Rewind back..14 Jan 2008..Bak kata MCR ketika berdiskusi dalam kump kecil..Matlamat seorang pelajar Muslim bukan setakat cemerlang untuk hidup mewah, kerjaya yang bagus tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya ada 'aim' yang lebih besar iaitu mendapat Mardhatillah @ keredhaan Allah..Itu yang paling afdhal atau paling utama..
Nak masuk dalam syurga Allah bukan sesenang nak masuk IPT. Jika nak masuk IPT pun ada qualification2 tertentu, inikan pula syurga Allah yang mahal maharnya..Kerana itulah kita kena tahu matlamat kita yang sebenar agar tidak tergelincir dari jalan menujuNya. Dalam menentang arus globalisasi yang menakluki seantero dunia, banyak sangat cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi malah ianya semakin hari semakin advance..
Jadi, kita juga pada masa yang sama perlu lagi advance membina sistem pertahanan agar tidak mudah menyerah kalah. Kekuatan yang paling ampuh adalah jihad melawan hawa nafsu..Kerana apa ianya di namakan jihad?..Kerana sukarnya kita dalam memerangi nafsu dalaman diri sendiri..That's why di namakan jihad..Berat sebenarnya jika sesuatu itu kita nak klasifikasikan sebagai jihad..Sebagaimana kata2 Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mantan CEO JCorp apabila beliau mempromotekan "Business Jihad"..Sukar sebenarnya untuk menjalankan perniagaan agar kuasa monopoli perniagaan di tangan orang2 Melayu Islam..
Persoalannya, bagaimana caranya mahu menjinakkan nafsu? Itu antara persoalan yang kerap kali di lontarkan..Dijelaskan di sini, menerusi pengalaman bersahabat dan berada dalam kumpulan yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah sebenarnya memberi kekuatan pada kita..Ia di namakan berada dalam biah solehah atau suasana yang islamik..Keadaan dan suasana yang sentiasa mengalakkan kita melakukan makruf atau amal kebaikan..
Oleh itu, jika kita banyak di kelilingi oleh mereka2 yang mengajak ke arah kemungkaran, hendaklah kita memagar hati2 kita agar tidak terpengaruh mahupun terjebak seterusnya merasa selesa dan biasa dengan perkara2 mungkar yang di lakukan..Ia dinamakan uzlah..Uzlah syu'uriah tammah..Ia satu perkara yang sukar tapi tidak mustahil untuk di lakukan..
Antara nafsu dalaman yang perlu di tangani antaranya lambakan entertainments yang di hidangkan untuk tontotan..Ia sebenarnya perlu di restrictkan dengan betul..Korean wave atau Kpop juga merupakan antara entertainment yang cukup hebat menerobos jiwa remaja selain music2 dari Barat, Bollywood dan sebagainya..Tidak di nafikan saya juga terkena tempiasnya (Sebab itu saya katakan cabaran dunia hari ini lebih advance, lebih bombastic dan terancang)..
Namun, sejauh mana kita meletakkan kayu penghadang agar ianya tidak menjejaskan keimanan kita pada Allah, ibadah kita pada Allah..Kerana hati kita hanya diperuntukkan untuk satu sahaja, there is no other option..Either jahiliyyah or Islam..Pilih la mana satu, tiada yang tengah2..Kalau ragu2 ia sudah memberat kepada jahiliyyah, kalau mengikut syara' ia memberat kepada Islam..
Islam itu perlu di ambil secara total, bukan juz'i-juz'i atau sekerat2 sahaja, hanya sebahagian di ambil dan yang lain di buang..Sebab itu lah bila kita solah, sepatutnya jika kita khusyuk dan benar2 memahami erti solah, the pillar of Islam, ia tiang agama..Indirectly atau secara tidak langsung kita dapat mencegah kemungkaran..
Kerana kita bertemu Allah lima kali sehari, itu belum calculate lagi solah sunat selepas atau sebelum solah fardhu, solah dhuha, solah hajat dan solah tahajjud di pertengahan malam..Mana mungkin kita bisa melakukan maksiat sedangkan berkali2 kita mengadap Allah..
No comments:
Post a Comment