Friday, August 28, 2009

Penyebaran berita Palsu:Datuk Ismail Kamus Meninggal



Pagi ini saya masih tertanya2 adakah benar berita malam tadi...Akhirnya saya terjumpa di blog MM....Jazakillah atas penerangan panjang lebar..Dipetik dari blog Misbahul Munir..."Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms saya terima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

Saya segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.

Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan saya, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".

Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.

Yang untung Celcom dan Maxis.

Dan ini keratan akhbar pagi ini...

SINGAPURA - Pakar ekonomi, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan pesawat Tiger Airways dari China ke Singapura awal pagi semalam.

Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam penerbangan tambang murah itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.

"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis di sini sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.

Beliau memberitahu, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira pukul 2.30 pagi iaitu kira-kira 75 minit sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Mereka bertolak dua hari lepas (25 Ogos) dan pulang malam keesokannya (26 Ogos) dan dijadual tiba di Singapura pada pukul 3.45 pagi semalam.

Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira pukul 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk dimandi dan dikafankan. Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.

Thursday, August 27, 2009

Sahabat Sebagai Cermin??

Hari ini hari keenam berpuasa...begitu pantas Ramadhan berlalu meninggalkan kita...Alhamdulillah, petang semalam iftar jamaie bersama mereka2 yang susah senang bersama dalam medan D&T dan mereka2 yang baru dalam 20orang....Jazakillah kerana datang walaupun mungkin petang2 ramai nak ke bazar...

Hanisah, saya berbincang dengannya agar dia dapat luangkan masa bagi pengisian pada petang itu, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...masih terasa lagi bait2 kata2 Hanisah, sahabat yang senantiasa berusaha mencari program2 Islami...terasa syuur untuk D&T semakin mekar...

Pengisian petang itu berkenaan sahabat...Benar seperti dikatakan Sah, sahabat khusus sukar dicari....sahabat yang tahu serba serbi mengenai kita...berkongsi suka duka, sahabat yang sentiasa mendekatkan kita pada Allah, yang sentiasa tahu menjaga keaiban kita serta tidak membiarkan kita lagha dengan nikmat duniawi...

Jam 10.30 malam, saya dapat berita tentang kematian Ustaz Ismail Kamus...Apakah benar??

Wednesday, August 26, 2009

Kejayaan Penuh Barakah Start Dari Awal Lagi....



Setiap kejayaan yang dilakar oleh seseorang kebanyakkannya bermula dari usaha yang dilakukan sejak awal2 lagi....Namun, ada juga sesetengah mereka yang dianugerahkan oleh Allah dengan tahap intelektual tinggi sehingga kita sendiri tidak pernah melihatnya study tetapi result tetap maintain....Nikmat kegeniusan itu diberikan Allah kepadanya agar digunakan sebaiknya....Beruntunglah sekiranya dia mempergunakannya untuk kepentingan Islam...

Barakahnya kejayaan sepertimana dikatakan sebelum ini, harus bermula dari awal...tidak kiralah barakah dalam kerja, permbelajaran atau sebaliknya....Namun perlu diingat, segala sesuatu yang ingin dilakukan mestilah bermula dengan niat yang betul...Perbetulkan niat anda...Jangan pula niat kita terpesong terus dari syariat Allah..

Mengenai barakahnya kejayaan, saya ingin kongsikan mengenai Nik Nur Madihah, kejayaanya dalam memartabatkan dengan gahnya nama Islam di mata masyarakat Malaysia....Mewarnai kemanisan beribadah dan mengikut sunnah Rasulullah dimana2 dada akhbar atau majalah di bumi Malaysia...berkongsi pengalaman yang jarang sekali ada pada setiap pelajar zaman ini...zaman penuh mencabar...

Sewajarnya saya ingin kita selami bagaimana kehidupan seorang muslimah dari Kelantan ini yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah, ibubapa dan sahabat2 di sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga....Saya sendiri akui betapa sukarnya menjadi seorang Nik Nur Madihah tanpa pengawasan ketat ibubapanya disamping guru2 sekolah yang senantiasa membantunya sehingga mencapai kejayaan cemerlang SPM, 20A..19A1 dan 1A2...

Alhamdulillah, selepas Siti Fatimah, juga Kelantanese yang turut dinobatkan pelajar terbaik SPM, Nik Nur Madihah rupanya mencuri hati saya berkongsi kehidupan seharian sepanjang bergelar pelajar, anak, masyarakat yang sentiasa menyeimbangkan antara dunia dan akhirat....Dia, muslimah yang mahu membuktikan pada masyarakat, kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan jika kita bijak mengolahnya menjadi peluang dan batu loncatan untuk berjaya...kemiskinan juga mendekatkan diri pada Allah dan menyelamatkan dari kelalaian berpanjangan....MasyaAllah..

Membedah majalah ANIS, saya tersentuh dengan semangat Hijjaz Group untuk menerbitkan buku mengenai kejayaaan Madihah sekaligus mencadangkan anak gadis Abu Hassan Morad, Ummu Hani ke Kelantan lantaran Madihah belum balik dari Makkah bersama keluarga mengerjakan umrah, juga tajaan Hijjaz Group...Ummu Hani, berbekalkan segala pembelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Hijjaz terus ke Kelantan, kampung asal Madihah...

Bayangkan ketika berada di sana, mereka hanya menemui guru2 dan sanak saudara Madihah,namun feedback yang diberikan amatlah memberansangkan...seolah2 Ummu Hani sendiri yang interview Madihah...Madihah, diambil berat oleh gurunya selepas dia mendapat keputusan cemerlang dalam PMR...gurunya mengetahui kesusahan hidup Madihah dan mereka mengutip duit dikalangan guru2 bagi membantu Madihah dalam pembelajaran...Kalau tidak silap saya, Madihah hanya dibekalkan 50 sen setiap kali kesekolah...Kesusahan keluarga, ditambah dengan Madihah sebagai anak sulung menuntut Madihah berkorban demi adik2...selalunya Madihah akan berpuasa mengikut sunnah Rasulullah....Katanya dengan berpuasa, dia dapat mengelakkan diri beratur membeli makanan dan impaknya dia mempunyai masa yang panjang berbanding sahabat2nya yang lain...Sungguh Madihah amat mementingkan masa walau sesaat...

Pernah ayahnya ditanya, bagaimana sukar atau senangnya menjaga Madihah dan adik2nya...Ayahnya menyatakan Madihah tidak banyak kerenah, jika memang mereka tiada duit nak diberikan pada Madihah, Madihah lebih suka berpuasa, tidak pernah dipertikaikan mengenai kesusahan dan kemiskinan yang mereka lalui...Ayahnya seorang nelayan, yang sentiasa menyabung nyawa meredah lautan setiap hari....Kata ibunya pula, dia bukanlah pandai sangat mengenai agama, tetapi makan minum anak2 memang dijaga rapi....Madihah dan adik2nya tidak digalakkan makan di luar seperti restoran dan sebagainya...Bahkan ayahnya mengiyakan dengan mengatakan....Air tangan ibu mereka untuk Madihah dan adik2nya lebih baik dari diluar...Kita tidak tahu bagaimana makanan diluar sana tetapi bila ibunya masak untuk anak2 lagi berkat....

Jadi tidak hairanlah kita jika segala keberkatan kecemerlangan Madihah bermula dari awal lagi, dari kecil sehingga besar, sentiasa berada di bawah pengawasan ibubapa yang mahukan yang terbaik untuk anak2 sehinggakan makanan yang akan menjadi 'malaqah' atau darah daging juga diambil kira...Bayangkanlah dengan keadaan sekarang, era penuh cabaran, kadang2 kita sendiri terlepas pandang bab2 makanan yang sememangnya sinonim di kalangan rakyat Malaysia, sedap terus makan!...tanpa memikirkan impaknya pada barakahnya kehidupan seharian kita...Ini kerana keberkatan itu tidak semestinya makanan itu diperolehi daripada wang haram sahaja, namun, dari segi penyediaan makanan juga perlu diambil kira...

Sebab itulah jika kita lihat sendiri, mana2 guru2 tahfiz atau mereka yang mementingkan hafalan sentiasa berjaga2 dalam bab makanan...rupanya perkara kecil itu memberi impak besar dalam pembentukkan sahsiah seseorang secara tidak langsung....Untuk itu saya ingin relatekan dengan kehidupan sebagai pelajar, sekiranya kita belajar, adanya unsur2 meniru, sehingga mendapat result yang hebat dan mantap...kemudian kita bekerja.....mendapat gaji atas tiket sijil yang diperoleh daripada kesan meniru tadi....agak2nya bila kita beli makanan untuk seisi rumah kita...adakah ianya berkat???...Fikir2 kanlah....

Sunday, August 23, 2009

Aku bukan Umar

Menjadikan seseorang sebagai inspirasi bukanlah perkara bersalahan namun meletakkan seseorang sebagai idol atau mendewakan seseorang itu lah sebenarnya bercanggah dengan syariat dan ajaran Islam....

Sepanjang berpuasa juga sebenarnya merupakan satu cara atau wasilah supaya kita sentiasa meletakkan diri kita di tempat mereka2 yang susah, sukar mendapat makanan samada disebabkan kemiskinan mahupun peperangan..sekurang-kurangnya kita dapat menjiwai bagaimana nikmat makanan yang diberi oleh Allah bukan sekadar pemberian biasa malahan ia sebenarnya menuntut kita bersyukur kepadaNya....

Puasa yang kita mahu kan bukan puasa adat yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang 30 hari ini bahkan kita mahu merebut peluang dan ruang yang ada untuk sentiasa bertaqarrub dengan Allah...Nikmat usia yang masih muda, dengan kudrat yang masih ada seharusnya digunakan sebaiknya sepanjang bulan penuh barakah ini apatah lagi bulan2 seterusnya...

Sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Umar....Sekiranya semua masuk syurga kecuali seorang sahaja, aku minta ia bukan aku...Tetapi jika sekiranya hanya seorang layak masuk ke syurga Allah, aku mohon yang seorang itu aku.....Saya bukan Umar, anda pun tidak....betapa jauhnya, berbezanya kita dengan Umar....amal kita hanya sedikit berbanding sahabat2 terdahulu....

Ayuhlah kita bersama2 merebut peluang yang ada....Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara seperti di nasyidkan oleh Raihan.....

Saturday, August 22, 2009

Hari ini bermula perebutan title 'TAQWA'


Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah....saya akhirnya pulih dari simptom2 H1N1...rasanya demam biasa aje kot...tapi disebabkan ramai sangat war2 kan pasal H1N1...jadi tempiasnya sekali terkena...

Ceritanya begini...hari khamis yang lepas...bukan khamis ini..start dari pagi lagi saya dah rasa tak sedap badan...tapi tetap juga berkeras mahu ke KL berjumpa Taqiyah, Layla, Marhamah etc...rindu saya pada mereka tak tertahan lagi...saya sekadar memotivasikan diri...'ini sekadar rasa tak sedap badan aje'..boleh aje nak ke KL...petang, saya ada kelas Insurance Law pukul 2petang...masuk aje bilik kuliah ber air-con...terus jadi lain...rasa sangat2 penat, tak larat...saya minta Zulaikha rasa di kepala...dia kata'panas'...nasib baik lah lecturer Madam Zuhaira, part time lecturer dari UIA seolah2 faham aje saya tak senang duduk...dia sekadar ajar simple2...akhirnya kelasnya habis...

Saya,terus balik ke bilik...kebetulan roommate,Zam nak balik ke Johor malam itu...saya tak larat melayan sekadar cakap sikit2...masa nak salam, dia nak pergi awal ke MPKT, katanya nak beli barang kat Pasar Payang...dia kata 'akak tangan akak panas lah'...saya mengiyakan saya rasa tak sedap badan..kami sekadar sembang sikit sebelum dia cepat2 turun tangga..katanya takut terlepas van...

Jue pula datang ke bilik dan minta saya kebiliknya...mahu discuss project2 yang diberikan lecturer sepanjang cuti ini...nak confirmkan katanya...saya ke biliknya...sekadar melihat dia susun notes2...dia tahu saya tak sedap badan dan badan juga agak 'panas'...saya minta balik ke bilik selepas selesaikan masalahnya...saya telefon ibu saya..saya katakan padanya "mak,angah rasa tak berapa sihat aje, rasa panas macam nak demam tapi biasa2 aje kot"...ibu saya dah naik risau..kebetulan dia ada program di Smakl...ibu terus kata nak ambil saya...saya katakan 'tak perlu' tapi ibu berkeras...katanya nak bawa ke homeopathy...

Selepas maghrib saya ke homeopathy Padang Midin...Dr Azizi menyatakan demam saya tahap2...Semua ada 3 tahap....tahap 3 positif H1N1...rupanya demam saya dah teruk...memang rasa macam silap mata pula...sekejap demam temperature naik melambung...ibu cancel program di Smakl, bawa saya pulang ke rumah...saya hanya tidur sepanjang perjalanan....Sebetulnya saya susah jatuh sakit, kalau jatuh sakit mesti teruk terus...

Saya masih berkeras ke KL, tiket bas Sani Express jam 10 pagi esok...saya tetap gagahkan hati...rupanya perancangan Allah lebih baik saya tak larat sangat esoknya...memang tak boleh pergi...saya hantar msg kat Taqiyah...jazakilah kerana memahami...tiket itu sampai sekarang ada dalam kantung dompet saya...tak tukar pun...sebab saya rasa saya ok untuk naik bas tapi rupanya tak...itulah serba sedikit ceritanya...

Berkisar tentang hari ini....Ramadhan Kareem semua!!...Jazakillah atas wish yang masuk kantung inbox saya....juga masuk laman sesawang ini....Kata2 antum sebenarnya penguat untuk terus berpuasa dengan penuh kesabaran....Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah....Sungguh, start dari semalam lagi sepatutnya kita dah berdoa memohon rahmatNya....semoga 10 hari pertama ini kita mendapat kerahmatan....Amin...

Tinggalkan segala yang lagha sepanjang bulan berkat ini...penuh barakah...rebutlah terawihnya yang kita sendiri masih belum mampu untuk berhadapan dengan Ramadhan akan datang...moga2 Allah masih panjangkan umur kita...tengok sahaja di sekeliling kita....betapa entri2 saya sebelum ini juga berkisar tentang kematian....Ust Asri Rabbani misalnya...juga tidak sempat merasai Ramadhan....Al-Fatihah buat beliau...

*Demam saya rupanya banyak hikmah...rupanya seolah2 saya mahu bermanja2 dengan kedua ibubapa lantaran saya kurang balik kerumah selepas praktikal....adik saya sendiri pernah kata "kakngah buat ape ke KL, mak ayah dah lama tanya pasal kakngah bila nak balik".....sememangnya saya susah nak balik lantaran ko-k...Setiap sesuatu ada hikmahnya!!

Thursday, August 13, 2009

Sekadar Renungan Bersama



Video ini saya temui di Metacafe....Tolong just ignore about Heavenly Day....Cuma ambil yang positif daripadanya insyaAllah....Dimana, kita perlu bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang....Nanti saya akan upload kan Video Chicken Ala Carte...filem ini mendapat tempat di kalangan juri sempena filem pendek di Berlin di bawah Tag :Poverty...Jumlah video yang dihantar untuk penyertaan sekitar 3,600 tetapi hanya 32 sahaja yang layak...Dan video ini menang kategori berkenaan...Sangat menyentuh hati...Walau bagaimanapun lelaki itu bukan Muslim....

Wednesday, August 12, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....kali ini entri saya menyentuh mengenai kedatangan Ramadhan yang benar2 dekat dengan kita...InsyaAllah, sekiranya Allah memanjangkan umur ini, sempatlah kita berpuasa seminggu lagi dari sekarang...Betapa indahnya puasa....bila hati kita bersedia dan redha untuk menghadapinya...

Bagi yang belum tahu mahupun ingat2 lupa, saya ingin menyentuh kembali mengenai bulan penuh barakah ini...Sebagaimana yang sedia maklum, Ramadhan selama sebulan bukanlah bulan yang biasa sebenarnya, malah ia merupakan bulan yang lebih baik dari seribu bulan...

Ibu saya sering menegaskan kepada saya dan anak2nya yang lain supaya merebut sebaik mungkin pahala sekitar bulan Ramadhan. Kami sentiasa berlumba2 menghabiskan tadarus Al-Quran, berbuat baik pada jiran dengan menghulurkan juadah berbuka, mengamalkan sebanyak mungkin sunnah Rasulullah setakat kemampuan. Alhamdulillah, hingga ke hari ini walaupun saya sudah menginjak usia remaja hampir memasuki lewat era pertengahan...ibu masih menasihatkan abang, saya dan adik2...Ayah juga begitu, kalau ada yang tak berkenan dengan perangai kami adik-beradik ayah biasanya senyap dulu, diam...menunjukkan tanda kurang setuju...kemudian bila dah banyak kali macam tu, ayah akan tegur,kata2 ayah memang nampak simple tapi cukup tegas....baru kami tahu ayah tak suka....

Berbalik kepada bulan barakah tadi, ia mempunyai 3 peringkat iaitu 10 hari yang pertama adalah rahmat, 10 hari pertengahan ialah keampunan manakala 10 hari terakhir ialah bebas dari api neraka...Ibu saya selalu katakan pada kami adik-beradik, Ramadhan merupakan bulan latihan atau tamrin untuk menguji tahap ketaqwaan kita kepada Allah,ingat senang ke kita ingin mencapai martabat dan darjat Taqwa??...Sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Umar apabila ditanya apakah itu taqwa..Lantas Saidina Umar menjawab "Pernah kah kamu melalui laluan penuh onak dan duri??apakah yang akan kamu lakukan??..Lantas lelaki yang bertanya tadi menjawab "Jika aku melalui jalan penuh onak dan duri, aku akan laluinya dengan berhati2 agar tidak terkena duri itu"...Lalu Saidina Umar menjawab"itulah TAQWA".....

TAQWA martabat atau title yang sukar dicapai jika sekiranya keimanan kita senipis kulit bawang, Nauzubillah...Ibu selalu berpesan,dalam Ramadhan kita berusaha untuk menghabiskan tamrin atau latihan agar mendapat sijil TAQWA di sisi Allah....TAQWA sebetulnya adalah takut nya kita kepada Allah, merasai muraqabatullah, merasa dilihat oleh Allah setiap masa dan ketika...MasyaAllah, saya sendiri dalam proses ke arah itu...

Ibu menyatakan lagi, hanya mereka2 yang bersabar di jalan Allah akan mendapat darjat TAQWA, sentiasa bermujahadah di bulan Ramadhan bagi menyucikan jiwa dari karat2 jahiliyyah yang merantai hati kita...Ibu memberikan contoh yang cukup mudah....umpama study week, kita kebanyakkannya pulun dan study hard ketika itu semata2 mahu score yang terbaik bila final exam....Begitu juga dengan puasa Ramadhan, persiapan atau training sebelum menempuh bulan Ramadhan sebagaimana sahabat2 Rasulullah terdahulu amat perlu di contohi, mereka training 6 bulan sebelum puasa...mereka mensucikan hati, mereka sentiasa berpuasa sunat sebagai satu persiapan awal, mereka kerap berlumba2 menghabiskan bacaan Quran, banyakkan bersedekah dan sebagainya....Bagaimanakah persiapan kita??

Entri ini sebenarnya perlu di bincang dan di diskusi dari awal lagi, bayangkan kita mahu menyambut tetamu agung , Ramadhan penuh barakah sebagaimana kita selalu buat di alam realiti dengan menyambut tetamu VIP atau kehormat untuk satu event, kita dah siap2 hiaskan stage, ajk protokol siap2 susun kerusi, penyambut tetamu sudah siap sedia, semuanya gara2 atau semata2 menyambut VIP....Mesyuarat pun sudah berkali2 buat suapaya segalanya berjalan lancar....Begitu juga dengan Ramadhan bahkan Ramadhan lebih besar lagi....bulan yang penuh barakah dan lebih mulia dari seribu bulan....MasyaAllah, apakah dia persiapan kita sebenarnya???

Sebetulnya, kita tak nak puasa orang awam yang hanya mendapat penat dan dahaga. Kita mestilah lebih dari orang biasa...Kita duduk dalam tarbiyah, perlulah ada tamayyuz atau perbezaan antara kita dan yang lain...Bukan mudah untuk bertemu Ramadhan, kita belum tentu akan hidup panjang....

Sahabat2 sekalian, sekiranya Ramadhan kita mencapai objectivenya, insyaAllah akan ada natijahnya..bila keluar Ramadhan pun sahsiah kita masih terjaga bahkan lebih baik lagi InsyaAllah....Sama2lah kita berusaha merebut title TAQWA sepanjang Ramadhan....Wallahualam

Tuesday, August 11, 2009

Tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu


Benarlah sebagaimana dikatakan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna "Tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu"...Ketika ini, saat ini saya masih bergelar pelajar dan 1tahun setengah lagi InsyaAllah akan bergraduat...saya tidak dapat membayangkan jika sekarang saya kadang2 memang terlalu sibuk dan ada juga tak sibuk tapi buat2 sibuk...

Bagaimana agaknya jika keluar dari kepompong kampus menuju alam kerjaya...Adakah masa saya untuk D&T??...Alhamdulillah, ibubapa lah pendokong kuat saya setelah Allah dan Rasul...selepas ke Sungai Merab sabtu lepas untuk meeting sulung, saya seakan2 mendapat kekuatan...MasyaAllah, mereka sahabat2 saya yang Qawiy, berada bersama mereka mendekat dan mengingatkan saya pada Allah, kebesarannya dan keyakinan untuk terus berada di medan ini..

Alhamdulillah, Allah memilih saya ketika itu...untuk hadir melengkapkan mereka...Bayangkan, hari sabtu lepas saya ada kokurikulum, tapi Allah Maha Hebat dari segi penyusunan yang terbaik buat hambanya, saya gagahkan diri memberi kata dua, saya akan hadir sabtu itu..walau saya tahu, saya perlu 'ponteng' ko-kurikulum...Hidup dalam D&T rupanya penuh keajaiban, benarlah sepertimana kata mereka2 yang menyerahkan sepenuh jiwa mereka kepada Allah, Allah sentiasa menolong dan membantu mereka tatkala kesusahan...

Hari itu kuliah Asas Pelayaran di Kem Bari, Setiu dibatalkan sedangkan baru minggu lepas kami dah siap2 set masa untuk kelas terakhir sebelum puasa dan akan disambung selepas raya...Syukur Alhamdulillah, kalimah yang saya berulang kali menyatakan kebesaran perancangan Allah...Patutlah sepanjang disana, saya tidak pernah merasa keluh-kesah kerana 'ponteng' tetapi rupanya Allah membatalkan 'ponteng' saya...

Hanisah, saya letakkan namanya kerana saya kagum dengan perjuangannya sejak awal2 saya kenal orangnya...Dia seorang yang hebat tackle hati sesiapa, siapa yang tak rasa mesra dengannya...sejak awal saya sampai, dialah yang menyambut saya, menyediakan breakfast, membelikan tiket pulang, dia sememangnya seorang yang hebat di mata saya....

Saya yakin semua yang bekerja untuk Islam sentiasa sibuk, tetapi apalah kita jika dibandingkan dengan sibuk Rasulullah dan para sahabat...Rasulullah adalah orang yang paling sibuk...tetapi baginda masih boleh membahagikan masa dengan sistematik...benarlah kita bukan nabi, tetapi seboleh2nya kita cuba ikut cara nabi, method2 yang nabi gunakan untuk D&T...Dulu hingga sekarang ,masa satu hari tetap sama, 24 jam..tetapi setakat mana sangatlah kita menggunakan masa dengan sebaiknya...

Baru2 ini, beberapa rakan menyatakan keenganan untuk travel kemana2 sebabnya cuma satu H1N1...Saya katakan kepada mereka,kalau kita tak nak hadir program D&T, pergi travel,tak semestinya kita tak kan kena virus itu...Ada juga seorang budak umur 3tahnu yang meninggal, kata ibunya start dari berita H1N1 melanda Malaysia, memang dia tak pernah bawa anak keluar rumah, duduk rumah aje...Tapi itulah kuasa Allah, ajal maut kuasa Allah bukan boleh di buat main.

Tegas saya katakan, saya lebih rela meninggal dunia ketika ikut program D&T berbanding mati 'katak' mati sebab kena H1N1...bagi saya biarlah kita berpuas hati meninggalkan sesuatu untuk ummat ini, berjuang demi kecintaan pada Islam...Wallahua'lam...

Monday, August 10, 2009

Dato' Bentara Istana


Alhamdulillah, pagi tadi sekitar jam 9.00 pagi, saya dan seluruh warga FUHA di wajibkan attend motivasi " Cabaran Graduan Profesyen Undang-Undang Dalam Dunia Perundangan"...di sampaikan oleh Professor Adjung FUHA Tan Sri Dato Bentara Istana Nik Hashim bin Nik Ab.Rahman....

Sedikit mengenai Speaker, sekarang beliau baru shaaj sebulan bersara dari mmenjadi Federal Court judge di Putrajaya. Sebelum itu beliau menceritakan bahawa dia bukan lah straight forward menjadi judge...tapi step by step bermula menjadi office boy di sebuah firma guaman tertua di Malaysia, Wriggelsworth & Co di Kelantan sebelum result peperiksaan akhir sekolah menengah keluar...kalau sekarang macam result SPM lah...

Lepas dapat result yang memberangsangkan, beliau masih di firma guaman yang sama tetapi sebagai kerani...selepas itu beliau menerima kerja sebagai police...kemudian menjadi Investigation Officer, then Prosecution Officer sehinggalah seorang Magistrate bertanyakan kepada beliau kalau2 beliau ada hajat nak sambung belajar oversea...Beliau mengiyakan dan Magistrate yang baik hati itu buatkan semua dokumen untuknya dan 2 bulan selepas itu, dia menerima tawaran belajar di England dalam bidang Law...2 minggu kemudian dia mendapat tawaran scholarship dan selepas interview...2 bulan kemudian, interview beliau berjaya dan beliau ke England...

Sunday, August 9, 2009

Meeting Pertama

Sejak awal2 lagi saya mendapat call dari Hanisah, saya rasa satu perasaan berlainan...aik,pelik ni..kenapa saya rasa penting aje untuk mengiyakan permintaanya..Saya memang kadang2 tu tak amik cakna, tak amik kisah langsung...

Rupanya betul, dia call lagi berulang kali....Kemudian minggu seterusnya senyap...memang Dhuha tak berbunyi2..pelik juga...sebelum ni Hanisah beria-ria call dan message saya..tapi minggu ni tak de langsung...Saya ketika itu sudah bulatkan hati nak pergi, saya ke MPKT, saya guna Dhuha untuk call Hanisah, tidak berjawap...dua-dua telefon tak diangkat...saya bagi lagi message, tak berbalas...Akhirnya saya putus asa...tiap2 hari selama 3 hari saya cuba dan cuba....last sekali saya stop...mungkin tak jadi kot...saya bermonolog sendiri...

Tiba2 hari selasa itu, pagi2 lagi, Dhuha berdering kuat, saya angkat Dhuha, ada nama tertera Hanisah...Mulanya saya agak teragak2...rasa sedikit kecil hati...Tapi saya ketepikan bisikan syaitan, saya angkat....Terdengar suaranya seakan2 berdesir, serak...Dia memberitahu "Assalamualaikum, kak su,Sah minta maaf sangat2, Sah demam"...Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya...hilang,lenyap segala kemarahan, perasaan kecil hati saya...padanya...malah ada perasaan kasih dan rindu untukl bertemu dengannya...inikah dia perasaan cinta kan sahabat lebih dari diri sendiri...saya tak pasti....

Setelah confirm, saya megajak seorang classmate hantar ke MPKT buat kali kedua. Kami naik motor ketika itu, Allah izin, hujan amatlah lebat, dia meyatakan untuk berhenti, saya katakan, terus aje takut tak sempat, malam nanti Kak Su ada kelas...Kami berdua meredah hujan lebat dengan motor melalui seberang takir, jambatan dan akhirnya sampai...Basah kami berdua, tetapi apa yang saya dapat "saya dapat menjiwai perasaan mereka yang tidak ada kereta, cuma motorsikal, keluarga dhaif melalui hari2 mereka, meredah kehidupan"...semangat saya makin kuat...Benarlah sebagaimana Salahuddin Ayub menyatakan "saya lebih gemar naik bas kerana denganya saya dapat melihat kesusahan golongan Marhaen"...Benar, saya sendiri merasainya...Indahnya hidup berbekalkan redha Allah...

Saya menelefon Syamilla, saya dengar dia baru balik cuti Summer dari Egypt...Dia baru aje seminggu di rumah...Saya call dia menerusi Mak Cik Jah..."Saya katakan padanya, saya nak panaskan dia dengan program2 D&T, biarlah dia baru balik Malaysia"..Alhamdulillah, dia menyatakan kesediaan...Kami seolah2 dah kenal lama...Sebelum ini saya dengannya cuma berjumpa di Ijtima' takpun bila saya ziarah Ain...Alhamdulillah, kami cepat mesra, saya tanyakan dia mengenai program di sana, kematian mujahid muda Ammar Zul etc...Kami cuma berborak dalam bas....seolah2 saya berada di Eygpt juga....

Alhamdulillah, saya membawa Syamilla ada hikmahnya....Subhanallah, Indahnya perancangan Allah, indahnya bila kita meletakkan hidup dan nyawa kita demi Islam...