Saturday, January 8, 2011

Kg Lay Out Tok Saboh,Kg Beris Lampu

What a weird name for kampung,kan..hari ini berpagi2 lagi saya dan beberapa teman serta MCS menaiki Innova ke ILIM,Besut..Tujuannya untuk bersama-sama adik2 di JDK..Facilities at ILIM garnered a lot of attention by sukarelawan2 who comes there..Tempatnya masyaAllah sungguh cantik, kantin sentiasa bersih dan persekitaran agak menyenangkan..

Sampai di ILIM, kami mendengar briefing dari Pck Jamil, memakai vest serta terus ke Kg.Lay Out Tok Saboh dan Kg.Beris Lampu..Dari jauh sudah kelihatan kelibat adik2 peserta Syabab dan Nisa'..Mereka berkumpul di bawah Kanopi yang telah disediakan..Persiapan untuk memasak bubur As-Syura sudah pun di buat..Warga penduduk kampung awal2 lagi sudah turun padang..Kebanyakkannya mereka yang sudah berumur..Adik2 Nisa' dan Syabab cukup bersemangat menolong melakukan kerja2 seolah2 dah pro..Tidak banyak yang kami bantu kerana semuanya dah di conquer mereka..hik3.

Masa yang ada kami membuat pemeriksaan kesihatan anjuran KKH..Antara yang hadir Dr.Salwana dan suaminya Dr.Mansor, Dr.Kamal,Dr.Ariff, Dr.Azman..dan beberapa nurse untuk sesi menderma darah..YB turut turun padang seawal pagi lagi...

Tengahhari, kami makan nasi lauk ikan singgang dan budu..Lama dah rasanya tak makan ikan singgang..Sedap sangat..Petang barulah As-Syura siap..Tapi macam biasa, As-Syura di Besut sangat manis seakan2 di Kelantan..Saya cuma makan sikit aja..

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan bertemu Mar,Nik,Mena,Anah dan K.Shah....Kami bertolak jam 4.40 ptg melalui jalan jauh kerana takut jalan pagi tadi air naik makin tinggi...Malam, usai Isyak, sudah tak sedar apa..esok,kuliah kul 8.00 menanti..Moga Allah bagi kekuatan...Ameen~

INZAR: Ketika majlis perasmian petang hari yang sama, Pck Ishak menyebutkan tujuan program JDK dijalankan khas untuk adik2 lepasan SPM..Antaranya adalah untuk mengisi masa lapang mereka yang panjang sebelum memasuki Menara Gading kerana mereka terdedah kepada aktiviti2 kurang sihat serta mempunyai ruang untuk di tarik oleh mereka2 yang bermasalah misalnya penagih dadah, mat rempit dan sebagainya..Kajian AADK turut menyatakan 40% di kalangan remaja terpengaruh dengan dadah adalah kerana faktor kawan2..

Sebagai salah satu inisiatif, program JDK ini bertujuan memantapkan mereka dengan ilmu2 yang perlu ada sebelum melangkah ke alam IPT. Dalam JDK, mereka di ajar bukan hanya mendekatkan diri kepada Allah menerusi hafalan hadis dan Quran, malah di ajar ilmu2 yang menjadi keutamaan masa kini seperti menguruskan jenazah dan khidmat masyarakat. Tidak lupa juga mereka turut di beri pendedahan mengenai alam Menara Gading, apa cabaran2 memasuki IPT dan bagaimana menghadapinya..

Pck Ishak turut menekankan pentingnya kita memantapkan 3 fakuti insan iaitu jasmani,rohani dan aqli, kerana jika di asah dengan hebat fizikal kita sebenarnya bisa mengangkat sebuah proton SAGA seberat 5 tan..itu kekuatan fizikal, bagaimana pula dengan aqli atau aqal pemikiran kita?..Beliau menegaskan jika aqal di asah 'kena' dengan caranya mampu menguasai 120 kepakaran..Ini satu potensi yang hebat dan luar biasa..Jadi tidak hairan sekiranya Nik Nur Madihah, Amalina dan Azlan mampu mendapat straight A untuk berbelas2 mata pelajaran..Bahkan boleh lebih dari itu...MasyaAllah..Selain Jasmani atau fizikal dan aqli, satu lagi yang paling penting adalah rohani atau spiritual..Jika spiritual atau jiwa kita ini di proses dengan tarbiyyah dan mendekatkan diri pada Allah, ia sebenarnya memberi impak paling besar kerana ia bisa menerobos segala cabaran, dugaan dan halangan yang mendatang..Jika kuat spiritual, tiada yang mustahil dengan pertolongan Allah...




No comments:

Post a Comment