Friday, August 28, 2009

Penyebaran berita Palsu:Datuk Ismail Kamus Meninggal



Pagi ini saya masih tertanya2 adakah benar berita malam tadi...Akhirnya saya terjumpa di blog MM....Jazakillah atas penerangan panjang lebar..Dipetik dari blog Misbahul Munir..."Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms saya terima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

Saya segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.

Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan saya, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".

Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.

Yang untung Celcom dan Maxis.

Dan ini keratan akhbar pagi ini...

SINGAPURA - Pakar ekonomi, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan pesawat Tiger Airways dari China ke Singapura awal pagi semalam.

Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam penerbangan tambang murah itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.

"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis di sini sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.

Beliau memberitahu, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira pukul 2.30 pagi iaitu kira-kira 75 minit sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Mereka bertolak dua hari lepas (25 Ogos) dan pulang malam keesokannya (26 Ogos) dan dijadual tiba di Singapura pada pukul 3.45 pagi semalam.

Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira pukul 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk dimandi dan dikafankan. Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.

No comments:

Post a Comment