Selama bercuti selepas second last semester, saya cuba koreksi diri..di mana separuh jiwa saya yang hilang..makan, saya makan. Tidur, saya tidur. Mandi, saya mandi. Solat,saya solat. Pergi HQ, saya pergi. Namun, ada satu permasalahan yang belum selesai dalam diri. Semua tidak tahu melainkan diri sendiri kan begitu ghalibnya. Lalu, saya membaca tulisan mengenai nilai dalam Solusi oleh Pahrol Mohamad Juoi. Tajuknya apa itu nilai dan bagaimana ia terbentuk?..
Sebelum ini saya acap kali mendengar, membaca malah memberi tahu pada yang lain mengenai nilai. Namun, tidak semua yang kita cakapkan atau baca di hadam sepenuhnya dalam jiwa,kan. Sebagai manusia biasa, tidak terkecuali bagi saya untuk terlupa, lara dan perlu diperingatkan acap kali tidak kira oleh ibubapa, adik-beradik mahupun sahabat-sahabat yang soleh. Cuba lihat di sekeliling kita, adakah kita lebih ramai di dampingi oleh sahabat yang soleh atau sahabat yang mengajak ke arah perkara kemungkaran?Tepuk dada tanyalah iman.
Krisis nilai melanda diri saya dalam bentuk penjajahan yang saya boleh nampak, lihat namun tiada pembaikan dan perubahan di buat. Itulah krisis nilai paling kronik dalam diri ini. Saya memetik penulisan Pahrol yang amat memberi kesan pada diri ini (tulisan Pahrol amat menjurus kepada permasalahan dan seterusnya memberi solusi kearah pembaikan malah gaya tulisannya straight to the point serta boleh ‘masuk’ dalam jiwa).
Apa itu nilai? Secara ringkas nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang. Ia membentuk apa yang kita rasa dan yakini benar, baik dan betul dalam kehidupan ini. Nilai menimbulkan rasa dalaman yang menyebabkan kita sanggup berkorban dan mempertahankan apa yang kita yakini berharga dalam hidup. Jadi,nilai adalah pemandu, pendorong dan sumber kekuatan untuk kita membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan seharian.
Oleh sebab itu, untung atau celakanya kehidupan kita di dunia dan akhirat dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan kita. Maka disini sangat penting kita berpegang kepada nilai yang baik, betul dan benar. Jika tidak, hidup kita akan digerakkan kea rah kemusnahan. Jelaslah bahawa nilai amat penting dalam kehidupan manusia.
Ini kerana manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi, bukannya logik. Begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi. Maknanya, apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yang kita fikirkan. Ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita fikirkan baik untuk kita namun kita tidak berusaha untuk mencapainya.
InsyaAllah, kemunculan 2011 kali ini akan membuka lembaran baru buat saya dan sahabat-sahabat lain..Kita sahaja yang boleh mengubah kehidupan kita kea rah lebih baik berbanding orang lain..Ingatlah piawaian dan nilaian Allah itu lebih penting dari segala-galanya..Dan paling penting Allah itu Maha Pengampun bahkan juga Maha Mengasihani..
Minta lah keampunan Allah dan jadikan Rasulullah sebagai ikutan. Jika Rasulullah sendiri beristighfar dan meminta keampunan beratus beribu kali sehari, kita yang bukan maksum apatah lagi, kan..InsyaAllah..Mari kita mengorak langkah dan membuka buku baru 2011 dan menutup buku lama..
No comments:
Post a Comment