Menjadikan seseorang sebagai inspirasi bukanlah perkara bersalahan namun meletakkan seseorang sebagai idol atau mendewakan seseorang itu lah sebenarnya bercanggah dengan syariat dan ajaran Islam....
Sepanjang berpuasa juga sebenarnya merupakan satu cara atau wasilah supaya kita sentiasa meletakkan diri kita di tempat mereka2 yang susah, sukar mendapat makanan samada disebabkan kemiskinan mahupun peperangan..sekurang-kurangnya kita dapat menjiwai bagaimana nikmat makanan yang diberi oleh Allah bukan sekadar pemberian biasa malahan ia sebenarnya menuntut kita bersyukur kepadaNya....
Puasa yang kita mahu kan bukan puasa adat yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang 30 hari ini bahkan kita mahu merebut peluang dan ruang yang ada untuk sentiasa bertaqarrub dengan Allah...Nikmat usia yang masih muda, dengan kudrat yang masih ada seharusnya digunakan sebaiknya sepanjang bulan penuh barakah ini apatah lagi bulan2 seterusnya...
Sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Umar....Sekiranya semua masuk syurga kecuali seorang sahaja, aku minta ia bukan aku...Tetapi jika sekiranya hanya seorang layak masuk ke syurga Allah, aku mohon yang seorang itu aku.....Saya bukan Umar, anda pun tidak....betapa jauhnya, berbezanya kita dengan Umar....amal kita hanya sedikit berbanding sahabat2 terdahulu....
Ayuhlah kita bersama2 merebut peluang yang ada....Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara seperti di nasyidkan oleh Raihan.....
No comments:
Post a Comment