Makna kata, kehidupan kita setakat umur berapa sudah termaktub, namun apabila kita di beri keberkatan umur oleh Allah, hidup kita even sampai umur 30 tahun, 40 tahun (satu masa yang singkat) kita rasa puas dan bahagia sepanjang kita hidup (dengan tidak bergelumang dengan dosa dan kita merasa panjangnya waktu kita hidup), even tidak menjangkau usia senja 60 atau 70 tahun..
Kerana itulah, kita di anjurkan untuk meminta doa memohon keberkatan umur kerana menurut beberapa ulama' doa memohon di panjangkan umur, hukumnya adalah makruh..Sebab itulah kita di anjurkan meminta supaya Allah memberkati umur kita..
Sekiranya kita menjauhi sifat-sifat mazmumah iaitu sifat tercela dan melakukan perkara-perkara mahmudah, amar ma'ruf nahi mungkar, insyaAllah, umur kita di berkati Allah sebagaimana doa Rasulullah kepada Anas bin Malik "Ya Allah, perbanyakkanlah harta Anas, ramaikanlah anak-anaknya dan panjangkan lah usia nya dan berkatilah baginya"..
Percaya atau tidak, kehidupan di dunia ini bukanlah everlasting, kerana ada kehidupan kedua selepas kematian iaitu alam akhirat. Ketika di Masyhar Allah, kaki kita tidak akan berganjak melainkan akan di tanya kepada kita empat perkara..Apakah perkara2 tersebut?..
- Umur: Kita akan di tanya mengenai umur kita, apa yang kita lakukan sepanjang masih bernyawa dan dimanakah seluruh umur kita di habiskan.
- Muda: Kita akan ditanya apa yang dilakukan sewaktu muda (syabab). Biasanya syabab ini umur dalam lingkungan 15 -30/33.
- Harta: Bagaimana kita memperoleh harta dan ke manakah ianya di belanjakan.
- Ilmu: Apa yang kita amalkan.
Dr.Muslih mempunyai sensitivity yang tinggi apabila sesuatu perkara dilakukan bercanggahan dengan Islam seperti penggunaan Heparin bagi menggantikan Clexane (ubat mencairkan darah yang mempunyai protein khinzir), memberi solution berguna kepada Medical Assistant (MA) yang tidak tahu rupanya jamak di bolehkan jika sesuatu operation rumit melibatkan dua waktu solat (cth: Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak), saya sendiri pernah mendengar Ust.Husni dalam Al-Kuliyyah yang menyatakan jamak bukan hanya ketika bermusafir dan hujan sahaja bahkan di bolehkan dalam beberapa keadaan tertentu, seperti operation (sbg cth: Doctor itu seorang pakar dan tidak boleh meninggalkan patient sepanjang operation)
Subhanallah, sekiranya semua menjadi seperti Dr.Muslih, insyaAllah, hospital merupakan tempat pemprosesan tarbiyyah (didikan) yang amat baik kerana pengalaman saya, mereka yang berada di hospital jika di urus dengan baik boleh menjurus ke arah perubahan dan pembaikian diri yang baik. Ketika di hospital, kesakitan dan kematian adalah perkara yang common berlaku.
Boleh memberi keinsafan jika ada penekanan kepada mendekatkan diri kepada Allah. Apa salahnya jika di alunkan ayat suci al-Quran bagi mereka dalam ICU..mereka yang sedang nazak..kerana ketika itu tangisan bukan lah apa2 kerana roh antara dua kehidupan, ayat suci al-Quran dan ucapan syahadah lebih penting di ajarkan berbanding menangis dan bergaduh dengan doctor yang bukan Tuhan. Berimanlah kepada Allah dan bukan beriman kepada doctor2.
Kehidupan kita dibentangkan Allah dengan pelbagai mehnah dan ujian dan berbeza-beza mengikut kemampuan hambanya..Sebenarnya segala mehnah dan ujian itulah tarbiyyah buat kita..Allah nak proses hati kita supaya totally cinta padaNya dan membuang segala rawasib2 (karat2) jahiliyyah dalam diri. Ada berkata muda hanya sekali, jom enjoy puas2..Kalau tengok dari sisi berlainan, Muda hanya sekali, jom kita dekatkan diri pada Allah.
Sepatutnya begitu, jiwa muda remaja, jiwa bersemangat, semangat kental (ruhul jadid), kan seronok dekatkan diri pada Allah tika kudrat kita kuat untuk bangun malam, beriadah, pergi ke mana2 majlis ilmu..
Nak tunggu pencen?No,no, no..its too late,my dear..Ketika tua, Allah sudah tarik banyak nikmat, kesihatan sudah tidak seperti dulu, stamina sudah tidak kuat, ketika itu baru nak berlari-lari mengejar cinta Ilahi, agak terlewat..Takut2 kematian datang menjemput awal dari apa yang kita sangka..Nauzubillah..
MCS memberitahu pada HQ, bagaimana ada mereka yang mengambil inisiatif untuk membuat program buat mat rempit aka samseng jalanan. Dibuat konvoi satu negeri, program itu bermalam di beberapa buah sekolah yang terpilih..
Salah satunya sekolah di Seberang Takir, impaknya, satu malam, mat rempit tidur di sekolah, kerugian dianggarkan RM14,000..Katil, tak nampak rupa katil, Kipas siling habis dirosakkan, meja, kerusi, bilik air apatah lagi..Itu baru sekolah, sekolah2 lain tak calculate lagi..Bagi saya, untuk merubah mat rempit, bukan itu caranya..Buat program konvoi sahaja, nothing happens. The best solution kena refer pada Al-Quran dan Sunnah..
Dalam Quran, ada menyebutkan berkali-kali bahawa dalam diri anak Adam, ada seketul daging yang dinamakan hati, jika hati itu baik maka baiklah yang lainnya dan sebaliknya..Maknanya untuk merubah mat rempit, ada proses yang perlu kita lakukan..Mari memproses (mentarbiyyah) hati..Ada method2 tertentu secara berhikmah..Mereka, mat rempit boleh menjadi honourable person, jika pandai di tackle menjadi seorang yang dekat dirinya pada Allah..Mereka lah the next generations nanti..Adakah kita mahu biarkan tanpa berbuat apa2..
Tidak, kalau kita lepas tangan, there is no way our heirs will survive okay untuk 5 or 10 years mendatang..Itu fakta..Sebagai contoh, jika kita tidak menolong mereka ke arah pembaikan dan kebaikan, macam cerita dalam satu kapal dua tingkat (ala2 cruise la), tiada air, jadi orang bawah nak air, tapi orang atas tak nak bagi (selfish, jual ikan la), jadi orang bawah yang nak air tebuk kapal untuk ambil air..at the end, semua orang atas, bawah mati..
sebabnya orang atas even ada air (fikrah:Kefahaman Islam) tapi tidak mahu berkongsi dan akhirnya orang bawah yang tiada air (jahil) melakukan kerosakkan sehingga orang atas sendiri tidak akan selamat..Untuk masuk syurga Allah, kita tidak boleh berseorangan..Allah akan tanya kita, apa yang kita dah buat pada mereka2 yang jahil dan perlukan bimbingan..Kita tinggalkan mereka atau kita bersama2 mereka menuju keredhaan Allah..Wallahua'lam..
FYI: Achik telefon, dapat rasakan dia gembira pelik..hehe..rupanya semalam pergi konsert bersama Acoustic (kump nasyid dari Indon)..Achik siap menasyidkan Muhasabah Cinta kat hp..Owh, saya pun nak gi..Duo dari Indon menjelaskan konsep nasyid mereka berdasarkan pengalaman mereka sendiri..What a thrill..my heart melt je bila dengar Muhasabah Cinta masa 3rd year..Apapun sangat seronok bila lama tak berjumpa dan dengar dia ok2 aje..hik3..
My mum keep buzzing me, sejak dua menjak ni asyik call..just to make sure everything is fine..Ada sahaja amanat di pesan..Jazakillah, Gracias, Kamsahamida, Arigato,nay..Now, i wish to learn Arabic and Korean (Hangul)..Anyone know how to learn it fastest thru internet?..
No comments:
Post a Comment