jika kita tidak menolong mereka ke arah pembaikan dan kebaikan, macam cerita dalam satu kapal dua tingkat (ala2 cruise la), tiada air, jadi orang bawah nak air, tapi orang atas tak nak bagi (selfish, jual ikan la), jadi orang bawah yang nak air tebuk kapal untuk ambil air..at the end, semua orang atas, bawah mati..

sebabnya orang atas even ada air (fikrah:Kefahaman Islam) tapi tidak mahu berkongsi dan akhirnya orang bawah yang tiada air (jahil) melakukan kerosakkan sehingga orang atas sendiri tidak akan selamat..Untuk masuk syurga Allah, kita tidak boleh berseorangan..Allah akan tanya kita, apa yang kita dah buat pada mereka2 yang jahil dan perlukan bimbingan..Kita tinggalkan mereka atau kita bersama2 mereka menuju keredhaan Allah..Wallahua'lam..

FYI: Achik telefon, dapat rasakan dia gembira pelik..hehe..rupanya semalam pergi konsert bersama Acoustic (kump nasyid dari Indon)..Achik siap menasyidkan Muhasabah Cinta kat hp..Owh, saya pun nak gi..Duo dari Indon menjelaskan konsep nasyid mereka berdasarkan pengalaman mereka sendiri..What a thrill..my heart melt je bila dengar Muhasabah Cinta masa 3rd year..Apapun sangat seronok bila lama tak berjumpa dan dengar dia ok2 aje..hik3..

My mum keep buzzing me, sejak dua menjak ni asyik call..just to make sure everything is fine..Ada sahaja amanat di pesan..Jazakillah, Gracias, Kamsahamida, Arigato,nay..Now, i wish to learn Arabic and Korean (Hangul)..Anyone know how to learn it fastest thru internet?..

Thursday, January 6, 2011

365



Genap sudah penantian..hari ini 365 entri sudah di post..Ada mengarut, ada tidak..Apa yang baik jadikan pedoman dan paling penting aplikasikan dalam kehidupan bukan setakat simpan sampai berkarat..Yang tidak elok tolak terus ke tepi..

Hari ini the last session bersama Prof Adjung FUHA, Dato' Bentara Istana Tan Sri Nik Hashim Nik Ab.Rahman selama Prof dalam kontrak bersama FUHA as an Adjunct Prof for our LPQB recognition..

InsyaAllah Sabtu ni akan berjaulah bersama-sama sahabat2, di samping involve buat bubur As-Syura untuk adik2 JDK..moga semua mendapat redha Allah..Sedih nak tinggalkan alam pengajian dan kawan2..

Wednesday, January 5, 2011

Sinergi2011


Selama bercuti selepas second last semester, saya cuba koreksi diri..di mana separuh jiwa saya yang hilang..makan, saya makan. Tidur, saya tidur. Mandi, saya mandi. Solat,saya solat. Pergi HQ, saya pergi. Namun, ada satu permasalahan yang belum selesai dalam diri. Semua tidak tahu melainkan diri sendiri kan begitu ghalibnya. Lalu, saya membaca tulisan mengenai nilai dalam Solusi oleh Pahrol Mohamad Juoi. Tajuknya apa itu nilai dan bagaimana ia terbentuk?..

Sebelum ini saya acap kali mendengar, membaca malah memberi tahu pada yang lain mengenai nilai. Namun, tidak semua yang kita cakapkan atau baca di hadam sepenuhnya dalam jiwa,kan. Sebagai manusia biasa, tidak terkecuali bagi saya untuk terlupa, lara dan perlu diperingatkan acap kali tidak kira oleh ibubapa, adik-beradik mahupun sahabat-sahabat yang soleh. Cuba lihat di sekeliling kita, adakah kita lebih ramai di dampingi oleh sahabat yang soleh atau sahabat yang mengajak ke arah perkara kemungkaran?Tepuk dada tanyalah iman.

Krisis nilai melanda diri saya dalam bentuk penjajahan yang saya boleh nampak, lihat namun tiada pembaikan dan perubahan di buat. Itulah krisis nilai paling kronik dalam diri ini. Saya memetik penulisan Pahrol yang amat memberi kesan pada diri ini (tulisan Pahrol amat menjurus kepada permasalahan dan seterusnya memberi solusi kearah pembaikan malah gaya tulisannya straight to the point serta boleh ‘masuk’ dalam jiwa).

Apa itu nilai? Secara ringkas nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang. Ia membentuk apa yang kita rasa dan yakini benar, baik dan betul dalam kehidupan ini. Nilai menimbulkan rasa dalaman yang menyebabkan kita sanggup berkorban dan mempertahankan apa yang kita yakini berharga dalam hidup. Jadi,nilai adalah pemandu, pendorong dan sumber kekuatan untuk kita membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan seharian.

Oleh sebab itu, untung atau celakanya kehidupan kita di dunia dan akhirat dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan kita. Maka disini sangat penting kita berpegang kepada nilai yang baik, betul dan benar. Jika tidak, hidup kita akan digerakkan kea rah kemusnahan. Jelaslah bahawa nilai amat penting dalam kehidupan manusia.

Ini kerana manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi, bukannya logik. Begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi. Maknanya, apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yang kita fikirkan. Ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita fikirkan baik untuk kita namun kita tidak berusaha untuk mencapainya.

InsyaAllah, kemunculan 2011 kali ini akan membuka lembaran baru buat saya dan sahabat-sahabat lain..Kita sahaja yang boleh mengubah kehidupan kita kea rah lebih baik berbanding orang lain..Ingatlah piawaian dan nilaian Allah itu lebih penting dari segala-galanya..Dan paling penting Allah itu Maha Pengampun bahkan juga Maha Mengasihani..

Minta lah keampunan Allah dan jadikan Rasulullah sebagai ikutan. Jika Rasulullah sendiri beristighfar dan meminta keampunan beratus beribu kali sehari, kita yang bukan maksum apatah lagi, kan..InsyaAllah..Mari kita mengorak langkah dan membuka buku baru 2011 dan menutup buku lama..