I believe HaQ will win!!!
Rotation atau kitaran pemerintahan, ada jatuh bangunnya...Begitulah yang biasa berlaku dan kini masyarakat dunia semuanya menoleh ke Middle East, melihat berbondong-bondong manusia menyertai demonstrasi di bandar2 besar Egypt bermula 25 Jan...Mendesak Hosni Mubarak yang memegang tampuk pemerintahan hampir tiga dekad itu berundur..
"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian. -petikan kosmo
Hosni Mubarak, Egypt's third and longest-serving president, succeeded Anwar Sadat, who was assassinated on October 6, 1981 while attending a military parade to commemorate the 1973 Arab-Israeli war.-petikan AJE..Bagi saya, Mubarak ternyata tidak berubah malah masih terikut-ikut acuan Anwar Sadat dan Gamal Abdul Nasser yang terkenal dengan era kuku besi serta menindas muslimin IM..
Kemaraan masyarakat Egypt yang tegar selama 4 hari menyebabkan mereka mampu menguasai pentadbiran kerajaan di Alex dan beberapa bandar2 yang lain. Kebangkitan masyarakat menyebabkan Egypt memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.
Revolusi ini menyaksikan Bouazizi dibakar, namun akhirnya api itu membakar Ben Ali
Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan. Setelah Tunisia dijajah oleh Peranchis sehinggalah ianya dikuasai oleh rejim sekular pimpinan Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun, rakyat Tunisia tidak pernah dapat mengecap nikmat kebebasan dan nikmat beragama menyebabkan mereka mula membantah dan melakukan perubahan..
FootNote: I already finish off Rayyan Fantasi..Sangat best kerana genrenya berbeza..RAM, bila lagi nak continue story Rayyan?..two tumbs dari saya..Saya ibaratkan Sanggora itu Mubarak, Rayyan Gillion dan Mij-Gillion adalah mereka yang sepatutnya memegang tampuk pemerintahan setelah di usir Sanggora dengan tipu helah yang jahat lagi licik..Na'in, Ramos, Janir hanyalah 'alat' Sanggora untuk memenuhi nafsu meraih kuasa..Jajahan Karuh, Yuk'kaa pula adalah kuasa gelap yang saya bayangkan ia adalah Israel..Kuasa itulah yang di guna Sanggora menakluki seantero Yuk'kaa...
No comments:
Post a Comment